Thursday, 25 October 2012

SPE-UTM Petrodrive. "Breakthrough To The Excellence"

Assalamualaikum.

setelah sekian lama blog aku menyepi, so hari nak update something yang bermanfaat untuk semua. gituuu kann. selalunya aku mengarut je kalau update. walaupun final exam tak habis lagi, tapi aku tetap gigih nak update. almaklumlah, nanti lupa isi isi penting :3

13 October 2012 merupakan tarikh kejadian. ye ye aku tahu. masa tu tengah mengharungi onak dan duri final exam, tapi aku peduli apa. kahkahkah. sebenarnya benda ni aku tahu sebelum exam lagi. tu yang berkobar kobar nak pergi. konon.

so bila Puan Syazana tanya, siapa cita cita dia memang nak jadi jurutera???? *bunyi cengkerik*. muahaha. mula mula takde feel pun nak pergi bila dengar pasal jurutera. *walaupun minat aku pada dasarnya ialah kejuruteraan*. nak buat acane, gua dah tanam dekat lubuk hati yang paling dalam nak jadi doktor. tak nak lah tukar cita cita di saat genting macam tu. tapi bila cikgu cakap talk pasal Petroleum terus aku rasa macam, "nyesal gua tak angkat tangan tadi".

then a week later cikgu tanya lagi, ada siapa siapa tak yang nak pergi. terus sepantas kuda aku angkat tangan. jawapan yang agak menghampakan bila cikgu cakap, "sara dah keluar dengan saya kan hari tu pergi Persada. bagi lah orang lain pulak". T.T tacink beb bila cikgu cakap macam tu. tapi gua peduli apa. bertambah bersyukur ke hadrat Illahi bila tak ramai yang nak pergi. ada 3 orang je kalau tak salah. dan 3 org tu termasuk aku. so cikgu terpaksa pilih aku. muahahahahaha.

so this is us. :D

sekian lama menunggu, aku ingat benda tu cancel sebab cikgu diam je. rupanya postpone. 




so, here we are. at Universiti Teknologi Malaysia. mula mula pengacara majlis dia speak in english. so aku terpaksa fokus dengar apa dia cakap sebab dia international student. so dia cakap agak laju -.-' 
bila dah boring macam ni lah -.-'

one thing yang menarik minat sesiapa je pasal PE ni atau Petroleum Engineering ialah $$$$$. yes, DUIT. dalam banyak banyak cabang kerjaya sebagai jurutera, petroleum engineer offer gaji paling banyak. just imagine, baru start kerja dalam tangan boleh dapat RM5K. wow ! $.$

tapi kena rajin lah kan. sekarang ni untuk masuk Petroleum Engineering kena ada at least 3.3 pointer kalau tak silap. tapi maybe masa depan maybe nak 4 flat baru dapat masuk. kira dah setaraf dengan medic lah ni. 



so masa dekat sana, kami didedahkan dengan kerja kerja dekat offshore. since we know nothing about it. yelah, aku pun tak tahu apa apa. yang aku tahu kerja dekat platform tu lasak. eh, kira tahu lah jugak tu -.-' nak pergi pun, kena kuat semangat. yelah, mana tahu kot kot kau gayat ke masa naik helikopter tu, terus terjun dalam laut. tak ke haru tu -.-' tapi sebelum pergi offshore pun kena jalani macam macam ujian keselamatan.

one of the test, buat kuak lentang dalam kolam. tapi ramai ramai. alah korang buat bulatan, lepas terapungkan diri sambil tangan tu pegang tangan member. eh tu kuak lentang ke? apa apa je lah. janji dia terlentang. first time aku buat ujian tu masa pergi Endau Rompin. sebelum nak berkayak tu kena buat test tu dulu. takut jatuh dlm sungai nanti takde lah cuak sangat sebab tujuan dia nak bagi balance kan diri masa dalam air. tapi bila aku buat macam tu rasa nak hanyut je. rasa nak tenggelam pun ada. entah berapa gelen air sungai aku tertelan. padahal pakai jaket keselamatan tu -.-'

tu one of the test lah sebelum pergi offshore tu. selain tu latihan kalau helikopter terbalik, macam mana nak selamatkan diri. yang tu aku tak pernah buat lagi sebab belum ada orang nak sponsor aku naik helikopter. tunggulah kalau aku ada jodoh dengan anak sultan Johor, nanti aku mintak helikopter sebiji. 

masa dekat sana kami kena bahagikan dengan beberapa group. aku tak sama group dengan ifa dengan wani. so kena pandai lah bawa diri. so far alhamdulliah group aku best. takde lah konflik ke drama ke. semua cooperate. fasi pun best. paling mencabar, bila kitorang kena buat model platform yang dekat tengah laut tu. agak mencabar sebab first, aku tak kreatif. second, gua tak tahu satu apa pun pasal platform tu -.-'


platform group aku yang macam Eiffel Tower tu. yang siap ada bendera duit RM1 tu senior aku punya group. dalam gambar tu diorang tengah test 'kecekalan' platform tu. agak agak kalau tsunami roboh tak. aah. hiperbola betul. 2 botol air mineral yang penuh dan sebiji batu yang gedabak tu letak dekat atas paltform. jahanam drill rig tu. tahu lah pakai straw je -.- masa nak present depan akak akak dengan abang abang tu tak macam menggeletar pulak an. selalunya bab bab present ni aku lah paling eksaited dalam kelas. tapi bila part ni, tiba tiba aku rasa macam ada berlian pulak dalam mulut -__-

even group kitorang tak menang, tapi at least dapat ilmu yang berguna kan. daripada aku tak tahu langsung apa apa pasal petroleum dan kerja kerja dekat offshore tu, bila balik dah boleh dah cerita pasal mende alah tu semua dekat kawan kawan adik kakak abang cikgu ibu ayah. at least sebagai budak sekolah yang tak pernah belajar pasal Petroleum Engineering.

so overall program tu best. kalau next year ada lagi confirm aku orang pertama jumpa cikgu cakap aku nak pergi. hehehe. tapi........................................... tu tak bermakna aku nak beralih arah kepada kerjaya jurutera. aku dah bulat bulatkan hati aku nak bergelar doktor satu hari nanti. ewaahhhh xD



tapi banyak banyak gambar aku yang amek, gambar group aku jugak yang aku lupa. maklumlah, semuanya pemalu. kahkahkah. tettttttttttttttt :p

sekian, terima kasih sudi baca :)

2 comments: