Assalamualaikum.
sedang dahku menikmati hari hari terindah dalam masa cuti dahku yang sangat berharga ni, tiba tiba mata ni menjeling jeling manja dekat surat khabar Metro. pagi pagi yang harmoni memang wajiblah kan belek belek surat khabar sambil tengok any news yang menggembirakan or men-sadis-kan. tapi kalau aku sebut Metro confirm lah kan ada bisikan nakal , "eleh Metro, bukan betul sangat pun". ye ye. aku tahu bila palehotak korang dah setkan macam tu, nak buat macam mana kan. tapi since paper Metro je yang ada dekat rumah ni, aku baca je lah. tak kan nak suruh adik aku menapak pergi kedai semata mata nak suruh beli paper lain kan? kang tak pasal pasal machine gun dia keluar.
Alang alang dah jeling jelling manja tu tak sah lah kan
kalau tak baca. Dengan rakusnya aku pun ambik surat khabar yang tak menarik
perhatian sesiapa tu then sit like a boss sampai kalau adik aku tengok pun
macam eww-bajet-gila-akak-aku-ni. Tengok
muka depan je macam dah terjojol biji mata. Well, actually takde lah macam nak
terjojol sangat kan, cuma macam waddehell-tajuk-dia. “Zuriat Maya”
First thought aku fikir ni mesti pasal kes anak luar nikah
lagi. And yes, it’s totally right. Nowadays, memang dah banyak kes anak luar
nikah. Bercinta bagai nak rak sampai tak ingat dunia, percaya sangat cakap lelaki
last last ke laut. Bila benda dah jadi baru nak menyesal menangis air mata
darah and that time nasi dah bubur. Kesian parents menanggung malu. And semuanya
berpunca daripada Social Network. This kind
of people memang bagi aku sorry to say lah kan tak tahu nak manfaatkan
teknologi yang ada sebaik mungkin instead of salah gunakan semua teknologi tu. At
last, parents yang baca artikel tu akan pandang serong and lost their trust
towards their children. This is what we call “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”.
Tapi aku tak salah kan parents, sebab diorang cuma nak yang
terbaik untuk anak anak. Sebenarnya tu semua bergantung pada diri kita sendiri.
Sejauh mana kita letak harga diri, maruah diri keluarga sekaligus kepercayaan
kita terhadap seseorang tu kalau boleh jangan lah tinggi sangat. Especially kalau
baru kenal. Trust me girls, lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat TETAPI tak semua lelaki macam tu. Contoh lah kan, kau tengok
hari ni lelaki tu in a relationship dengan perempuan lain, two to three weeks later dia tukar orang lain
and in the same time dia nak berkenalan dengan kau. Kau nak terima ke? Aku rasa kau boleh fikir sendiri mana baik
mana buruk.
And one thing paling aku pantang, gambar keluar masuk kelab
lepas tu kepit perempuan kiri kanan dengan botol air kencing syaitan dekat
tangan tiba tiba IM dekat fb cakap “Hyep awuq, boley kewnal x?,,” waddefish. Aku
rasa macam nak baling durian sebakul je dekat orang macam tu. First, sebelum
kau nak kenal dengan anak orang better kau belajar menulis and mengeja
balik. Second, pergi tanya ustaz or
ustazah whether dalam Islam keluar masuk kelab sambil minum air kencing syaitan
tu halal ke haram. What? Kubur lain lain? Mind your own business? Ohh sure. Aku
memang tak suka masuk campur hal orang. Tapi kalau kau rasa bila kau mati nanti
mayat kau boleh golek golek sendiri masuk liang lahad tanpa orang usung, k
fine.
Terang lagi bersuluh (praktis ayat karangan) lelaki macam ni
yang korang kata nak sehidup semati sampai sanggup kau gadaikan maruah? Astaghfirullah.
Cepat cepat lah bertaubat , ingat Allah banyak banyak. Fikir parents kau yang
kerja siang malam nak cari rezeki bagi kau makan pakai apa semua. Tergamak ke
nak kecewa kan diorang? Tak perlu lah
nak kejar dunia, kejar boyfriend kau yang belum tentu boleh bagi kau senang
macam yang parents kau bagi. Bila dah terlajak sendiri yang susah. Kan? And plus,
lelaki yang baik tak kan sentuh perempuan yang bukan mahram. Sebaliknya kalau
betul betul lelaki tu nakkan kau dia akan terus jumpa mak ayah kau, masuk
meminang dan ambik kau sebagai isteri yang sah. Aku respect lelaki macam tu.
Dunia akhir zaman, anak anak luar nikah makin banyak. Every
year statistik anak luar nikah yang didaftarkan
makin meningkat. Tu yang dah didaftarkan. Kalau yang tak daftar tu macam
mana? Allahuakbar, hanya Allah je yang tahu. Macam ni lah jadinya bila hidup
bertuankan nafsu. Allah, minta minta kita dijauhkan.
Tapi kalau dah terlajak, sekurang kurangnya boleh bertaubat.
Sebab Allah Maha Pengampun. Nampak kan? Kita buat dosa banyak mana sekalipun
pintu taubat tetap terbuka untuk kita. Subhanallah, betapa Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
terhadap hamba-hambaNya. Dan selalu ingat bila kita buat sesuatu tu even
parents kita tak nampak tapi Allah tu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Dia Nampak
semua yang kita buat.
Aku selalu ingat apa yang bapak aku kata, “hidup ni senang
je. Kau dengar cakap mak bapak selagi tak perkara tu tak melanggar syariat
Islam, ikut perintah Allah, tinggalkan laranganNya. Insha Allah hidup kau
senang” Dan Alhamdulillah setakat ni hidup aku senang. Bukan lah nak kata aku
ni baik sangat sampai tak buat dosa. Takde manusia yang sempurna melainkan
Rasulullah. Tapi kita kena selalu baiki diri sendiri. So, secara tak langsung
kita tak hidup bertuankan nafsu. Nauzubillah.
Wallahu’alam.
.::. lepas ni nak post apa apa dekat blog kena draft dekat word kalau tak aku lupa. -.-"
No comments:
Post a Comment