Monday, 19 December 2011

Memori Sirap Bandung II

_____________________________

Adam dan Anis lulus dengan cemerlang dalam SPM. Anis melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam bidang Pengurusan Bisnes. Manakala Adam pula melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia. Maklumlah anak orang kaya, mestilah nak luar negara je kan.

5 tahun berlalu. Anis berjaya menamatkan pelajarannya dan mendapat tawaran bekerja sebagai seorang Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat pembinaan ternama di Kuala Lumpur.

Anis: mak, angah da dapat kerja kat KL tu.
Mak Anis: bagusla kalau mcm tu, bila mulanya.
Anis: lusa, esok dah kene bertolak ke KL la. Angah tinggal dekat rumah along dulu buat sementara.
Mak Anis: keje lek lok ye ngah, jaga diri, jaga maruah keluarga. kamu tu kat tempat orang.

Begitu lah nasihat seorang ibu kepada anaknya. Yelah, ibu mana yang tak sayangkan anak.
____________________________

Adam juga telah berjaya seperti Anis. Mama dan Papa Adam antara orang yang paling bahagia apabila melihat anak mereka berjaya. Maklumlah, siapa sangka, Adam yang keras kepala, degil macam tu boleh berjaya dalam pelajaran. Walaupun sebenarnya, Adam tak perlu belajar segigih tu, dia boleh mendapat pekerjaan dengan mudah kerana bapanya mempunyai sebuah empayar perniagaan yang tidak asing di Malaysia.
__________________________

Hari pertama bekerja, Anis telah diuji dengan ujian yang sangat tak disangka...
Tak disangka kerana bos nya merupakan Adam Alfian yang sangat dibenci ketika zaman persekolahan dulu.

*didepan pejabat Adam*

Anis: *ketuk pintu*
Adam: Masuk.
Anis: Encik, saya nak serahkan fail yang encik mintak pagi tadi. *masa ni Anis belum tau Adam bos dia*
Adam: *sambil mendongak* letak je lah atas meja tu.

Adam kaget. "minah ni". Anis terkedu. "mamat poyo ni bos aku".
Masing-masing buat muka relaks. Konon chill lah tu. Padahal dalam hati...

'cantikjugak dia ni sekarang, mata dia. alahai sejuk je mata memandang'. Kata hati Adam.
'pergh hensem siaa dia. kenapa hati aku semacam ni'. monolog Anis.

Adam: *berdehem* bila mula kerja?
Anis: semalam.
Adam: oh okay. awak boleh sambung kerja.

Semenjak pertemuan mereka, Adam sering tak keruan melihat Anis. Hatinya seolah-olah menyatakan bahawa ada satu perasaan aneh untuk Anis. Tambahan pula, apabila melihat Anis agak rapat dengan rakan sekerja mereka, Johar.

Adam: har, aku nak tanya sikit boleh?
Johar: tanya la. haii, sejak bila pulak kau pandai nak mintak izin ni.
Adam: hmmm, kau dengan Anis tu.............................
Johar: haa, kenapa dengan Anis?
Adam: err, takde apa lah.

Begitu lah Adam. Kekal dengan egonya yang menggunung tu. Walaupun dia menyedari hatinya mula berbunga sejak kemunculan semula Anis.

Satu hari, Adam terserempak dengan Anis dan Johar di sebuah kedai menjual barang kemas.
Adam terkesima apabila melihat Johar menyarungkan sebentuk cincin ke jari runcing Anis.
'diorang dah nak kahwin ke'. Hati Adam merintih. Tapi....
'ah, aku peduli apa. diorang belum kahwin lagi, aku masih ada peluang'.
Adam nekad ingin berterus-terang dengan Anis.

*dikafeteria pejabat*

Adam tercari-cari kelibat Anis. Tiba-tiba.....
Adam terlanggar seorang gadis. Habis tertumpah air sirap bandung di kemeja Adam.
Dan gadis itu ialah.. 'Anis'. detik hati Adam.
Anis terkocoh-kocoh membersihkan kemeja Adam yang dah bertukar pink tersebut.


Serta-merta peristiwa 6 tahun lalu menjengah ingatan mereka berdua. Peristiwa Anis menyimbah Adam dengan segelas sirap bandung.


Anis: err.. err, so.. sory Encik Adam. tak.. tak sengaja
Adam: *sambil tersenyum lalu memegang tangan Anis* tak pe. Nanti saya bersihkan.
Anis: Saya betul-betul tak sengaja *buat muka serba salah*
Adam: Kalau macam tu, sebagai hukuman awak kena keluar lunch dengan saya, boleh? *angkat angkat kening*


Anis hanya mengangguk. Apa sahaja akan dilakukan, asalkan tidak menimbulkan kemarahan Adam. Semenjak hari tersebut Adam dan Anis semakin akrab. Rupa-rupanya, Johar akan melansungkan perkahwinan dengan adik perempuan Anis. Anis menjadi hanya menjadi pengganti untuk mencuba cincin tersebut kerana ukuran jari Anis lebih kurang dengan adiknya.


Adam nekad untuk menjadikan Anis sebagai suri hidupnya.

*satu petang di Danga City Mall*

Anis: opss, sory, sory. tak sengaja. eh, Scha?ya Allah..
Scha: Anisss *terus memeluk Anis* rindunya dekat kau.
Anis: kau tu yang menghilang. aku call tak jawab. eh, aku dah nak kahwin tau *kelip kelip mata*
Scah: whattt?? dengan sape?
Anis: *hulur kad jemputan* kau tengok lah sendiri.
Scha: Mohd Adam Alfian. Adam yang......??
Anis: yupppp..
Scha: wow!! tak sangka. dulu bukan main bencilagi kau dekat dia.
Anis: nak buat macam mana, dah jodoh.
______________________________________

*setahun kemudian*

Adam tengendap-ngendap masuk ke dapur, niat di hati ingin mengejutkan isterinya.

Anis: tak payah lah bang nak main terkejut kan Anis.
Adam: macam mana sayang tau ni. potong betul la.
Anis: abang terkejut kan Anis, jangan marah kalau Anis terkejut lepas tu tersimbah abang dengan air sirap bandung ni.
Adam: *ketawa berdekak-dekak* abang tak kisah, yang simbah pun isteri abang. bukannya orang lain.
________________________________

Begitu lah kisah Adam dan Anis. Bagi Adam, memori disimbah sirap bandung oleh Anis akan terakam kemas dalam ingatannya. Ye, Memori Sirap Bandung :')

SEKIAN :)
 p/s: cerita saya mungkin tak sehebat novelis lain atau mungkin tak sehebat awak :')ye, saya tak sehebat mana. cerita ni pun hanya sekadar suka-suka. untuk mengisi masa lapang.

2 comments:

  1. yeah ! da bace .
    best2 ! hehe :D
    p low panjangkan lagi , ag best .
    huhu

    ReplyDelete
  2. thnks dear :D
    hajat tu memang nak buat pjg2, tapi idea tanak kuar ah :D

    ReplyDelete