Assalamualaikum.
malam jumaat yang nyaman lagi indah ni menggamit aku nak update blog. hamboi ayat nak macam nak geng dengan A. Samad Said je kan. eh aku sebut malam jumaat? kau tahu apa maksud dia? alah orang selalu dok kata MJ tuu, haaaaa senyum pulak. apa kau pikir ha? aku just nak cakap malam jumaat ni aku update blog tu je. kfine. so apa kaitan pendahuluan dengan tajuk? sememangnya aku fail kalau nak buat pendahuluan ni. penat cikgu bm aku ajar. so..............
previous selasa lepas..........
*ting tong* *bunyi mesej masuk*
tengah rehat rehat dengan family tiba tiba handphone mak aku bunyi. aku ni memang jenis jakun perak kalau hand phone mak aku bunyi. baik bunyi mesej tak pun incoming call memang aku serbu dulu. yelah mana tahu tiba tiba Norlia Ghani call mak aku. then tak sempat capai phone tu, mak aku dah amek dulu, k fine -.-
then bila mak aku dah baca mesej tu, aku pun dengan gaya mak jemah terus tanya, "kenapa mak?" lepas tu mak aku jawab, "atuk masuk hospital. malam ni dia transfer pergi HSA". Ya Allah, aku punya terkejut tu toksah nak cerita.
*****
esoknya jugak petang tu terus pergi tengok atuk. sampai sana jumpa mak cik aku dah nangis nangis. masa tu belum jumpa atuk lagi. sorang sorang masuk, sampai turn aku, Allahuakbar. tergamam tengok atuk terlantar macam tu. Cik Nun kata atuk jatuh dekat bilik air. usap usap tangan atuk, sejuk je. then Cik Nun suruh cakap dengan dia. aku pun bisik dekat telinga dia, then nampak jari dia gerak gerak. Cik Nun cakap dia memang boleh gerak sikit sikit. cuma tak sedarkan diri je. sedih tengok atuk macam tu. tapi aku tahu, atuk kuat. Insha Allah atuk boleh sembuh.
emo kot masa tu. especially tengok patient lain yang nampak lagi teruk dari atuk. nampak macam berat ujian yang Allah bagi dekat dia. bukan macam, tapi memang berat. orang kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. masa tu semangat nak jadi doktor membuak buak. tiba tiba je semangat.
masa dalam wad tu, aku nampak sorang aunty or maybe nenek tak sure tapi muka dia macam chineese. kaki dia kena ikat kiri kanan, tak tahu lah sakit apa sebab dia asyik meronta ronta je. maybe that's why kaki dia kena ikat.
memang macam macam ragam dalam wad tu aku tengok. dalam leka leka aku perhatikan orang dalam wad tu, paling tersentuh masa aku TERpandang sorang abang ni *melawat ayah dia or atuk maybe, not sure* dia cuba sedar kan atuk or ayah dia *tak sure*, dia bisik kat telinga, dia urut kaki , then aku nampak dia gisah gisah mata. nangis maybe. sangat buat aku tersentuh. siapa je tak sedih kan bila tengok orang tersayang sakit or terlantar dekat hospital , bersabung nyawa. aku yang tengok pun sedih, apatah lagi dia.
mudah mudahan atuk cepat sembuh. amin.
.::. ALLAH tak kan uji hambaNYA diluar kemampuan seseorang.
Bila kita duduk kat hospital,
ReplyDeletekita boleh tgk mcm2 kesusahan org kan ?
betul. masa tu baru sedar yang kita ni untung sangat sebab Allah bagi kesihatan (:
Delete