Wednesday, 7 March 2012

That moment..

Assalamualaikum. Hari sabtu lepas aku pergi kem kepimpinan kokurikulum bertempat di savannah hill. ekcelly, aku ni takde lah pegang jawatan dalam apa apa persatuan pun.
sesaje gegedik nak pergi.

hari sabtu berkumpul dekat sekolah dulu. ada ceramah *sesi kegemaran* dan LDK (latihan dalam kumpulan* kitaorang kena buat kertas kerja untunk persatuan. group aku buat kertas kerja pasal lawatan sambil bergotong-royong di rumah orang orang tua. niat suci lagi murni gituu. lol

bila sampai masa presentation, group kitaorang paling kecoh. berdekak weh. nak nak bila cikgu cakap "saya rasa kertas kerja awak ni sesuai untuk pergi rumah anak yatim lah. kau nak pergi rumah orang tua, tapi siap buat aktiviti karaoke, sukaneka bagai. nama pun orang tua macam manalah diorang nak buat aktiviti macam tu."

masa tu satu library dah gelakkan kitaorang. nasib baik bukan aku yang present. bhahaha.
masa aku tengok tentatif program tu, aku tak terfikir pulak semua tu. sengal -.-
tak pasal pasal group aku dilabel group warga warga emas karaoke. sangat kewl kan ~


*cantik kan ? wuuuu wuuuu ~ *

pukul dua petang bertolak pergi savannah hill. sampai sampai je, ya Allah ! cantik gila weh. terasa macam di Paris gituu. k tetibe ~
hari tu banyak ceramah je. sumpah bosan. tapi bila malam, ada penceramah jemputan tu, yang best. ceramah dia awesome beb ! bayangkan aku yang duduk belakang sekali boleh fokus betul betul. cool gila kan. penceramah dia pun comel. lol

second day.
hari yang ditunggu tunggu. ada aktiviti rentas halangan. sebelum start, warm up dulu. 
masa checkpoint satu dengan dua, okay lagi. sampai cp tiga, mak oi. masuk paya pulak -.-
okay lah sangat ~.~ dah masuk paya, bau dia mestilah semerbak harum kan.


*semangat gila an cikgu aku. Malaysia Boleh !!*


*masa ni budak lelaki buat warm-up. sila jangan gelak -.-*

tu okay lagi, cp yang entah keberapa entah *serious tak ingat* kitaorang kena denda golek golek atas padang selama seminit. mula mula tu adalah fenfeling citer hindustan kejap -.-
tapi hambek kau nak feeling sangat kan, dah macam orang mabuk aku dibuatnya.


*eh, sape tu? -,-*

dan cp yang selepas lepas lepas nya, aku dah macam sayur terlebih layu. ditambah dengan feeling ala ala nak muntah tapi jadi. -.-
setelah bertungkus lumus merentasi halangan demi halangan, cubaan demi cubaan *amboi ayat* sampai jugak dekat cp terakhir. masa tu aku cuma fikir bilik air bathroom bilik air bathroom.

semua peserta kem yang kena golek golek tu kena gatal gatal satu badan. semua. masa tu aku tak kena lagi. masa makan semua bantai garu sana sini. bila orang tanya, 'eh sara kau rilek je, tak gatal ke badan kau' . dan aku menjawab dengan penuh yakin, 'tak pun.' 
paling teruk, ada yang kena sampai muka sekali. 

kitaorang bertolak balik dalam pukul dua lebih. sampai je sekolah, aku dah rasa macam nak menari pun ada. eksaited lerr kenkonon. bila ayah aku sampai, masuk je kereta, 'eh apa ni gatal gatal' demmit. depa mai dah. aku pun tak terkecuali mendapat penangan gatal gatal tu. bintik bintik kecil comel tu semakin bermaharajalela dikulit mulus ku ini. lol

mula mula sikit sikit je tau. esoknya nak pergi sekolah, hambek penuh satu kaki. tsk tsk tak pergi sekolah aku jawabnya. T.T

totally, kem ni memang superb lah wa cakap lu. *k over* pengalaman baru berendam dalam paya, golek golek ala ala hindustan dan diserang bintik bintik sampai aku dah macam beruk tergaru sana sini memang aku tak kan lupa. mana boleh lupa. 




*cari perbezaan gambar gambar tersebut. lol*

dan dan dan....... aku dah tau buat kertas kerja. lol. kbai :p

p/s: gambar gambar tu aku rembat je dari fb peserta kem tu. hewhew. 

No comments:

Post a Comment