Saturday, 28 December 2013

Rancangan masa depan.

Assalamualaikum.

Manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan.

So bersempena dengan new year yang mendatang ni, aku dah plan macam macam for the sake of my future. Sebenarnya  takde lah plan besar apa pun, it is just to change myself to be a better person, to be more matured. Aku confirm semua mesti ada azam baru untuk tahun baru kan? So do I. Apatah lagi aku dah tak perlu nak sarung uniform sekolah lagi. Kehkeh.
               
Since that, aku rasa masa sekolah is the precious time ever that should be appreciate. Dulu aku suka sangat sekolah, tapi lepas sorang demi sorang kawan aku pindah, aku rasa macam lifeless je dekat sekolah tu. Well that was my very big mistake because during that time I don’t even know (and even care) about how wonderful school is. Cuma dah lama sikit aku start recover (kononnya) and sedar tak perlu nak sedih sedih kawan pindah, nanti boleh jumpa lagi. And yet, 5 Science 1 was the best class I ever had! Kawan kawan yang sporting (I really miss the potluck time), cikgu cikgu yang tak pernah give up dengan kitorang yang degil nak mampus ni, dan homework yang macam gunung kinabalu. Ohh sweet.



Dekat sekolah lah kita boleh happy jumpa kawan kawan, jumpa cikgu cikgu. Walaupun tinggal seminggu lagi spm pun kau boleh gelak sakan macam world is yours. Gitu kan nak menggambarkan ke-best-an sekolah tu. So adik adik, nikmatilah zaman sekolah engkorang elok elok ye. Kalau korang rasa time sekolah tu lah paling susah, sebenarnya sekolah tu lah time tak banyak masalah. Yang banyak masalah tu bila bercinta bagai nak rak pastu putus pastu pelajaran down pastu give up nak hidup pastu update status kat fesbuk, “lElAki cEmUnyeWw saMew jEw”. Damn it. *rolling eyes*

Based on pengalaman aku lah, bercinta time sekolah isn’t great at all. Menyusahkan lagi adalah. Setakat nak buat gebang dekat member kelas sebelah kau ada boypreng yang hot dekat bandar baik kuburkan je hasrat kau tu.

Jauhnya aku menyimpang. Elok elok nak cerita pasal Rancangan masa depan pergi cerita pasal lain pulak -.-

Apa rancangan masa depan aku?

Macam yang aku bagi tahu dekat atas tu, it just a planned to improve myself to be a better person, to be more matured.. Improve means you try to change your attitude, your ibadah, your relationship with humans, and most important is your relationship with Allah, slowly, step by step and more important is to be istiqamah with what you have done. Then you will succeed. Insha Allah.

Even Nabi Muhammad nak sebarkan dakwah islamiah pun secara berperingkat kan? So why can’t we? Pedulikan apa orang nak kata, nak mengumpat, nak kutuk. Why bother. Kita nak ubah diri kita pun dikira jihad. Yes, jihad melawan nafsu. Besar pahala jihad tu kan? Jadi lantaklah orang nak kata apa.

So that was my plan for this new year. For others, it such a simple thing that everyone can do. But for me it such a huge change yang aku dah lama buat dan usahakan tapi selalu gagal. Sebabnya nak capai tahap istiqamah bukan satu perkara yang mudah kalau kita tak kuat. Kuat rohani, kuat iman, kuat semangat. Sampai satu tahap aku rasa macam jatuh terduduk for what had happened and during that time aku cuma ada Allah. *wipe tears*


Ameen. 

Oh yes, aku pun tengah nak pulun dan mencari segala biasiswa yang ada, selagi sempat. Tu pun kalau permohonan dah dibuka. Maklumlah, awal awal lagi aku dah dipanggil untuk berkhidmat untuk negara.

DANNNNNNNNN……………….

Adik adik yang still sekolah lagi tu mestilah tengah exited kemahen nak beli barang barang sekolah kan. Aku pergi beli barang sekolah adik aku tengok betapa terujanya kanak kanak ni beli barang barang sekolah. Jangan exited beli barang sekolah je ye, kang tak sampai seminggu sekolah dah komplen sekolah boring. Selalunya macam tu lah.

Bagi calon lepasan SPM tentunya tengah pulun kerja, nak belajar berdikari cari duit sendiri katanya.. Maklumlah, masa lapang lepas SPM memang lapang selapang lapangnya. Sampai rasa nak lempang diri sendiri je. Takde keje sangatlah tu nak lempang diri sendiri -.-


Sekian .

Saturday, 21 December 2013

Tempat shopping paling best

Assalamualaikum.

Hari tu aku blogwalking pastu baca blog Fatin Liyana. Antara blog yang wajib aku buka kalau blogwalking. Pastu aku nampak dia buat review pasal Nile

Dah nama pun perempuan, siapa je tak tertarik untuk shopping. Pantang ada sale, pantang dengar kedai baru buka, laju je nak shopping.

Aku ni kalau cari barang memang cerewet habis. Kalau boleh biar betul betul puas hati dengan apa yang aku nak beli.  Biar murah atau pun mahal tapi berkemampuan, asalkan puas hati. Sebab tu aku lagi suka shopping sorang sorang. Biasanya orang lain kalau nak shopping kalau boleh nak heret bopreng ke husband ke mak ayah abang kakak bagai, tapi aku lagi suka shopping sorang sorang. 

Nak bertapa dalam kedai tu pun takde siapa nak bising kata lambat lah apa lah. Nak tawaf shopping complex tu 10kali pun tak heran.

Aku pun try lah buka website Nile . Hambek kau. Tak ke terjojol biji mata bila nampak barang barang yang maha murah dan cantik cantik belaka.

Aku jenis yang suka jubah, maxi, dress atau yang sewaktu dengannya. Senang nak pakai. Main sarung je bila bila masa dan dimana jua. Kalau nak keluar last minit pun apa ada hal, tanpa tukar tshirt dan tracksuit aku boleh sarung je. Bukan orang tahu pun.

So opkos le benda pertama yang aku cari ialah jubah/dress.

Dengan harganya yang maha murah dan baju super cantik, cukup untuk buat aku menangis keterharuan. T.T 

Selalunya, kalau beli dekat kedai biasa RM100++ tu sudah tentu. Jubah paling murah aku beli pun RM80. Tu pun sebab clearance stock dah nak raya. Kalau tak, kirim salam je lah.


Pergh memang menangis dompet aku nanti. Tak caya? Apa kata buka sendiri. Aku rasa macam, kenapalah lambat sangat tahu pasal website ni. Kalau tak raya hari tu aku shopping puas puas kat sini. 

Thursday, 19 December 2013

The Babysitter

Assalamualaikum.

Aku selalu tabur janji manis konon nak update blog dan blogwalking selalu, tapi hampeh. Selalu takde masa, pastu dengan internet yang asyik slow, bila nak laju pun tak tau.

Memandang mak aku ni babysitter, secara tak langsung aku pun TERjadi babysitter. Yelah, mana mak aku nak masak. nak jaga budak kecik ni lagi. Nak harapkan aku masak? memang kirim salam lah. Aku boleh buat apa aje dekat rumah ni except masak, bukan tak pandai, tapi malas. Leceh. Pastu belum kena komen dengan pengkritik profesional lagi. Memang gua surrender dulu.

Sambil aku update blog ni pun, sambil aku jaga budak ni. Haa power tak. Kehkeh. Laju je jari aku menaip atas keyboard . So mintak ampun ler kalau ada typo.

Siapa kata jadi babysitter ni senang hah? Kalau kau takde tahap kesabaran yang super tinggi memang tak lah. Aku pun kadang kadang terbabas jugak nak marah, tapi mengenangkan dia budak, baru umur setahun lebih je kot. mana lah dia tahu apa apa. Ceh, ayat cover.

Dia tahu nak main, makan, tidur, berak kecing. Dan menangis.





Kerja aku kemas, kerja dia sepahkan. -.-'






Rajin dia baca buku. Nak tahu dia baca buku apa?

Haa ni dia,


HANTU BERKEPALA LEMBU. Dasyat tak? Dulu aku kecik kecik baca tajuk pun dah seram. Sekarang dah besor panjang ni, baca tajuk je macam 'hek eleh, pebenda je tajuk cenggitu'. Kerek nak mampos -.-'

Sticker oren menunjukkan tu buku pinjam masa sekolah rendah dulu. Tak pulang pulang sampai laa ni. Teruk.



Ni lah yang dia buat masa aku sibuk menaip. Belajar menulis katanya. Tak, aku yang kata, bukan dia. Bangga mama kau nanti dik.

Bila dia dah boring, meja tu pulak nak di panjatnya. Haih -.-'

Wednesday, 11 December 2013

Erti ujian Allah.

Assalamualaikum.

Suatu malam tiba tiba aku macam terdetik buka website iluvislam.com. Aku memang suka baca artikel dekat situ. Sangat menginsafkan. Sampailah aku terjumpa artikel yang bertajuk, “Erti Ujian Allah”. Macam ada magnet yang menarik aku untuk baca. Tajuk dia je dah boleh buat naik bulu roma, sangat sesuai bagi Hamba Allah yang sedang dalam kesusahan, baik dari aspek fizikal mahupun mental.

Dan here I go, menitik air mata masa baca artikel tu. Rasa macam kena hempap dengan batu besar, setepek kena batang hidung sendiri. Sedih bila mengenangkan diri ni yang selalu mengeluh bila diuji oleh Allah.  Tak pernah nak bersykur, mudah sangat rasa down bila diuji, walaupun tak seberat mana ujian tu kalau nak dibandingkan dengan saudara saudara kiat dekat Mesir, Syria dan Palestin sana. Allahuakbar


So, aku kongsikan artikel tu dekat sini. Sama sama baca dan hayati. Mudah mudahan kita sentiasa berada dalam redha Yang Maha Esa. Aminn.

_______________________________________

Aku cuma seorang gadis biasa. Perwatakan, pemakaian aku, belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya.
Aku bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Aku bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Aku beragama Islam tapi aku sedar, Islam ku belum cukup sempurna seadanya.
Aku pernah punya kekasih hati. Seorang yang baik, yang banyak mengubah aku. Seorang yang aku selalu bayangkan bakal menjadi imam setiap solatku. Tapi kasih terhenti atas sebab yang tidak diingini. Aku rasa rebah seketika. Aku tiada tempat mengadu kerana aku tinggal sendirian. Selera makanku putus. Mengukir senyuman terasa mustahil. Aku habiskan masa depan komputer riba usangku. Mencari doa terbaik untuk menenangkan jiwa.
Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbuku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku baca satu persatu.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang…
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu,
4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).”
Setiap kali usai solat, surah Al-Insyirah akan ku baca. Setiap kali jantung terasa berat, hati terasa sarat. Aku ulangi lagi Al-Insyirah. Setiap hari komputer riba aku tatapi, mencari sesuatu yang bisa untuk ku hilangkan segala resah di hati.
Dan akhirnya aku tersedar, segala bebanan yang aku tanggung, segala ujian ini sebenarnya tanda kasih Allah pada aku. Allah rindukan rintihan aku. Aku tahu, Allah mahu mengajar aku erti sebenar ujian-Nya.
Dari situ, satu persatu aku temui. Semua bermula dari komputer riba usang ku. Tiada pentingnya cinta manusia jika Allah tidak kita letakkan pada nombor satu. Namun, aku cuma insan lemah. Sering juga aku rasa kalah, aku rasa resah. Aku masih cuba membaiki diri, setapak demi setapak. Aku masih lagi aku yang dulu, cuma aku harapkan rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.
Alhamdulillah, Allah sedarkan aku dengan menghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekati-Nya, supaya aku dapat luahkan semua padaNya. Allah hantar ujian buat aku supaya aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milikNya. Jika gembira hati ini, semua datang dariNya, jika berat hati ini, kepada dia jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah.
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:-
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya” 
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)
Bukan mudah untuk memahami sepotong ayat ini. Aku bersyukur kerana aku di antara hambaNya yang terpilih untuk diberi ujian. Dari ujian ini lah aku mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana aku tak mahu aku hanya mencariNya di kala aku kesusahan.
Aku mahu aku sentiasa merindui tuhanku. Aku mahu setiap gembira ku dimulai dengan Alhamdulillah supaya setiap kesusahan ku dapat aku luahkan padaNya tanpa rasa malu.
Semoga Allah sentiasa membantu aku untuk memperbaiki diriku.
1265821_622383607792406_657279946_o
semoga perkongsian ini menjadi satu perkongsian yang bermanfaatbuat kita semua. Aminn :')

Thursday, 5 December 2013

Bahaya kosmetik.

Assalamualaikum.

Perempuan memang tak boleh berpisah dengan  make up or barang kosmetik. Tak kisah lah cream muka ke, eye shadow ke anything lah yang ada kaitan dengan kosmetik. Tapi aku rasa ramai yang tak aware dengan bahan bahan berbahaya dalam kosmetik, kan? Termasuklah aku.  Asal sesuai dengan kulit muka aku, kira ok lah tu.

Dua kali aku tukar jenama cream sebab tak sesuai. First, aku pakai Safi Rania kalau tak silap. Masa tu baru darjah 5 rasanya. Tak padan dengan umur langsung. Umur budak budak pakai cream orang tua. Haa padanlah dengan muka aku. Muka terus rasa bahang je. Terus stop lepas tu tanpa fikir panjang. Tak lama lepas tu aku tukar cream lagi. Tak serik serik lah kata khonn. Aku tukar Shurah kalau tak silap. Hambek kau, rasa macam nak tertanggal je kulit muka ni sebab tak sesuai. Untung tak jadi rupa alien. Haa padan lah lagi sekali. Degil.

Dah tua tua ni baru nak sedor banyak barang kosmetik yang ada bahan bahan yang boleh buat kulit  kita rosak. Even kau rasa kosmetik yang kau pakai tu boleh buat kulit kau tukar jadi cantik macam Yoona SNSD, tetap ada bahayanya. Nak jadi ceritanya, masa aku mengemas hari tu, aku terjumpa buku ni. Dah lama beli, tapi baru baca sikit. Lebih lama tersimpan daripada baca rasanya..



Banyak juga tips tips yang berguna untuk para wanita di luar sana yang sentiasa bergelumang dengan kosmetik seharian.  Terutama bahan bahan berbahaya yang selalu ada dalam barang kosmetik. Contohnya,

1. Surfaktan Teretoxilasi  (ejaan dia aku amek direct daripada buku. tak tau mcm mana nak spell dlm English)

“Bahan ni selalu ada dalam kosmetik sebagai bahan foaming. Alah yang kau gosok gosok kat muka pastu keluar buih tu. Selalu ada dekat pencuci muka kalau tak silap. Pada label, biasanya ditulis sebagai  PEG, polyethylene, glycol, polyoxyethylene, -eth-, stsu –oxynol.  Unsur kimia ini membentuk 1,4 – dioxin yang bersifat karsinoge  sebagai bahan tiruan dalam proses pembuatan. Bahan karsinogen ialah bahan yang menyebabkan kanser.”

2. Propilen/Butilen Glikol.

“Bahan kimia jenis ni mempunyai bahan toksik yang tinggi sehingga pekerja yang menanganinya disarankan agar menggunakan peralatan pelindung. Produk dari petroleum ini dapat menembusi kulit dengan mudah dan menyebabkan gangguan fungsi otak, hari dan buah pinggang.  Bahan ini selalunya didapati daripada deodorant stick. Haa kalau yang selalu pakai tu, baik pergi check isi kandungan dia apa.”

3. Pengawet Paraben (Metyl, Prophyl, Butyl dan Ethyl)

“Unsur kimia ini sering digunakan dalam formula kosmetik untuk mencegah pertumbuhan bacteria seterusnya menjadikan produk make-up lebih tahan lama. Boleh dilihat dari namanya , bahan ni digunakan supaya produk kosmetik tahan lama. Kebiasaannya, bahan ini digunakan dalam produk yang dijual, walaupun kita ketahui ianya bersifat toksik dan menyebabkan alahan dan ruam pada kulit.”

Tiga bahan ni antara bahan yang confirm ada dalam bahan kosmetik korang (termasuk aku). Tak percaya? Pergilah check dekat bahagian belakang bahan kosmetik tu. Aku pun guna jugak. Tapi cubalah untuk minima kan penggunaan sebab kesan dan tua tua nanti baru nampak. Aku share pun cuma untuk pengetahuan kita sama sama. At least korang tahu apa yang ada dalam bahan kosmetik yang korang guna.

Anyway, dalam buku tu ada berlonggok lagi tips dan maklumat yang aku sendiri tak pernah tahu. Buku tu pun bapak aku yang belikan. Aku ni memang kureng sikit bab buku ilmiah cenggitu, tapi cuba sogok novel sedozen, tu lah yang aku hadap sampai lebam bijik mata.  Hoho.. Tak pun kalau engkorang tak berapa nak rajin baca buku, google kan hado. Sonang kojo ekau ni haa..


So rajin rajinlah tambahkan ilmu dan kurangkan spekulasi. Eh? Pun boleh Sarah……

Monday, 2 December 2013

Oh, Hai?

Hello world, I’m back!!!!!!!!!!!!!!!

Keterujaan yang melampau. Macam lah selama ni aku hilang dekat antartik sana. Tapi macam sedih jugak lah tengok blog sendiri macam padang pasir. Suram je. Siap ada bunyi cengkerik lagi. Eh, tengah padang pasir ada cengkerik? Finally, habis jugak exam yang menyebabkan kehidupan aku sedikit kacau bilau. Ceh, padahal macam selamba belacan je kau tengok running man dua minggu sebelum exam kan?! bukan apa, aku cuma nak praktikkan apa yang cikgu aku bagi tahu.

Cikgu aku cakap,

“saya ni, seminggu sebelum nak exam buku teks semua saya dah pack letak tepi katil. dah takde nak study, nak stress stress lagi”

Dan bravo!! Aku telah mencuba dengan jayanya iaitu dua minggu sebelum exam selak selak buku aje, sambil petang petang tergolek tengok running man, dan hasilnya. Yeaa, seminggu sebelum exam gua macam tikus nak terberanak, terkujat, terkucil apa semua lah -.-

Macam bagus je nak buat macam tu. Tapi Alhamdulillah masa exam takde pulak feel nak terkucil bagai tu. Pheww

Petang lepas habis last paper which is biology paper 3, the boys celebrate with a packet of flour. Damn . Untung gua sempat marathon so cuma kena debu debu dia je lah. Dan Sabtu, 30 November hari tu, teacher Ros, our beloved English teacher treat us dekat Remaja Classic. Aku ni bab bab makan memang surrender lah, mana boleh tolak apatah lagi orang belanja, on aje.  Korang pun kan, eleh.


we do enjoy this very well. thank you teacher :*

Kadang kadang tu macam susah nak percaya yang aku dah habis sekolah. Fuhh, gua dah besar. Dah boleh kahwin. Mwahahaha gatai nak mampuih hangpa ni. Memandang aku memang dah tak de kerja, so maacam nak gigih update blog lah. Haa konon konon sangat lah. Ok we’ll see.


So nak update apa sebenarnya ni? Takde apa. Saje nak publish entry baru setelah sekian lama. Oh ye. Aku tukar template baru. Punyalah berpinar mata aku tengok New Template Intreface. Entah apa apa je Google ni tukar baru bagai.  Menyusahkan aku je. Tapi diorang tukar new interface tak suruh pun kau tukar template baru sarah oi. K….