Saturday 28 December 2013

Rancangan masa depan.

Assalamualaikum.

Manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan.

So bersempena dengan new year yang mendatang ni, aku dah plan macam macam for the sake of my future. Sebenarnya  takde lah plan besar apa pun, it is just to change myself to be a better person, to be more matured. Aku confirm semua mesti ada azam baru untuk tahun baru kan? So do I. Apatah lagi aku dah tak perlu nak sarung uniform sekolah lagi. Kehkeh.
               
Since that, aku rasa masa sekolah is the precious time ever that should be appreciate. Dulu aku suka sangat sekolah, tapi lepas sorang demi sorang kawan aku pindah, aku rasa macam lifeless je dekat sekolah tu. Well that was my very big mistake because during that time I don’t even know (and even care) about how wonderful school is. Cuma dah lama sikit aku start recover (kononnya) and sedar tak perlu nak sedih sedih kawan pindah, nanti boleh jumpa lagi. And yet, 5 Science 1 was the best class I ever had! Kawan kawan yang sporting (I really miss the potluck time), cikgu cikgu yang tak pernah give up dengan kitorang yang degil nak mampus ni, dan homework yang macam gunung kinabalu. Ohh sweet.



Dekat sekolah lah kita boleh happy jumpa kawan kawan, jumpa cikgu cikgu. Walaupun tinggal seminggu lagi spm pun kau boleh gelak sakan macam world is yours. Gitu kan nak menggambarkan ke-best-an sekolah tu. So adik adik, nikmatilah zaman sekolah engkorang elok elok ye. Kalau korang rasa time sekolah tu lah paling susah, sebenarnya sekolah tu lah time tak banyak masalah. Yang banyak masalah tu bila bercinta bagai nak rak pastu putus pastu pelajaran down pastu give up nak hidup pastu update status kat fesbuk, “lElAki cEmUnyeWw saMew jEw”. Damn it. *rolling eyes*

Based on pengalaman aku lah, bercinta time sekolah isn’t great at all. Menyusahkan lagi adalah. Setakat nak buat gebang dekat member kelas sebelah kau ada boypreng yang hot dekat bandar baik kuburkan je hasrat kau tu.

Jauhnya aku menyimpang. Elok elok nak cerita pasal Rancangan masa depan pergi cerita pasal lain pulak -.-

Apa rancangan masa depan aku?

Macam yang aku bagi tahu dekat atas tu, it just a planned to improve myself to be a better person, to be more matured.. Improve means you try to change your attitude, your ibadah, your relationship with humans, and most important is your relationship with Allah, slowly, step by step and more important is to be istiqamah with what you have done. Then you will succeed. Insha Allah.

Even Nabi Muhammad nak sebarkan dakwah islamiah pun secara berperingkat kan? So why can’t we? Pedulikan apa orang nak kata, nak mengumpat, nak kutuk. Why bother. Kita nak ubah diri kita pun dikira jihad. Yes, jihad melawan nafsu. Besar pahala jihad tu kan? Jadi lantaklah orang nak kata apa.

So that was my plan for this new year. For others, it such a simple thing that everyone can do. But for me it such a huge change yang aku dah lama buat dan usahakan tapi selalu gagal. Sebabnya nak capai tahap istiqamah bukan satu perkara yang mudah kalau kita tak kuat. Kuat rohani, kuat iman, kuat semangat. Sampai satu tahap aku rasa macam jatuh terduduk for what had happened and during that time aku cuma ada Allah. *wipe tears*


Ameen. 

Oh yes, aku pun tengah nak pulun dan mencari segala biasiswa yang ada, selagi sempat. Tu pun kalau permohonan dah dibuka. Maklumlah, awal awal lagi aku dah dipanggil untuk berkhidmat untuk negara.

DANNNNNNNNN……………….

Adik adik yang still sekolah lagi tu mestilah tengah exited kemahen nak beli barang barang sekolah kan. Aku pergi beli barang sekolah adik aku tengok betapa terujanya kanak kanak ni beli barang barang sekolah. Jangan exited beli barang sekolah je ye, kang tak sampai seminggu sekolah dah komplen sekolah boring. Selalunya macam tu lah.

Bagi calon lepasan SPM tentunya tengah pulun kerja, nak belajar berdikari cari duit sendiri katanya.. Maklumlah, masa lapang lepas SPM memang lapang selapang lapangnya. Sampai rasa nak lempang diri sendiri je. Takde keje sangatlah tu nak lempang diri sendiri -.-


Sekian .

Saturday 21 December 2013

Tempat shopping paling best

Assalamualaikum.

Hari tu aku blogwalking pastu baca blog Fatin Liyana. Antara blog yang wajib aku buka kalau blogwalking. Pastu aku nampak dia buat review pasal Nile

Dah nama pun perempuan, siapa je tak tertarik untuk shopping. Pantang ada sale, pantang dengar kedai baru buka, laju je nak shopping.

Aku ni kalau cari barang memang cerewet habis. Kalau boleh biar betul betul puas hati dengan apa yang aku nak beli.  Biar murah atau pun mahal tapi berkemampuan, asalkan puas hati. Sebab tu aku lagi suka shopping sorang sorang. Biasanya orang lain kalau nak shopping kalau boleh nak heret bopreng ke husband ke mak ayah abang kakak bagai, tapi aku lagi suka shopping sorang sorang. 

Nak bertapa dalam kedai tu pun takde siapa nak bising kata lambat lah apa lah. Nak tawaf shopping complex tu 10kali pun tak heran.

Aku pun try lah buka website Nile . Hambek kau. Tak ke terjojol biji mata bila nampak barang barang yang maha murah dan cantik cantik belaka.

Aku jenis yang suka jubah, maxi, dress atau yang sewaktu dengannya. Senang nak pakai. Main sarung je bila bila masa dan dimana jua. Kalau nak keluar last minit pun apa ada hal, tanpa tukar tshirt dan tracksuit aku boleh sarung je. Bukan orang tahu pun.

So opkos le benda pertama yang aku cari ialah jubah/dress.

Dengan harganya yang maha murah dan baju super cantik, cukup untuk buat aku menangis keterharuan. T.T 

Selalunya, kalau beli dekat kedai biasa RM100++ tu sudah tentu. Jubah paling murah aku beli pun RM80. Tu pun sebab clearance stock dah nak raya. Kalau tak, kirim salam je lah.


Pergh memang menangis dompet aku nanti. Tak caya? Apa kata buka sendiri. Aku rasa macam, kenapalah lambat sangat tahu pasal website ni. Kalau tak raya hari tu aku shopping puas puas kat sini. 

Thursday 19 December 2013

The Babysitter

Assalamualaikum.

Aku selalu tabur janji manis konon nak update blog dan blogwalking selalu, tapi hampeh. Selalu takde masa, pastu dengan internet yang asyik slow, bila nak laju pun tak tau.

Memandang mak aku ni babysitter, secara tak langsung aku pun TERjadi babysitter. Yelah, mana mak aku nak masak. nak jaga budak kecik ni lagi. Nak harapkan aku masak? memang kirim salam lah. Aku boleh buat apa aje dekat rumah ni except masak, bukan tak pandai, tapi malas. Leceh. Pastu belum kena komen dengan pengkritik profesional lagi. Memang gua surrender dulu.

Sambil aku update blog ni pun, sambil aku jaga budak ni. Haa power tak. Kehkeh. Laju je jari aku menaip atas keyboard . So mintak ampun ler kalau ada typo.

Siapa kata jadi babysitter ni senang hah? Kalau kau takde tahap kesabaran yang super tinggi memang tak lah. Aku pun kadang kadang terbabas jugak nak marah, tapi mengenangkan dia budak, baru umur setahun lebih je kot. mana lah dia tahu apa apa. Ceh, ayat cover.

Dia tahu nak main, makan, tidur, berak kecing. Dan menangis.





Kerja aku kemas, kerja dia sepahkan. -.-'






Rajin dia baca buku. Nak tahu dia baca buku apa?

Haa ni dia,


HANTU BERKEPALA LEMBU. Dasyat tak? Dulu aku kecik kecik baca tajuk pun dah seram. Sekarang dah besor panjang ni, baca tajuk je macam 'hek eleh, pebenda je tajuk cenggitu'. Kerek nak mampos -.-'

Sticker oren menunjukkan tu buku pinjam masa sekolah rendah dulu. Tak pulang pulang sampai laa ni. Teruk.



Ni lah yang dia buat masa aku sibuk menaip. Belajar menulis katanya. Tak, aku yang kata, bukan dia. Bangga mama kau nanti dik.

Bila dia dah boring, meja tu pulak nak di panjatnya. Haih -.-'

Wednesday 11 December 2013

Erti ujian Allah.

Assalamualaikum.

Suatu malam tiba tiba aku macam terdetik buka website iluvislam.com. Aku memang suka baca artikel dekat situ. Sangat menginsafkan. Sampailah aku terjumpa artikel yang bertajuk, “Erti Ujian Allah”. Macam ada magnet yang menarik aku untuk baca. Tajuk dia je dah boleh buat naik bulu roma, sangat sesuai bagi Hamba Allah yang sedang dalam kesusahan, baik dari aspek fizikal mahupun mental.

Dan here I go, menitik air mata masa baca artikel tu. Rasa macam kena hempap dengan batu besar, setepek kena batang hidung sendiri. Sedih bila mengenangkan diri ni yang selalu mengeluh bila diuji oleh Allah.  Tak pernah nak bersykur, mudah sangat rasa down bila diuji, walaupun tak seberat mana ujian tu kalau nak dibandingkan dengan saudara saudara kiat dekat Mesir, Syria dan Palestin sana. Allahuakbar


So, aku kongsikan artikel tu dekat sini. Sama sama baca dan hayati. Mudah mudahan kita sentiasa berada dalam redha Yang Maha Esa. Aminn.

_______________________________________

Aku cuma seorang gadis biasa. Perwatakan, pemakaian aku, belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya.
Aku bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Aku bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Aku beragama Islam tapi aku sedar, Islam ku belum cukup sempurna seadanya.
Aku pernah punya kekasih hati. Seorang yang baik, yang banyak mengubah aku. Seorang yang aku selalu bayangkan bakal menjadi imam setiap solatku. Tapi kasih terhenti atas sebab yang tidak diingini. Aku rasa rebah seketika. Aku tiada tempat mengadu kerana aku tinggal sendirian. Selera makanku putus. Mengukir senyuman terasa mustahil. Aku habiskan masa depan komputer riba usangku. Mencari doa terbaik untuk menenangkan jiwa.
Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbuku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku baca satu persatu.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang…
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu,
4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).”
Setiap kali usai solat, surah Al-Insyirah akan ku baca. Setiap kali jantung terasa berat, hati terasa sarat. Aku ulangi lagi Al-Insyirah. Setiap hari komputer riba aku tatapi, mencari sesuatu yang bisa untuk ku hilangkan segala resah di hati.
Dan akhirnya aku tersedar, segala bebanan yang aku tanggung, segala ujian ini sebenarnya tanda kasih Allah pada aku. Allah rindukan rintihan aku. Aku tahu, Allah mahu mengajar aku erti sebenar ujian-Nya.
Dari situ, satu persatu aku temui. Semua bermula dari komputer riba usang ku. Tiada pentingnya cinta manusia jika Allah tidak kita letakkan pada nombor satu. Namun, aku cuma insan lemah. Sering juga aku rasa kalah, aku rasa resah. Aku masih cuba membaiki diri, setapak demi setapak. Aku masih lagi aku yang dulu, cuma aku harapkan rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.
Alhamdulillah, Allah sedarkan aku dengan menghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekati-Nya, supaya aku dapat luahkan semua padaNya. Allah hantar ujian buat aku supaya aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milikNya. Jika gembira hati ini, semua datang dariNya, jika berat hati ini, kepada dia jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah.
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:-
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya” 
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)
Bukan mudah untuk memahami sepotong ayat ini. Aku bersyukur kerana aku di antara hambaNya yang terpilih untuk diberi ujian. Dari ujian ini lah aku mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana aku tak mahu aku hanya mencariNya di kala aku kesusahan.
Aku mahu aku sentiasa merindui tuhanku. Aku mahu setiap gembira ku dimulai dengan Alhamdulillah supaya setiap kesusahan ku dapat aku luahkan padaNya tanpa rasa malu.
Semoga Allah sentiasa membantu aku untuk memperbaiki diriku.
1265821_622383607792406_657279946_o
semoga perkongsian ini menjadi satu perkongsian yang bermanfaatbuat kita semua. Aminn :')

Thursday 5 December 2013

Bahaya kosmetik.

Assalamualaikum.

Perempuan memang tak boleh berpisah dengan  make up or barang kosmetik. Tak kisah lah cream muka ke, eye shadow ke anything lah yang ada kaitan dengan kosmetik. Tapi aku rasa ramai yang tak aware dengan bahan bahan berbahaya dalam kosmetik, kan? Termasuklah aku.  Asal sesuai dengan kulit muka aku, kira ok lah tu.

Dua kali aku tukar jenama cream sebab tak sesuai. First, aku pakai Safi Rania kalau tak silap. Masa tu baru darjah 5 rasanya. Tak padan dengan umur langsung. Umur budak budak pakai cream orang tua. Haa padanlah dengan muka aku. Muka terus rasa bahang je. Terus stop lepas tu tanpa fikir panjang. Tak lama lepas tu aku tukar cream lagi. Tak serik serik lah kata khonn. Aku tukar Shurah kalau tak silap. Hambek kau, rasa macam nak tertanggal je kulit muka ni sebab tak sesuai. Untung tak jadi rupa alien. Haa padan lah lagi sekali. Degil.

Dah tua tua ni baru nak sedor banyak barang kosmetik yang ada bahan bahan yang boleh buat kulit  kita rosak. Even kau rasa kosmetik yang kau pakai tu boleh buat kulit kau tukar jadi cantik macam Yoona SNSD, tetap ada bahayanya. Nak jadi ceritanya, masa aku mengemas hari tu, aku terjumpa buku ni. Dah lama beli, tapi baru baca sikit. Lebih lama tersimpan daripada baca rasanya..



Banyak juga tips tips yang berguna untuk para wanita di luar sana yang sentiasa bergelumang dengan kosmetik seharian.  Terutama bahan bahan berbahaya yang selalu ada dalam barang kosmetik. Contohnya,

1. Surfaktan Teretoxilasi  (ejaan dia aku amek direct daripada buku. tak tau mcm mana nak spell dlm English)

“Bahan ni selalu ada dalam kosmetik sebagai bahan foaming. Alah yang kau gosok gosok kat muka pastu keluar buih tu. Selalu ada dekat pencuci muka kalau tak silap. Pada label, biasanya ditulis sebagai  PEG, polyethylene, glycol, polyoxyethylene, -eth-, stsu –oxynol.  Unsur kimia ini membentuk 1,4 – dioxin yang bersifat karsinoge  sebagai bahan tiruan dalam proses pembuatan. Bahan karsinogen ialah bahan yang menyebabkan kanser.”

2. Propilen/Butilen Glikol.

“Bahan kimia jenis ni mempunyai bahan toksik yang tinggi sehingga pekerja yang menanganinya disarankan agar menggunakan peralatan pelindung. Produk dari petroleum ini dapat menembusi kulit dengan mudah dan menyebabkan gangguan fungsi otak, hari dan buah pinggang.  Bahan ini selalunya didapati daripada deodorant stick. Haa kalau yang selalu pakai tu, baik pergi check isi kandungan dia apa.”

3. Pengawet Paraben (Metyl, Prophyl, Butyl dan Ethyl)

“Unsur kimia ini sering digunakan dalam formula kosmetik untuk mencegah pertumbuhan bacteria seterusnya menjadikan produk make-up lebih tahan lama. Boleh dilihat dari namanya , bahan ni digunakan supaya produk kosmetik tahan lama. Kebiasaannya, bahan ini digunakan dalam produk yang dijual, walaupun kita ketahui ianya bersifat toksik dan menyebabkan alahan dan ruam pada kulit.”

Tiga bahan ni antara bahan yang confirm ada dalam bahan kosmetik korang (termasuk aku). Tak percaya? Pergilah check dekat bahagian belakang bahan kosmetik tu. Aku pun guna jugak. Tapi cubalah untuk minima kan penggunaan sebab kesan dan tua tua nanti baru nampak. Aku share pun cuma untuk pengetahuan kita sama sama. At least korang tahu apa yang ada dalam bahan kosmetik yang korang guna.

Anyway, dalam buku tu ada berlonggok lagi tips dan maklumat yang aku sendiri tak pernah tahu. Buku tu pun bapak aku yang belikan. Aku ni memang kureng sikit bab buku ilmiah cenggitu, tapi cuba sogok novel sedozen, tu lah yang aku hadap sampai lebam bijik mata.  Hoho.. Tak pun kalau engkorang tak berapa nak rajin baca buku, google kan hado. Sonang kojo ekau ni haa..


So rajin rajinlah tambahkan ilmu dan kurangkan spekulasi. Eh? Pun boleh Sarah……

Monday 2 December 2013

Oh, Hai?

Hello world, I’m back!!!!!!!!!!!!!!!

Keterujaan yang melampau. Macam lah selama ni aku hilang dekat antartik sana. Tapi macam sedih jugak lah tengok blog sendiri macam padang pasir. Suram je. Siap ada bunyi cengkerik lagi. Eh, tengah padang pasir ada cengkerik? Finally, habis jugak exam yang menyebabkan kehidupan aku sedikit kacau bilau. Ceh, padahal macam selamba belacan je kau tengok running man dua minggu sebelum exam kan?! bukan apa, aku cuma nak praktikkan apa yang cikgu aku bagi tahu.

Cikgu aku cakap,

“saya ni, seminggu sebelum nak exam buku teks semua saya dah pack letak tepi katil. dah takde nak study, nak stress stress lagi”

Dan bravo!! Aku telah mencuba dengan jayanya iaitu dua minggu sebelum exam selak selak buku aje, sambil petang petang tergolek tengok running man, dan hasilnya. Yeaa, seminggu sebelum exam gua macam tikus nak terberanak, terkujat, terkucil apa semua lah -.-

Macam bagus je nak buat macam tu. Tapi Alhamdulillah masa exam takde pulak feel nak terkucil bagai tu. Pheww

Petang lepas habis last paper which is biology paper 3, the boys celebrate with a packet of flour. Damn . Untung gua sempat marathon so cuma kena debu debu dia je lah. Dan Sabtu, 30 November hari tu, teacher Ros, our beloved English teacher treat us dekat Remaja Classic. Aku ni bab bab makan memang surrender lah, mana boleh tolak apatah lagi orang belanja, on aje.  Korang pun kan, eleh.


we do enjoy this very well. thank you teacher :*

Kadang kadang tu macam susah nak percaya yang aku dah habis sekolah. Fuhh, gua dah besar. Dah boleh kahwin. Mwahahaha gatai nak mampuih hangpa ni. Memandang aku memang dah tak de kerja, so maacam nak gigih update blog lah. Haa konon konon sangat lah. Ok we’ll see.


So nak update apa sebenarnya ni? Takde apa. Saje nak publish entry baru setelah sekian lama. Oh ye. Aku tukar template baru. Punyalah berpinar mata aku tengok New Template Intreface. Entah apa apa je Google ni tukar baru bagai.  Menyusahkan aku je. Tapi diorang tukar new interface tak suruh pun kau tukar template baru sarah oi. K….

Saturday 6 July 2013

Yang ikhlas ♥

Assalamualaikum.

sejujurnya rasa bersalah bila tak update apa apa dekat blog. bajet ah macam readers berlonggok. tak, bukan bajet. cuma rindu nak taip panjang panjang, walaupun takde orang baca. kahkahkah. 

lepas tu rindu nak blogwalking, nak edit blog, nak merapu meraban dekat blog, arghh semua aku nak lah.

tapi,

rasa bersalah juga dekat diri sendiri bila masih tak sedar diri yang spm tinggal kurang dari 3 bulan je lagi T_T

acane?

rasa bersalah dekat diri sendiri ke rasa bersalah dekat blog?

okay dua dua sebenarnya. 
tapi takpe, lepas spm ni nak pulun habis habis dengan blog. kenkonon ah nak serius , nak post entry sekurang kurangnya 2 minggu sekali. bagi survey palsu kat Nuffnang. puihh

jadi, aku putuskan untuk tak update apa apa dekat blog sampai spm habis. bukan apa, nak menaip je dah sejam. taip delete, taip delete. sadis.

dekat situ je masa dah terbuang macam tu aje. kalau aku buat soalan add math siap lah dalam 2-3 soalan. dalam masa satu jam? iyeee, diselang selikan dengan berangan, tukar lagu kat playlist, pergi mencekik kejap, tengok tv kejap. haa see? banyak kan benda boleh dibuat dalam masa satu jam. macam tu lah orang yang menghargai masa. 

hargai sangat -__-

lagipun ada dua exam menanti dalam masa terdekat ni. sementara nak tunggu spm.

dan kepada calon calon spm, belajor lee yee seblum terlambat.


haruslah letak gambar setepek sebagai penutup  -.-

Yang ikhlas ,
Sarah Ali   

Friday 31 May 2013

Kesejahteraan hari

Assalamualaikum.

Memandangkan SPM tinggal beberapa bulan je lagi, jadi saya pun menggagahkan diri, nak tak nak kena study bagi memastikan tiada pergolakan emosi ketika exam. sekaligus meningkatkan kadar tekanan dari hari ke hari.

pergi sekolah setiap hari Sabtu dah jadi rutin. dan kadangkala Ahad pun datang menjengah sekolah macam, ‘hakoo memang suka pun datang sekolah hari hari’. demikian sejenis pergolakan emosi yang semakin menghimpit diri.


girls in red. wuuuuu 

kerja sekolah, kerja kursus, kerja segala kerja sampai kadang kadang tak tahu nak buat kerja yang mana satu gara gara terlalu banyak kerja. ohhh kerja. muah muah dekat kerja sekolah yang menggunung tu.  satu kemestian bila hujung minggu dibekalkan dengan kerja sekolah yang macam ‘hakoo memang cuti sebulan punnn’. emosi sangat tahu bila banyak sangat kerja ni. tu baru hujung minggu. belum cuti panjang. seminggu ke dua minggu ke terasa macam cuti satu hari je. 

ada aje kelas tambahan, seminar, kem dan tak lupa kerja sekolah.  maka tergugatlah kesejahteraan hariku.


kawan susah senang sama sama. plan cancel kelas tambahan pun sama sama :')

bila kesejahteraan hari tergugat, maka emosi pun turut sama terganggu. pantang silap sikit, mesti terasa sebak secara tiba tiba. nak kata datang bulan, tak. mengalahkan ibu mengandung je.  huuuuu T_T

nak nak bila teman sehati sejiwa dah migrate pergi Selangor. terasa macam dibiarkan terkapai kapai keseorangan. hamek kau, berbunga bunga ayat. tu jelas menunjukkan pergolakan emosi sedang melanda. so lepas ni kena survive sorang sorang. hmm cakap macamlah kau kena letak dekat tengah tengah pulau sensorang. over tau iolss ni.

demi menggapai kesejahteraan hari, hujung minggu atau bila bila je free dah nekad nak call bff yang nun jauh di sana. sorang dekat Selangor, sorang lagi ada je kat JB ni. cuma lain sekolah jewww. bukan tak boleh jumpa pun. saje ngada. dan tak lupa juga spend time bersama buah hati. ececeh, koo hengat, hakoo takde buah hati. emo tetibe -.-


yang ni ada dekat JB. 

tadaaaaa, ni lah buah hati pengarang jantung iolss. omeyy kannn…



silalah melting sekarang. silalah. silalah.

buah hati yang real real punya belum ada lagi. sedang menunggu. gitteww


dan tak lupa, pesanan buat diri sendiri yang pelupa teramat. 


sekian, wassalam 

Friday 24 May 2013

One in a million.

Assalamualaikum.

Orang kata setiap pertemuan pasti ada perpisahan. jadi jangan tangisi perpisahan tapi tangisi pertemuan. so siapa yang 'one in a million' tu? engkorang yang tengah baca ni lah. haaa silalah perah santan sensorang. k k k saya serius. she is Siti Nadiah bt Md. Isa. so kali ni entry ni dedicated special for her sebab dia dah nak tinggalkan saya. tsskk *pasang lagu ombak rindu*



first kenal dia masa dekat sekolah rendah lagi. masa darjah berapa entah. tak ingat. start rapat masa darjah lima kalau tak silap. masa tu baru nak mengenali hati budi masing masing. sweet ah kan tu. pergi mana mesti sama sama. sekali dengan teha. masa sekolah rendah masing masing tak matang lagi. hingus pun meleleh lagi. k ni tipu. 

upsr pun sama sama dapat flying colours. bila nak masuk sekolah menengah, saya dapat tawaran pergi SSI. dia dapat pergi SIGS. sama dengan teha. tapi syukur banyak banyak sebab dia tak nak pergi. teha je yang pergi SSI. wahaha k jahat -.- so masa form 1 daftar kat SMKK je sampai la ni. 

bohonglah kan kalau kitorang tak pernah gaduh. banyak kali kot. sedangkan lidah lagi tegigit. gitu kan. nak nak nad jenis cepat sentap. kuat merajuk. dan saya jenis malas nak pujuk. last last nanti okay sendiri.

nad,

kita susah senang sama sama. dari dulu sampai sekarang. sampai orang kata mana ada sarah, kat situ lah ada nad. kalau nak cari nad, cari sarah. nampakkan betapa rapat nya kita. gaduh gaduh pun mesti baik balik. orang kata, kalau dah jodoh tak kemana. tetibe. kalau kau merajuk dengan budak kelas kita, mesti kau keluar kelas. pastu aku kejar. koo hengat ni cerita hindustan. wakaka.lepas ni dah tak dapat nak gosip sesama. tak dapat nak usha mamat hensem lagi. hahaha

tapi sekarang kau dah nak pindah. lepas ni kau merajuk, aku dah tak boleh pujuk. merajuk lah kau sensorang. hahahah. kau pindah jangan lupa aku tau. kalau kau lupa, aku merajuk sampai bila bila. confirm lepas ni aku duduk sensorang dalam kelas. dah takde dah orang yang tangan gatal nak buat art work dekat buku aku. T_T

spm buat buat betul tau. kikis penyakit 'mim' kau tu. nanti amek result sesama k. and kalau aku kahwin, kau wajib datang. hahahaha kata nak kahwin awal kan. jaga diri elok elok.  ingat semua benda yang aku selalu pesan dekat kau :')


sayang kau kuasa 2345678. iyom itettt :*

Thursday 2 May 2013

Just sharing

Assalamualaikum and hello world!!! 

it has been soooooo longggggg since i haven't update any latest post.
huwaarghh bukan tak nak, tapi terlalu banyak benda nak settle. last post pun masa bulan 3. lama gila kot tak post.

honestly, memang banyak benda nak share dekat blog. tapi mana nak settle homework, all kind of assignment yang berlambak tu, mana nak study. fuhhh, sesak napass hakoo. sambil menaip ni pun sambil rushing. just imagine semua benda nak rush. pejam celik pejam celik, it's May already!!!

saya... sangat... nervous... untuk... mid-term... sebab.... baru.. study... sikit..
padahal baru mid-term. 
well, tak nak bebel panjang..
just wanna share something useful,


credit to google

sekadar berkongsi sesuatu yang saya rasa berguna for those yang perlukan motivasi diri. or maybe panduan untuk berubah dengan istiqamah.
hopefully, it will help.

just remember, anything happened for a reason. indeed, Allah knows everything. baik pada kita, tak semestinya baik pada DIA. 
wallahu'alam.

p/s: good luck untuk yang tengah gigih study. dan good luck utk diri sendiri juga :p

Sunday 3 March 2013

Seorang kakak


Assalamualaikum.

orang kata kakak sulung ni garang. saya garang ke? mungkin dengan adik adik saya agak garang.

“Gangster gila kau dengan adik kau”

pendapat yang sering dikeluarkan oleh kawan kawan saya bila tengok betapa “akrab” nya saya dengan adik adik saya.

kadang kadang tu rasa macam saya ni over garang pun ada. tapi kalau dah adik dua dua lelaki dan saya seorang je perempuan dan membesar dalam suasana yang ramai lelaki (most of cousins saya lelaki dan dah besar) , cemana nak expect saya nak bertindak macam konon ayu gitu.

masa naik form 1 saya cakap dengan ayah saya nak masuk silat. tapi dia tak bagi sebab saya ni kasar sangat. apakah -.-"

tapi saya masih seorang perempuan sejati. ceee.

lain orang lain cara dia. mungkin saya tak pandai tunjuk kasih sayang saya dengan adik adik, but still takde kakak yang tak sayang adik adiknya.

cuma sometime bila perangai annoying depa keluaq, sumpah rasa macam nak cekik cekik ja depa hidup hidup. ha tu diaaaaaa.

fitrah seorang kakak nak yang terbaik untuk adik adiknya. macam tu juga saya. kalau boleh saya nak yang terbaik untuk adik adik saya.

saya tak suka adik adik saya campur dengan orang bukan bukan. saya tak suka adik adik saya buat kerja selebet. saya tak suka adik adik saya pemalas. saya tak suka adik adik saya buang masa. tapi benda yang saya tak suka tu lah diorang buat. nobody’s perfect bak kata omputeh.

but at last,

“Kau ni membebel je lah kak”

such an ungrateful brothers.

orang kata air dicincang tak kan putus.

“Dik, bak broadband tu. aku nak guna sat”

“Alah, aku nak guna , sibuk je”

“Bak lah kejap, aku nak siapkan kerja ni”

*still buat perangai keras kepala dia lagi*

“dah ah, kau jangan cakap dengan aku lagi hari ni”.

few minutes later…………..

“dik mai sini. tolong aku sat”

oh semestinya, air dicincang tak kan putus.

adik adik saya ni nama je lelaki, tapi kaki mengadu. kahkahkah.

ingat lagi masa saya tinggal dekat rumah lama, dia kena buli dengan budak budak dekat taman tu. masa tu saya baru darjah lima, kalau tak silap. beza dia dengan saya empat tahun.

bila dia cakap dekat saya dia kena buli, terus saya pi jumpa budak tu then warning,

“kau kacau adik aku lagi, aku tumbuk muka kau” *sambil genggam penumbuk kecik cinonet*

hoii, gangster gileww hakoo masa tuu. gelak tak tahan bila ingat balik. sebab adik saya lelaki. saya perempuan. budak yang buli adik saya tu lelaki dan sebaya saya. macam mana budak perempuan  yang kalau ditiup angin pun melayang nak tumbuk budak lelaki yang besar macam anak gajah. comel je saya ni.  hahahahaha

pernah satu hari tu adik saya tanya,

“Kak, kau sayang aku tak”

“Kau rasa?”

“Entahlah. macam tak je”

“………….”


Wednesday 13 February 2013

Pelupa terlupa

Assalamualaikum

selalunya penyakit pelupa macam ni dihidapi oleh warga emas atau orang yang dah berumur. belia remaja macam saya ni memang sepatutnya jaranglah ada penyakit pelupa bagai ni.

pelupa atau nyanyuk atau bahasa saintifik nya Alzheimer merupakan sejenis penyakit penurunan saraf otak yang kompleks dan progresif. penyakit Alzheimer bukanlah sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

sekian sahaja serba sedikit penerangan tentang penyakit Alzheimer oleh Dr. Sarah. wuwuuuu *clap clap*

tapi sekarang ni, bukan sekadar warga emas je yang pelupa ni, warga muda belia pun dah join the gang (termasuk saya)
banyak makan semut maybe........

sebenarnya tak elok untuk seorang pelajar ada penyakit pelupa macam ni. cemana nak ingat fakta yang berjela bagai tu. nanti time nak exam terlupa semua, nangis lah engko kat situ.

tak pasal pasal buat nota kaki dekat kertas exam,
"maaf cikgu, saya bukan tak baca. tapi saya lupa"
kalau lah masa tu cikgu tu baru lepas gaduh dengan jiran sebelah, mau dirabakkan aje kertas tu. setakat ni saya tak pernah lagi lah buat macam tu :3 

saya selalunya berada dalam situasi yang mana saya tak salah tapi dipersalahkan disebabkan terlupa. huh?

contohnya macam ni,

Situasi 1.

esoknya sekolah, buku dah kemas. baju dah iron. semua benda dah complete. homework dah setel. bereh boh. tapi bila sampai sekolah......

Kawan: "kau dah siap homework bla bla bla muka surat bla bla bla"
Saya: "eh ada ke cikgu bagi? bukan cikgu suruh buat muka surat 1 je ke?"
Kawan: "adalah. kau je yang tak dengar"
Saya: "..........."

k fine. pada waktu saat ketika itu juga (tatabahasa ke laut) dahku rasa seperti nak lempang diri sendiri lelaju. siyes. selalu macam ni T.T

Situasi 2.

jalan jalan dengan family waktu dinihari. k tipu. jalan jalan waktu dinihari tu tebiat namanya. nanti sambil jalan handbag kepit leklok. seolah olah ada berlian bernilai patbelasjutariburatussaat. padahal ada purse dengan phone je. JE. keadaan dalam handbag pun memang dah serupa singapura dilanggar todak. bersepah habis -.-

lepas tu nanti masuk dalam kereta, "EH MANA HANDPHONE AKU?!!!??!!" nanti mulalah panik cari sana sini. lepas tu handbag memang dah selongkar habis, tiba tiba. "gedebuk".
phone landing baek punya atas karpet kereta. mujur tak kena halau keluar dari kereta -.-

disebabkan dah terlalu selalu berada dalam situasi di atas, kalau cari phone tak jumpa, saya watlek watpis dulu. cari selow selow. konon cool lah. dan setiap kali keluar, saya akan cek keberadaan phone selang 2-3 minit. so, contohilah saya kalau tak nak berada dalam situasi-cuak-sebab-phone-konon-konon-hilang -_____-


syok sangat bergambar masa ni sampai tak perasan phone tertinggal dalam toilet T.T 

bila mengenangkan diri sendiri yang pelupa teramat, terasa diri ini kerdil sangat.

motip.

kadang kadang tu siap suruh member ingatkan apa yang saya kena buat. tapi bila dah suruh member ingatkan, otomatik benda tu sentiasa lekat palehotak ni. selalu macam tu

so bagi mengatasi masalah pelupa saya, saya selalu amalkan (kena suruh sebenarnya) makan kismis dan madu tiap tiap pagi.


kalau diikutkan saya memang dah lama minum madu ni. nak dibandingkan dengan madu madu lain, ada yang manis sangat, pekat sangat. sampai tekak tak boleh terima. tapi kalau madu tiga tu belum cuba lagi. eh?

orang kata kalau nak tengok keaslian madu tu, tengok sama ada madu senang di hinggap *hinggap?* semut atau tak. kalau senang naik semut, maknanya madu tu lebih gula je.
orang katalah, bukan saya.

madu ni pun bagus untuk merahkan bibir tau sebenarnya. colek sikit madu lepas tu sapu dekat bibir.
"eee tak nak lah. nanti habis naik semut bibir ai yang merah bak delima ni uolss"
yang engko pi tonyoh madu sebanyak banyak tidak tu dah kenapa. orang kata colek sikit je -.-

kismis pun bagus juga selain madu. tapi saya lagi prefer madu sebab kismis manis sangat. terima kasih kepada bonda tercinta yang telah memaksa saya makan kismis dan madu secara konsisten dengan jayanya. kalau tak memang harapan lah nak makan hari hari... haha that's so me

p/s: walau berdozen madu atau kismis yang ditelan sekalipun, kena ingat bahawa Allah yang bagi ingatan kita kuat. kismis dan madu tu hanya ikhtiar dan usaha kita :)

sekian, wassalam  

Monday 11 February 2013

Aurat


Assalamualaikum.

Kali ni tak nak buat pendahuluan yang mengarut. menceceh tah pape. tapi kali ni nak straight to the point *muka serius*.

Muslimah berpakaian tapi telanjang.

Ayat yang mudah tapi susah nak difahami. kenapa? boleh tak korang bayangkan orang berpakaian in the same time bertelanjang. susahkan nak describe.

tapi senario ni bukan benda yang susah kita nak tengok pada masa ni. cuba kalau pergi mana mana butik yang describe itself dengan butik “muslimah” tapi in the same time baju yang dijual masih tak menepati piawai untuk seorang muslimah.

apa pulak piawai untuk seorang muslimah ni?

piawai tu dalam bahasa lain garis panduan aurat seorang wanita yang beragama Islam. kat mana aurat seorang wanita? semestinya SELURUH TUBUH KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN. aku confirm benda simple macam tu semua orang tahu kan.



tapi still, orang tak sedar benda tu. kenapa? wallahhu’alam.

bila ditanya, jawapannya mudah.

“senang pakai macam ni. tak yah dok belit sana belit sini”

“eleh tak up to date lah pakai baju gelebeh sana gelebeh sini, nampak gemuk”

“eh kira tutup aurat lah ni. janji pakai tudung”

“kubur lain lain. tak payah nak sibuk hal orang”

jawapan macam ni memang selalu didengar bila aurat mereka dipersoalkan (paling sentap jawapan no 4). habis tu siapa pulak yang nak dipersalahkan? ibu bapa? diri sendiri? atuk, nenek, jiran sebelah?

okay tak nak cerita pasal siapa salah. tak nak menjadi terlalu bias towards others. tapi berbalik pada topik;

berpakaian tapi telanjang.

Hadis ada menyatakan,

“Dan orang orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang lenggok), kepala kepala mereka seperti bonggol bonggol unta (mereka meninggikan gumpanlan gumpalan rambut mereka dengan berhias hias), sungguh mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..”
(H.R Muslim)

nowadays, memang kita dapat tengok kebenaran yang dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadis ni. namun, sukar untuk dibayangkan senario macam ni pada zaman Rasulullah dulu. sedangkan Rasulullah ada menyatakan dalam hadis yang sama,

“Belum pernah aku melihat mereka ini”.

Maknanya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman Jahiliyah Arab dan para sahabat juga belum tentu dapat membayangkannnya. tapi sekarang? Allahuakbar.

jujur aku cakap, sedih bila tengok perempuan sekarang pakai macam tu. seolah olah perasaan malu tu dah terhakis terus dalam diri.  

memang sekarang ni ramai yang dah bertudung. even artis pun dah berjemaah berhijrah dari tak pakai tudung kepada pakai tudung.

tapi,

adakah bertudung tu bermakna menutup aurat?

macam mana pulak dengan bahagian bahagian lain?

macam mana kalau bertudung tapi baju ketat?

bertudung tapi masih menampakkan bahagian dada?

bertudung tapi seluar menampakkan bahagian punggung?

dikira menutup aurat ke tu?

“whatever, yang penting aku pakai tudung, so?”

sedarlah wahai Muslimah,

bertudung tak semestinya anda menutup aurat. tapi boleh jadi, bertudung merupakan salah satu langkah awal untuk menjadi seorang Muslimah yang solehah dalam erti kata lain menutup aurat dengan sempurna J

tak salah rasanya nak berfesyen. nak cantik. dalam Islam takde pun melarang penganutnya “berfesyen”. cuma Islam mementingkan kesederhanaan.  tapi fesyen sekarang pada aku lebih kepada tabarruj iaitu berlebih lebihan.

sekali mekap, nahh keluarlah mata aishwarya rai. padahal hakikatnya mata sepet macam awek Jepun je. tambah dengan bulu meraknya (bulu mata palsu), kontek lens yang kalau boleh nak bulat macam telur ayam tu, dengan eye shadow mengalahkan warna pelangi, awak describe kan tu sebagai biasa biasa je?

ditambah pulak dengan fesyen tak cukup kainnya tu. sana terbelah, sini terkoyak.

apa agaknya perasaan bila ditonton lelaki? awak tak rasa malu ke?

fesyen macam ni tak ubah seperti pakaian orang kafir. sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali untuk meniru atau menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah sendiri ada memberi amaran dalam satu hadis:

“Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka”
(Sunan Abi Daud)

kita nak syurga Allah,

tapi kita tak nak buat amalan yang yang disuruh.

kita tak nak neraka Allah,

tapi kita selalu buat perkara yang Allah larang.

wahai Hawa,

Allah membuka pintu taubat seluas luasnya kepada hambaNya yang ingin bertaubat. Allah itu Maha Pengampun. Masih belum terlambat untuk bertaubat.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

meski pun banyak dosa yang telah kita perbuat, Allah masih panjangkan umur kita. semua itu bertujuan agar kita sempat bertaubat.

bukankah wanita itu perhiasan dunia,dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah.

renung renungkan, dan selamat beramal kepada yang membaca dan yang menaip.

Wallahu’alam.