Assalamualaikum.
tajuk madah nak suspen je en? ke korang tak suspen langsung? tak? ok foine.
"Apa yang best sangat dengan Korea tu? Boring je aku tengok"
"Hero Korea handsome?! Pehlisshh, abam Shah Rukh Khan aku lagi handsome"
"Mengarut je cerita Korea."
dulu masa aku tak minat Korea, macam tu lah aku cakap. Korea tu lah, Korea ni lah, yadda yadda bla bla bla bosan apa semua. sekali dah ter-minat, hambek kau. makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang. eh? k tipu. kira dulu macam tak minat ah an dengan kpop jadah hape semua tu. than sampai lah satu hari ni...
member member aku dok pakat cerita pasal running man dekat SBS. gua dengan takde astro nya, dengan tak minat cerita Korea nya dah macam tunggul dekat situ. terasa diri ini sangat terasing. ayat nak novel sangat kan. than start tu aku mula jinak jinak dengan Korea ni. gua usha member member gua suruh masukkan cerita running man dalam pendrive. first time tengok macam "hek eleh, takde lah best mana. cuma ada certain certain part je lah yang lawak"
sampai lah aku tengok running man yang ada tetamu jemputan dia Siwon!!!! Wahhhhh, dengar je nama Siwon aku terus minta tolong member aku masukkan dalam pendrive. *paksa sebenarnya. thanks wani :*. then lepas lepas lepas tu aku suruh member aku masukkan semua episod yang diorang ada. gila tamak kan? lepas tu tersadai dalam laptop aku sampai sekarang tak tengok lagi. dok rewind episod yang ada Siwon dengan Min Ho patratusbelasribu kali. sampai aku dah boleh hafal apa yang diorang nak cakap. gituuu katengkoo.
kalau drama Korea memang banyak dah aku tengok. tapi takde ah layan gila gila. Biasa biasa je even sebelum ni aku tak minat Korea pun aku layan juga. better dari drama indon yang mati hidup balik lepas tu mati tak hidup hidup tu. sampai sanggup buka youtube gigih mengharungi onak dan duri kelembapan internet ni semata mata nak tengok cerita To The Beautiful You. linda dengan naz punya pasal ah ni. serious best cerita tu. Sulli dengan MinHo comel gila kot :3
bila dah minat Korea mulalah cari abam abam Korea yang super cute. gituu. geli aku baca. haha tapi aku cuma minat Super Junior JE. serious. kalau ada pun yang lain aku just minat lagu je. ekceli, dari zaman tok kadok lagu sorry sorry tu fofular lagi aku dah minat dah. tapi minat lagu je lah. tu je lah lagu diorang yang aku tahu dulu. yang aku tahu, lagu sorry sorry super junior nyanyi. tapi sekarang dah upgrade sikit dah. members dia dah kenal dah. dah crush dah pun dekat kyuhyun, donghae, yesung especially dekat Siwon dengan lesung pipit dia yang dalam kemain tu. nampak macam haruk gila kan?
bila tengok diorang perform, mak aih boleh pekak campur tuli orang dekat situ dengan fangirls yang macam kena histeria tu. jerit kalau boleh nak bagi anak tekak terloncat joget joget keluar je aku tengok. aku yang naik bulu tengkuk. kalau ada yang mati sebab tercekik anak tekak sendiri aku tak terkejut dah.
tapi aku ni takde lah sampai macam kipas-susah-mati-kena-baling-pun-hidup-lagi Kpop ni. setakat minat gitu gitu je. gitu sangat ke sampai semua video Super Junior kau nak download? eh ok apa aku download video super junior. daripada aku download video yang enggak enggak tu? siapa nak jawab. dan sekurang kurang nya aku still aku mengaku yang aku ni rakyat Malaysia. Yeay, I'm proud to be Malaysian! *tetibe.
p/s: bila aku tengok muka siwon, aku teringat muka abang yang kerja dekat a-mart tu -..-
cuba tgk drama Lie to me ..best :)
ReplyDeleteOk insha Allah kalau ada masa saya tengok :)
Deleteahhh.. kpop ! hehe
ReplyDeletehehe kak ara minat jugak ke?
Delete