Thursday 26 January 2012

Trip to Kelantan, Ooo yeah !

Assalamualaikum dan haiiii..
Lama gila aku tak jenguk  blog aku ni kann.. Kesian dia terbiar macam tu. Bukan tak nak jenguk tapi..... tak sempat laa.


Ingat masa mula cuti nak update, tapi an ada kejutan yang mengejutkan iaitu.... jeng jeng jeng,
Aku pergi Kelantan lah wei, cuti cuti Malaysia wooo !. Mesti korang cakap 'eleh Kelantan je, mcm laa aku tak pernah pergi'. Hey ! Suka hati aku la, sibuk apsal. Haha :p


Ekcely, nawaitu pergi Kelantan tu nak hantar abang sedara aku, dio nok nikoh denge gewe kelate hok comey comey belako. *salah ea, lantak lah* LOL.
Tapi alang-alang dah kat Kelantan tu, tak sah lah lak kan kalau tak melencong a.k.a melancong kan kan ? hikhik. 


*jangan silau sebab kemerahan yang memerahkan mata anda. LOL.*
*gambar kabur, k aku tau.*


Merahnya mak ngah. LOL


Makan berdamai dia lain daripada yang lain.


Memang pening layan budak kecik ni, Ahmad Adi Iskandar :p

Malamnya jalan-jalan shoping-shoping dekat Wakaf Che Yeh, nak tau kat mana korang google je. Nak snap-snap tak menyempat, almaklumlah dah malam. Dekat pukul 3 pagi kot baru balik ! Esoknya, sebelum balik Johor kitaorang suka suki kejap dekat Pantai Irama, Bachok. 



Sebelum balik, singgah kejap dekat rumah wife abang sedara aku, ada sawah wooo. k jakun gila kan aku. Haha, rosak betul. Maklumlah, first time pergi sawah. Dekat JB takde sawah.


See?! Cantik kan..


Me n cousin, Azira a.k.a Jia.

Itu je kot gambarnya. Nak upload gambar banyak banyak tak dapat, sebab............
kamera aku masuk air, jatuh dalam laut. Cam haremm T.T

Sampai rumah, kelam kabut cari homework. Tengok kalendar, *K, dua hari lagi naik sekolah* demm great. -.-
Tapi secara total, *cehh, da mcm buat karangan pulak* cuti kali ni, memang cuti sakan lah wei. Best holiday ever lah !

Friday 13 January 2012

Biology plus add math.

Assalamualaikum.

Nak tau fakta tak? Kepenatan menyiapkan kerja sekolah terutamanya add math dan biology akan membuatkan seorang gadis bernama Siti Sarah kehilangan idea bernas lagi tuntas untuk meng-hapedate blog.

Itu fakta dan bukan auta ye kawan-kawan. Lulzs.
Fakta tu bakul sampahkan boleh lah. Haha. Kreatif kan aku buat fakta sendiri.

Tapi series ah aku cakap an, bio memang kadang-kadang buat aku biol. Kadang-kadang je lah. Cuba bayangkan sekecil-kecil cell dalam badan, rupa-rupanya ada cell yang lebih kecil lagi. Macam cell dalam cell. Demmm -.- 

"Biology is drawing"- Puan Wan Hasifah.
Nampaknya aku kenalah melentik-lentikkan jari jemari aku melukis. 


See? how kreatipp is me. -.-

Melukis memang aku totally out lah kan. Rosak kertas lukisan dibuatnya. Masa form berapa tah, seni gua dapat E derr. Tu menunjukkan betapa aku buta seni. hahah X)

Tu baru bio, belum add math lagi. Haihh~ boleh botak aku. Tapi takpe, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Tak gituu cik senah oi :p

Main point dia, bila cikgu tengah mengajar, F-O-K-U-S !!! Bukan buat kuih kat belakang tuu.
Sok sek sok sek. *peringatan untuk diri sendiri*
Bila tak fokus, mulalah menganga tercungap-cungap nak cari jawapan kalau cikgu kagi latihan.

Tapi kadang-kadang aku ni tak boleh jugak nak mem-bajet fokus sangat. Sebab nanti ada je halangan yang membujur melintang bergolek-golek depan aku. Almaklumlah kan, kawan-kawan aku ni jenis yang aktif. Mana boleh senyap-senyap ni. B-O-S-A-N.
Nak-nak duduk semeja dengan Nadia, Nadiana, Lynda, Aein, and Fynaz.
Ketawa dan gelak merupakan rutin harian kami. LOL.

Harap-harap lah aku boleh bawak subjek ni. Tu baru bio, belum chemistry, fizik lagi.
Bio, chemistry, add math and fizik please laa, be nice to me. -.-

Wednesday 11 January 2012

Simple itu cantik.

Assalamualaikum and haiiiiii !
Sumpah gua rindu giler nak post kat blog ni. Bukan tak nak, tapi busy la wei. 



Kalau dulu an, tahun lepas aku pergi sekolah masa form 3, aku selalu jugak la stay sekolah sampai petang kalau ada hal. Selalu jugak la aku usha adik adik comel sesi petang tu, kadang-kadang aku tengok ada yang tepek bedak, mak aih dekat 10 inci kot. Haha. Masa tu aku rasa macam,... err *haih pergi sekolah, tapi make up mcm nak pergi jusco* X)

________________________


As a teenagers especially girls mesti suka make-up kan? At least pun mesti tepek compact powder sikit kalau keluar mana-mana. Betul tak? Ada juga certain-certain perempuan yang suka tepek make-up ala-ala retis 3-4 inci gituu. Bukan lah kata aku tak pernah make-up keluar rumah, tapi takde lah sampai tak nampak muka yang sebenar.


Kalau aku tanya mana-mana lelaki an, most of them cakap lagi suka perempuan yg tak make-up atau pun kalau make-up pun tak yah lah tebal sangat.


Bagi aku, kalau make-up ada tiga benda yang for sure aku pakai.


eyeliner. pernah try nak buat yang lentik-lentik kat hujung tu, tapi tak jadi. LOL



Compact powder ni biasa lah kan. Semua perempuan pakai.


Lip balm pun biasa lah kan. *sama dengan lip balm aku. lulz*

Hah, tu jer la yang biasa aku pakai. Simple je kot. Tak perlu eye shadow bagai. Haha.
Neway, tu pendapat aku jer. Bagi aku, kalau perempuan tak make-up lagi cantik. :)

Friday 6 January 2012

4 Science 1.

Assalamualaikum.

Terasa penat seminggu sekolah. Alah baru seminggu, lekluuuu. Lekluu wakluu. >.<
Bila dah mula sekolah, terasa macam malas je nak bukak laptop, bukan apa kalau da bukak mesti tak boleh tutup punya. Last-last homework kemana, study kemana. Penat wooo, baru seminggu sekolah homework dah menimbun. =='

Tapi an memang eksaited ah belajar topik-topik baru ni. Ye la, form 4 an, semua nya baru.
Yang 'kurang best' nya apa tau, biology, chemistry, fizik and add math punya buku teks da tukar bahasa Melayu !!!  Agak susah la kan nak pick-up sebab dah biasa bahasa Inggeris. Tapi takpe, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Ye dokk?

*see, bahasa Melayu kan? --'*

So this year I'm in 4 science 1. Memang superb awesome lah kan kelas tu. Cikgu-cikgunya pun baik-baik belaka *bukan nak bodek*. Kelas baru, buku baru, tempat duduk baru,........ boyfriend baru. Eh? lulzz.

Hari sabtu ada kokurikulum, tapi tak pegang jawatan apa pun. Aku humble. Tak suka menonjol. loljk. Aku memang tak nak pegang apa pun jawatan, sebab.......... malas, haha kbai. And tahun ni sebagai seorang pengawas yang berdedikasi saya telah memegang jawatan sebagai.......... ketua blok. eh ye ke? alah lebih kurang je la tu. Cuma aku bahagian gate untuk dua blok je. --' tak sama eh? takpe ah :P

So tu je yang mampu aku story for this week punya sekolah. Bosan? tekan button X kat atas belah kanan tu. Bagi aku memang this week punya sekolah memang tak mengecewakan. Sebab ada macam-macam perkara yang baru aku belajar. Dan buat pertama kalinya aku berusaha menyiapkan kerja sekolah seawal mungkin. Saya rajinkan? lulz. Awal je lah kot. Haha. :p Semoga berterusan lah hendaknya kerajinan aku tu. :D



*sometime we can't change the worst situation, let it be that way*
pinjam word ni dari Aida Zakaria. :)

Wednesday 4 January 2012

Eh da namblas?



Hello guys ! haha, pekabo? cemana skola? okeyh. *soalan skema*. haha blog aku bertukar wajah lagikan. yang ke-3 kalinya. wahh, rajin betul aku mengedit ni kan --'
entah hangin apa datang, suke beno edit-edit ni. amacam? lawa tak? *angkat-angkat kening*
tau la tak selawa blog korang an an.. =='

 First day sekolah, err best ke? gua pagi-pagi da rasa mengantuk la siaa.
sekali ada orientasi, lagi lah. depan mata nampak bantal, nampak katil tengah goyang inul depan aku, sumpah ngantuk giler ! teruk an aku ni, so moral nya jangan ikut perangai aku ni. haha :P

and and and, hari kawan aku pindah, *kesat air mata*


yang baju biru tu. comel kan. okay ignore muka gua yang mcm hape tuh. =='
yelah, orang hari ni baru msuk skola, dia berhenti skola. hmm, i'm gonna miss her damn much !!

so, conclusion nya hari first skola, boring. -.-

*post aku kali ni boringkan.* --'