Wednesday 13 February 2013

Pelupa terlupa

Assalamualaikum

selalunya penyakit pelupa macam ni dihidapi oleh warga emas atau orang yang dah berumur. belia remaja macam saya ni memang sepatutnya jaranglah ada penyakit pelupa bagai ni.

pelupa atau nyanyuk atau bahasa saintifik nya Alzheimer merupakan sejenis penyakit penurunan saraf otak yang kompleks dan progresif. penyakit Alzheimer bukanlah sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

sekian sahaja serba sedikit penerangan tentang penyakit Alzheimer oleh Dr. Sarah. wuwuuuu *clap clap*

tapi sekarang ni, bukan sekadar warga emas je yang pelupa ni, warga muda belia pun dah join the gang (termasuk saya)
banyak makan semut maybe........

sebenarnya tak elok untuk seorang pelajar ada penyakit pelupa macam ni. cemana nak ingat fakta yang berjela bagai tu. nanti time nak exam terlupa semua, nangis lah engko kat situ.

tak pasal pasal buat nota kaki dekat kertas exam,
"maaf cikgu, saya bukan tak baca. tapi saya lupa"
kalau lah masa tu cikgu tu baru lepas gaduh dengan jiran sebelah, mau dirabakkan aje kertas tu. setakat ni saya tak pernah lagi lah buat macam tu :3 

saya selalunya berada dalam situasi yang mana saya tak salah tapi dipersalahkan disebabkan terlupa. huh?

contohnya macam ni,

Situasi 1.

esoknya sekolah, buku dah kemas. baju dah iron. semua benda dah complete. homework dah setel. bereh boh. tapi bila sampai sekolah......

Kawan: "kau dah siap homework bla bla bla muka surat bla bla bla"
Saya: "eh ada ke cikgu bagi? bukan cikgu suruh buat muka surat 1 je ke?"
Kawan: "adalah. kau je yang tak dengar"
Saya: "..........."

k fine. pada waktu saat ketika itu juga (tatabahasa ke laut) dahku rasa seperti nak lempang diri sendiri lelaju. siyes. selalu macam ni T.T

Situasi 2.

jalan jalan dengan family waktu dinihari. k tipu. jalan jalan waktu dinihari tu tebiat namanya. nanti sambil jalan handbag kepit leklok. seolah olah ada berlian bernilai patbelasjutariburatussaat. padahal ada purse dengan phone je. JE. keadaan dalam handbag pun memang dah serupa singapura dilanggar todak. bersepah habis -.-

lepas tu nanti masuk dalam kereta, "EH MANA HANDPHONE AKU?!!!??!!" nanti mulalah panik cari sana sini. lepas tu handbag memang dah selongkar habis, tiba tiba. "gedebuk".
phone landing baek punya atas karpet kereta. mujur tak kena halau keluar dari kereta -.-

disebabkan dah terlalu selalu berada dalam situasi di atas, kalau cari phone tak jumpa, saya watlek watpis dulu. cari selow selow. konon cool lah. dan setiap kali keluar, saya akan cek keberadaan phone selang 2-3 minit. so, contohilah saya kalau tak nak berada dalam situasi-cuak-sebab-phone-konon-konon-hilang -_____-


syok sangat bergambar masa ni sampai tak perasan phone tertinggal dalam toilet T.T 

bila mengenangkan diri sendiri yang pelupa teramat, terasa diri ini kerdil sangat.

motip.

kadang kadang tu siap suruh member ingatkan apa yang saya kena buat. tapi bila dah suruh member ingatkan, otomatik benda tu sentiasa lekat palehotak ni. selalu macam tu

so bagi mengatasi masalah pelupa saya, saya selalu amalkan (kena suruh sebenarnya) makan kismis dan madu tiap tiap pagi.


kalau diikutkan saya memang dah lama minum madu ni. nak dibandingkan dengan madu madu lain, ada yang manis sangat, pekat sangat. sampai tekak tak boleh terima. tapi kalau madu tiga tu belum cuba lagi. eh?

orang kata kalau nak tengok keaslian madu tu, tengok sama ada madu senang di hinggap *hinggap?* semut atau tak. kalau senang naik semut, maknanya madu tu lebih gula je.
orang katalah, bukan saya.

madu ni pun bagus untuk merahkan bibir tau sebenarnya. colek sikit madu lepas tu sapu dekat bibir.
"eee tak nak lah. nanti habis naik semut bibir ai yang merah bak delima ni uolss"
yang engko pi tonyoh madu sebanyak banyak tidak tu dah kenapa. orang kata colek sikit je -.-

kismis pun bagus juga selain madu. tapi saya lagi prefer madu sebab kismis manis sangat. terima kasih kepada bonda tercinta yang telah memaksa saya makan kismis dan madu secara konsisten dengan jayanya. kalau tak memang harapan lah nak makan hari hari... haha that's so me

p/s: walau berdozen madu atau kismis yang ditelan sekalipun, kena ingat bahawa Allah yang bagi ingatan kita kuat. kismis dan madu tu hanya ikhtiar dan usaha kita :)

sekian, wassalam  

2 comments:

  1. hehe. sama la kite. kdg-2 terlupa

    ReplyDelete
  2. yee.. betul sgt. kdg2 bnda pnting lupa, bnda yg ntah apa2 ingat smpai ketua. hehehe

    ReplyDelete