Sunday, 10 June 2012

Cuti? aah. cuti kot.

Assalamualaikum.

berdasarkan tajuk, korang boleh simpulkan yang aku tak tau nak bagi tajuk apa untuk entry ini. aah. bukan tak tau, tapi malas nak fikir.

cuti masuk minggu kedua barulah aku pergi holiday sakan. sakan tak sakan lah. yang penting aku enjoy. hari khamis pergi Bangi rumah mak ngah. sebab nak jumpa wan (nenek aku). hari sabtu tu kensel balik Perak sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. tsk tsk. lama woo wa tak balik Perak.

tapi balik kejap je. satu malam dekat bangi. jumaat balik JB. eh no, singgah Kluang dulu. Kampung belah bapak aku. *takde lah kampung sebenarnya -.-*  masa nak balik terasa sebak tetibe. salam Wan. cium Wan. bila lah nak jumpa Wan lagi T.T

then on the way balik, kami singgah Melaka. ooo yeahh. first time derr wa sampai melaka. terasa ke-eksaited-an aku melonjak lonjak tahap maksima. destinasi pertama aku, muzium lebah sedunia. nama pun muzium. first first dalam paleotak aku, "huh pergi muzium?! bapak bosan siakk". yee, tulah yang tertanam dalam palehotak aku bila nama MUZIUM disebut sejak azali lagi -.-

eehhh, apa lebah banyak banyak ni -.- lol. dah pergi MUZIUM LEBAH SEDUNIA memang lah banyak lebah. tak kan rimau pulak dalam tu. ~.~


mula mula aku tengok gambar tu dalam phone aku, "eh bila masa aku amek gambar semut?" -,-' bangang boleh tahan.



mengerikan okay tengok sarang dia -.-'



ikan besor cenggitu pun depa boleh makan. inikan aku yang kecik molek ni. eh xD




dekat bumi tu dia tunjukkan tempat lebah lebah yang ada dekat dunia ni. banyak woo :O




masa tu dalam palehotak aku tak lain tak bukan, "kalaulah lebah tu tetibe keluar, mau dia ngap aku". hakhak. padahal lebah tu dah mati keras kat dalam tu -.-


destinasi seterusnya, aku pergi Bandar Hilir, Melaka. tengok bangunan merah merah tu, bapak jakun gila. maklumlah, first time sampai melaka. hikhik. then pergi menara taming sari.

nampak tak betapa tinggginya menari tu? lebih tinggi dari aku. HAHA -.- lawak hambar.

ketinggian menara yang lebih tinggi dari aku tu membantutkan niat aku yang tak berapa nak berani ni untuk naik. tinggi lah woi. sedangkan bangunan sekolah yang setakat tingkat tiga tu pun aku gayat masa first time naik, inikan nak naik menara yang entah berapa tingkat tu.

kang tak pasal pasal ada scene muntah terkejut pulak karang. naya orang yang nak naik tu. terus kensel sebab takut muntah sama. lol

then jalan jalan dekat bandar melaka. jalan je? no lah. shoping tu semestinya lah kan. rambang mata dibuatnya. semua benda nak beli, last last beli t-shirt sehelai. yang ada lep lep melaka tu. aku memang, tak boleh nampak barang banyak banyak. nanti semua aku nak beli. last last tak tau nak beli mana satu. memang penyakit.


panas woo masa dekat sana. menggelapkan kulit aku yang dah sedia gelap ni. --'

at the end of our journey ialah........ jeng jeng jeng . . . .  MAKAN! my feveret part evahhh. lauk dia sedap gila woo. burpp. kekenyangan aku. dah kenyang, dah shopping, dah gelapkan kulit, so kiteorang pun balik. 

balik kluang, bukan balik JB. aku kalau sebut balik kluang, memang segar lah kan. dapat ler lepak lepak dengan cousin kesayangan aku (kesayangan lah sangat) . Ni kalau jia baca, confirm dia gelakkan aku --' 

hari sabtu baru balik JB. penat toksah cakap. lagi penat bila mengenangkan esoknya (ahad) last cuti. bertambah tambah penat bila isnin sekolah. hakhakhak.

sekian :')

No comments:

Post a Comment