Assalamualaikum.
Kali
ni tak nak buat pendahuluan yang mengarut. menceceh tah pape. tapi kali ni nak
straight to the point *muka serius*.
Muslimah berpakaian tapi
telanjang.
Ayat
yang mudah tapi susah nak difahami. kenapa? boleh tak korang bayangkan orang
berpakaian in the same time bertelanjang. susahkan nak describe.
tapi
senario ni bukan benda yang susah kita nak tengok pada masa ni. cuba kalau
pergi mana mana butik yang describe itself dengan butik “muslimah” tapi in the
same time baju yang dijual masih tak menepati piawai untuk seorang muslimah.
apa
pulak piawai untuk seorang muslimah ni?
piawai
tu dalam bahasa lain garis panduan aurat seorang wanita yang beragama Islam.
kat mana aurat seorang wanita? semestinya SELURUH TUBUH KECUALI MUKA DAN TAPAK
TANGAN. aku confirm benda simple macam tu semua orang tahu kan.
tapi
still, orang tak sedar benda tu. kenapa? wallahhu’alam.
bila
ditanya, jawapannya mudah.
“senang pakai macam ni. tak yah
dok belit sana belit sini”
“eleh tak up to date lah pakai
baju gelebeh sana gelebeh sini, nampak gemuk”
“eh kira tutup aurat lah ni.
janji pakai tudung”
“kubur lain lain. tak payah nak
sibuk hal orang”
jawapan
macam ni memang selalu didengar bila aurat mereka dipersoalkan (paling sentap
jawapan no 4). habis tu siapa pulak yang nak dipersalahkan? ibu bapa? diri
sendiri? atuk, nenek, jiran sebelah?
okay
tak nak cerita pasal siapa salah. tak nak menjadi terlalu bias towards others.
tapi berbalik pada topik;
berpakaian
tapi telanjang.
Hadis
ada menyatakan,
“Dan orang orang
perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya
(melenggang lenggok), kepala kepala mereka seperti bonggol bonggol unta (mereka
meninggikan gumpanlan gumpalan rambut mereka dengan berhias hias), sungguh
mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..”
(H.R Muslim)
nowadays, memang kita dapat tengok kebenaran
yang dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadis ni. namun, sukar untuk dibayangkan
senario macam ni pada zaman Rasulullah dulu. sedangkan Rasulullah ada
menyatakan dalam hadis yang sama,
“Belum pernah aku
melihat mereka ini”.
Maknanya pakaian seumpama itu belum ada pada
zaman Jahiliyah Arab dan para sahabat juga belum tentu dapat membayangkannnya.
tapi sekarang? Allahuakbar.
jujur aku cakap, sedih bila tengok perempuan
sekarang pakai macam tu. seolah olah perasaan malu tu dah terhakis terus dalam
diri.
memang sekarang ni ramai yang dah bertudung.
even artis pun dah berjemaah berhijrah dari tak pakai tudung kepada pakai
tudung.
tapi,
adakah bertudung tu bermakna menutup aurat?
macam mana pulak dengan bahagian bahagian lain?
macam mana kalau bertudung tapi baju ketat?
bertudung tapi masih menampakkan bahagian dada?
bertudung tapi seluar menampakkan bahagian
punggung?
dikira menutup aurat ke tu?
“whatever,
yang penting aku pakai tudung, so?”
sedarlah wahai Muslimah,
bertudung tak semestinya anda menutup aurat.
tapi boleh jadi, bertudung merupakan salah satu langkah awal untuk menjadi
seorang Muslimah yang solehah dalam erti kata lain menutup aurat dengan
sempurna J
tak salah rasanya nak berfesyen. nak cantik.
dalam Islam takde pun melarang penganutnya “berfesyen”. cuma Islam mementingkan
kesederhanaan. tapi fesyen sekarang pada
aku lebih kepada tabarruj iaitu
berlebih lebihan.
sekali mekap, nahh keluarlah mata aishwarya
rai. padahal hakikatnya mata sepet macam awek Jepun je. tambah dengan bulu
meraknya (bulu mata palsu), kontek lens yang kalau boleh nak bulat macam telur
ayam tu, dengan eye shadow mengalahkan warna pelangi, awak describe kan tu
sebagai biasa biasa je?
ditambah pulak dengan fesyen tak cukup kainnya
tu. sana terbelah, sini terkoyak.
apa agaknya perasaan bila ditonton lelaki? awak
tak rasa malu ke?
fesyen macam ni tak ubah seperti pakaian orang
kafir. sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali untuk meniru atau
menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah sendiri ada
memberi amaran dalam satu hadis:
“Sesiapa yang
menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka”
(Sunan Abi Daud)
kita nak syurga Allah,
tapi kita tak nak buat amalan yang yang
disuruh.
kita tak nak neraka Allah,
tapi kita selalu buat perkara yang Allah
larang.
wahai Hawa,
Allah
membuka pintu taubat seluas luasnya kepada hambaNya yang ingin bertaubat. Allah
itu Maha Pengampun. Masih belum terlambat untuk bertaubat.
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
meski pun banyak dosa yang telah kita perbuat,
Allah masih panjangkan umur kita. semua itu bertujuan agar kita sempat
bertaubat.
bukankah wanita itu perhiasan dunia,dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah.
renung renungkan, dan selamat beramal kepada
yang membaca dan yang menaip.
Wallahu’alam.
terima kasih kerana sudi mengingatkan :)
ReplyDeletesama sama :) dah jadi kewajipan sesama umat Islam untuk saling mengingatkan :) wallahu'alam :)
Delete