Assalamualaikum.
Nawaitu nak post benda lain. tapi jari tertaip benda lain. so salahkan jari ni. jangan salahkan aku. hari tu dok kecoh pasal israel bom gaza. kan kan? awat hang ni sarah , tiba tiba kaitkan israel, gaza bagai ni. saja nak relate kan semua ni dengan "why always me". tadi aku pergi satu event yang mana takde lah penting pun pada engkorang tapi penting pada aku sebab membabitkan masa depan so nak tak nak kena pergi kalau tak pergi sendiri yang rugi sebab tolak rezeki. k sarah, stop.
kalau dah nama pun event, sewajarnya lah kan ada mukadimah ucapan, tazkirah, kata kata aluan dan yang sewaktu dengannya lah kan? tapi aku tak nak story pun pasal event tu. aku nak ambik sikit petikan (bahasa melayu sangat, kau hade?) yang ada masa ucapan one of the tetamu kehormat.
"Kenapa Allah tak bantu Palestin masa diorang kena serang dengan Isarel?"
"Tak kisahlah negara mana pun yang bantu mereka, macam mana kita usaha sekalipun untuk bantu mereka, kalau mereka tak bantu diri sendiri, mereka tak kan dapat kalahkan Israel. "
"Sebab apa Allah tak bantu mereka? Sebab Allah tak bantu orang Islam, tapi Allah bantu orang yang beriman"kata kata yang menyentap sanubari jiwa raga dalaman aku. daripada syok syok scroll TL, terus aku tersentap. kak kiah kak senah yang tengah usha baju bling bling VVIP terus tersenyap. masing masing fokus. terus selow melow aku simpan phone dalam handbag, aku terfikir kejap apa yang uncle tu kata tadi. *tak ingat nama* *sukahati je aku panggil uncle*
so, bila aku fikir fikir balik, betul lah apa yang uncle tu cakap. kadang kadang, bila ditimpa masalah, kita selalu persoalkan, "kenapa mesti aku?". atau nak omputeh sangatkan, hamek lah kau, "why always me?" jawapannya ada pada kita sendiri. kenapa Allah uji kita?
#1. sebab Allah rindu dengan hambaNya. ni yang selalu best friend aku cakap kalau aku sedih, nangis, frust etc. selalu dia cakap macam tu. and aku tak jemu dengar. kalau orang lain mesti dah rasa macam nak hempuk je lelaju sebab asyik cakap benda yang sama sampai boring dah dengar. tapi bagi aku, maksud dia mendalam sangat. masa tu baru aku sedar, aku banyak lalai.
#2. upgrade iman. sebab apa? sebab iman kita ni bak kata orang alim senipis kulit bawang. nampak kann kenipisan tahap icu dia tu. memang betul, iman tak diwarisi. even daripada moyang kau sekalipun. sebab tu kena selalu upgrade iman. memang lah kita tak tahu iman kita dah upgrade ke belum sebab kita tak nampak. bukan macam battery bar galaxy note II engkorang tu. tapi bila kita buat kerana, Insha Allah kita dapat rasa ke-upgrade-an iman kita. (bahasa ke laut)
#3. sucikan hati, bersihkan jiwa. bila kita diuji, secara tak langsung kita ingat Allah. dan secara langsungnya kita akan dekatkan diri dengan Allah. dan secara live (live dengan langsung bukan sama ke?) juga kita akan berdoa minta Allah permudahkan segala galanya untuk kita. Insha Allah hati kita akan tenang. lepas doa, baca Al-Quran, buat solat sunat dua rakaat, Insha Allah bertambah tambah tenang hati tu. ni tak, asal stress, asal ada masalah pergi buka cerita "Dalam hati ada taman" , kau ingat boleh tumbuh taman dalam hati kau?
tu antara sebab (bagi aku lah) Allah uji kita. seboleh bolehnya jangan persoalkan apa yang Allah dah rancang untuk kita. sebab Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. apa yang kita sebagai hambaNya kena buat cuma redha dan ikhlas. syukur dengan apa yang Allah berikan. kadang kadang kita minta tolong orang lain selesaikan masalah kita, tapi masalah tu tak nak selesai juga. sebab apa? sebab Allah nak kita fikir sendiri. sama sama lah kita perbaiki diri, tanya hati apa yang kita dah buat sampai masalah selalu datang dekat kita. bukan cari salah orang lain, bukan salahkan takdir. tapi muhasabah diri dan betul salah silap kita. takde manusia yang maksum melainkan Rasulullah S.A.W.
"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" [surah Ibrahim: ayat 34]
wallahu'alam.
love, sarah ali ♥
No comments:
Post a Comment