Monday, 2 December 2013

Oh, Hai?

Hello world, I’m back!!!!!!!!!!!!!!!

Keterujaan yang melampau. Macam lah selama ni aku hilang dekat antartik sana. Tapi macam sedih jugak lah tengok blog sendiri macam padang pasir. Suram je. Siap ada bunyi cengkerik lagi. Eh, tengah padang pasir ada cengkerik? Finally, habis jugak exam yang menyebabkan kehidupan aku sedikit kacau bilau. Ceh, padahal macam selamba belacan je kau tengok running man dua minggu sebelum exam kan?! bukan apa, aku cuma nak praktikkan apa yang cikgu aku bagi tahu.

Cikgu aku cakap,

“saya ni, seminggu sebelum nak exam buku teks semua saya dah pack letak tepi katil. dah takde nak study, nak stress stress lagi”

Dan bravo!! Aku telah mencuba dengan jayanya iaitu dua minggu sebelum exam selak selak buku aje, sambil petang petang tergolek tengok running man, dan hasilnya. Yeaa, seminggu sebelum exam gua macam tikus nak terberanak, terkujat, terkucil apa semua lah -.-

Macam bagus je nak buat macam tu. Tapi Alhamdulillah masa exam takde pulak feel nak terkucil bagai tu. Pheww

Petang lepas habis last paper which is biology paper 3, the boys celebrate with a packet of flour. Damn . Untung gua sempat marathon so cuma kena debu debu dia je lah. Dan Sabtu, 30 November hari tu, teacher Ros, our beloved English teacher treat us dekat Remaja Classic. Aku ni bab bab makan memang surrender lah, mana boleh tolak apatah lagi orang belanja, on aje.  Korang pun kan, eleh.


we do enjoy this very well. thank you teacher :*

Kadang kadang tu macam susah nak percaya yang aku dah habis sekolah. Fuhh, gua dah besar. Dah boleh kahwin. Mwahahaha gatai nak mampuih hangpa ni. Memandang aku memang dah tak de kerja, so maacam nak gigih update blog lah. Haa konon konon sangat lah. Ok we’ll see.


So nak update apa sebenarnya ni? Takde apa. Saje nak publish entry baru setelah sekian lama. Oh ye. Aku tukar template baru. Punyalah berpinar mata aku tengok New Template Intreface. Entah apa apa je Google ni tukar baru bagai.  Menyusahkan aku je. Tapi diorang tukar new interface tak suruh pun kau tukar template baru sarah oi. K….

No comments:

Post a Comment