Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan ♥

Assalamualaikum.

sedar tak sedar kita dah masuk pun bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ni. rasa macam sekejap je masa berlalu kan. tiba tiba dah 1 Ramadhan. esok lusa dah 1 Syawal. eh? puasa baru satu hari dah ngengada cerita pasal 1 Syawal.

kadang kadang bila duduk sorang sorang, terimbau kenangan puasa masa tak cukup umur dulu. kalau masa kecik kecik puasa, ada istilah 'puasa setengah hari'. sekarang, dah besar panjang kau nak istilah 'puasa setengah hari' jadah. tak malu. booo !

kalau dulu masa kecik kecik, curi curi makan time puasa. sambil mak aku sibuk gunting kain kat depan, aku pun menyibukkan diri dekat dapur. buka peti sejuk sambil sedut air coke samnpai setengah botol. hampeh betul. adik adik sekalian, tolong jangan ikut perangai kakak ni ye -.-' 

sekarang bila dah besar nak curi curi makan time puasa macam tak senonoh sangat lah kan. budak umur 5 tahun boleh puasa, tak kan kau yang dah nambelas tahun tak gheti gheti nak puasa. haaaa?! *tetibe emo* -.-'

moment paling best time puasa mestilah bila dapat sahur dan buka sesama dengan family. lagi best kalau dapat berkumpul ramai dengan sedara mara. time tu lah dapat tengok sepupu  sepupu yang dah lama tak jumpa. makan pun lahai sopan kemain. nak nak kalau anak dara tu jumpa dengan sepupu lelaki. kalau boleh sebutir nasi pun tak nak tumpah. konon perempuan melayu terakhir lettew.

untungkan siapa yang dapat berkumpul reramai dengan sedara mara. lagi untung kalau kampung dia sejengkal je. kalau aku ni, nun dekat Perak sana. jauh kemain -.-
so berkumpul dengan family je la. tu pun dah bersyukur sangat dapat bersahur dan berbuka dengan keluarga. esok lusa kalau dah kahwin belum tentu dapat macam tu selalu. *nak jugak masuk pasal kahwin*

so, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, sama samalah kita perbanyakkan pahala, kurangkan dosa. siapa tahu ni Ramadhan kita yang terakhir. kan? kan? 

thanks sudi baca :')



No comments:

Post a Comment