Wednesday, 7 December 2011

Ohh hati.

Assalamualaikum.






Semua orang ada hati. Tapi adakah hati tu untuk disakiti?
Kenapa aku tanya macam tu.. sebab hati aku tengah sakit sangat sangat sebab sorang yang  boleh dikatakan 'kawan'.

Kenapa aku kata 'kawan'. Kadang kadang aku rasa dia tu bukan kawan aku. Sebab seorang kawan yang baik akan sentiasa cuba untuk jaga hati kawan dia. Right? Tapi dia...
Yelah aku tau, dia tu ramai kawan, so maybe dalam palehotak dia tu fikir 'buat apa nak jaga hati si sara tu, aku ada ramai kawan lain.' Perhaps -,-

It's ok dude, hari ni hari aku, esok lusa hari kau pulak.
Aku takde la sampai nak benci dia gila gila en, sebab dia pernah jadi antara 'best friend' aku. So, aku cuba sebaik mungkin tak nak benci dia.

Benci membenci bukan cara aku. Sebab once aku da benci someone, akan bertukar jadi dendam. Oh no, dendam dendam ni bahaya lar. Tanak tanak =,=

So, kepada kau 'kawan'. Try to behave yourself. Jangan lah sampai orang lain naik meluat dengan perangai kamu. No no no, saya tak pernah suruh orang benci awak, tu bergantung kepada individu. Ok?

*korang da baca? oh thanks a lot. boleh tolong tak? Klik kat SINI dengan kat SINI . dah? mekasih :) sayang korang.

enjoy your reading :) 

Tuesday, 6 December 2011

Musim durian.. again?!

Assalamualaikum.



Korang suka makan durian? tak suka? waa *tepuk tangan kuat kuat*, kita geng la kawan.
huh, suka makan durian? sorry kita tak geng, mwahaha!

sekarang musim durian kan. kalau kat Johor Bahru ni, dah bersepah dah orang jual durian kat tepi jalan. Mana-mana aku pergi mesti nampak bakul durian dengan durian yang penuh satu bakul.

Kalau adik-adik aku nampak, dengan sepantas kilatnya..
'mak, nak durian!', and aku pulak *sambil buat muka* 'membazir la beli durian memahal tu, baik beli tutti frutti ke, lagi sedap' *cehh tutti frutti je*.
then seperti biasa adik aku akan jawab balik, 'eleh kau kak,' 'amende kau'...
anddddd.. start fighting. walawehhh, pasal durian pun boleh gaduh.

Kalau family aku makan durian enn, aku bawak diri masuk bilik. *isk isk, terpinggir. drama lebih*
nanti ayah aku sesaje la tanya, 'kakak, nak durian tak?',
ayah aku ni memang suka bergurau, da tau aku tak suka makan durian boleh tanya lagi =,=

Kenapa aku tak suka makan durian? sebab aku tak tahan dengan bau dia.
Siyes tak tahan -,- Boleh pening aku dengan bau durian tuu. *ish, terkutuk pulak. sorry, penggemar durian*

Kalau balik kampung tu, memang aku sorang je la yang tak makan durian.
*terpinggir again. huwaaa T_T*
Aku tak tau lah apa yang sedapnya makan durian ni.
Mungkin yang suka makan je kowt yang tau keistimewaan durian ni.

Okay, thats all. Enjoy your reading :)

Saturday, 3 December 2011

Baju kurung pun awesome~

Assalamualaikum.

Waa tetibe dapat ilham nak menaip *give a big clap*

Aku suka sangat tengok perempuan pakai baju kurung. Nampak ayu gitu. Kalau tak baju kurung pun, pakai skirt labuh tu. Memang 'wauuu'! And aku percaya most of the guys suka perempuan pakai baju kurung kan.



*cantik kan Ana Raffali. Masa dia mula mula nak famous orang dok cakap pasal dia sebab dia perform pakai baju kurung. But bagi aku, dia sangat cantik*

Sape cakap baju kurung tak up-to-date? Meh aku cepuk sikit. Hello kawan, nowadays baju kurung pun maju tau. Sebut je kain apa yang korang nak. Silk, chiffon, satin, semua ada.

'Ala kalau baju kurung yang moden-moden tu mesti mahal'.
Eee tipu-tipu. Tak semua mahal okay. Kalau nak cari yang murah tapi berkualiti and cantik, cari kat First Lady.
Da la murah, cantik pulak tu. *promote first lady pulakk*
Kalau bertuah tu, ada certain certain baju dia harga serendah RM30 SAHAJA.
Mana nak dapat baju kurung moden harga serendah tu. Tapi tak tau lah korang tau ada butik lain yang jual harga murah mcam tu.
Masa aku pergi kat situ, aisey lelawa la siaa baju-baju dia. Siyez tak tau nak pilih yang mana satu.

Tapi kene la pandai pilih jenis baju kurung. Kalau salah pilih especially kain yang panas, sangat tak sesuai lah kan untuk cuaca kat Malaysia ni. Kalau kau pilih baju yang lace keliling tu, da macam nak kahwin pulak.--'
Lagi pun sekarang tengah trend shawl kan. Pandai pandai lah match kan.
Mesti cantik.


Gambar tu diambil masa Hari Raya Aidilifitri yang lepas. Baju kurung yang aku pakai tu pne of my favourite baju kurung *sorry gambar blur, rembat kat fb*

Sometime ada jugak aku berangan, nak design baju kurung sendiri. Ala-ala baju muslimah.
Tinggi betul angan-angan aku ni kan. Hehehe.

That's all. Thanks for reading :)

Thursday, 1 December 2011

UKKM di MRSM Pontian.

Assalamualaikum.

Semalam ingat nak update tapi sumpah penat giler. Tangan ni da tak larat nak menaip.




*that's me. memain kamera pepagi buta*

1.12.2011.

Nak gerak Pontian seawal jam 6 pagi!! Sebab aku amik exam pukul 8 pagi. Awal giler kan?
Bangun pukul 5 pagi. Tak pernah dibuat aku ni. Haha. Well, biasanya bangun pukul 6.30 untuk solat subuh and lepas tu bedebussshhhh, sambung mimpi. muehehe.
Dah la tak pernah sampai sana, and guest what, boleh terlajak pulak tuu -.-Nasib baik lah tak terlewat. Siyez, exam tu memang buat otak aku restart balik. Susah giler woo!
Habis dalam pukul 11.30 terus mencekik. Sumpah lapar -__-

Bila dah habis, ajak lah ayah aku pergi pantai.
Bila ayah aku kata 'ok', 'horeyyy' adik-adik aku lah yang kemain happy.
Aku pun dah tak sabar-sabar nak main air ni. Sekali bila dah sampai, tak boleh turun daa.
Terbantut niat aku nak main air. *isk isk*

Then kiteorang pun gerak lah balik JB dalam keadaan yang frust sebab tak dapat pergi pantai *buat muka sedih*. Tak dapat lah aku nak posing gegila kat situ *motif sebenar*
Guest what, kteorg sesat masa balik tuu. Damn great! is it? -__-
pusing pusing kat situ. Akhirnya, jumpa jugak jalan kuar *fuhhh*


Sampai rumah pukul 2 lebih. Memang penat >__<






*adik-adik aku bermain kamera. cehh, gambar aku da la takde*

enjoy your reading :)

Tuesday, 29 November 2011

Tagged Game.


Rules:

1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves about their journal.
3. Answer the question the tagger set for you in their post. And create 11 new question for people you tagged to answer.
4. You have to choose eleven people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag back.
7. No stuff in the tagging section about. 'You are tagged if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag eleven people.

11 Things about me.

1. Seorang yang gila-gila.
2. Die hard fan of Cadburry Blackforest Chocolate.
3. Novel is my soul *cehhhhh*
4. hantu twitter *hahaha*
5. Tak suka jiwang-jiwang *wekkk*
6. Suka aktiviti lasak. *mcm camping*
7. Suka bercakap *tapi kalau orang tu diam, aku lagi lah diam*
8. Suka kumpul tudung/shawl banyak-banyak.
9. Tengah tunggu result PMR *doakan aku 8A*
10. Suka amek gambar *pantang nampak kamera*
11. new blogger :)


1. Do you love baby? Boy or Girls? Why?
2. What brand of handphone u use now?
3. Favourite quotes ever .
4. Vanilla atau Coklat ?
5. single or taken?
6. things that you must buy when shopping?
7. what is your height and weight?
8. What's your favourite colour ?
9. Lover and friends, who is more important? Why ?
10. Do you like blogging? Why ?
11. Prefer to love or being loved?


The Answers.


1. Both. sebab... dua-dua comel *hee~
2. Sony Ericsson W200i *enset biasa je*
3. Ermm, ape eik. Tomorrow is better than today :D
4. Opkos coklat. 
5. Erk, soklan maut. muehehe, single la yunk :)
6. shawl/tudung *wajib*
7. Erk, perlu jawab ke? hehe, height: 158 cm, weight: 44 Kg *last timbang*
8. purple. *tapi blog pink, aneh*
9. friends, sebab susah senang kita dorang selalu ada :D
10. suka sangat. release my stress n_n
11. dua-dua ada keistimewaannya.


My Question.


1. iPad, iPhone or Blackberry?
2. favorite food?
3. twitter or facebook. which one do you prefer?
4. have been blogging since?
5. makanan kampung or barat?
6. awak rasa awak cantik bila..?
7. memasak atau mengemas, sebab?
8. perkara yang paling dibenci..?
9. present yang paling ohsem awak pernah dapat?
10. Korea fans?
11. suka budak-budak?


Tag time :)


http://www.fanaforever93.blogspot.com/
http://daricerukhati.blogspot.com/
http://nitty-grittyprimafacie.blogspot.com/
http://ehfarahin.blogspot.com/
http://chocolatefeatvanilla.blogspot.com/
http://izzatietahir98.blogspot.com/
http://liana-mystorymylife.blogspot.com/
http://nuriemmafazierastory.blogspot.com/
http://shaazieraa.blogspot.com/
http://ringringo-ring.blogspot.com/
http://shazwanirosmi.blogspot.com/

p/s: yang aku tag ni random tag je. hehe. sorry soalan sengal-sengal belaka.
siyez time ni memang da blur nak tanya apa :D




Monday, 28 November 2011

Me love novel.

Assalamualaikum.

Novel? yess, aku suka baca novel.
tapi aku tau ada jugak certain-certain manusia yang anti pada Novel kan?
biasa lettew. tak semua yang kita suka orang akan suka.

tapi ada juga certain-certain pendapat yang cakap peminat novel ni jiwang. 
No no no. Aku tak pun. And aku TAK suka jiwang-jiwang neh.
Mungkin dulu, tapi sekarang, no way!

Baca novel  ni bagi aku bukan setakat jiwang semata-mata ye kawan.
Dari dudut lain boleh meningkat kan lagi perbendaharaan kata.
cewaahhh, *kemain si sara ni*

lagi satu, baca novel ni boleh bantu kita buat karangan lebih menarik.
Especially untuk calon-calon SPM yang terpaksa mengarang beratus perkataan tu.

kalau kita baca novel and hayati jalan cerita dia,
sama je macam kita tengok drama or filem. siyezz tak tipu!!

Aku biasanya suka beli novel keluaran Alaf21. 

contohnya macam ni.


comel kan cover dia. cerita dia pun ohsem!!

so, motif aku hari ni cuma nak story pasal novel je ke??
yess, sebab ada yang tanya aku..
'sara, best ke baca novel berjela-jela tu, dah lah kosong je?'
dan jawapan aku, 'opkosss!!'

muehehe. so aku rasa kalau korang nak tahu macam mana rasanya best baca novel tu, korang kene la baca sendiri. belum cuba belum tau kan??
tapi kene pandai pilih laa novel yang macam mana.
kalau sebarang je beli, jangan salahkan aku pulak kalau novel tu tak best.

so, enjoy your reading :)

Sunday, 27 November 2011

13 signs you're falling in love.

Assalamualaikum.

Waa rasanya macam rindu gila nak membebel kat blog ni. Cehh, padahal baru sehari tak update --'
Okay okay, aku tak nak membuang masa lagi, so hari ni aku nak bagi satu, eh bukan satu tapi TIGABELAS. muahaha, siap caps lock lagi.

Dah baca post tittle kan?
so maknannya korang dah tau la kan aku nak bagi apa kat korang.
Bagi yang rasa tengah angau bercintun tu baik baca ni :)

baik untuk kesihatan. haha LOL :P


okay dah. tak nak menagrut. korang baca kat bawah tu k?


13. u can't stay MAD at him for more than a minutes.


12. you'll wil read his SMS over n over again.


11. you'll walk really SLOW while u're with him.


10. u'll feel really SHY whenever u're with him.


9. while THINKING about him ,, ur HEART will beat faster n faster.


8. by LISTENING to his voice ,, u'll smile for no reason.


7. while LOOKING at him ,, u can't see the other people around u . u can only see THAT person.


6. u'll start listening to SLOW song.


5. he becomes ALL u THINK about.


4. u'll get HIGH just by HIS smell.


3. u'll R.E.A.L.I.Z.E that u're always SMILING to urself when u think of him.


2. u'll do ANYTHING for him.


1. while READING this ,, there was ONE person on ur MIND the whole time.


so, macam mana? ada tak someone dalam fikiran korang abaca ni?
kalau ada, tahniah-tahniah. tu tandanya korang dah falling in love :)


enjoy your reading.

Saturday, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar umat Islam dah pun menyambut tahun baru dalam Islam. Alhamdulillah.
Berjaya juga kita harungi segala ujian yang diberikan oleh-Nya.

Tahun baru mesti ada azam baru kan. Tapi azam yang lepas dah terbuat belum?
Kalau belum buat,, takpe.. kita cuba buat dalam tahun ni. Jangan cepat berputus asa, sebab Allah tak suka hamba-Nya cepat berputus asa :)

Bercakap pasal azam, azam yang kita buat tu mestilah ikhlas. Jangan semata-mata kerana dunia.
Tapi buat lah kerana Allah. Insyaallah, azam kita tertunai :)
Macam mana nak tau azam yang kita buat tu ikhlas kerana Allah atau pun tak?
Biarlah Allah yang tentukan.
Kita cuma manusia biasa dan belum layak nak tentukan sama ada ikhlas atau pun tidak.
Sebaik-baiknya, sebelum kita berazam tu, niatlah dulu kerana Allah.
Insyaallah, segalanya akan dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa :)

Jadi bersama-sama lah kita menanam azam yang menuju keredhaan-Nya :)
Bukan kerana keduniaan semata.
Sama-samalah juga kita memperbaiki kekhilafan dan kekurangan masing-masing kerana kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa dan terus berusaha untuk mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Salam Maal Hijrah :)


Thursday, 24 November 2011

lelaki macho bila...

Assalamualaikum.

kita (perempuan) selalu cakap, eh dia hensem la, cute laa, macho laa.
haa, selalukan dengar perempuan cakap macam tu bila tengok lelaki hensem.

tapi apa sebenarnya ciri lelaki hensem ni, kene ada duit, kaya, aset berjuta, kereta lamborghini sebijik. itu ke ciri-ciri dia?

oohh noo, bagi aku ada certain-certain time lelaki ni akan jadi macho,
yesss, lelaki macho bila...

*ada lesung pipit*
bagi aku la kan, lesung pipit ni anugerah. sebab tak semua orang ada lesung pipit. betul tak?
tapi ada lah bisikan-bisikan orang jeles ni cakap lesung pipit tu cacat. haish, memandai je =.=

*pandai memujuk*
oh yes. sangat susah ye mencari lelaki yang pandai memujuk. kalau ada pun alahai sikitnya. kadang-kadang tu kalau gf merajuk, 'bialah dia, nanti lama-lama okay la tu'
memang mencabar kesabaran kan.

*dukung anak*
ni bagi yang dah berkahwin la kan. bila aku tengok lelaki dukung anak, alahai suwittnyee.
nak-nak kalau anak dia tu baby lagi, macam umur 1-2 tahun. terserlah naluri kebapaan dia tu. so sweet :)

*teman ibu shopping*
sekarang ni dah jarang kan nak tengok budak-budak lelaki teman ibu diorang beli barang kat supermarket. konon tak macho lah, anak emak lah. tapi bagi aku, tu lah menyerlahkan lagi ke-macho-an diorang. tu menunjukkan keprihatinan diorang kat ibu diorang :)

*pandai kawal marah*
kalau lelaki pandai kawal kemarahan diorang, memang aku respect sangat.
tu menunjukkan yang diorang matang. tak cepat melatah dengan keaadaan sebaliknya cuba untuk selesaikan masalah dengan cara yang lebih baik :)

antara shortlist lelaki-lelaki macho,

*Fahrin Ahmad*

kenapa aku cakap dia macho? entahlah. muahaha.
mungkin sebab aku rasa dia macho *jawapan yg mintak penampor*
one thing for sure, aku suka tengok dia berlakon :)

*Henry Golding*

kenapa dia macho? sebab aku suka style dia cakap. selamba je. no kalis-kalis.
thats the real macho.

*Muslim Ahmad*

dia macho bagi aku sebab, aku tengok dia main bola relax je. tak main kasar. bukan la bermakna yang lain tu main kasar. it's just my opinion. dia pun tak control macho, even though dia tau dia macho. *eh ye ke*

p/s:  sume yang kat atas tu pendapat peribadi aku je :)
lain orang, lain citarasa kan ?

so, enjoy your reading :)

Wednesday, 23 November 2011

oh hidungku, sobsob :'(

Assalamualaikum.

sudah baca tajuk di atas? bagus! sekarang korang akan tau apa yang aku nak coretkan hari ni.
yeaahhh, it's about my cute nose yang diserang satu kuman iaitu kuman gatal!!!

Siyez, hidung aku ni da mcam hidung patung McD tu!!
haa gelak la, gelak sampai tergolek..
huwaaaa, aku nak menangis ni tau :'(
sebab hidung ni jugak laa aku ditinggalkan keseorangan di teratak indah ni --'
tak dapat lah aku nak bersuka-suki dengan family.

yelah, tak kan nak suruh aku keluar rumah dengan hidung yang ala-ala badut baru lahir nih!
jatuh bursa saham aku nanti. muahaha!

mintak-mintak laa bukan resdung. 
tapi aku ni memang jenis yang alergik gila nak mati dekat habuk.
so, habuk pehlissshhh stay away from me!!


muka stress!!

okay da tak tau nak bebel apa.

p/s: kegatalan hidung ni membuat kan sel-sel neuron dalam paleotak aku bergerak selaju 0.01 kbps. sangat slow kan? jadi sebab tu lah aku tak dapat nak curahkan idea yang lebih kreatif lagi bermotif. maaf atas segala kesulitan --'

Tuesday, 22 November 2011

10 sebab lelaki tak suka shopping.

Assalamualaikum.

perempuan dengan shopping memang tak dapat nak dipisahkan, betul tak?
sape cakap tak betul tu meh aku cepuk sikit.
sebabnya aku tak pernah lagi jumpa perempuan yang tak suka shopping.
even aku yang jarang shopping ni pun kalau sekali dapat shopping, memang satu kedai aku nak borong *kalau boleh*

tapi mcam mana pulak dengan lelaki?
lelaki memang tak berapa nak gemar dengan aktiviti shopping menyopping ni kan.
nak tau tak sebab apa?

*mengambil masa*
kalau macam tu adakah lelaki ni dikira sebagai insan yang menghargai masa?
mungkin...

*terpaksa mengacu atau mencuba*
part ni yang diorang malas tahap kritikal.
betul tak wahai sang lelaki??

*pilihan gaya terhad*
sebab tu korang nampak kadang-2 lelaki ni pkai pesen sama je.

*pilihan warna terhad* 
balik-balik warna sama je --'

*bila dah cuba, tak banyak yang sesuai*
ni lagi satu masalah, yang membuatkan lelaki tak suka shopping.

*tak banyak saiz*
tak tau lah kenapa. maybe sebab most of them saiz lebih kurang je kot.

*kurang layanan*
ni yang aku nampak la, bila lelaki sibuk-sibuk nak beli baju mesti salesgirl tu buat dang je.
tapi cuba yang datang nak beli baju tu Henry Golding, bedezzuppp diorang datang --'

*mahal*
alasan yang agak skema. tapi cuba kalau beli CD game ps 2 sedozen atau modify kereta sampai beribu-ribu. murah sangat ke tu --'

*jurujual memaksa*
lelaki memang tak suka dipaksa.

*menunggu*
antara yang buat diorang fed up. 

so, betul tak sebab-sebab yang aku bagi kat ats tu lelaki-lelaki sekalian :)

tapi bila lelaki dah shopping, hambek kau..


terkejut badak dibuatnya. muahaha.

so, enjoy your reading :)

Monday, 21 November 2011

Harimau Muda: We did it!!!

Assalamualaikum.

aku rasa satu Malaysia dah tau kan pasal kejayaan Skuad Harimau Muda menentang Indonesia untuk Sukan Sea 2011 ni. So, tahniah segunung-gunung tahniah aku ucapkan kat hero-hero Malaya ni. 


Mesti bangga giler Ong Kim Swee tu sebab dapat pertahankan kejuaraan 2 kali berturut-turut, yelah first masa lawan kat Laos 2 tahun lepas pun Malaysia menang jugak kan. kalau korang nak tau, sejak tu jugak la aku jadi haruk giler dengan bola ni.

tapi siyes la, memang nak tercabut jantung aku masa tengok bola malam tadi.
sikit-sikit menjerit. nasib baik tak hilang suara aku yang merdu ni *dia dah start masuk bakul angkat sendiri*. bukan aku jer, mak aku pun sama weh. tapi tak boleh kalah kan adik-adik aku punya suara la kan. boleh pekak dibuat nya telinga aku ni --'
bapak aku cool je.

paling excited masa tengok penalti tuh. aku tengok sambil tutup mata *mcm mana tuh*
hebat tak? haha, kau hado? nak-nak masa Badrol nak sepak tu, berpeluh siaa aku.
kalah peluh diorang, muahaha :P

tapi tapi, Alhamdulillah. Berjaya jugak hero-hero aku ni *tettt* eh salah pulak, hero-hero Malaysia ni (hehe) merembat piala sukan sea tu.


so, tahniah bebanyak la yerrr abang-abang sekalian.
flying kiss buat kalian. muehehehe *blushing*



eh apsal tetibe gambar Muslim pulak neh --'
hahahaha. biolahh :P

p/s: ingat nak letak gambar Sharbinee tadi, tapi dia tak main pulak. hehe.

so, enjoy your reading :)

Sunday, 20 November 2011

bila kawan makan kawan, apa korang buat????

Assalamualaikum.

korang mesti pernah dengar kan istilah kawan makan kawan.
mestilah pernah kan. korang pernah kene tak?
tak kisah lah sama ada korang makan kawan atau kawan makan korang, lebih kurang je laa tuu.

so, aku nak tanya, apa reaksi korang kalau dimakan/dibaham/ditelan oleh kawan korang.
marah ke? sedih ke? kecewa sampai nak bunuh diri ke?
macam-macam kan korang rasa.

kat sini aku ada beberapa cadangan yang boleh korang praktikkan bila kawan korang makan korang *betray la maknanya tu*

1. pergi serang rumah dia.

2. hantar segala jin untuk huru-harakan hidup dia.

3. panggil geng-geng pergi tibai dia.

4. hack pesbuk dia.

5. pergi cakap baik-2 dengan dia. dengan kata lain slow talk.

6. mangadu dekat mak dia.

7. mintak mak/bapak korang tukar kan skolah korang sebab tak tahan tengok muka dia *bagi yang masih bersekolah*

8. hasut kawan lain supaya jangan kawan dengan dia.

10. buat tak tau je. anggap tu semua dugaan dari Tuhan. dengan kata lain korang redha je, tak payah kawan dengan orang macam tu.

macam mana? korang rasa boleh pakai tak cadangan aku ni?
well, it is only a suggestion. terpulang pada korang. lagipun aku tak bertanggungjawab kalau ada apa-2 terjadi. hahaha.

kalau aku pulak,
aku rasa macam nak tembak je diorang pakai senapang Sniper Rifle M21 macam dalam Game PS2 tu yang Black Hawk Down tu *pengaruh ps 2 adik aku la ni*
muahahaha.*kejam sungguh.*
takde lah. kalau aku mungkin aku akan praktikkan yang no. 10 tu.
mungkin lah kan.

*jgn tanya kenapa muka aku byk bekas jerawat, tau lah aku tak secantik Nora Elena. (tetibe)*

apa-apa pun, korang jangan cepat give-up kalau kena betray, what goes around comes around. hari ni hari kita, esok lusa mungkin hari dia pulak.
so, jadi lah macam aku ni *mulalah nak masuk bakul angkat sendiri*
sentiasa happy walau masalah menimbun. tengok gambar aku kat atas tu. senyum je kan
walaupun tengah ada seribu satu masalah :)

p/S: segala tips/cadangan di atas hanyalah rekaan semata. tiada kene mengena antara yang hidup atau yang sudah tiada.

so, enjoy your reading :)