Wednesday 26 March 2014

PLKN in memory.

ASSALAMUALAIKUM!

Fuhhhhhhhh. Nyah segala tok nenek habuk dari sini. Ya Allah rindunya dengan blog! Well, bloggers, I'm backkk! Ceh macam orang tunggu je aku balik kan.

Ehem alhamdulillah setelah berkhidmat negara, saya semakin matang ye. Dan bersemangat untuk mempertahankan negara daripada anasir yang ingin memporak perandakan kesejahteraan negara kita! Haa tu dia. Bajet sangat kan. So, in the nutshell, persepsi awal aku tentang PLKN was TOTALLY WRONG bebeyh. Plkn sangat ohsem disebabkan warganya yang ohsem.


sweet moment ever. may our friendship last longer. insha Allah :')



Yang tak ohsem ada tak? opkos lah ada. Tang kena jerit jerit dengan jurulatih (JL), kena tukar baju ala ala model 3-4 kali dalam masa sehari, kena denda lari keliling padang kawad pukul 2.30 petang pakai telekung dalam keadaan kemarau (paling daebak), kena berbaris tengah hari buat pukul 2.20 petang kat padang kawad hari hari, and for sure dapat mask shiseido in the blink of an eye. So takyah sesusah nak tepek hari hari ye.

Hari hari our routine memang pack gila. Waktu free cuma sabtu ahad je lah. Tu pun kalau tak duty. And sometime hari sabtu pun ada program macam talk, etc. Just imagine kalau hari sabtu ada program dan hari ahad duty. Kirim salam je lah dekat cuti tu. That's why kalau cuti, memang waktu yang sangat amat sungguh dihargai. Time tu lah nak basuh baju stock seminggu, nak kilat boot, nak kemas dorm. Dan TIDUR.Tapi selalunya aku basuh baju dua tiga hari sekali so takde lah terkumpul sampai hujung minggu baru nak basuh. Itu akan merugikan masa tidur aku yang amat berharga tu. Harhar.


apart of us. nampak je kurus, tapi hakikatnya kaki makan. harhar

So masa cuti adalah masa makan dan tidur. Sometime kalau parents datang. of course diorang akan bawak makanan untuk satu dorm. Time tu memang perut aku dah menari nari dah. Trust me, dekat kem makanan antara benda paling mewah. Aku kalau dah makan memang tak boleh stop dah. Dan jangan terkejut kalau berat naik sampai 7-8 kg in 3 months! And yes, maggi antara makanan wajibul ghunnah ye.


habaq mai dekat ceq siapa boleh tolak?

Tu bab pengisian perut. Bab pengisian rohani pun tak kurang juga. Setiap hari ahad akan ada usrah yang dikendalikan oleh pelatih pelatih kem sendiri. Dan ada sorang kawan aku berbangsa Cina yang rajin ikut usrah tu. Ya Allah aku terharu sangat bila dia hafal 'hasbi rabbi' and a few qasidah lain. Subhanallah may Allah grant her hidayah :') usrah tu banyak bagi pendedahan dalam menghayati apa itu Islam. Dan Islam tu bukan sekadar pada nama mahupun kad pengenalan sahaja. Tapi mencerminkan amalan kita sebagai seorang muslim yang mesti taat pada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Dapat juga kenal dengan pelatih pelatih lain. Secara tak langsung dapat menjalinkan ukhwah sesama muslim.

ukhwah fillah. insha Allah :')

Tapi lama lama macam dah kebal gak ah dengan Jl yang kadang kadang mengaryk. Jl jerit dekat depan otak gua ligat pikir nak buat apa bila balik dorm nanti. Well, time is gold dude. And bila dah mengantuk tahap dewa time roll call malam malam, gua boleh terlelap sesaat dua. Tidur dalam keadaan berdiri tu sangat cool okay. Lol. 


cak a.k.a yaya

Overall dekat plkn okayyyy laaa walaupun setiap masa pikir nak balik. Homesick bro. Tapi bila dah balik rindu pulak dekat kem. Plkn had taught me a lot especially in friendship, discipline and our social life. Most important is our confident level to communicate  with strangers. Orang yang kita tak kenal memang awkward kan. Aku ni pulak bukan yang jenis mesra alam and cepat sesuaikan diri dengan situasi baru. At least nanti masa further study takde lah terkapai kapai kan sebab jauh dengan keluarga. 


tempat curahan hati, Fatin Arissa :*

Ada jumpa jodoh tak? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH gila kau takde. Tapi simpan dalam hati je lah. Aku ni dah lah pemalu. *dush



wirawati Kompeni Delta. Delta rare!


Dannnnnn tamat je latihan, dua hari lepas tu result spm keluar. Allah! Ketaq tak ketaq lah lutut ni masa nak ambil result. Apa apa pun alhamdulillah. And i'm going to miss my PLKN moment so much! kalau nak story dari awal secara detail memang makan dua tiga post juga lah. Walaupun banyak sebenarnya benda nak share. so aku ringkaskan je, nanti orang boring pulak nak baca. Next post insha Allah pasal spm pulak. Dan pasal masa depan. insha Allah.

Sekian, wassalam