Saturday, 2 June 2012

Merajuk dua saat.

Assalamualaikum.

Tittle post nak mengada ngada lagi mintak lempang kuasa kuda. Bila boyfriend merajuk, kawan merajuk, adik merajuk, abang kakak atok nenek mak ayah semua nak merajuk. Rasa lifeless. Tetiba rasa air bertakung di bibir mata bukan air liur. Kenapa semua mengada ngada ni T.T


Keluar bilik mengharap ada sesuatu yang membuat aku tersenyum. kek coklat kak maria yang ayah aku beli semalam tinggal saki baki. Kelas kau maria. Lantak ah. Yang penting aku lapar. Then masuk bilik layan lagu rock. Semua madah nak lagu English. Perasan mat salleh lettew.


Tiba tiba terkeluar lagu, 'ibuk ibuk bapak bapak semua yang ada disini...,'. Bapak kau lah. Macam mana entah ada terselit lagu ni dekat phone aku. Laju jemari ku menekan button delete. Sorry Inul, lu goyang sensorang --'


Konon konon nak masak makan tengah hari untuk hari ni. *sila perhatikan perkataan diawal ayat; konon konon ye. harap maklum* masak sambal ikan feveret dahku. tapi hajat tak kesampaian. penyakit mim alif lam sin menguasai. what to do.


masa nak lunch, si adik buat perangai. berperang bagai anjing dengan kucing sudah menjadi kebiasaan. jalan terakhir si adik ambil bila dah stress kena marah dengan aku, MERAJUK. dengan pantas meja makan ditinggalkan, masuk bilik lalu "gedeganggggggg". bunyi pintu dihempas. MERAJUK. 


aku memandang dengan pandangan kosong. 'lantak kau lah'. lalu ku sambung melantak sambal ikan feveret dahku dengan berselera. si emak hanya diam. malas masuk campur sebab dah tau perangai anak anak nya.


sumpah aku tak tahan dengan perangai dia yang kuat merajuk. bukan perempuan. tapi lelaki. last last nanti mengendeng dekat aku jugak. mintak itu ini. memang macam ni ke perangai anak bongsu? hanya bertanya. maaf kalau terasa. sekian.

p/s: motip entry aku ? hanya ingin menyatakan bahawa gua stress dengan orang kuat merajuk untuk benda kecik. mmg kirim salam aku nak pujuk -.-

Sekian.

No comments:

Post a Comment