Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar umat Islam dah pun menyambut tahun baru dalam Islam. Alhamdulillah.
Berjaya juga kita harungi segala ujian yang diberikan oleh-Nya.

Tahun baru mesti ada azam baru kan. Tapi azam yang lepas dah terbuat belum?
Kalau belum buat,, takpe.. kita cuba buat dalam tahun ni. Jangan cepat berputus asa, sebab Allah tak suka hamba-Nya cepat berputus asa :)

Bercakap pasal azam, azam yang kita buat tu mestilah ikhlas. Jangan semata-mata kerana dunia.
Tapi buat lah kerana Allah. Insyaallah, azam kita tertunai :)
Macam mana nak tau azam yang kita buat tu ikhlas kerana Allah atau pun tak?
Biarlah Allah yang tentukan.
Kita cuma manusia biasa dan belum layak nak tentukan sama ada ikhlas atau pun tidak.
Sebaik-baiknya, sebelum kita berazam tu, niatlah dulu kerana Allah.
Insyaallah, segalanya akan dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa :)

Jadi bersama-sama lah kita menanam azam yang menuju keredhaan-Nya :)
Bukan kerana keduniaan semata.
Sama-samalah juga kita memperbaiki kekhilafan dan kekurangan masing-masing kerana kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa dan terus berusaha untuk mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Salam Maal Hijrah :)


2 comments: