Friday, 18 May 2012

C.I.N.T.A.

Assalamualaikum.

'Alahai apa ni cinta cinta ni. baru namblas tahun lah'
Famous words yang orang selalu cakap bila dengar 'budak' bawah umur bercinta. kan kan? hey, we are humans. ada perasaan. tapi janganlah sampai abaikan pelajaran.
 alahai sara, kenapa cakap pasal cinta ni. -.-

kadang kadang kita tak sedar perasaan 'cinta' tu datang dengan sendiri. kadang kadang dengan siapa siapa entah kita 'ter' jatuh. bagi aku, umur macam aku ni baru nak kenal dunia. Janganlah baru putus cinta, dah pasang niat 'aku nak terjun bangunan tingkat dua blok depan rumah'. ada akal tak? ada kannn. gunalah akal tu sebaiknya.

Jangan sebab seorang lelaki, hancur seluruh hidup kau. be matured. bila kita jatuh cinta, maknanya kita dah ada satu masalah. masalah kita tak boleh elak. kena hadapi dan kena selesaikan. Perempuan tu mahal harganya. Pandai pandailah jaga diri. Ni tak, baru kena usha 'phewit phewit' dah jatuh cinta. Baru kena ayat, 'cintaku padamu seluas tasik dekat bandar tasik selatan' dah cair. Baru sehari dua kenal, dah berani nak pegang pegang, sentuh sentuh. Yang lelaki, 'eh, tersentuh lah. sorry awok'. Yang perempuan, 'eh takpe takpe. tak kisah pun' *sambil buat muka perempuan melayu terakhir*. Hotak kau lah -.-'

Lepas tu bila dah terlajak, tuduh sana tuduh sini. Cari publisiti, masuk Metro. Then keluar lah scene 'you jump, I laugh'. Lol. Yang perempuan merana, yang lelaki ketawa. Kalau cinta tu berlandaskan agama, insyaAllah tak jadi macam tu. Sebab cinta dalam Islam tu indah. I'm wondering, macam mana orang boleh bercinta lepas kahwin. Tu baru betul sweet. Bukan belum kahwin dah act macam orang dah kahwin. Tu sawit namanya -.-'



Cinta ni universal. cinta kepada Sang Pencipta, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada kawan kawan, cinta kepada guru guru, cinta kepada haiwan, cinta kepada alam sekitar, banyak lagi. Nak list kan satu satu memang tak boleh. Apa apa pun dahulukan cinta kepada Sang Pencipta. Ayah aku cakap, kalau kita cintakan Allah terlebih dahulu, yang lain akan cintakan kita dengan sendirinya. Sekian 

p/s: lagu blog aku best kan? *angkat angkat kening* :D

3 comments:

  1. sebelum apa-apa , gapai dulu cinta Ilahi . barulah kita akan merasa cinta yang sebenarnya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul. cinta Illahi lebih penting :)

      Delete
  2. terjumpa e-book percuma, bagus untuk orang yang dah/nak kahwin… sharing is caring :) - Permata Yang Hilang - Panduan Hubungan Suami Isteri Melayu Islam

    ReplyDelete