Monday 11 February 2013

Aurat


Assalamualaikum.

Kali ni tak nak buat pendahuluan yang mengarut. menceceh tah pape. tapi kali ni nak straight to the point *muka serius*.

Muslimah berpakaian tapi telanjang.

Ayat yang mudah tapi susah nak difahami. kenapa? boleh tak korang bayangkan orang berpakaian in the same time bertelanjang. susahkan nak describe.

tapi senario ni bukan benda yang susah kita nak tengok pada masa ni. cuba kalau pergi mana mana butik yang describe itself dengan butik “muslimah” tapi in the same time baju yang dijual masih tak menepati piawai untuk seorang muslimah.

apa pulak piawai untuk seorang muslimah ni?

piawai tu dalam bahasa lain garis panduan aurat seorang wanita yang beragama Islam. kat mana aurat seorang wanita? semestinya SELURUH TUBUH KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN. aku confirm benda simple macam tu semua orang tahu kan.



tapi still, orang tak sedar benda tu. kenapa? wallahhu’alam.

bila ditanya, jawapannya mudah.

“senang pakai macam ni. tak yah dok belit sana belit sini”

“eleh tak up to date lah pakai baju gelebeh sana gelebeh sini, nampak gemuk”

“eh kira tutup aurat lah ni. janji pakai tudung”

“kubur lain lain. tak payah nak sibuk hal orang”

jawapan macam ni memang selalu didengar bila aurat mereka dipersoalkan (paling sentap jawapan no 4). habis tu siapa pulak yang nak dipersalahkan? ibu bapa? diri sendiri? atuk, nenek, jiran sebelah?

okay tak nak cerita pasal siapa salah. tak nak menjadi terlalu bias towards others. tapi berbalik pada topik;

berpakaian tapi telanjang.

Hadis ada menyatakan,

“Dan orang orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang lenggok), kepala kepala mereka seperti bonggol bonggol unta (mereka meninggikan gumpanlan gumpalan rambut mereka dengan berhias hias), sungguh mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..”
(H.R Muslim)

nowadays, memang kita dapat tengok kebenaran yang dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadis ni. namun, sukar untuk dibayangkan senario macam ni pada zaman Rasulullah dulu. sedangkan Rasulullah ada menyatakan dalam hadis yang sama,

“Belum pernah aku melihat mereka ini”.

Maknanya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman Jahiliyah Arab dan para sahabat juga belum tentu dapat membayangkannnya. tapi sekarang? Allahuakbar.

jujur aku cakap, sedih bila tengok perempuan sekarang pakai macam tu. seolah olah perasaan malu tu dah terhakis terus dalam diri.  

memang sekarang ni ramai yang dah bertudung. even artis pun dah berjemaah berhijrah dari tak pakai tudung kepada pakai tudung.

tapi,

adakah bertudung tu bermakna menutup aurat?

macam mana pulak dengan bahagian bahagian lain?

macam mana kalau bertudung tapi baju ketat?

bertudung tapi masih menampakkan bahagian dada?

bertudung tapi seluar menampakkan bahagian punggung?

dikira menutup aurat ke tu?

“whatever, yang penting aku pakai tudung, so?”

sedarlah wahai Muslimah,

bertudung tak semestinya anda menutup aurat. tapi boleh jadi, bertudung merupakan salah satu langkah awal untuk menjadi seorang Muslimah yang solehah dalam erti kata lain menutup aurat dengan sempurna J

tak salah rasanya nak berfesyen. nak cantik. dalam Islam takde pun melarang penganutnya “berfesyen”. cuma Islam mementingkan kesederhanaan.  tapi fesyen sekarang pada aku lebih kepada tabarruj iaitu berlebih lebihan.

sekali mekap, nahh keluarlah mata aishwarya rai. padahal hakikatnya mata sepet macam awek Jepun je. tambah dengan bulu meraknya (bulu mata palsu), kontek lens yang kalau boleh nak bulat macam telur ayam tu, dengan eye shadow mengalahkan warna pelangi, awak describe kan tu sebagai biasa biasa je?

ditambah pulak dengan fesyen tak cukup kainnya tu. sana terbelah, sini terkoyak.

apa agaknya perasaan bila ditonton lelaki? awak tak rasa malu ke?

fesyen macam ni tak ubah seperti pakaian orang kafir. sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali untuk meniru atau menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah sendiri ada memberi amaran dalam satu hadis:

“Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka”
(Sunan Abi Daud)

kita nak syurga Allah,

tapi kita tak nak buat amalan yang yang disuruh.

kita tak nak neraka Allah,

tapi kita selalu buat perkara yang Allah larang.

wahai Hawa,

Allah membuka pintu taubat seluas luasnya kepada hambaNya yang ingin bertaubat. Allah itu Maha Pengampun. Masih belum terlambat untuk bertaubat.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

meski pun banyak dosa yang telah kita perbuat, Allah masih panjangkan umur kita. semua itu bertujuan agar kita sempat bertaubat.

bukankah wanita itu perhiasan dunia,dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah.

renung renungkan, dan selamat beramal kepada yang membaca dan yang menaip.

Wallahu’alam.

2 comments:

  1. terima kasih kerana sudi mengingatkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama :) dah jadi kewajipan sesama umat Islam untuk saling mengingatkan :) wallahu'alam :)

      Delete