Thursday, 5 December 2013

Bahaya kosmetik.

Assalamualaikum.

Perempuan memang tak boleh berpisah dengan  make up or barang kosmetik. Tak kisah lah cream muka ke, eye shadow ke anything lah yang ada kaitan dengan kosmetik. Tapi aku rasa ramai yang tak aware dengan bahan bahan berbahaya dalam kosmetik, kan? Termasuklah aku.  Asal sesuai dengan kulit muka aku, kira ok lah tu.

Dua kali aku tukar jenama cream sebab tak sesuai. First, aku pakai Safi Rania kalau tak silap. Masa tu baru darjah 5 rasanya. Tak padan dengan umur langsung. Umur budak budak pakai cream orang tua. Haa padanlah dengan muka aku. Muka terus rasa bahang je. Terus stop lepas tu tanpa fikir panjang. Tak lama lepas tu aku tukar cream lagi. Tak serik serik lah kata khonn. Aku tukar Shurah kalau tak silap. Hambek kau, rasa macam nak tertanggal je kulit muka ni sebab tak sesuai. Untung tak jadi rupa alien. Haa padan lah lagi sekali. Degil.

Dah tua tua ni baru nak sedor banyak barang kosmetik yang ada bahan bahan yang boleh buat kulit  kita rosak. Even kau rasa kosmetik yang kau pakai tu boleh buat kulit kau tukar jadi cantik macam Yoona SNSD, tetap ada bahayanya. Nak jadi ceritanya, masa aku mengemas hari tu, aku terjumpa buku ni. Dah lama beli, tapi baru baca sikit. Lebih lama tersimpan daripada baca rasanya..



Banyak juga tips tips yang berguna untuk para wanita di luar sana yang sentiasa bergelumang dengan kosmetik seharian.  Terutama bahan bahan berbahaya yang selalu ada dalam barang kosmetik. Contohnya,

1. Surfaktan Teretoxilasi  (ejaan dia aku amek direct daripada buku. tak tau mcm mana nak spell dlm English)

“Bahan ni selalu ada dalam kosmetik sebagai bahan foaming. Alah yang kau gosok gosok kat muka pastu keluar buih tu. Selalu ada dekat pencuci muka kalau tak silap. Pada label, biasanya ditulis sebagai  PEG, polyethylene, glycol, polyoxyethylene, -eth-, stsu –oxynol.  Unsur kimia ini membentuk 1,4 – dioxin yang bersifat karsinoge  sebagai bahan tiruan dalam proses pembuatan. Bahan karsinogen ialah bahan yang menyebabkan kanser.”

2. Propilen/Butilen Glikol.

“Bahan kimia jenis ni mempunyai bahan toksik yang tinggi sehingga pekerja yang menanganinya disarankan agar menggunakan peralatan pelindung. Produk dari petroleum ini dapat menembusi kulit dengan mudah dan menyebabkan gangguan fungsi otak, hari dan buah pinggang.  Bahan ini selalunya didapati daripada deodorant stick. Haa kalau yang selalu pakai tu, baik pergi check isi kandungan dia apa.”

3. Pengawet Paraben (Metyl, Prophyl, Butyl dan Ethyl)

“Unsur kimia ini sering digunakan dalam formula kosmetik untuk mencegah pertumbuhan bacteria seterusnya menjadikan produk make-up lebih tahan lama. Boleh dilihat dari namanya , bahan ni digunakan supaya produk kosmetik tahan lama. Kebiasaannya, bahan ini digunakan dalam produk yang dijual, walaupun kita ketahui ianya bersifat toksik dan menyebabkan alahan dan ruam pada kulit.”

Tiga bahan ni antara bahan yang confirm ada dalam bahan kosmetik korang (termasuk aku). Tak percaya? Pergilah check dekat bahagian belakang bahan kosmetik tu. Aku pun guna jugak. Tapi cubalah untuk minima kan penggunaan sebab kesan dan tua tua nanti baru nampak. Aku share pun cuma untuk pengetahuan kita sama sama. At least korang tahu apa yang ada dalam bahan kosmetik yang korang guna.

Anyway, dalam buku tu ada berlonggok lagi tips dan maklumat yang aku sendiri tak pernah tahu. Buku tu pun bapak aku yang belikan. Aku ni memang kureng sikit bab buku ilmiah cenggitu, tapi cuba sogok novel sedozen, tu lah yang aku hadap sampai lebam bijik mata.  Hoho.. Tak pun kalau engkorang tak berapa nak rajin baca buku, google kan hado. Sonang kojo ekau ni haa..


So rajin rajinlah tambahkan ilmu dan kurangkan spekulasi. Eh? Pun boleh Sarah……

No comments:

Post a Comment