Friday, 8 February 2013

Sepanjang Januari..

Assalamualaikum.

Berbekalkan semangat yang padu, maka dahku gigihkan jua diri ini meng-update blog. Alhamdulillah, dah masuk Februari dan Januari pun dah berlalu dengan selamatnya. Rasa macam pejam celik pejam celik dah masuk Februari. Kalau pejam tak celik celik tu, Nauzubillah. Bila masuk Februari maknanya tinggal lagi 9 bulan lah nak SPM. Fuhhh, 9 bulan tuu. Lama lagi broo. Padahal dalam hati tu, masha Allah. terasa macam nak akad nikah pulak. *tetibe

So, a lot of things ai belajar since new year ada azam baru kan, so kena lah sentiasa belajar dari kesilapan and sentiasa cuba untuk bersikap matang. yang mana sikap ni memang takde dalam diri aku. ada pun sikit je. salah satu yang aku belajar is......

#PEMBAHAGIAN MASA.

Saya tegaskan di sini WAJIB! especially for those yang nak amek exam besar macam aku. bila ada jadual maknanya lagi terurus lah masa kita. tapi yang menyedihkan bila dah siap jadual belajar,kita masih tak boleh nak ikut sebiji macam jadual yang kita buat tu T______T bukan lah kata aku ni tak pandai uruskan masa, tapi disebab waktu balik sekolah yang tak menentu. so bila balik sekolah pun petang memang langgar habis lah jadual tu. dalam hal ni, aku tak boleh nak salahkan sesiapa (termasuk diri sendiri) sebab balik sekolah ayah aku yang amek. nak salahkan bapak sendiri memang tak bolehlah. aku tak nak jadi anak derhaka ._______. so, as the conclusion aku masih fail dalam bab bab uruskan masa. sad life ~

#STUDY & HOMEWORK

Bab bab ni nak tak nak memang kena atau dalam erti kata lain memang wajib buat. kira daebak le kalau ngadap paper spm tanpa mengulang kaji. even Nik Nur Madihah tu pun study. tau tak siapa Nik Nur Madihah tu? tak tau pergi Google sana. orang dok dalam gua memang macam tu. kbai. bila cikgu tanya "dah berapa percent chapter form 4 yang awak dah study?" aku hanya mampu menjawab, "satu percent je cikgu". tapi tu dalam hati je lah. mau kena tarbiah free dekat situ kalau jawab macam tu. bab homework memang al-wajibul-ghunnah untuk disiapkan setakat yang mampu. kalau dulu, part yang tak tahu buat memang aku terus tutup buku. nampak pemalasnya, masha Allah, teruk perangai. tapi sekarang kalau part tak tahu buat, atau tak dapat jawapan memang aku gigih cari sampai lubang cacing. lubang tikus takde eh.

#KELAB, PERSATUAN, PENGAWAS.




memang tak dinafikan ai ni antara spesies paling malas nak berpersatuan bagai. kalau ikut nafsu malas ni, memang lepas habis kelas aku balik rumah je terus. better ngadap homework yang tak pernah habis tu daripada berpersatuan bagai ni. TAPI, disebabkan 10% markah Koko akan diambil untuk masuk Uni, dahku gagahkan jua diri ini untuk join jugak. kalau nak harap aku aktif sukan, memang kirim salam rindu je lah. malas dan malas dan malas. especially kawad. memang kalau tengok komandan dok jerit jerit bagi command tu macam best je kan, kira wow lah bagi aku. tapi penatnya, ya Allah. Allah je yang tahu. kira orang orang yang masuk kawad ni memang jiwa kental lah. gitteww. aku yang baru practise asas kawad masa Koko pun dah macam sotong, ni kan nak masuk kawad. gua jiwa tak kental bro. cuma rock je. k. cukuplah dengan persatuan and pengawas je. tu pun dah tak menang tangan. buat lah apa yang mampu. karang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ~ 

#KAHWIN AWAL.

haa yang part ni korang kena buka mata luas luas. amboih pantang nampak pasal kahwin terus segar je biji mata tu. gatai hang naa. tapi jangan buat assumption dulu. bukan bermakna aku buat sub-tittle kahwin awal maknanya aku nak kahwin. tapi memang nak kahwin pun. hehehehehehehe. tapi bukan sekarang lah. lepas spm nanti. HAH? SARAH NAK KAHWIN LEPAS SPM? okay, chill dulu. sebenarnya, ayat betul aku TERINGIN nak kahwin awal. tapi tak semestinya lah lepas spm. tapi kalau lepas spm pun apa salahnya. hahahahahahaha *mood gatal turn on* haih, asal cakap nak kahwin je, korang kata aku gatal. aku serious ni. tapi kalau jodoh dah sampai lah. kalau orang persoalkan kenapa, aku pun tak tahu nak jawab apa. niat tu datang sendiri. ready tak ready belakang cerita. yang penting kalau jodoh dah sampai ready ke tak, kenalah terima kan. aku impress baca cerita kak Dena Bahrin pasal kahwin awal. kau tu sibuk nak kahwin, calon ada ke tak? hehe calon syok sendiri adalah. tapi kira calon tu dah cukup kriteria untuk jadi bakal suami. hewhew. ustazah aku pernah cakap, "tak salah kalau kita suka dekat seseorang then kita doa orang tu jadi jodoh kita" :')




credit to Google.

*impress gila tengok both of the dress. haha dah cari dulu bajunya ~

p/s : apa apa pun kita buat, mulakan dengan niat kerana Allah. Insha Allah, everything will running smoothly. Ameen.

No comments:

Post a Comment