Tuesday, 18 December 2012

Nostalgia PMR ~


Assalamualaikum.

Cuba jawab salam aku tu leklok. ni tak, main kumsalam kumsalam. kau ingat ni hantu kum kum bagi salam ke? ce jawab Waalaikumussalam. ha kan elok tu. bagi salam sunat, jawab salam wajib. k sarah, dah cukup dengan mukadimah awal perenggan kau tu. readers tak nak baca pun *bajet banyak sangat je reader kau*.

amacam calon calon pmr yang bakal amek result esok? dah nervous belum? cemana agaknya nervous kau tu? ada macam jantung kau nak terloncat jejoget keluar ke? ke cuak macam azwan ali masuk minang jiran sebelah rumah kau? ye adik adik sekalian, silalah cuak sehabis mungkin menanti hari esok, heheheheheheheheheheh. *evil laugh versi sopan*

bila temlen twitter yang mana penuh dengan pelbagai versi ucapan good luck untuk calon calon pmr esok, aku pun tetibe teringat lah cemana nervousnya aku masa tu. kalau kau rasa azwan ali nak masuk minang jiran kau tu dah buatkan kau cukup nervous, kau salah. aku punya nervous ni Subhanallah nak terkujat terkucil terberak semua ada. cuma control macho je lah kan. bila orang tanya, “nervous tak sarah?”. aku watlek watpis kacang pis je lah macam kenkonon esok nak pergi jumpa Leeteuk. kahkahkah. padahal dalam hati, “kau ni apsal tanya soalan educated macam !@#$%^&* sangat sampai aku tak boleh jawab”. ke-emosi-an yang tak dapat dikawal masa tu.

*previous setahun lalu*

beberapa hari sebelum amek result memang kaki tangan telinga mulut hidung senang cerita dari hujung rambut sampai hujung kaki dah nervous dah. nak senyum pun macam otot muka ni kejung. dia punya cuak tu memang tak boleh digambarkan dengan kata kata. especially bila bapak aku tanya,

“kau yakin boleh dapat keputusan cemerlang kak?”

fuhhh, soalan yang mana kalau keluar spm pun belum tentu kau boleh jawab. sambil tersengih campur cuak aku pun jawab “Insha Allah”. sambil tengah makan tangan yang penuh dengan nasi tu sembunyi sembunyi doa “Ya Allah, mudah mudahan keputusan aku ok”. lepas tu amin kan dalam hati je sebab tak kan lah tangan yang penuh dengan nasi tu nak amin sapu dekat muka. kang bapak aku cakap aku buang tebiat pulak. kot ye pun nervous nak amek result tak kan sampai macam tu sekali.

bila dah sampai hari yang dinanti nantikan, (tak ingat tarikh yang sebenar) pagi tu siap siap then bapak aku hantar pergi sekolah dengan mak aku. kaki aku baru je nak melangkah setapak masuk sekolah aku dengar orang dok teriak bagai kena histeria padahal aku rasa amek result tu takde lah sampai kena potong tangan ke kaki ke dulu sampai nak melolong macam tu. *aku jerit sopan je*

bila sampai dekat meja yang khas untuk kelas aku, aku tengok macam macam rupa dah ada. senyum, gembira, sedih, nak nangis or even yang dah nangis pun ada. kalau rosyam nor buat shooting dekat situ memang kebaboom lah drama dia sebab macam macam versi meng-ekspresi-kan perasaan ada. bila sampai turn aku, dah teragak agak nak sign borang kehadiran tu sampai pegang pen lepas tu tengok mak aku. dua tiga kali juga lah aku macam tu. tangan pun menggigil gigil sejuk berpeluh macam abam izzue nak masuk meminang. over kan.

then bila dah sign, teacher zaza (cikgu kelas merangkap ummi aku dekat sekolah) pun pandang sambil senyum selebar mungkin and cakap, “tahniah sarah”. dengan tangan gigil gigil ditambah dengan muka pucat tak berdarah macam sarakit melintas depan kau, amek result cek sesatu then pandang mak aku. aku terus peluk mak aku sambil meleleh leleh air mata. mak aku pun terkejut badak lepas tu senyum je sambil peluk aku. fuhhh, shah rukh khan kalau tengok aku tu pun touching lepas tu terus ambik aku berlakon dengan dia. dramatik sangat kan?

****
tak kisah lah apa pun result nya kalau dah tu yang kita dapat bersyukur je lah. Allah tu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. baik upsr, pmr tak pun spm apa yang penting kita dah usaha. ye dok? tapi aku dengar Dr. Muhaya cakap,

“kita akan kecewa kalau kita belajar untuk penghargaan manusia, tapi kita tak kan kecewa kalau kita belajar untuk ilmu”

anyway, good luck untuk semua calon PMR di seluruh Malaysia terutama calon PMR SMK Kempas. Kempas boleh!

rindu masa ni :')

.::. gigih menaip depan tv sebab tak nak missed Mimpi Cinderella.

4 comments:

  1. wah layan juga erk cite mimpi cinderella??sama laa dgn adik sys..kemain dia layn..sys xbpe..sbb xmnt ngn leha tu..hahahaha..macam blur3 jer muka dia tu..:)

    ReplyDelete
  2. akak dulu amek result pmr xde perasaan lgsg.. haha.. result ok la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bagusnya. tak payah nak nervous bagai :3 hehe

      Delete