Sunday 27 April 2014

Keliru.

Assalamualaikum.

Aku tak pernah rasa susah nak buat keputusan. Sampai lah sekarang ni. Tskk. Agak agak kalau nak kahwin cemana lah kan. Tett

Pening dah kepala dok fikir nak further study kek mano. Dulu masa sekolah seronok rancang itu ini.

Tapi hakikat yang sebenar tak semudah kita merancang. Siyess wa cakap. 

Nak pilih U yang terbaik dan course yang terbaik tu bukan sonang. Bukan macam makan kuaci ye uols. Dedulu aku tengok senior or akak akak sambung belajar macam petik jari je.

Tapi sebenarnya tskk.

Adik adik yang nak espiem ni akak engko nak pesan ni,
belajor bebetul ye. Tetapkan matlamat lepas spm nak pergi mana, belajar kat mana, nak amek course apa.

Bila dah ada matlamat senang sikit nak buat keputusan. Gitu kateko.

Aku ni main tala je semua application nak masuk U yang ada. Tapi tengok course juga.

First aku dah isi UPU. Then isi pulak UniKL punya form. Pastu kawan aku suggest UTP, pun aku mohon.

Yang UTP tu tak seriyes pun. Dia mintak pos dokumen, sijil dan lain lain tapi aku tak pos. Bila keluar result, tup tup "eh dapat!"

Haha seriyes tak sangka sebab aku tak buat pun apa yang dia nak. Tiba tiba dapat pergi educamp dia.

Sesetangah orang macam, "fuyohh UTP siot rugi tak pergi!!". Watehek. Kalau dah satu sem je beriban nak suruh botak bapak aku ke cemana. Lainlah kalau ada sponsor ke scholarship nak juga iols pertimbangkan. Pastu minat pun macam tak berapa sangat ah. Setakat buat gebang kat orang kampung tapi tak minat buat pe en.

Lepas tu UniKL pulak bagi offer Foundation In Science And Technology kat Kuala Nerang. Masa tu exited gila bapak ah sebab ingat pastu boleh sambung medic. 

Rupanya patah seribu hati aku sebab salah pilih aliran. Guwa pilih engineering siak T______T

Dan baru baru ni dapat matrik pulak.

Ya Allah aku tak tahu dah nak pilih yang mana. Mak suruh buat solat hajat dan istikharah. Bior terang sikit hati tu. 

Insha Allah mak T___T

Ada jugak kawan kawan dan kenalan yang dapat offer oversea. Tu semua yang result spm memasing boom kebaboom lah.

So uols yang dah dapat tawaran further study tu tahniah. Belajor bebetul ye.

p/s : iols still tunggu result upu...........

Friday 11 April 2014

Tips cantik.

Assalamualaikum.

Ehem amboi tajuk tak boleh belah nya sarah. Macam engko tu cantik sangat. Tak tak. Aku bukan nak kata yang aku ni cantik. Tapi aku nak berkongsi pasal apa yang aku rasa boleh buat kita ni perempuan nampak cantik. Haa nampak tak betapa berbelitnya ayat dia. 

Dari dekat kem lagi aku dah nampak kawan kawan ni kemahen suka pakai collagen. Aku pun macam jakun sikit ah sikit je tak banyak. Tanya gak apa yang best nya pakai collagen ni. Dia kata pakai collagtn ni boleh putih. 

Hm hm hidup dekat plkn kalau tak menggelap tu bukan plkn namanya. Tapi haipp. Aku bukan senang dipengaruhi ye. Sebab nya dah banyak kali tukar skin care sebab tak sesuai dengan muka. 

Kes kulit burn lah, panas lah, mengelupas apa semua gua dah rasa dulu bhai. Tapi takde lah sampai tahap nak sorok muka kat jamban. Tak tak. Alhamdulillah lagi belum terlambat untuk aku berhenti.

Ingatkan fenomena collagen tu habis dekat kem je, ghupanya sepupu aku pun pakai jugak. Even kawan aku sendiri pakai. Patutlah putih kemahen -.-

So motip dekat sini pakai collagen untuk putih sahaje ke macam mana. Hm

Engkorang nak tau tak, aku ingat collagen tu untuk orang tua je. Pakai sebab nak hilangkan kedutan kat muka. Hahahahahahahaha noob gila kau sarah.

Satu je skin care yang memang buat aku dah jatuh cinta. 


Taraaaa. Nah siap satu set kauu.

Semua ni plkn punya pasal. Masa awal awal pergi aku cuma bawa toner. Bajet muka tu ada perisai besi agaknya -.-

Alhamdulillah Safi Balqis Perfect 10 ni sesuai sangat dengan aku.

Kenapa Safi? 

Firts and foremost, sebab dia dijamin Halal.

And sebab lain of course lah sesuai dengan kulit muka aku. Sedap je bila pakai. Dan insha Allah dah plan nak tambah koleksi lagi. Heheheheh

Dannnnn lagi satu, highly recommended korang try ESP Soy Protein Shaklee atau pun Vita-C Plus Shaklee. 




Jeng jeng jeng.

Kebaikan dia apa? Haa tu next post insha Allah aku akan terangkan kebaikan dia.

Siapa siapa yang dah tahu dan berminat nak order, ringankan tangan untuk emel aku : capitals.saraali@gmail.com 

Atau maleh nak emel boleh whatsapp (0107139233)

Insha Allah sebarang pertanyaan akan dilayan secepat mungkin. 

Sekian, wassalam.


Saturday 5 April 2014

Hidup sihat dengan SHAKLEE

Assalamualaikum.

Yes para blogger, hari ni kita akan berbicara mengenai product Shaklee. Aku rasa ramai dah yang tau pasal Shaklee ni kan. Ramai juga dah yang dah consume Shaklee ni dari dulu lagi. 

Produk Shaklee ni memang dah lama dah ada dipasaran. Sejak zaman mak bapak kita lagi rasanya. Atau mungkin zaman sebelum. Akhir akhir ni produk Shaklee macam meletop-letop gitu. So aku pun macam tak nak missed gak ah consume one of Shaklee's product ni. 

Memandangkan masa tu aku nak menduduki SPM so macam nak trylah Shaklee punya supplement. Mana tau ada kesan. So aku decide nak try, Shaklee Omega Guard.




Alhamdulillah nampak kesannya. Apa yang bestnya Shaklee Omega Guard ni, ia merupakan minyak ikan TERBAIK DI DUNIA dan mengandungi OMEGA 3. Kalau dah nama pun merupakan minyak ikan terbaik, mestilah ia membantu mencerdaskan otak.

So bagi student macam aku ni memang bagus sangatlah kan. Malah bukan je peringkat akak akak abang abang mak mak bapak bapak je boleh makan, tapi kanak kanak pun boleh. Contohnya, anak cikgu aku yang umur 4 tahun tu suka sangat makan Omega Guard. Dikunyahnyalah sampai kapsul tu pecah then keluar minyak. Sedap katanya -.-

Selain itu, Omega Guard ni bagus untuk imunisasi dan perkembangan otak supaya lebih fokus dalam pelajaran. That's why kanak kanak pun sesuai makan. Sekurang kurang mereka tak bosan masa belajar nak nak baru masuk tadika. Kita yang besor ni pun haa kemain payah nak fokus dalam kelas masa belajar khonn (aku lah tu)



Ibu menyusu pun SANGAT DIGALAKKAN untuk consume Omega Guard ni sebab susu ibu akan menyalurkan khasiat untuk anak yang menyusu. Sebab Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard ni membantu untuk perkembangan otak bayi dan imunisasi.

Dan paling best Omega Guard Shaklee ni dapat memabantu mengawal berat badan! Ia sangat membantu proses pembakaran lemak, Insha Allah. Haa best tak? So tak perlulah nak telan ubat kurus yang entah berkesan ke tidak tu.

Last but not least, Omega Guard ni juga membantu memelihara kesihatan jantung. Ini terbukti melalui kajian  bahawa pengambilan asid lemak Omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular, Insha Allah. So nanti boleh lah hadiahkan dekat mak atau ayah yang ada masalah jantung. Insha Allah anak yang soleh tu tak pernah lupaklan ibu bapa yang dah bersusah payah besarkan kita :')

Haa banyak kan kebaikan dia. Kalau nak cerita satu satu sampai esok pun tak habis.

So berminat nak order?
Ohh kecil tapak tangan nyiruku tadahkan.
kalau berminat nak order, boleh emel details product, kuantiti, nama, alamat dan no handphone ke :
capitals.saraali@gmail.com

Harga boleh runding, insha Allah jangan risau ;)

Shaklee ID : 1129898


Insha Allah aku akan guide cara pemakanan yang betul dan kalau nak tahu tentang product Shaklee dengan lebih detail pun boleh.

Sekian, wassalam :)

Perancangan masa depan.

Assalamualaikum.

Err macam dah terlambat je nak update pasal result spm? Tapi, ada aku kisah. So Alhamdulillah syukur result aku was just nice. Nak kata excellent kebaboom meletup letup tu takde lah, biasa biasa je.





Bila dah dapat result, of course lah sepatutnya dah tau nak sambung belajar dekat mana, course apa. Kan? Suppose to be before dapat result lagi dah rancang. It’s about our vision and our future. As for me, cita cita aku nak jadi doctor. Oh yes. Clisye sangat. Aku tak cakap nak jadi doctor semata mata nak glamour. Jadah jadi doctor nak glamour. Baik aku jadi restis kan.

Tapi cita cita aku nak jadi doctor because I love science! I love hospital (and it’s smell)! I love to make other people smile! Bila tengok orang sakit rasa simpati. Rasa nak tolong. Arghh that feeling yang tak boleh nak describe. Serious. Kecintaan dan keobsesan terhadap cita cita sendiri tu, aku je lah yang faham.

TAPI……………………..

Bila tengok result sendiri, tersentap.

Layak ke aku? Memanglah orang akan cakap, ‘okay what result kau’. Even my parents oso told me same thing. (because they don’t want me to disappointed). As for me banyak giloss saingan yang lebih hebat kat luar sana. So untuk ambil jalan singkat untuk sambung medic memang amatlah tipis. Lainlah bapak aku ada duit beriban sekepuk then hantar aku belajar luar negara. Tapi takpe, belajar untuk redha dengan apa yang Allah dah bagi. Walaupun hakikatnya Allah je yang tau betapa remuk redamnya hati aku ni………

Give up? Damn no. I’ll try untuk kejar cita cita tu. Kalau tak dapat? Are you ready to be disappointed again? Insha Allah tak. Sebab,

“Allah merancang, kita pun merancang. Tapi Allah ialah  sebaik baik perancang”

Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah Maha Mengetahui.

Tak semestinya apa yang kita nak kita akan dapat. Sebab tak semestinya apa yang kita nak itu baik untuk kita.

my love, my everything <3 font="">

So, apa plan korang nak further study?


Wallahu’alam.