Saturday 16 June 2012

Dear crush.

Assalamualaikum.


Hari tu saya nampak awak. tiba tiba hati saya rasa semacam. dan tiba tiba jugak saya senyum sorang sorang. saya perhatikan awak jalan sampai saya tak sedar saya senyum sorang. sampai saya kena sound dengan kawan saya, 'kau gila kape senyum sorang sorang?'. hakhak. malu doe.

sejak hari tu awak jadi crush saya. tiba tiba jugak saya ngada ngada nak layan lagu selow-melow bila teringat kat awak. ni tengah main kan lagu ongbak ghindu lah ni. haha. k tipu. wa tak layan lagu selow-melow lah der. wa rock. and pelase pelase please rasa diri awak tu bertuah. at least bangga jadi crush saya yang kiut ni. eh. sila lempang saya laju laju. saya tau saya masuk bakul angkat sendiri. xP

setiap hari saya bangun pagi, otomatik saya teringat kat awak. haih, jin toncit mana awak hantar kat saya ni yang buat saya ingat awak je manjang. bila datang sekolah, orang pertama yang saya cari ialah, awak. sila terharu lagi sekali wahai crush :3 tiap kali saya ingat awak buat chicken dance masa pergi kem, mesti saya senyum sorang sorang. aah. saya memang suka senyum sorang sorang. nanti short jugak wayar otak ni. lol jk jk. saya sihat lagi lewww :3 cumaaaa chicken dance tu buat awak nampak.............................. comel *tutup muka* 

saya suka skodeng awak senyap senyap. hakhakhak. eh skodeng awak tengah jalan ah. bukan skodeng apa. lu jangan nak pikir bukan bukan. wa tembak lu karang. selagi saya tak nampak awak, selagi tu saya akan cari. well, awak kan sunshine. sunshine kena terangi hari saya. kalau saya tak nampak sunshine, macam mana hari saya nak terang. hikhik. ngada lettew.

awak, ingat tak masa cuti hari tu? confirm lah tak ingat kan. k tau dah. saya nampak awak kat depan rumah saya main sofbol. ekcely, saya tengok awak senyap senyap sebenarnya. haha sengal. and that moment masa awak dengan  kawan kawan awak yang terjal gila babeng tu gelakkan saya masa saya hampir nak jatuh basikal. HAMPIR NAK JATUH. BELUM JATUH LAGI. TAKE NOTE. aah. memang kuang hajo namanya tu gelakkan haku. sumpah malu gila. wa tak perasan lu ada dekat situ T.T

malu tapi mahu. eh. tetibe. malu tapi suka. suka sebab masa cuti saya terisi dengan kehadiran awak. ececeh. gediks nya ayat. tiap hari saya fenfelling lagu hindustan sambil jejoget goyang goyang badan perasan macam aishwarya rai dengan shah rukh khan dalam cerita mohabbatein tu. suwit ke tidok. hmm, ni macam mengada ngada kuasa patratusnampuluhribu dah ni.

"what happens when he's your prince charming, but you're not his cinderella"

sangat menakutkan bila baca statement tu. tapi yang saya tahu, awak takde gf. sebab awak ni pemalu. kata kawan awak lah kan. tapi yang saya nampak awak ni macam tak malu je. hakhak. lol jk. lagi pun, saya crush dekat awak je. crush tu maknanya saya suka dekat awak. tak bermakna saya cintakan awak. no no no. not yet.

sekarang, saya nak mengaku kat awak. saya memang suka dekat awak. dulu, kini, dan tak tau sampai bila. *bukan dulu, kini dan selamanya* teruskan lah buat saya tersenyum dengan kehadiran awak di mata saya walaupun awak tak tau yang awak dah buat someone happy. walaupun kadang kadang saya reject awak diam diam, *especially the way awak jalan* tapi saya peduli hapee. yang penting saya happy. tak gitu cik kiah? tetibeee.

and even saya tau yang awak tak kan baca entry saya esok, lusa dan seterusnya sampai dah punah habeh entry ni, tapi saya nak tetap cakap kat awak yang awak crush kedua saya selepas Johan Asari. Kbai.

*aah. entry ni entry syok sendiri sebenarnya. hadee haku kesahhh xD

enjoy your reading :') 

Sunday 10 June 2012

Cuti? aah. cuti kot.

Assalamualaikum.

berdasarkan tajuk, korang boleh simpulkan yang aku tak tau nak bagi tajuk apa untuk entry ini. aah. bukan tak tau, tapi malas nak fikir.

cuti masuk minggu kedua barulah aku pergi holiday sakan. sakan tak sakan lah. yang penting aku enjoy. hari khamis pergi Bangi rumah mak ngah. sebab nak jumpa wan (nenek aku). hari sabtu tu kensel balik Perak sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. tsk tsk. lama woo wa tak balik Perak.

tapi balik kejap je. satu malam dekat bangi. jumaat balik JB. eh no, singgah Kluang dulu. Kampung belah bapak aku. *takde lah kampung sebenarnya -.-*  masa nak balik terasa sebak tetibe. salam Wan. cium Wan. bila lah nak jumpa Wan lagi T.T

then on the way balik, kami singgah Melaka. ooo yeahh. first time derr wa sampai melaka. terasa ke-eksaited-an aku melonjak lonjak tahap maksima. destinasi pertama aku, muzium lebah sedunia. nama pun muzium. first first dalam paleotak aku, "huh pergi muzium?! bapak bosan siakk". yee, tulah yang tertanam dalam palehotak aku bila nama MUZIUM disebut sejak azali lagi -.-

eehhh, apa lebah banyak banyak ni -.- lol. dah pergi MUZIUM LEBAH SEDUNIA memang lah banyak lebah. tak kan rimau pulak dalam tu. ~.~


mula mula aku tengok gambar tu dalam phone aku, "eh bila masa aku amek gambar semut?" -,-' bangang boleh tahan.



mengerikan okay tengok sarang dia -.-'



ikan besor cenggitu pun depa boleh makan. inikan aku yang kecik molek ni. eh xD




dekat bumi tu dia tunjukkan tempat lebah lebah yang ada dekat dunia ni. banyak woo :O




masa tu dalam palehotak aku tak lain tak bukan, "kalaulah lebah tu tetibe keluar, mau dia ngap aku". hakhak. padahal lebah tu dah mati keras kat dalam tu -.-


destinasi seterusnya, aku pergi Bandar Hilir, Melaka. tengok bangunan merah merah tu, bapak jakun gila. maklumlah, first time sampai melaka. hikhik. then pergi menara taming sari.

nampak tak betapa tinggginya menari tu? lebih tinggi dari aku. HAHA -.- lawak hambar.

ketinggian menara yang lebih tinggi dari aku tu membantutkan niat aku yang tak berapa nak berani ni untuk naik. tinggi lah woi. sedangkan bangunan sekolah yang setakat tingkat tiga tu pun aku gayat masa first time naik, inikan nak naik menara yang entah berapa tingkat tu.

kang tak pasal pasal ada scene muntah terkejut pulak karang. naya orang yang nak naik tu. terus kensel sebab takut muntah sama. lol

then jalan jalan dekat bandar melaka. jalan je? no lah. shoping tu semestinya lah kan. rambang mata dibuatnya. semua benda nak beli, last last beli t-shirt sehelai. yang ada lep lep melaka tu. aku memang, tak boleh nampak barang banyak banyak. nanti semua aku nak beli. last last tak tau nak beli mana satu. memang penyakit.


panas woo masa dekat sana. menggelapkan kulit aku yang dah sedia gelap ni. --'

at the end of our journey ialah........ jeng jeng jeng . . . .  MAKAN! my feveret part evahhh. lauk dia sedap gila woo. burpp. kekenyangan aku. dah kenyang, dah shopping, dah gelapkan kulit, so kiteorang pun balik. 

balik kluang, bukan balik JB. aku kalau sebut balik kluang, memang segar lah kan. dapat ler lepak lepak dengan cousin kesayangan aku (kesayangan lah sangat) . Ni kalau jia baca, confirm dia gelakkan aku --' 

hari sabtu baru balik JB. penat toksah cakap. lagi penat bila mengenangkan esoknya (ahad) last cuti. bertambah tambah penat bila isnin sekolah. hakhakhak.

sekian :')

Monday 4 June 2012

Bila stress..

Assalamualaikum.

menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu terbitan Arbak Othman, stress bermaksud tekanan atau kerisauan akibat ketegangan mental atau fizikal, keadaan sukar dan sebagainya. 
amacam pendahuluan aku? dah boleh jadi sasterawan tak? ahaks.

orang kata stress tu sebahagian dari hidup. nak cakap aku ni 24/7 stress tu takde lah. boleh gila gamaknya kalau tiap hari tiap masa tiap saat stress. agak agak kalau aku tanya golongan mana yang paling banyak stress apa jawapan korang? student kah? orang yang bekerja?  ibu mengandung? 

kalau tanya aku memang lah aku jawab student kan. yolaaaaa, sebagai pelajar sepenuh masa *tak payah nak sepenuh masa sgt lah kan --'* hari hari pergi sekolah belajar itu ini. itu kira okay lagi. balik sekolah cikgu tak pernah lupa bagi buah tangan pencuci mulut segala bagi mengisi masa lapang pelajar *tgn kebahu mata ke atas*. aah. masa lapang yang semakin disempitkan. hakhakhak. 

adakah itu yang dinamakan stress? mungkin ya. mungkin tidak.

kalau buka majalah, surat khabar dan yang sewaktu dengannya bersepah artikel cara menangani stress. tapi aku masih tak faham dengan segelintir manusia yang sihat walafiat dan dikurniakan akal yang sempurna tapi tetap ambil jalan singkat dengan terjun jambatan. tak pun bangunan. final destination. dilututkah otak mereka? hmm. mungkin.

bagi aku takde masalah yang tak boleh diselesaikan. betul tak? baik angguk sekarang, kalau tak aku cekik. kalau aku stress, normally aku MAKAN. makan, makan dan makan sampai aku rasa nak keluar kan balik apa yang aku makan. lol jk. mana ada. orang gila je buat macam tu. aku tak gila lagi. aku makan je lah sampai aku rasa tak boleh makan lagi. 

kawan aku pernah cakap, "kau stress kau makan. bila kau makan duit pun keluar. duit keluar lagi stress". haha. jyeahhhh. memang lah duit keluar macam air, tapi tengah stress kan. what to do. orang kata, 'bila kenyang, hati manyak senang woo'.
betul aaa. wa manyak setuju. bagus juga kalau macam tu. dari terjun jambatan, baik aku terjun dalam lautan makanan. hakhakhak.

ekcely, banyak cara nak menangani stress. terpulang pada individu. jalan terbaik dekatkan diri dengan Allah. minta petunjuk dariNya. Insyaallah. hilanglah stress tu. hati pun lebih tenang. kalau tak hilang 100% pun at least mestilah berkurang kan.


stress tu pun sebahagian dari ujian Allah :')

till end. thanks sudi baca :')
with love, 
saraa ali  

Saturday 2 June 2012

Merajuk dua saat.

Assalamualaikum.

Tittle post nak mengada ngada lagi mintak lempang kuasa kuda. Bila boyfriend merajuk, kawan merajuk, adik merajuk, abang kakak atok nenek mak ayah semua nak merajuk. Rasa lifeless. Tetiba rasa air bertakung di bibir mata bukan air liur. Kenapa semua mengada ngada ni T.T


Keluar bilik mengharap ada sesuatu yang membuat aku tersenyum. kek coklat kak maria yang ayah aku beli semalam tinggal saki baki. Kelas kau maria. Lantak ah. Yang penting aku lapar. Then masuk bilik layan lagu rock. Semua madah nak lagu English. Perasan mat salleh lettew.


Tiba tiba terkeluar lagu, 'ibuk ibuk bapak bapak semua yang ada disini...,'. Bapak kau lah. Macam mana entah ada terselit lagu ni dekat phone aku. Laju jemari ku menekan button delete. Sorry Inul, lu goyang sensorang --'


Konon konon nak masak makan tengah hari untuk hari ni. *sila perhatikan perkataan diawal ayat; konon konon ye. harap maklum* masak sambal ikan feveret dahku. tapi hajat tak kesampaian. penyakit mim alif lam sin menguasai. what to do.


masa nak lunch, si adik buat perangai. berperang bagai anjing dengan kucing sudah menjadi kebiasaan. jalan terakhir si adik ambil bila dah stress kena marah dengan aku, MERAJUK. dengan pantas meja makan ditinggalkan, masuk bilik lalu "gedeganggggggg". bunyi pintu dihempas. MERAJUK. 


aku memandang dengan pandangan kosong. 'lantak kau lah'. lalu ku sambung melantak sambal ikan feveret dahku dengan berselera. si emak hanya diam. malas masuk campur sebab dah tau perangai anak anak nya.


sumpah aku tak tahan dengan perangai dia yang kuat merajuk. bukan perempuan. tapi lelaki. last last nanti mengendeng dekat aku jugak. mintak itu ini. memang macam ni ke perangai anak bongsu? hanya bertanya. maaf kalau terasa. sekian.

p/s: motip entry aku ? hanya ingin menyatakan bahawa gua stress dengan orang kuat merajuk untuk benda kecik. mmg kirim salam aku nak pujuk -.-

Sekian.