Thursday 15 May 2014

Ke matrik ke kita.

Assalamualaikum bloggers!

Wahhh sarah memang suka main hilang hilang kejap rajin kejap malas nak post an an. Sorry senanya takdo idea nak post apa lantas blog ditinggal begitu sahaja sobs

So yeah memasing mesti tengah sibuk dengan urusan sambung belajar sume kan. Iols punnn. Lepas bertungkus lumus berperang meredah onak dan duri akhirnya papp keluarlah satu keputusan yang tak disangka sangka. Pheww

I've decided to go for matrik!!

Pheww again. Kenapa tak disangka sangka?? Sebabnya aku tak pernah plan pun nak gi matrik ni. Mohon pun sebab cikgu suruh mohon semua. Apa yang ada dalam palehotak aku ni cuma asasi asasi asasi je. UPU pun memang banyak asasi je yang aku pilih. Diploma adalah dua ketul. Tu pun second last and last choice.

Sekali bila result UPU keluar nahh hambek kau, I got my last choice pergh tak hagak siot dapat last choice teruih. Diploma Teknologi Polimer in UiTM Kampus Arau. Perlis sana hoi. Bukan dekat. Tawaran yang aku dapat semuaaa dekat utara sana. Tau lah kampung aku kat utagha sana -.- yang dekat cuma matrik je. Johor je uols, dekat sangat lah tu.

So hmm sepanjang tunggu result UPU ni memang aku muhasabah diri banyak banyak. Aku dah yakin dah yang first choice memang tak dapat dah. Aku target mana tau dapat asasi UIA an tapi bila fikir balik jakgi dapat asasi UIA kena 2 tahun. Itu pun kalau dapat course yang aku nak. Kalau tak hm

Jadi dari situ aku nekad, nak masuk matrik. Tambahan result UPU macam nak tak nak je keluar asyik tukar tarikh so aku dah tawar hati dah nak tunggu. Bukan dah tawar hati tapi dah takde hati langsung nak masuk U tak kisah lah course apa yang aku dapat! Unless miracle happen gedebak gedebuk tetiba dapat asasi sains UiTM yang tu memang aku dah tak fikir panjang lah. Tu pun kalau lah dapat kan. Tapi bukan rezeki aku kat situ.

Jadi ke matrik lah kita yee. Hari yang sama result UPU keluar, petang tu jugak aku keluar lepakings dengan kengkawan. Excited kau memasing cerita dapat dekat mana.



#agentcarijodoh




girlfriends. memasing makin cantik. dari kanan; ifa makin bahagia, yana makin cantik. pyka makin tinggi, ehh. aku maintain cun forever (baling tembikai), nad pendek pendek pun cantik tau haa. mati aku kalau nad baca






time ni sesaje masuk Setia Gallery sebelah mekdi yang baru siap tu. kenkonon nak tengok apa yang ada dekat situ, padahal opis je pun. sekali terjumpa background pink yang cantik kemain ni, so camera mariii



Puas hati dapat jumpa dorang. Macam terkejut jugak sebab kebanyakan classmate aku dapat matrik yang sama. Memang nak kumpul satu matrik ke cemana. I love you lah KPM! Tetiba

So siapa dapat Kolej Matrikulasi Johor lagi angkat ibu jari kaki??!!

Ada rezeki jumpa lah kita gituuu

Thursday 8 May 2014

Apa itu GST.

Assalmualaikum.

hari ni post serius sikit. tak nak buat lawak loklak. uols mesti tahu dah pasal gst tu kan? ramai kot tak setuju. macam macam yang aku baca. so hari ni aku nak share sikit pasal apa tu gst.


kredit to: asyrafzabani

Pengenalan

  1. Ia bukan cukai baru.
  2. Ia menggantikan (SST – Sales & Services Tax) & (GST – Government Services Tax).
  3. Ia dikenakan pada kadar yang lebih rendah (6%) berbanding SST (16%). Contoh, sekarang kita kena bayar 16% kalau makan di hotel atau beli kereta. Saat GST dilaksanakan kelak, kita bayar 6% sahaja.
  4. Lebih 800 barang tidak kena cukai seperti makanan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain. Boleh lihat senarai ini di dalam risalah, website dan lain-lain.
  5. Banyak barang untuk golongan berpendapatan rendah dikecualikan. Yang kena cukai adalah antara barang yang digunakan oleh golongan kaya atau makan di tempat mewah.
  6. Masyarakat luar bandar mendapat 2 kali untung:
    • Banyak barang dikecualikan
    • Beli dikedai kecil yang jualannya di bawah RM500,000 dikecualikan GST.

Pencerahan Mengenai GST

Apakah itu Goods & Services Tax?

  1. GST : Cukai Barangan & Perkhidmatan (Goods & Services Tax).
  2. Masakini kita membayar dua cukai atas setiap barangan/perkhidmatan yang kita beli/guna iaitu:
    • Cukai jualan (6%)
    • Cukai perkhidmatan (10%)
  3. Ia akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?

  1. Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.
  2. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Berapakah kadar GST?

Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN: 10% di Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina, dan Laos. Manakala, 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?

Mulai 1 April 2015.

Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?

  1. Tidak semestinya. Harga barang akan menjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sebelum ini 16%.
  2. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.
    • Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan, dan lain-lain).
    • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
    • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah.
    • Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya.
    • Jual beli dan sewa rumah kediaman.
    • Perkhidmatan kewangan terpilih.

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?

  1. Pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakan oleh kerajaan.
  2. Pertama, kerajaan akan memberi bantuan tunai RM300 kepada penerima BR1M, diikuti oleh menakisma lain kelak.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?

  1. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.
  2. Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.
  3. Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:
    • Melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.

Bagaimana pula dengan perniagaan?

  1. Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
  2. Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016.
  3. Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
  4. Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015.
  5. Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
  6. Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan.

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?

Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.
Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah”telus, berkesan dan sistem cukai yang adil“.
Adakah harga barangan naik?
  1. Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.
  2. Perubahan harga barang atau perkhidmatan amat minimum apabila GST dilaksanakan. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung sama ada ianya adalah barangan asas ataupun tidak.

Apa Yang Penting?

  1. GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Masakini, rakyat membayar dua cukai itu.
  2. GST mengambil kira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makanan serta keperluan asas tidak dikenakan cukai.
  3. GST bukan kos kepada perniagaan.
  4. IHP (Indeks Harga Pengguna) akan turun bagi sesetengah barangan/perkhidmatan seperti pakaian, kasut, hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, komunikasi, dan lain-lain.
  5. IHP akan meningkat untuk barangan/perkhidmatan seperti minuman beralkohol & tembakau, pendidikan swasta, restoran dan hotel.
  6. GST diperkenalkan bagi menggantikan kelemahan dalam kutipan cukai selama ini.
    • Seperti cukai bertindih, ketirisan, dan lain-lain.
  7. GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini, peniaga tidak terlepas dan terpaksa bayar – itu yang dikatakan meningkat agaknya.
    • Setiap peringkat pengedaran
    • Atas nilai tambah
    • Atas baragan dan perkhidmtan yang diimport
    • Atas jualan barang dan perkhidmatan di Malaysia

GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah.

GST (VAT)

  1. Cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmtan melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan.
  2. Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:
    • Cukai terselindung.
    • Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan.
    • Cukai bertindih. Berlaku dalam dua keadaan.
    • Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu sama ada cukai jualan atau cukai perkhidmatan.
    • Kesan: pelanggan terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian kos menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.
    • Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barangan berkenaan dikenakan cukai barangan serta perkhidmatan.
    • Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan prkhidmatan kepada pelanggan.

Pandangan mereka yang sekarang tidak bayar cukai penggunaan terutama golongan berpendapatan rendah terpaksa bayar cukai penggunaan bila GST dilaksanakan.

  1. Sebenarnya rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.
  2. Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam invois atau resit kerana ia terselindung di dalam harga barangan.
  3. Sebagai contoh setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan berpendapatan rendah, sebanyak RM 2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilksanakan dan dikenakan pada 4% beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM 2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.

Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?

  1. IHP akan menurunkan mengalami penurunan sbnyk 0.10 peratus. Harga bagi lapn komponen turun:
    • Pelbagai barangan dan perkhidmatan.
    • Restoran dan hotel.
    • Komunikasi.
    • Pengangkutan.
    • Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan.
    • Perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api.
    • Pakaian dan kasut.
    • Minuman alkohol dan tembakau.

Apa peranan pengguna?

  1. Membuat perbandingan harga sebelum berbelanja.
  2. Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
  3. Melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib sepertiKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan pengguna.
  4. Berbelanja secara berhemah.
Berikut adalah penulisan yang ditulis oleh Shah Sovi dan diolah sedikit oleh saya. Konklusinya, pandangan peribadi saya, saya amat menyokong perlaksaaan GST yang akan menggantikan SST (Sales & Services Tax) dan GST (Government Services Tax). Namun, ada beberapa persoalan dan langkah yang perlu diambil kira, antaranya:
  1. Integriti kerajaan dalam melaksanakan GST kelak dalam senario ketirisan serta pengurusan kewangan yang lemah (dibuktikan oleh Laporan Audit Negara). Tindakan undang-undang yang tegas hendaklah diambil di atas sebarang salah laku, sama ada syarikat, kementerian, mahupun ahli politik.
  2. Jika perihal GST mahu segera dilaksanakan kerana mahu majoriti negara melaksanakannya, bagaimana pula dengan bab kebebasan media kita yang masih di tahap kurang memuaskan, cukai kereta yang masih tinggi, dan gaji minimum yang masih di tahap rendah? Bilakah langkah proaktif mahu diambil oleh pihak kerajaan dan kementerian serta agensi berwajib?
  3. Pencerahan secara proaktif dengan membuat roadshow di setiap bandar, daerah, dan negeri harus diperkasakan agar setiap lingkungan rakyat dapat memahami apa itu GST, mekanismanya, serta manfaatnya.
  4. Saat GST dilaksanakan pada April 2015, pihak berwajib harus memantau dengan aktif setiap perniagaan agar tiada kes mereka yang menaikkan harga barangan sesuka-hati akibat perlaksanaan GST.
Untuk maklumat lanjut mengenai barangan yang tidak dikenakan GST, boleh dilihat di : http://www.mpib.gov.my/documents/294206/50d2f9b3-9820-4e1f-a62b-12f5cdc3c989
Ulasan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, pakar Syariah dan Kewangan Islam mengenai GST boleh dilihat di : http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1030-cukai-gst-hukum-a-amanah.html
so yeah tu dia. kalau nak tanya apa apa boleh pi tanya kat orang yang lebih arif. iols cuma menampaikan apa yang iols tahu.

tak nak cakap banyak nanti kena bash, haha bye.