Friday, 24 August 2012

Raya oh raya !

Assalamualaikum.

finally, lepas sebulan berlalu aku terdetik nak menjenguk blog yang bersarang burung tebuan dan segala spesies natang yang bersarang. so, hows raya? pebenda entah sara ni. orang dah dekat seminggu beraya, baru nak wish hari raya. heh, lantak aku lah. blog aku. like i care. *emo tetibe.  okay okay. aku tak emo. 

sebelum tu, ceq nak habaq mai kta hangpa semua, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dekat seeeemuuuuuuaaaa pembaca blog aku *ayat bajet retis, macam ramai je baca blog hengko*. maybe ada terlanjur kata, termengutuk, termengumpat, terkasar bahasa, terkasar taip, *eh ada ke? mintak maap bebanyak lah ye *buat muka comel*. aku tau lah dekat blog aku ni kadang kadang lasernya mengalahkan azwan ali, opsss kau hado? k sorry abang azwan. termengutuk.

best kan raya? mestilah best. apalah kau ni. soalan tak mencabar minda langsung. kalau budak budak mesti lagi super duper eksaited nak raya. maklumlah, kecik kecik dapat duit raya macam dapat duit emas. cuma budak sekarang ni demand kemain. dapat seringgit pun nak merungut. pastu mulalah kata pak seman tu kedekut. *tetibe pak seman* aku dulu dapat limaposen pun dah rasa bersyukur ya amat. adalah sikit terpasang niat nak cium pipi kiri cium pipi kanan mak cik hujung kampung yang bagi aku limaposen tu. cuma tak kesampaian sebab mak cik tu dah suruh aku balik cepat cepat. sampai hati mak cik. T.T

tu antara yang budak budak suka pasal hari raya. siapa je tak suka kalau dapat duit. bila dah besar ni, baru aku sedar raya tu bukan setakat duit. *buat muka suci* . adalah beberapa benda that I like the most during raya. ecehh, speaking pulak.

1. tart nenas vs almond london. normally lah kan, aku kalau datang beraya rumah orang, dua kuih ni yang aku akan cari dulu. kalau dekat rumah aku tu, memang bersusun balang almond london dengan tart nenas. tak cukup rumah sendiri, rumah orang pun aku balun. eh, aku kan kipas susah mati almond london dengan tart nenas. especially tart nenas. so jangan terkejut kalau tart nenas dengan almond london boleh habis sebalang sejurus aku keluar dari rumah tu. aah. senonoh sangat lah perangai tu. tapi biasanya aku cover sikit. adalah aku tinggalkan dua tiga ketul kuih tu dalam balang. takde lah obvious sangatkan. muahaha. 

2. baju kurung. this time lah aku nak borong baju kurung tu. ohsemm gila lah kalau shopping malam raya. dahlah lawa lawa. pergh meleleh gua tengok. rasa macam nak ambik semua je. kalau lah boleh AMBEK JE. tak payah bayar. kalaulah..... tapi this year aku cuma beli dua pasang je baju kurung sebab last year punya baju elok lagi. tak baik membazir. *tangan dibahu mata keatas* korang korang korang yang beli baju duatigapatlimanamtujuhlapanbelasbelas pasang tu tak payah nak jelly kan aku eh. aku transform kan kau jadi jelly karang.

3. duit raya. eh itu alwajibulghunnah. mana boleh tinggal. tapi takde lah sampai nak minta dekat orang kan. kalau dapat duit raya, tu syukur alhamdulillah. tapi yang bestnya bila dah besar ni, nila duit raya yang aku dapat tu pun makin besar lah kan. muahahaha

tu antara sebab aku eksaited nak raya. sebenarnya takde lah eksaited sangat nak raya. lebih kepada nak menyambut je. jenuh juga aku menyeru mood raya ni datang. tak tau lah kenapa susah sangat. so, berayalah leklok ye. kau jangan pelahap sangat makan kuih raya tu sampai senak perut. sampai baca blog aku pun mulut penuh dengan kuih raya. -.-


have a great Aidilfitri ahead. mudah mudahan syawal kali ini lebih bermakna dan bukan syawal terakhir buat kita semua. amin amin amin :')


p/s: takde banyak gambar sebab aku malas nak snap. plus malas nak upload.

2 comments:

  1. raya paling x best la tahun ni.. :(
    jemput baca entry sy plak ekk saraaaaa

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan next year lebih baik :))
    anyway, tinggalkan link dkt c-box. nanti saya go through blog awak :D

    ReplyDelete