Wednesday, 5 December 2012

Babysitter.

Assalamualaikum.

cuti yang tak berapa nak bosan ni kalau boleh aku nak isikan dengan perkara yang berfaedah macam online facebook, twitter, update, facebook, twitter, blogging, twitter, facebook dan blogging dan yang seangkatan dengannya. aku rasa facebook, twiiter tu semua dah naik jemu tengok muka aku, kalau boleh muntah depa tu, dah muntah dah agaknya. tapi apa boleh buat. dari aku dok terbongkang sambil ternak lemak, better aku exercise mata kan? 

okay, jauh aku melalut. pagi hari tu (hari yang tepat ialah beberapa minggu sebelumnya pada hari jumaat) mak ummi datang rumah pagi pagi buta dalam pukul 6.45 pagi gitu (main agak je sebab time tu mak ummi nak pergi kerja). consider as pagi tak berapa nak buta lah tu kan sebab aku pun belum bangun lagi. biasanya time cuti panjang macam ni lepas Subuh memang aku sambung beradu. pelik bercampur aneh bila tiba tiba mak ummi datang. dengar sayup sayup je orang beri salam, tapi aku buat dekk je sambil pujuk mata ni suruh tutup. so, bonda tercinta lah yang buka pintu. senonoh sangatkan perangai?

bila dah syok sambung beradu tiba tiba aku rasa macam something bergegar. earthquake ke? haish, tersentap aku. elok elok tengah dating dengan izzue islam sambil makan gula kapas terus aku tersedar rupanya aku tengah dating dengan bantal peluk. astaghfirullah hal adzim. mak kejut aku, katanya Muiz datang. tu rupanya motif mak ummi datang, hantar Muiz. ni mesti kes budak ni tak nak pergi rumah pengasuh dia. sibuk nak pergi rumah abang (adik aku). so secara tak rasminya aku lah jadi babysitter dia hari tu. memandangkan mak aku pun sibuk and dia manja dengan aku.

bila dengar je Muiz datang rumah, sepantas kilat aku bangun pergi ruang tamu terus cium dia. dengan tak basuh mukanya, dia pun tersengih sengih bila kena cium. konon tayang muka comel lah tu. then aku tanya dia,

Kenapa Muiz datang sini?
Nak rumah abang *sambil cebikkan bibir buat muka sedih*

masa tu aku rasa macam nak amek tali rapia ikat bibir dia. main cebik cebik pulak. kau ingat dah comel lah buat muka sedih tu. tapi memang comel pun. hewhew. demi Muiz, aku sanggup korbankan masa berharga aku atas katil. kalau diikutkan nikmat golek golek atas katil sambil layan perasaan tu mengatasi segalanya. tapi aku gigihkan juga buka mata luas luas. nasib baik aku tidur awal -.-

ingat senang jadi babysitter ni? senang tak senanglah. jaga budak umur 2 tahun setengah takde lah susah mana. cuma aku tak boleh betul tengok budak budak nangis. nanti aku yang gelabah. nampak tak ciri ciri ibu mithali disitu? hmm. bila nak marah, dia buat muka sedih terus hilang rasa nak marah tu. tambah tambah kalau muiz buat muka comel dia. Allah, tergugat iman aku. 


sehari tak jumpa dia aku rasa sunyi sangat, tapi ni dah berhari hari tak jumpa sebab dia balik kampung T.T

time nak mandikan dia, jenuh aku pujuk. kalau ikutkan suhu kesabaran aku yang dah -0.01 darjah celcius ni memang aku campak je kat dalam besen. mandilah kau dekat situ sorang sorang. lepas tu datang mak dia, aku pulak kena campak dalam gulai kawah. adilkan? tak tak. aku tak sekejam tu. anak orang satu hal. aku tak nak lah kena cop ibu tiri sebelum waktunya. leuls. pujuk punya pujuk, alhamdulillah. lembut hati dia nak mandi. haih, nak mandi pun payah. mak aku mandikan dia tak nak, nak aku jugak. sampai satu part tu, nak salin pampers sebab dia buang air besar, tu pun nak aku juga. tersembur air aku minum. mak aihh, tak pernah seumur hidup aku ganti pampers budak, tapi aku gagahkan juga hati ni. T.T

tertunggu tunggu juga bila budak kecik ni nak tidur. time nak tidurkan dia, dah start meragam dah. "nak mak, nak mak". tersedu sedu dia merengek. aku paling tak sanggup tengok budak kecik menangis, or nak nangis. nanti aku pun boleh terjangkit virus 'nak nangis'. penat aku pujuk dia cakap mak kerja. last last dia tertidur atas bahu aku. sweet kot. masa tu terasa macam seorang ibu. kahkahkah. bapak perasan kau ni. tapi macam satu kejayaan lah kan bila dapat tidurkan budak, dapat jadi babysitter sehari. adalah feeling sikit sikit macam baru lepas menang trofi emas olimpik. aah, hiperbola sangat.

seharian jaga budak comel ni, rasa penat tambah puas sama dengan happy. yelah, aku jenis yang suka budak budak that's why aku suka layan budak budak. tiap kali balik kampung jumpa anak anak sedara aku, memang aku boleh jadi geng bas sekolah diorang lah. sampai mak cik aku siap tanya lagi.. "nak adik lagi ke kak?". aku sengih je lah. yang mak aku buat muka bosan. tapi seriously, aku tak nak adik lagi. yang dua orang ni pun booleh sakit jiwa. ni nak tambah satu lagi. hospital permai lah aku jawabnya.

tapi suka macam mana pun aku dengan budak budak, aku tak nak lah anak sampai boleh buat team bola ~~~~~~

ALLAH, KENAPA COMEL SANGAT NI!!!!!!!

With love, Sarah Ali 

No comments:

Post a Comment