Assalamualaikum.
bermodalkan tittle yang jiwang habis tu, aku nak story sikit ah pasal life aku sepanjang minggu ni. ewaaahh, nampak tak ke-poyo-an statement tu. macamlah engkorang semua nak tahu pasal life aku tu. tapi sebelum tu, setinggi tinggi tinggi tahniah lah kepada adik adik yang dah lepas UPSR tu. tapi, PMR dengan SPM bakal menghantui hidup engkorang semua. muahaha. okay. serious. berbalik kepada tittle sepanjang hidup ku tu, ekcelly takde ah sepanjang hidupku, tapi lebih kepada life aku sepanjang minggu ni. wa cakap lu, busy habis ah. *walaupun sebenarnya tak busy mana pun*
ISNIN.
first day sekolah setelah sehari bercuti sebab hari sabtu tu sekolah ganti. well, saya memang pelajar rajin sebab datang jugak even hanya sekolah ganti. walaupun dalam hati tu meronta ronta tak nak pergi sekolah. tapi ku gagahkan jua diri ini demi subjek bio dan add math. demm -.- hari isnin, nak kata busy, takde ah sangat. otot otak pun baru nak mengembang. sendi sendi pun baru nak kerahkan tenaga even tak sempat rehat. dan terpaksa stay sekolah balik pukul 4 sebab nak siapkan PLBS bm.
SELASA.
quite a relaxing. haih, madah hari hari relax. chill lah derr, baru hari selasa. pun kena balik lewat jugak. sebab nak settlekan PLBS. masa tu memang rasa macam "eh gua balik rumah siapkan homework lagi baik ah" konon lah. padahal jakgi balik rumah memang katil sedia berkhidmat. propa kau jah.
RABU.
haaaa, ni dah start dah. hari busy sedunia. kelas chemistry 3 masa, ada kuiz. sesak otak sebab apa yang gua baca, itu yang tak keluar. how great -.-' lepas tu kelas biology. straight sampai pukul 2.30. fuhhh, kalau lah otak gua ni transparent dah boleh nampak dah perkembangan beliau dari sehari ke sehari. lepas tu sambung discuss PLBS pulak. cikgu kata kena present 20 minit. padahal gua and the geng praktis lima minit je kot. tu pun dah semput nak cari idea. ohsemm gilewwwww -.-' lepas tu kena jaga koperasi. well, saya jurujual koperasi yang berhemah. ok gua perasan. tau dah.
KHAMIS.
PLBS settle. aku lega. tapi tak boleh lega sangat sebab the end of the class ada kuiz add math. T.T tapi......................... open book test beb! pergh, ni kalau tak boleh score ni tak tau nak cakap apa. bebal tahap dewa dah agaknya. hari tu pun aku kena stay jugak. sebab jaga koperasi. pergh, sepanjang minggu balik lambat. bila sampai rumah lepak -.-
JUMAAT.
hoorrreyyyyyy ! jumaat. actually, ada one thing yang aku suka gila pasal jadual hari jumaat. bukan sebab esoknya cuti. no no no. tapi sebab............. jadual hari jumaat boleh buat aku bertembung dengan Sunshine aku dekat makmal. nanti time kelas dia keluar, kelas aku pulak masuk. so nanti bertembung ah kan. aku pandang dia, dia pandang aku. *mata ke mata, ke hati. hati ke hati, termimpi mimpi* muehehe. konon sweet ah. and sebelum balik, koperasi aku ada buat Jamuan Hari Raya. best wooo, makan freeeeeee. siap balik bawak bekal lagi. sungguh tak reti malu.
hari hari, pergi sekolah, balik sekolah, study, buat homework, bla bla bla. do the same things everyday. tak boring sebab aku ada kawan kawan yang sumpah tak reti diam. yang kalau boleh nak gelak sepanjang masa. dannnnnnnnnnnnnnnnn, dapat jumpa dia, sunshine saya. ehemm, blushing tetibe. hoi, tak payah nak gedik sangat ah. *note to self.
nampak tak kegilaan kami. dalam kelas sibuk nak snap bagai.
No comments:
Post a Comment