Saturday 25 February 2012

Dari mata turun ke hati ~

Ehem ehem ~ Assalamualaikum dan haiiii readers. Rindu tak nak baca update terbaru dari aku. Hikhik *perasan lettew* . Eh kejap ada ke yang baca blog aku ni. -.-

Okay okay nak share something ni. nak tau tak? *angguk angguk kepala*


Haa, nampak buku kat atas tu. Yeaa, buku tu aku baru habis baca. Takde lah baru sangat. Dalam minggu lepas macam tu la. Err, nak exam tapi baca buku cerita. Sangat kewl kan ~.~
Ekcelly, novel tu dah lama dah bertapak dalam rumah aku, tapi tak tergerak hati nak baca. Entah apa yang buat aku tiba tiba nak baca pun tak tau.

Maybe, sebab buku ni pasal kisah hidup writer tu so aku dah judge awal awal, tak best. Okay sangat tak patut.
Buku pertama, Travelog Cinta Abadi, pasal life writer tu sendiri Roza Roslan masa dia kecik kecik. Masa mula mula baca rasa macam...... okay baca je la. Tapi bila sampai tengah tengah, eh best lah ! Serious, best ! Aku pun sambung lah baca. Sedangkan hati menjerit "woi ! nak exam lah woi !"


Habis baca, i was like tersentuh sangat sangat. Sedikit sebanyak terkena dengan life aku sendiri. Eh betul lah ! Tak tipu. Bayangkan macam mana seorang budak umur 12 tahun dah pandai masak, err aku pun tak pandai masak masa umur cantuh. 


Then sambung pulak dengan Travelog Impian Abadi. Novel yang ni pasal masa remaja dia. Masa baca novel kedua, like seriously sangat sangat terkesan dengan life aku. Tak tau lah aku nak describe macam mana, tapi memang best lah !
Thanks kak ngah for the novel :') Love it much !


Dan...... exam pulak cemana? okay tak nak cerita pasal exam. -.-
Sebenarnyakan, bagi aku novel ni bukan sekadar best ke tak, tapi lebih kepada apa yang kita dapat masa baca. :)
Okay tu je kot, yang aku boleh share. :)
 

Friday 17 February 2012

Life ~

Masalah akan datang bila bila masa je. Kadang kadang tanpa kita duga. Tu lah namanya hidup. Hidup kalau hari hari sama je, bosan juga kan. That's what we call colours of life. Bersyukurlah sebab kita masih ada peluang bernafas dekat muka bumi ni. Esok lusa tak tau lah macam mana.

Takde masalah yang takde jalan penyelesaian. Berusahalah cari jalan penyelesaian tu. Bukan berusaha untuk putus asa. Remember that, never give in your life. Kalau tak nak stress, share lah masalah tu dengan orang lain, tak rugi pun. Sekurang-kurangnya dapat ringan kan beban yang kita tanggung :)

Tapi kalau orang tak nak share dengan kita, tak perlu lah kita paksa. Bukan meringankan beban orang tu lagi, tapi menambahkan beban ada la.

And masalah aku pulak, sekolah homework sekolah homework sekolah homework sekolah homework. Besar kan masalah aku. -.-
Pergi sekolah belajar, balik sekolah buat homework sampai malam, selitkan time untuk online, then study study bla bla bla. Hari hari sama je. -.-

Pengorbanan seorang pelajar. Yeahhh ~ that's my life --'
Cukup bulan exam. Eh kejap, next week aku ada test laa. K...... lupa. Teruk an aku. So, kena study. *beriye lah kau* 


*practise this*

♥ Saraa ali.

Tuesday 14 February 2012

Hijab plus purdah.

Assalamualaikum dan hey peeps !




Woi woi, gua rindu lah siaa nak update blog. Okay macam setiap kali aku update blog kan aku cakap cam tuh. Nak buat acano, bizi bizi bizzzzzzz ~



Eh korang korang korang, haa korang perasan tak sekarang dah ramai yang pakai purdah. Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. 


Dalam Islam, hukum memakai purdah ni takde lah wajib. Tapi lebih kepada menghindarkan fitnah. Kalau dulu kan, nak tengok orang pakai purdah ni susah sangat. Then bila nampak orang pakai purdah macam 'waa cantiknya dia'.


Pernah sekali tu kan aku keluar dengan mak aku, terserempak dengan sorang budak kecik ni, dia pakai purdah. And me was like *melting to the max*. Rasa sejuk mata memandang.
Kecik lagi dah pakai purdah, bertudung labuh. Tapi kita yang dah tak berapa nak kecik ni bila pulak. *peringatan utk diri sendiri jugak*


Tapi kan sekarang purdah dah jadi macam trend. Tau tak TREND !!
Orang sekarang kalau bersanding nak pakai purdah. Then bukak balik. What the ... -.-


Suka hati kau lah nak cakap aku ni buta fesyen ke apa ke, tapi aku rasa macam tak patutlah.
Well itu pendapat aku je. Bagi aku orang yang berpurdah ni melambangkan darjat seorang wanita yang tinggi. So boleh bayangkan betapa respect nya aku dengan orang yang berpurdah, especially bila tengok budak kecik yang umur lingkungan 7-8 tahun gitu berpurdah.


# ULANG KENYATAAN, TU HANYA PENDAPAT AKU JE. TAKDE NIAT NAK SINDIR SIAPA SIAPA.


So, sama-samalah kita muhasabah diri ye. :)


Friday 3 February 2012

Tak seksi pun la ~

Assalamualaikum ~
Setelah sekian lama tak meng-hapedate blog ni, dah berhabuk dah gamaknya, maka dengan sukacita nya dimaklumkan bahawa aku akan update blog ni.. Wuuuuuu *clapclap*
K dah mula mengarut, kembali ke topik asal.


Woo woo topik je dah macam kontroversi kan, k tak yah nak kontroversi sangat.
Ekcelly kan, dari hari pertama sekolah lagi aku selalu perhatikan budak-budak perempuan ni, apa yang aku perhati ? yeaaa baju diorang.


Almaklumlah kan, sebagai seorang pengawas yang berdedikasi , setiap kali student nak naik kelas, pengawas kena buat spotcheck. So, nasib kau lah kan kalau kena tahan ~
Dan yang selalu jadi perhatian bila student perempuan pakai baju ketat. Yes, baju sekolah tu dia jahit dekat tepi, then bila jalan ikut bentuk badan.


OMG , tak seksi okay ! Sakit mata lagi adalah. Aku tak tau lah kalau baju yang mak dia belikan besar gabak, nak kecik kan tu suka hati lah. Tapi kecik kan, ikut GILA bentuk badan tu dah kenapa.
Kamonnn, awak nak pergi sekolah, bukan nak pergi shoping.


Mungkin kalau kita tanya dia akan jawab, 'eh suka hati aku la. baju aku'.
K.......... Suka hati kau ~


Oh, okay kau marah ea dengan entry aku ni ? Tak, aku sindir kau pun, tak sindir siapa siapa pun. Sekadar menyatakan pendapat je. Sumpah tak tipu !


So, stay cool stay chill okay. Enjoy your holiday. n_n
Harap-harap aku pun boleh enjoy walaupun mengenangkan homework yang berduyun ~