Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan ♥

Assalamualaikum.

sedar tak sedar kita dah masuk pun bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ni. rasa macam sekejap je masa berlalu kan. tiba tiba dah 1 Ramadhan. esok lusa dah 1 Syawal. eh? puasa baru satu hari dah ngengada cerita pasal 1 Syawal.

kadang kadang bila duduk sorang sorang, terimbau kenangan puasa masa tak cukup umur dulu. kalau masa kecik kecik puasa, ada istilah 'puasa setengah hari'. sekarang, dah besar panjang kau nak istilah 'puasa setengah hari' jadah. tak malu. booo !

kalau dulu masa kecik kecik, curi curi makan time puasa. sambil mak aku sibuk gunting kain kat depan, aku pun menyibukkan diri dekat dapur. buka peti sejuk sambil sedut air coke samnpai setengah botol. hampeh betul. adik adik sekalian, tolong jangan ikut perangai kakak ni ye -.-' 

sekarang bila dah besar nak curi curi makan time puasa macam tak senonoh sangat lah kan. budak umur 5 tahun boleh puasa, tak kan kau yang dah nambelas tahun tak gheti gheti nak puasa. haaaa?! *tetibe emo* -.-'

moment paling best time puasa mestilah bila dapat sahur dan buka sesama dengan family. lagi best kalau dapat berkumpul ramai dengan sedara mara. time tu lah dapat tengok sepupu  sepupu yang dah lama tak jumpa. makan pun lahai sopan kemain. nak nak kalau anak dara tu jumpa dengan sepupu lelaki. kalau boleh sebutir nasi pun tak nak tumpah. konon perempuan melayu terakhir lettew.

untungkan siapa yang dapat berkumpul reramai dengan sedara mara. lagi untung kalau kampung dia sejengkal je. kalau aku ni, nun dekat Perak sana. jauh kemain -.-
so berkumpul dengan family je la. tu pun dah bersyukur sangat dapat bersahur dan berbuka dengan keluarga. esok lusa kalau dah kahwin belum tentu dapat macam tu selalu. *nak jugak masuk pasal kahwin*

so, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, sama samalah kita perbanyakkan pahala, kurangkan dosa. siapa tahu ni Ramadhan kita yang terakhir. kan? kan? 

thanks sudi baca :')



Friday 13 July 2012

Oh my katak.

Assalamualaikum.

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! *tiup habuk serta sawang dekat blog* -.-' Alahai lamanya aku tak update blog. Bukan apa. Busy kemain lah katakan. Hmm, tiap kali nak update ada aje aral yang membujur melintang golek golek menegah aku daripada update blog. So, apa boleh buat. Pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas. Tetibe ~

Nampak tak tajuk post ni apa? tak nampak 3 jumaat lettew :3 ni bukan nak update pasal oh my english, bukan juga pasal perkataan tittle post aku yang merepek tu, tapi pasal salah satu benda yang aku belajar as a science stream student. Ehem.

ada kena mengena dengan katak jugak. tapi sebelum anda men-scroll kebawah, sila pastikan anda tiada masalah lemah jantung, jantung berlubang, dan yang sewaktu dengannya sebab takut nanti ada yang kojol depan lappy tengok mende alah ni.



"opocot mak aku terkejut". haa kan dah, aku dah remind awal awal. segala risiko tanggung sendiri.

hari rabu, 11 haribulan bersamaan dengan berapa hijrah tak dapat nak dipastikan, aku serta sahabatku dengan gigih nya telah menjalankan kajian ke atas katak atau nama saintifiknya   Giant Neotropical Toad dengan membedah segala isi nya. haha, kajian lah sangat -.-'

sebenarnya aktiviti bedah katak ni untuk one of the chapter dalam subjek biology yang kitaorang belajar iaitu food digestion. in human and in animal. tapi tak kan lah nak bedah manusia pulak kan, kang tak pasal pasal SMKK dapat nama pulak. "Pelajar 4SN1 SMKK bedah manusia untuk tujuan pembelajaran". Tak pasal pasal keluar Metro muka depan. Curlass kau jemahh ==


gigih membedah katak tu. sambil posing.

masa mula mula nak bius katak tu, my reaction was like, 'katak tu lompat nanti macam mana?! dah lah lembik. alamak' lol. lepas Naz bius, aku dengan gagahnya aku keluarkan katak tu dari bekas dia. lembik lembik je badan dia. dah lah licin. --'


langkah pertama nak bedah katak tu. kena be careful. kalau tak, nanti blood capillaries dia terpotong, habis terpancut darah. menggigil siak masa gua nak belah --'


rakan seperjuangan yang sedang gigih membedah. ahaks xD


para saintis dan doktor yang sedang bertungkus lumus. ehem :')


katak group aku yang dah kojol. mati dalam iman.


with my beloved biology's teacher, Puan Wan Hasifah :)


doctor shafinaz, doctor sarah and doctor nadiah. ehem xD


again. saje nak bagi korang saspen. hakhakhak xD


percaya tak bahawa katak tu sebenarnya masih hidup. katak group aku dah kojol awal awal dah --'


motip? ==


aku memang suka menyelit xD


le photographer. miss harslinda haron. ehem xD


--'

amboi kemain rajin budak budak ni. propa je tu. pffft -.-'


alolo, comel je kawan aku ni :3


my classmate :D


sweet ke sawit? haha k. sweet k dorang !

serious wa cakap lu *muka serious*, pengalaman bedah katak tu memang sampai mati aku tak lupa. best gila ! mungkin orang yang takde pengalaman tu akan cakap, 'euwww tak nak ah, geli je'. well, different people has different way. 

pada aku, aku memang suka buat benda ni. kalau tak suka pun, kena suka jugak. kata doctor-to-be kan. insyaallah. one day. 


4SC1 is forever awesome ! *spot me*

sekian. thanks sudi baca :) 
with love,
Saraa ali