Saturday, 31 December 2011

Sorry awak :'(

Assalamualaikum.


Kenangan semalam mengajarku erti hidup,
Pengalaman pahitku dijadikan sebagai pedoman agar tidak kuulangi kesilapan lalu,
Segala kenangan kita bersama ku rakam kemas dibenakku,
Maaf andai aku meninggalkan dikau keseorangan,
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.

________________________________________


tetttttttttttttttttttttt.. pergh ziana zain dalam sembilu, jiwang siaa aku. 
Hampeh kan aku ni, hari bahagia tahun baru macam ni buat drama pulak. hehe.
Tahun 2011 dah pun melabuhkan tirai. 2012 dah menjelma.

2011 mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. 2011 juga mengajar aku erti persahabatan, setia kawan dan..... erti kehilangan. Tapi kehilangan tersebut dah pun aku gantikan dengan ikatan persahabatan. Sesungguhnya kehilangan dia memang buat aku tersentap. Tapi lama-lama aku belajar sesuatu  daripada kehilangan tersebut.
Ye, patah tumbuh hillang berganti. Dan dia......
mungkin belum berganti.

Harapan aku 2012 memberi aku kenangan manis sebagaimana 2011. Eh dahlah, tak mo sedih2, hidup kena happy, baru muka berseri. Haha :p

Kepada awak, saya minta maaf banyak-banyak. Takde niat nak kecewakan awak. Cuma mungkin bukan jodoh saya dengan awak. Saya tahu awak tengah happy sekarang.
Saya cuma nak bagitau awak yang.............
Saya lagi happy dari awak ! Hahahaha :')

Dan kepada kawan-kawan sehidup semati aku (cewahh), especially to  the MK's, sorry aku dah nekad nak pindah. Korang please jangan rindukan aku. Nanti takut korang nangis kalau rindu aku. :'(

Korang yang tengah baca ni, pandai-pandailah hargai orang disekeliling korang sebelum mereka pergi. Jangan jadi macam aku.

Friday, 30 December 2011

Erk, da nak naik sekolah ke? xD


Fuhhhhh, fuhhhhhhh...
Haish berhabuk bersawang blog ni dibuatnya. Cehh, padahal baru tak jenguk dalam pat lima hari je. Alahai rindunya nak ber-blogwalking.

Eh sape cakap aku dah malas ber-blogging? sape? pandai-pandai je. aku bizi tau. bizi ape? bizi berfoya-foya bersama kaum kerabat dahku di Kluang Parade. Muehehe. hari tu aku balik Kluang, dua hari stay sana. Apa lagi, duit tengah berkepuk kat tangan, shopping le kite yee. :P

Then balik rumah after two days, aiyoo fenatz nyerrr. Tapi kepenatan tak mengalang dahku untuk menjenguk warga twitterjaya. Hikhikhik. Blog jugak yang tak sempat nak tengok. :'(
Tenet lambat laa. Bukan sengaja tau !

Esoknya tengok kalendar, 'eh da 30 Disember da?'. Alahai cepatnya masa berlalu. Pejam celik dah nak masuk tahun baru 2012. Dah nak masuk sekolah balik. Tak puas rasanya bercuti lagi, tiba-tiba 'eh 3 hari lagi naik sekola? ' damn great is it. -_-
Kalaulah boleh postpone naik sekolah kan bagus. Err, ada tak warga Kementerian Pelajaran yang singgah blog aku ni agaknya, kalau ada harap pertimbangkan lah ye saranan saya tu. Hewhewhew.


So, kalau dah kata tahun baru mestilah ada azam baru kan? Apa azam awak, awak dan awak tu? haha. Azam aku? hmmmmmm.. ape eik.. hah ! Azam aku lah kan, kalau boleh nak kurangkan kedegilan dan perangai suka ikut kepala sendiri aku ni. Kalau boleh laa. hehe. -.-


Ye lah tahun depan aku dah tingkatan 4, tahun depannya lagi dah tingkatan 5. So, kena la jadi matang sikit. Chemistry, physics, add matah, biology and so on please be nice to me okay, and I will lavvvhhh youu damn much.


Kepada calon-calon SPM, PMR, UPSR tu, belajar baik-baik yea, *skema punya ayat*. :)


Goodbye 2011, and welcome 2012. :')

Tuesday, 27 December 2011

Hari tuu kannn..

Assalamualaikum.



*wink wink*. Baru hari ni dapat ku jenguk belog dakuh ini. Kenapa dengan hari tu? Kenapa? Kenapa? Alahai, tak kan tak tau kot. Korang suka kan buat-buat tak tau. Tak tau jugak? Yelah aku bagi tau. Hari tu ada wedding cousin aku. *lol memang la aku tak tau, bukannya aku sepupu kau*
Ahaha, lek luu, gua gurau je derr.  So, entry kali ni mungkin lebih kepada entry bergambar.
Sesaje nak bagi korang cuci mata cuci hati sikit.









Hantaran tersebut di design sepenuhnya oleh Saraa Ali. Haha no lah. Mak lang aku yang buat tau. *angkat angkat kening*




Lauk dimasak khas oleh Saraa Ali  haha, tipu je. 




Syafiq & Zaihan. ^^




Family besaq saya. Most of them tak pernah jumpa. Kecuali yang tudung biru, peach, and pink tu. yang pakai purdah tu mummy saya. :)




The Pengantin's 




"eh sara, kenapa awak nampak ge...", "stop ! jangan teruskan ayat tu. saya tau saya nampak gemokss. baju tu yang besar okayy !" lol T_T




Err, sape yang bakal duduk sebelah saya tu. *kelip kelip mata*




Heeee. X)




Woot woot. Kakak-kakak cunsss. Hewhewhew.




Me? Oh yea, that's me. XD




Gambar dah out of theme. Oh yea, that's me with my boyprengg. Hikhikhik. X)


Okay. dah penat cuci mata? haha, nak tengok lagi? kat Fesbuk aku lerr.

Monday, 26 December 2011

My first giveaway by Aein Amadhani.


Toink toink. hah, aku join giveaway. again.

Kali ni aku join giveaway yang pertama by Miss Aein Amadhani.

Hadiah menarik menanti anda. *kelip kelip mata*

Apa lagi, jom laa kita bagi sokongan dekat Miss Aein Amadhani . ;)

Friday, 23 December 2011

Satu malam jiwa berasap! XD

Assalamualaikum.


Post kali ni takde kene mengena dengan movie Satu Malam Kubur Berasap, ni jugak bukan sekuel untuk filem tu. Haha.
Sebenaqnya, cek nak habaq kat hangpa semua ni, satu cerita. Hanqpa nak tau dok?
Eh kejap, kenapa tiba-tiba terkeluar loghat Penang ni. -_-

Ekcelly, hari ni aku nak mengimbau kenangan lalu di desa tercinta.
okay gua mengarut. nampak tak gambar kat atas tu? kalau tak nampak, tak lama lah tu. 
Tu gambar kawan-kawan tusyen aku lorh. Nakk kenal, pi la usha sendiri.
*gambar yang lelaki ada, tapi kalau aku masukkan gerenti diorang takkan kuar rumah sebab malu giler tahap cipan*
Sekarang ni matlamat aku post entry ni, nak citer pasal satu malam ni..
Tragedi entah berapa hari bulan aku tak ingat..

Citer nye cenggini.... Satu malam..........
*
*
*
*
*
*
*
*
tengah belajar, then dengar azan Isyak berkumandang, lepas tu tcer pun suruh lah diorang pergi solat. belajar tu belajar jugak, tapi solat jangan lupa.
diorang dengan muka tempe pergilah surau. alah, kat depan rumah je. bukan jauh pun.

kitaorang yang pompuan ni, mulalah bersok-sek sesama kita. Moh le kite yee.
then tiba-tiba.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
hah saspen tak? haha, 
*
*
*
*
*
tiba-tiba kitaorang dengar ada 'something' mengilai, gua dah kecut derr kat situ.
pastu, "huwargggghhhhhhhh, hihihihihih"
'Benda' tu menerjah kat tingkap sebelah aku. Sebelah aku wei !
Yang lain sume dah menjerit, termasuk aku. kawan aku si Iera tu lagilah teruk, sampai terperosok bawah meja sebab nak lari punya pasal !

Aku bertambah pelik bila tcer aku watlek, watcool jek.
Then tcer aku cakap, "tu haziq la, tak senonoh betul budak tu"
that moment, me was like, "kwajoo punya haziq ! asfhfgjgf betul jantan tuh ! jahanam motor kau japgi aku kerjakan !" 
hangin giler aku dibuat nyer. pastu aku ngn yang lain dah membisu seribu bahasa. Bila dah abes solat, selangkah die masuk rumah tu, macam-macam aku baling kat die.

Die boleh pulak gelak-gelak ! Habis tusyen aku and the gang debiks die cukup-cukup !
And and and, motor RX-Z dia lah jadi mangsa kaki aku. Tak dapat debik owner, debik motor pun jadilah. Muahaha. Padan muka kau !
Gangster kan aku. Sila takut sekarang ye. haha LOL XD



Tu lah yang membuatkan gua berasap gilerr ! hahahah .___.

Thursday, 22 December 2011

Saya calon SPM -_-

Assalamualaikum.




*gambar di atas takde kene mengena dengan post ni*

Waa, saya dah jadi calon SPM, wuuuu *clap clap*. Untunglah calon SPM. Da besa la tu. Kononnya. Alhamdulillah, I past my PMR with flying colours. 
Berapa dapat? bialah rahsia. ececeh,. poyo amat.
Ekcelly, bialah orang terdekat saya je yang tau k. Awak awak awak yang tak dapat ekselen result, jangan putus asa tau. SPM ada lagi. 
kita buat-buat betul k. *kelip kelip mata*

Tapi disebalik kegembiraan tu, terselit secebis kedukaan. :/
Ye lah saya salah. saye ego. ye saye tau. awak marah kan. marah lah T_T
tak kisah pun :') tapi awak pun salah lah kawan.

sebab ego saya, saya tak tegur awak langsungkan. Walaupun cuma misunderstanding sikit je, saya tetap tak nak mengalah. eh awak pun salah jugak la >.<
okay, saya start lagi. tapi akhirnya awak tegur saya jugak :')
saya ingat awak boikot saya, tak nak tegur saya sampai bila-bila.
apa-apa pun tahniah untuk awak.

tak dinafikan, 98.89 % dari diri saya ni EGO, KERAS KEPALA, DEGIL.
tapi bukan lah sepanjang masa saya macam tu. what?? saya jahat. thanks, saya tau .__.
dah cukup saya mengutuk diri saya. tak mau sedih-sedih. tengah happy ni tau!

Happy-happy selalu ye kawan. Sekali awak jadi kawan saya, sampai bila-bila kita kawan :')

Tuesday, 20 December 2011

Umpama mimpi dalam mimpi -.-


.snap by me.

Mimpi sesuatu yang sukar ditafsirkan .
Mimpi yang menimbulkan seribu persoalan .
Mimpi yang sukar diungkap maksudnya.
Umpama mimpi dalam mimpi .

eh kejap, betul ke ni entri dari Sara ? tapi kenapa jiwang semacam .
oh ye , mungkin kerana kerungsingan menunggu keputusan PMR membuat aku seperti tak keruan .

Berbalik kepada mimpi tadi . .
Mimpi . . . boleh jadi indah, boleh jadi teruk. Boleh juga jadi menakutkan.
Sebab tu mimpi menimbulkan seribu satu persoalan .

Apa yang aku mimpi ?
1. aku mimpi keputusan PMR. ohh teruk, sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
tapi tak pe . mimpi yang membahagiakan . aku mimpi dapat 8A . anda baca betul-betul .
8A ye sahabat ku . bangun je dari tidur , aku terus berdoa .
Ya Allah, semoga mimpi tadi menjadi kenyataan :')

Mimpi yang kedua. Sangat tidak masuk akal. Kenapa?
sebab aku mimpi dia.... siapa dia? takde sape2 lah.
abang sedara aku je. sape nama? errr, tak berani nak bagitau. takut kalau dia baca, aku yang malu .__.
apa yang aku mimpi. aku mimpi................
dia minta kapel dengan aku. ohh, sangat tragis mimpi tersebut. o.O

*dialog*

dia: * meletakkan sebentuk sepit dirambutku*
aku: *buat muka pelik nak mampus*
dia: kita declare jom?
aku: *buat muka pelik.. again* boleh tapi ada syarat.
dia: apa pun syarat dia, abang terima.
aku: jangan bagitau sape2 kita kapel.
dia: ok.

*aku memang panggil dia abang dalam kehidupan realiti*
dan kami pun berkapel lah. pelik kan..
*pelik, macam mana dia boleh pakai kan aku sepit, sedangkan masa tu aku bertudung*

ye mimpi sememangnya pelik. pelik yang membahagiakan :')

Monday, 19 December 2011

Memori Sirap Bandung II

_____________________________

Adam dan Anis lulus dengan cemerlang dalam SPM. Anis melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam bidang Pengurusan Bisnes. Manakala Adam pula melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia. Maklumlah anak orang kaya, mestilah nak luar negara je kan.

5 tahun berlalu. Anis berjaya menamatkan pelajarannya dan mendapat tawaran bekerja sebagai seorang Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat pembinaan ternama di Kuala Lumpur.

Anis: mak, angah da dapat kerja kat KL tu.
Mak Anis: bagusla kalau mcm tu, bila mulanya.
Anis: lusa, esok dah kene bertolak ke KL la. Angah tinggal dekat rumah along dulu buat sementara.
Mak Anis: keje lek lok ye ngah, jaga diri, jaga maruah keluarga. kamu tu kat tempat orang.

Begitu lah nasihat seorang ibu kepada anaknya. Yelah, ibu mana yang tak sayangkan anak.
____________________________

Adam juga telah berjaya seperti Anis. Mama dan Papa Adam antara orang yang paling bahagia apabila melihat anak mereka berjaya. Maklumlah, siapa sangka, Adam yang keras kepala, degil macam tu boleh berjaya dalam pelajaran. Walaupun sebenarnya, Adam tak perlu belajar segigih tu, dia boleh mendapat pekerjaan dengan mudah kerana bapanya mempunyai sebuah empayar perniagaan yang tidak asing di Malaysia.
__________________________

Hari pertama bekerja, Anis telah diuji dengan ujian yang sangat tak disangka...
Tak disangka kerana bos nya merupakan Adam Alfian yang sangat dibenci ketika zaman persekolahan dulu.

*didepan pejabat Adam*

Anis: *ketuk pintu*
Adam: Masuk.
Anis: Encik, saya nak serahkan fail yang encik mintak pagi tadi. *masa ni Anis belum tau Adam bos dia*
Adam: *sambil mendongak* letak je lah atas meja tu.

Adam kaget. "minah ni". Anis terkedu. "mamat poyo ni bos aku".
Masing-masing buat muka relaks. Konon chill lah tu. Padahal dalam hati...

'cantikjugak dia ni sekarang, mata dia. alahai sejuk je mata memandang'. Kata hati Adam.
'pergh hensem siaa dia. kenapa hati aku semacam ni'. monolog Anis.

Adam: *berdehem* bila mula kerja?
Anis: semalam.
Adam: oh okay. awak boleh sambung kerja.

Semenjak pertemuan mereka, Adam sering tak keruan melihat Anis. Hatinya seolah-olah menyatakan bahawa ada satu perasaan aneh untuk Anis. Tambahan pula, apabila melihat Anis agak rapat dengan rakan sekerja mereka, Johar.

Adam: har, aku nak tanya sikit boleh?
Johar: tanya la. haii, sejak bila pulak kau pandai nak mintak izin ni.
Adam: hmmm, kau dengan Anis tu.............................
Johar: haa, kenapa dengan Anis?
Adam: err, takde apa lah.

Begitu lah Adam. Kekal dengan egonya yang menggunung tu. Walaupun dia menyedari hatinya mula berbunga sejak kemunculan semula Anis.

Satu hari, Adam terserempak dengan Anis dan Johar di sebuah kedai menjual barang kemas.
Adam terkesima apabila melihat Johar menyarungkan sebentuk cincin ke jari runcing Anis.
'diorang dah nak kahwin ke'. Hati Adam merintih. Tapi....
'ah, aku peduli apa. diorang belum kahwin lagi, aku masih ada peluang'.
Adam nekad ingin berterus-terang dengan Anis.

*dikafeteria pejabat*

Adam tercari-cari kelibat Anis. Tiba-tiba.....
Adam terlanggar seorang gadis. Habis tertumpah air sirap bandung di kemeja Adam.
Dan gadis itu ialah.. 'Anis'. detik hati Adam.
Anis terkocoh-kocoh membersihkan kemeja Adam yang dah bertukar pink tersebut.


Serta-merta peristiwa 6 tahun lalu menjengah ingatan mereka berdua. Peristiwa Anis menyimbah Adam dengan segelas sirap bandung.


Anis: err.. err, so.. sory Encik Adam. tak.. tak sengaja
Adam: *sambil tersenyum lalu memegang tangan Anis* tak pe. Nanti saya bersihkan.
Anis: Saya betul-betul tak sengaja *buat muka serba salah*
Adam: Kalau macam tu, sebagai hukuman awak kena keluar lunch dengan saya, boleh? *angkat angkat kening*


Anis hanya mengangguk. Apa sahaja akan dilakukan, asalkan tidak menimbulkan kemarahan Adam. Semenjak hari tersebut Adam dan Anis semakin akrab. Rupa-rupanya, Johar akan melansungkan perkahwinan dengan adik perempuan Anis. Anis menjadi hanya menjadi pengganti untuk mencuba cincin tersebut kerana ukuran jari Anis lebih kurang dengan adiknya.


Adam nekad untuk menjadikan Anis sebagai suri hidupnya.

*satu petang di Danga City Mall*

Anis: opss, sory, sory. tak sengaja. eh, Scha?ya Allah..
Scha: Anisss *terus memeluk Anis* rindunya dekat kau.
Anis: kau tu yang menghilang. aku call tak jawab. eh, aku dah nak kahwin tau *kelip kelip mata*
Scah: whattt?? dengan sape?
Anis: *hulur kad jemputan* kau tengok lah sendiri.
Scha: Mohd Adam Alfian. Adam yang......??
Anis: yupppp..
Scha: wow!! tak sangka. dulu bukan main bencilagi kau dekat dia.
Anis: nak buat macam mana, dah jodoh.
______________________________________

*setahun kemudian*

Adam tengendap-ngendap masuk ke dapur, niat di hati ingin mengejutkan isterinya.

Anis: tak payah lah bang nak main terkejut kan Anis.
Adam: macam mana sayang tau ni. potong betul la.
Anis: abang terkejut kan Anis, jangan marah kalau Anis terkejut lepas tu tersimbah abang dengan air sirap bandung ni.
Adam: *ketawa berdekak-dekak* abang tak kisah, yang simbah pun isteri abang. bukannya orang lain.
________________________________

Begitu lah kisah Adam dan Anis. Bagi Adam, memori disimbah sirap bandung oleh Anis akan terakam kemas dalam ingatannya. Ye, Memori Sirap Bandung :')

SEKIAN :)
 p/s: cerita saya mungkin tak sehebat novelis lain atau mungkin tak sehebat awak :')ye, saya tak sehebat mana. cerita ni pun hanya sekadar suka-suka. untuk mengisi masa lapang.

Saturday, 17 December 2011

Memori Sirap Bandung.

Assalamualaikum. 
Aku tak tau la nak post apa. Siyezz da blur. Aku nak buat citer boleh tak. Tiba-tiba idea terkeluar pulak.
__________________________



Anis merupakan pelajar SMK Bandar Uda 2 yang sangat periang. Satu sekolah kenal dia. Satu hari, seorang pelajar baru telah mendaftar masuk. Satu sekolah kecoh. Kononnya hensem giler macam Aaron Aziz. Adam Alfian namanya. Semua awek kat sekolah kalau tengok Adam mesti kelip kelip mata. Tapi bagi Anis, Adam tak lebih dari seorang lelaki yang biasa pada matanya.


Scha: Nis, Adam tu hensem kan. *kelip kelip mata*
Anis : heh, atuk aku lagi hensem -_-


Begitulah reaksi Anis bila cakap pasal Adam. Satu hari mereka bertembung masa Anis dalam perjalanan nak masuk kelas. Adam terlanggarnya dengan tidak sengaja. Tapi, dengan tak disangka-sangka, Anis yang dimarahnya.


Adam: Hoi, buta ke men langgar-langgar. Jalan tu tgk org la.
Anis: Weh, kau yg langar aku, apsal aku pulak yg kene.
Adam: Eh budak ni, da langgar org tu mintak maaf je la. banyak bunyi pulak.
Anis: Kau yg langgar aku dulu, apsal pulak aku yg kene mintak maaf. Ingat ni jalan bapak kau ape.
Adam: eh memang la, bapak aku ada share kat sekolah ni tau *sambil buat muka bongkak riak lagi  takbur*


*kringggggg..
Bunyi loceng menandakan waktu kelas telah bermula menghentikan perbalahan mereka.
Anis berlalu dengan hati yang membara.
Semenjak hari tersebut, Adam dan Anis pantang berjumpa. Kalau jumpa je gaduh. Kalau gaduh je jumpa -.-


__________________________

Satu hari yang baik, di kantin sekolah.. *hari yang baik? hmm, mungkin tidak..*

Scha: Nis, kau pergilah beli makanan. Aku tunggu kat sini. Nanti karang kalau dua-dua pergi takde tempat pulak nak makan.
Anis: ok.

Tiba-tiba, Scha berasa tak keruan. Ye, tak keruan kerana perutnya meragam. Terpaksalah dia meninggalkan meja tersebut untuk menunaikan hajat perutnya tu. *faham-faham lah ye hajat apa*

Faiz: *kawan Adam* Bro, duduk sini je lah. Ni je meja kosong yang ada.
Adam: A'ah ek. Dok sini je lah.

Dengan selambanya Adam dan rakan-rakannya duduk disitu tanpa menyedari ada bahaya yang menanti...........

*Anis datang dengan membawa dua gelas air sirap bandung*

Anis: Weh, ni tempat aku la. Aku dah suruh kawan aku cop tadi.
Adam: *tersentak* eh kau ni, aku da duduk sini, maknanya ni tempat aku la. 
Anis: Aku da suruh kawan aku cop tadi. Kau blah ar.
Adam: Kau ni nak main cop2 pulak. Baru habis tadika ke dik oi. *sambil gelak-gelak bersama kawannya*

Suka sangat lah tu permainkan Anis.
Dengan tak disangka-sangka....
Anis menuangkan segelas air sirap bandung diatas kepala Adam. Adam terkedu, terdiam seribu bahasa. Tak terjangkau akalnya bahawa Anis akan bertindak sedemikian rupa.
Maka, bermula lah perang dunia ke-2 antara Adam Alfian dan Anis Syuhada.

Mereka dipanggil ke bilik disiplin gara-gara pergaduhan mereka tersebut.
Semenjak hari itu, Adam dan Anis tidak pernah bertegur jauh sekali bergaduh. Masing-masing membawa haluan sendiri hinggalah tamat SPM.
______________________________

nak tau apa jadi lepas ni? k BERSAMBUNG .

Thursday, 15 December 2011

Menanti sesuatu yang tak pasti..

Assalamualaikum.




Haa, suka tak dengan wajah baru blog aku ni? Suka? Alhamdulillah.
Tak sia-sia aku bersengkang mata bertungkus lumus siang dan malam nak edit blog ni. haha.
Eh dah melencong pulak. Aku bukan nak citer pasal blog pun, iklan je kejap :)


Ni baru citer betul...


********************************************************************************

Penantian yang tak pasti? Apa tu? Waa, sara tunggu boyfiend baru ke?? haha, no lah,.
Apa yang aku tunggu ialah......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Result PMR yang khabarnya keluar 22 Disember ni. Fuhhh, berpeluh aku.
Nevess woo bila cakap pasal result ni.. Aku sure semua calon PMR 2011 tengah berdebar abes ar tunggu result kuar. Siyess gua tak ready lagi woo nak berhadapan dengan kertas keramat tuu.
Korang da ready? Aku tabik spring 812630194 kali ar kat korang kalau da ready.
Menaip pasal result pun aku da menggigil *k tipu je*

Tu lah kan,, masa tak tau result keluar bila, kemain cakap 'bila lah result nak keluar ni, tunggu result macam tunggu durian jatuh. *tetibe je durian, k aku tipu je*
Bila dah tau tarikh result keluar, tau pulak nak menggelabah. -.-

So, kepada yang bakal amek result ni, aku doakan korang dapat keputusan yang terbaekk dari ladang ah. Buat sekolah masing masing bangga dengan korang. Senang kata buat pengetua sekolah korang terkeluar biji mata ar tengok korang punya result yang gempak tuu. *k aku dah over*

Haha. That's All. Enjoy your reading k :)

Monday, 12 December 2011

Paris.. Here I come!!

Assalamualaikum.


Wuu, It's Paris. Kat sana sekarang musim ape ek? Sejuk kot. Sebab kat Zurich sekarang musim sejuk. Nak shopping puas2. Beli baju banyak2. Prepare gi Paris.
Paris.. here I come!! yeayyy!!
Ticket : check
Baju : check
Toiletries : check
ah~ semua check la. wee tak sabarnye~~

*************************************************************************

mesti dalam hati korang "wuu dia pegi Paris"
ye, memang saye nak pegi Paris, tapi.............
dalam mimpi je.. muahahaha. kalian tertipu :P saje je aku buat gimik cenggitu, hahaha. *gelak jahat*.

ok. gua dah haruk nak ke Paris -,-
kenapa hari ni tiba-tiba aku nak buat entry pasal pegi Paris pulak ye.
Bukan apa, semalam masa tengah blogwalking, ada lah terbaca entry sorang blogger tu.
Dia pergi Paris wooo.

and me was like, 'besh nye die gi Paris' *sambil gigit bibir*

Sape la tak nak gi Paris en? habaq kat cek.. sape nak bagi tiket free gi Paris????
waa, untung la kalau ada yg nak belanja tiket free *wink wink*
nak-nak dapat tidur kat Sofitel France La Defence, one of 5 star hotel kat Paris.
wuuu, taste tinggi. heh-,-


Dan salah satu sebab aku nak sangat pergi Paris, sebab dia punya suasana tu.
Mcam romantik and tenang sangat. Nak-nak Eiffel Tower.
So the conclusion is, sape nak gi Paris sila ajak saya ye *ceh muka tak malu*


That's all. Semoga korang tak bosan/meluat baca entry ni :)

Sunday, 11 December 2011

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sampai bila-bila.

Assalamualaikum.

da lama rasanya aku tak buat entry yang berpekdah kat sini.
dua entry sebelum ni pun pasal segmen ngn giveaway.
sekali buat entry, baca tajuk pun macam touching. hehe. sesaje nak tacink malam malam yang indah ni.

bukan apa, lately aku tengok banyak sangat berita baik kat surat khabar, tv pasal anak buang mak/ayah, anak letak mak/ayah kat rumah orang tua..  and macam macam lagi berita yang sewaktu dengan nya.

aku pelik lah dengan manusia macam ni. takde hati perut ke diorang buat macam tu.
masa kecik siapa yang bela diorang, jaga diorang, bagi makan minum, senang kata tatang diorang bagai minyak yang penuh.

tapi bila dah besar, macam lupa daratan. ada sesetengah tu sampai sanggup pukul and even bunuh mak ayah kandung sendiri! nauzubillah. kejam betul >__<
sedangkan Rasulullah sendiri pernah bersabda, cakap 'ah' pada ibu pun dikira berdosa.

hmm, seteruk mana pun seseorang ibu atau ayah tu, mereka yang dah membesar kan dan menjaga kita. sebagai anak, tugas kita mendoakan ibu dan bapa. bukan derhaka dengan mereka.

aku pun bukan lah baik sangat. tapi tak bermakna aku jahat. setiap manusia pernah buat salah. nobody perfect right. kadang-kadang kita sendiri tak sedar kita selalu buat ibu bapa kita tersinggung, sebab tu kita kena pandai mengaku kesalahan dan minta maaf. jangan bila mereka dah takde baru nak menyesal.

p/s : entry ni hanya untuk santapan pembaca dan bukan berniat nak aibkan siapa siapa. jauh sekali nak bersifat riak. hanya untuk perkongsian bersama :)

Saturday, 10 December 2011

3rd Giveaway By Yana.

Assalamualaikum.


Hari ni aku nak join satu giveaway by Sis Yana,
hadiah-hadiah yang ditawarkan agak menarik.
nak join boleh klik sini

now, tagged time,

*
*
*
*
*
*



kali ni aku ditag oleh miss amy yang nampaknya nak membalas dendam akibat ditag sebelum ini. mwahaha. sokay amy, thnks for the tag dear :)

tarikh tutup pada 20/12/2011.

thats all :)

Friday, 9 December 2011

Segmen Jom Kenali Blogger.

Assalamualaikum.


Nampak tak banner kat atas tu? banner Cik Aein Amadhani yang comel tu?
Kali ni aku terpanggil nak join segmen kawan aku sorang ni sebagai tanda sokongan aku yang tak berbelah bahagi kat dia *perh ayat cannot go* .
Ye lah, kawan kene support kawan kan? kan? kannn?
*sape cakap tak meh aku cepuk sikit*

Ok lah. Tak tau nak bebel apa lagi. Korang pun jom lah join segmen ni. Tak rugi apa pun.
Boleh tambah kawan n kenalan *kawan ngn kenalan tu bukan sama ke*.
Apa? nak join? waa bagus bagus *give a big clap*
Kalau nak join korang klik je kat Sini .

enjoy your reading :)

Wednesday, 7 December 2011

Ohh hati.

Assalamualaikum.






Semua orang ada hati. Tapi adakah hati tu untuk disakiti?
Kenapa aku tanya macam tu.. sebab hati aku tengah sakit sangat sangat sebab sorang yang  boleh dikatakan 'kawan'.

Kenapa aku kata 'kawan'. Kadang kadang aku rasa dia tu bukan kawan aku. Sebab seorang kawan yang baik akan sentiasa cuba untuk jaga hati kawan dia. Right? Tapi dia...
Yelah aku tau, dia tu ramai kawan, so maybe dalam palehotak dia tu fikir 'buat apa nak jaga hati si sara tu, aku ada ramai kawan lain.' Perhaps -,-

It's ok dude, hari ni hari aku, esok lusa hari kau pulak.
Aku takde la sampai nak benci dia gila gila en, sebab dia pernah jadi antara 'best friend' aku. So, aku cuba sebaik mungkin tak nak benci dia.

Benci membenci bukan cara aku. Sebab once aku da benci someone, akan bertukar jadi dendam. Oh no, dendam dendam ni bahaya lar. Tanak tanak =,=

So, kepada kau 'kawan'. Try to behave yourself. Jangan lah sampai orang lain naik meluat dengan perangai kamu. No no no, saya tak pernah suruh orang benci awak, tu bergantung kepada individu. Ok?

*korang da baca? oh thanks a lot. boleh tolong tak? Klik kat SINI dengan kat SINI . dah? mekasih :) sayang korang.

enjoy your reading :)