Monday, 17 December 2012

Dunia akhir zaman.

Assalamualaikum.

sedang dahku menikmati hari hari terindah dalam masa cuti dahku yang sangat berharga ni, tiba tiba mata ni menjeling jeling manja dekat surat khabar Metro. pagi pagi yang harmoni memang wajiblah kan belek belek surat khabar sambil tengok any news yang menggembirakan or men-sadis-kan. tapi kalau aku sebut Metro confirm lah kan ada bisikan nakal , "eleh Metro, bukan betul sangat pun". ye ye. aku tahu bila palehotak korang dah setkan macam tu, nak buat macam mana kan. tapi since paper Metro je yang ada dekat rumah ni, aku baca je lah. tak kan nak suruh adik aku menapak pergi kedai semata mata nak suruh beli paper lain kan? kang tak pasal pasal machine gun dia keluar.




Alang alang dah jeling jelling manja tu tak sah lah kan kalau tak baca. Dengan rakusnya aku pun ambik surat khabar yang tak menarik perhatian sesiapa tu then sit like a boss sampai kalau adik aku tengok pun macam eww-bajet-gila-akak-aku-ni. Tengok muka depan je macam dah terjojol biji mata. Well, actually takde lah macam nak terjojol sangat kan, cuma macam waddehell-tajuk-dia. “Zuriat Maya”

First thought aku fikir ni mesti pasal kes anak luar nikah lagi. And yes, it’s totally right. Nowadays, memang dah banyak kes anak luar nikah. Bercinta bagai nak rak sampai tak ingat dunia, percaya sangat cakap lelaki last last ke laut. Bila benda dah jadi baru nak menyesal menangis air mata darah and that time nasi dah bubur. Kesian parents menanggung malu. And semuanya berpunca daripada  Social Network. This kind of people memang bagi aku sorry to say lah kan tak tahu nak manfaatkan teknologi yang ada sebaik mungkin instead of salah gunakan semua teknologi tu. At last, parents yang baca artikel tu akan pandang serong and lost their trust towards their children. This is what we call “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”.

Tapi aku tak salah kan parents, sebab diorang cuma nak yang terbaik untuk anak anak. Sebenarnya tu semua bergantung pada diri kita sendiri. Sejauh mana kita letak harga diri, maruah diri keluarga sekaligus kepercayaan kita terhadap seseorang tu kalau boleh jangan lah tinggi sangat. Especially kalau baru kenal. Trust me girls, lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat TETAPI tak semua lelaki macam tu. Contoh lah kan, kau tengok hari ni lelaki tu in a relationship dengan perempuan lain,  two to three weeks later dia tukar orang lain and in the same time dia nak berkenalan dengan kau. Kau nak terima ke?  Aku rasa kau boleh fikir sendiri mana baik mana buruk.

And one thing paling aku pantang, gambar keluar masuk kelab lepas tu kepit perempuan kiri kanan dengan botol air kencing syaitan dekat tangan tiba tiba IM dekat fb cakap “Hyep awuq, boley kewnal x?,,” waddefish. Aku rasa macam nak baling durian sebakul je dekat orang macam tu. First, sebelum kau nak kenal dengan anak orang better kau belajar menulis and mengeja balik.  Second, pergi tanya ustaz or ustazah whether dalam Islam keluar masuk kelab sambil minum air kencing syaitan tu halal ke haram. What? Kubur lain lain? Mind your own business? Ohh sure. Aku memang tak suka masuk campur hal orang. Tapi kalau kau rasa bila kau mati nanti mayat kau boleh golek golek sendiri masuk liang lahad tanpa orang usung, k fine.

Terang lagi bersuluh (praktis ayat karangan) lelaki macam ni yang korang kata nak sehidup semati sampai sanggup kau gadaikan maruah? Astaghfirullah. Cepat cepat lah bertaubat , ingat Allah banyak banyak. Fikir parents kau yang kerja siang malam nak cari rezeki bagi kau makan pakai apa semua. Tergamak ke nak kecewa kan diorang?  Tak perlu lah nak kejar dunia, kejar boyfriend kau yang belum tentu boleh bagi kau senang macam yang parents kau bagi. Bila dah terlajak sendiri yang susah. Kan? And plus, lelaki yang baik tak kan sentuh perempuan yang bukan mahram. Sebaliknya kalau betul betul lelaki tu nakkan kau dia akan terus jumpa mak ayah kau, masuk meminang dan ambik kau sebagai isteri yang sah. Aku respect lelaki macam tu.

Dunia akhir zaman, anak anak luar nikah makin banyak. Every year statistik anak luar nikah yang didaftarkan  makin meningkat. Tu yang dah didaftarkan. Kalau yang tak daftar tu macam mana? Allahuakbar, hanya Allah je yang tahu. Macam ni lah jadinya bila hidup bertuankan nafsu. Allah, minta minta kita dijauhkan.

Tapi kalau dah terlajak, sekurang kurangnya boleh bertaubat. Sebab Allah Maha Pengampun. Nampak kan? Kita buat dosa banyak mana sekalipun pintu taubat tetap terbuka untuk kita. Subhanallah, betapa  Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Dan selalu ingat bila kita buat sesuatu tu even parents kita tak nampak tapi Allah tu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Dia Nampak semua yang kita buat.

Aku selalu ingat apa yang bapak aku kata, “hidup ni senang je. Kau dengar cakap mak bapak selagi tak perkara tu tak melanggar syariat Islam, ikut perintah Allah, tinggalkan laranganNya. Insha Allah hidup kau senang” Dan Alhamdulillah setakat ni hidup aku senang. Bukan lah nak kata aku ni baik sangat sampai tak buat dosa. Takde manusia yang sempurna melainkan Rasulullah. Tapi kita kena selalu baiki diri sendiri. So, secara tak langsung kita tak hidup bertuankan nafsu. Nauzubillah.

Wallahu’alam.

.::.  lepas ni nak post apa apa dekat blog kena draft dekat word kalau tak aku lupa. -.-"

Tuesday, 11 December 2012

Abam abam Korea ~

Assalamualaikum.

tajuk madah nak suspen je en? ke korang tak suspen langsung? tak? ok foine.

"Apa yang best sangat dengan Korea tu? Boring je aku tengok"
"Hero Korea handsome?! Pehlisshh, abam Shah Rukh Khan aku lagi handsome"
"Mengarut je cerita Korea."

dulu masa aku tak minat Korea, macam tu lah aku cakap. Korea tu lah, Korea ni lah, yadda yadda bla bla bla bosan apa semua. sekali dah ter-minat, hambek kau. makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang. eh? k tipu. kira dulu macam tak minat ah an dengan kpop jadah hape semua tu. than sampai lah satu hari ni...

member member aku dok pakat cerita pasal running man dekat SBS. gua dengan takde astro nya, dengan tak minat cerita Korea nya dah macam tunggul dekat situ. terasa diri ini sangat terasing. ayat nak novel sangat kan. than start tu aku mula jinak jinak dengan Korea ni. gua usha member member gua suruh masukkan cerita running man dalam pendrive. first time tengok macam "hek eleh, takde lah best mana. cuma ada certain certain part je lah yang lawak"

sampai lah aku tengok running man yang ada tetamu jemputan dia Siwon!!!! Wahhhhh, dengar je nama Siwon aku terus minta tolong member aku masukkan dalam pendrive. *paksa sebenarnya. thanks wani :*. then lepas lepas lepas tu aku suruh member aku masukkan semua episod yang diorang ada. gila tamak kan? lepas tu tersadai dalam laptop aku sampai sekarang tak tengok lagi. dok rewind episod yang ada Siwon dengan Min Ho patratusbelasribu kali. sampai aku dah boleh hafal apa yang diorang nak cakap. gituuu katengkoo. 

kalau drama Korea memang banyak dah aku tengok. tapi takde ah layan gila gila. Biasa biasa je even sebelum ni aku tak minat Korea pun aku layan juga. better dari drama indon yang mati hidup balik lepas tu mati tak hidup hidup tu. sampai sanggup buka youtube gigih mengharungi onak dan duri kelembapan internet ni semata mata nak tengok cerita To The Beautiful You. linda dengan naz punya pasal ah ni. serious best cerita tu. Sulli dengan MinHo comel gila kot :3



bila dah minat Korea mulalah cari abam abam Korea yang super cute. gituu. geli aku baca. haha tapi aku cuma minat Super Junior JE. serious. kalau ada pun yang lain aku just minat lagu je. ekceli, dari zaman tok kadok lagu sorry sorry tu fofular lagi aku dah minat dah. tapi minat lagu je lah. tu je lah lagu diorang yang aku tahu dulu. yang aku tahu, lagu sorry sorry super junior nyanyi. tapi sekarang dah upgrade sikit dah. members dia dah kenal dah. dah crush dah pun dekat kyuhyun, donghae, yesung especially dekat Siwon dengan lesung pipit dia yang dalam kemain tu. nampak macam haruk gila kan? 

bila tengok diorang perform, mak aih boleh pekak campur tuli orang dekat situ dengan fangirls yang macam kena histeria tu. jerit kalau boleh nak bagi anak tekak terloncat joget joget keluar je aku tengok. aku yang naik bulu tengkuk. kalau ada yang mati sebab tercekik anak tekak sendiri aku tak terkejut dah. 



contohnya macam yang ni. masa red carpet mnet asia music award 2011 dekat singapore. *hamek kau, siap full name lagi. sepanjang panjang diorang cakap, fangirls yang ada dekat situ menjerit macam kena sampuk pontianak harum sundal malam je. memang ah, siapa tak eksaited an dapat tengok artis yang diorang minat. tapi agak agak ah -.- then masa diorang jalan dekat red carpet tu, yang salam salam bagai tu, kau tau apa aku fikir? aku terfikir, "kalaulah fangirls yang macam kena histeria tu tarik kau, tertonggeng dekat situ buat naya je. keluar dari fangirls yang kerumun tu terus dah tak rupa orang dah". hah, dasyat tak dasyat aku fikir. aku kalau diberi peluang jumpa Super Junior aku tak nak jumpa ramai ramai. biar aku sorang je jumpa diorang lepas tu diorang perform depan aku sorang je. berangan sangat kan? eh biarlah. daripada eardrum aku meletup sebab bunyi dah melebihi decibel yang sepatutnya. tak gitu? mencegah lebih baik dari mengubati. a'ah, mimpi cinderella sangat kau sarah :3

tapi aku ni takde lah sampai macam kipas-susah-mati-kena-baling-pun-hidup-lagi Kpop ni. setakat minat gitu gitu je. gitu sangat ke sampai semua video Super Junior kau nak download? eh ok apa aku download video super junior. daripada aku download video yang enggak enggak tu? siapa nak jawab. dan sekurang kurang nya aku still aku mengaku yang aku ni rakyat Malaysia. Yeay, I'm proud to be Malaysian! *tetibe.

p/s: bila aku tengok muka siwon, aku teringat muka abang yang kerja dekat a-mart tu -..-

 

Saturday, 8 December 2012

Why always me?

Assalamualaikum.

Nawaitu nak post benda lain. tapi jari tertaip benda lain. so salahkan jari ni. jangan salahkan aku. hari tu dok kecoh pasal israel bom gaza. kan kan? awat hang ni sarah , tiba tiba kaitkan israel, gaza bagai ni. saja nak relate kan semua ni dengan "why always me". tadi aku pergi satu event yang mana takde lah penting pun pada engkorang tapi penting pada aku sebab membabitkan masa depan so nak tak nak kena pergi kalau tak pergi sendiri yang rugi sebab tolak rezeki. k sarah, stop.

kalau dah nama pun event, sewajarnya lah kan ada mukadimah ucapan, tazkirah, kata kata aluan dan yang sewaktu dengannya lah kan? tapi aku tak nak story pun pasal event tu. aku nak ambik sikit petikan (bahasa melayu sangat, kau hade?) yang ada masa ucapan one of the tetamu kehormat. 

"Kenapa Allah tak bantu Palestin masa diorang kena serang dengan Isarel?"
"Tak kisahlah negara mana pun yang bantu mereka, macam mana kita usaha sekalipun untuk bantu mereka, kalau mereka tak bantu diri sendiri, mereka tak kan dapat kalahkan Israel. "
"Sebab apa Allah tak bantu mereka? Sebab Allah tak bantu orang Islam, tapi Allah bantu orang yang beriman"
kata kata yang menyentap sanubari jiwa raga dalaman aku. daripada syok syok scroll TL, terus aku tersentap. kak kiah kak senah yang tengah usha baju bling bling VVIP terus tersenyap. masing masing fokus. terus selow melow aku simpan phone dalam handbag, aku terfikir kejap apa yang uncle tu kata tadi. *tak ingat nama* *sukahati je aku panggil uncle*

so, bila aku fikir fikir balik, betul lah apa yang uncle tu cakap. kadang kadang, bila ditimpa masalah, kita selalu persoalkan, "kenapa mesti aku?". atau nak omputeh sangatkan, hamek lah kau, "why always me?" jawapannya ada pada kita sendiri. kenapa Allah uji kita?



#1. sebab Allah rindu dengan hambaNya. ni yang selalu best friend aku cakap kalau aku sedih, nangis, frust etc. selalu dia cakap macam tu. and aku tak jemu dengar. kalau orang lain mesti dah rasa macam nak hempuk je lelaju sebab asyik cakap benda yang sama sampai boring dah dengar. tapi bagi aku, maksud dia mendalam sangat. masa tu baru aku sedar, aku banyak lalai. 

#2. upgrade iman. sebab apa? sebab iman kita ni bak kata orang alim senipis kulit bawang. nampak kann kenipisan tahap icu dia tu. memang betul, iman tak diwarisi. even daripada moyang kau sekalipun. sebab tu kena selalu upgrade iman. memang lah kita tak tahu iman kita dah upgrade ke belum sebab kita tak nampak. bukan macam battery bar galaxy note II engkorang tu. tapi bila kita buat kerana, Insha Allah kita dapat rasa ke-upgrade-an iman kita. (bahasa ke laut)

#3. sucikan hati, bersihkan jiwa. bila kita diuji, secara tak langsung kita ingat Allah. dan secara langsungnya kita akan dekatkan diri dengan Allah. dan secara live (live dengan langsung bukan sama ke?) juga kita akan berdoa minta Allah permudahkan segala galanya untuk kita. Insha Allah hati kita akan tenang. lepas doa, baca Al-Quran, buat solat sunat dua rakaat, Insha Allah bertambah tambah tenang hati tu. ni tak, asal stress, asal ada masalah pergi buka cerita "Dalam hati ada taman" , kau ingat boleh tumbuh taman dalam hati kau?

tu antara sebab (bagi aku lah) Allah uji kita. seboleh bolehnya jangan persoalkan apa yang Allah dah rancang untuk kita. sebab Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. apa yang kita sebagai hambaNya kena buat cuma redha dan ikhlas. syukur dengan apa yang Allah berikan. kadang kadang kita minta tolong orang lain selesaikan masalah kita, tapi masalah tu tak nak selesai juga. sebab apa? sebab Allah nak kita fikir sendiri. sama sama lah kita perbaiki diri, tanya hati apa yang kita dah buat sampai masalah selalu datang dekat kita. bukan cari salah orang lain, bukan salahkan takdir. tapi muhasabah diri dan betul salah silap kita. takde manusia yang maksum melainkan Rasulullah S.A.W.

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" [surah Ibrahim: ayat 34]
wallahu'alam. 
love, sarah ali   

Wednesday, 5 December 2012

Babysitter.

Assalamualaikum.

cuti yang tak berapa nak bosan ni kalau boleh aku nak isikan dengan perkara yang berfaedah macam online facebook, twitter, update, facebook, twitter, blogging, twitter, facebook dan blogging dan yang seangkatan dengannya. aku rasa facebook, twiiter tu semua dah naik jemu tengok muka aku, kalau boleh muntah depa tu, dah muntah dah agaknya. tapi apa boleh buat. dari aku dok terbongkang sambil ternak lemak, better aku exercise mata kan? 

okay, jauh aku melalut. pagi hari tu (hari yang tepat ialah beberapa minggu sebelumnya pada hari jumaat) mak ummi datang rumah pagi pagi buta dalam pukul 6.45 pagi gitu (main agak je sebab time tu mak ummi nak pergi kerja). consider as pagi tak berapa nak buta lah tu kan sebab aku pun belum bangun lagi. biasanya time cuti panjang macam ni lepas Subuh memang aku sambung beradu. pelik bercampur aneh bila tiba tiba mak ummi datang. dengar sayup sayup je orang beri salam, tapi aku buat dekk je sambil pujuk mata ni suruh tutup. so, bonda tercinta lah yang buka pintu. senonoh sangatkan perangai?

bila dah syok sambung beradu tiba tiba aku rasa macam something bergegar. earthquake ke? haish, tersentap aku. elok elok tengah dating dengan izzue islam sambil makan gula kapas terus aku tersedar rupanya aku tengah dating dengan bantal peluk. astaghfirullah hal adzim. mak kejut aku, katanya Muiz datang. tu rupanya motif mak ummi datang, hantar Muiz. ni mesti kes budak ni tak nak pergi rumah pengasuh dia. sibuk nak pergi rumah abang (adik aku). so secara tak rasminya aku lah jadi babysitter dia hari tu. memandangkan mak aku pun sibuk and dia manja dengan aku.

bila dengar je Muiz datang rumah, sepantas kilat aku bangun pergi ruang tamu terus cium dia. dengan tak basuh mukanya, dia pun tersengih sengih bila kena cium. konon tayang muka comel lah tu. then aku tanya dia,

Kenapa Muiz datang sini?
Nak rumah abang *sambil cebikkan bibir buat muka sedih*

masa tu aku rasa macam nak amek tali rapia ikat bibir dia. main cebik cebik pulak. kau ingat dah comel lah buat muka sedih tu. tapi memang comel pun. hewhew. demi Muiz, aku sanggup korbankan masa berharga aku atas katil. kalau diikutkan nikmat golek golek atas katil sambil layan perasaan tu mengatasi segalanya. tapi aku gigihkan juga buka mata luas luas. nasib baik aku tidur awal -.-

ingat senang jadi babysitter ni? senang tak senanglah. jaga budak umur 2 tahun setengah takde lah susah mana. cuma aku tak boleh betul tengok budak budak nangis. nanti aku yang gelabah. nampak tak ciri ciri ibu mithali disitu? hmm. bila nak marah, dia buat muka sedih terus hilang rasa nak marah tu. tambah tambah kalau muiz buat muka comel dia. Allah, tergugat iman aku. 


sehari tak jumpa dia aku rasa sunyi sangat, tapi ni dah berhari hari tak jumpa sebab dia balik kampung T.T

time nak mandikan dia, jenuh aku pujuk. kalau ikutkan suhu kesabaran aku yang dah -0.01 darjah celcius ni memang aku campak je kat dalam besen. mandilah kau dekat situ sorang sorang. lepas tu datang mak dia, aku pulak kena campak dalam gulai kawah. adilkan? tak tak. aku tak sekejam tu. anak orang satu hal. aku tak nak lah kena cop ibu tiri sebelum waktunya. leuls. pujuk punya pujuk, alhamdulillah. lembut hati dia nak mandi. haih, nak mandi pun payah. mak aku mandikan dia tak nak, nak aku jugak. sampai satu part tu, nak salin pampers sebab dia buang air besar, tu pun nak aku juga. tersembur air aku minum. mak aihh, tak pernah seumur hidup aku ganti pampers budak, tapi aku gagahkan juga hati ni. T.T

tertunggu tunggu juga bila budak kecik ni nak tidur. time nak tidurkan dia, dah start meragam dah. "nak mak, nak mak". tersedu sedu dia merengek. aku paling tak sanggup tengok budak kecik menangis, or nak nangis. nanti aku pun boleh terjangkit virus 'nak nangis'. penat aku pujuk dia cakap mak kerja. last last dia tertidur atas bahu aku. sweet kot. masa tu terasa macam seorang ibu. kahkahkah. bapak perasan kau ni. tapi macam satu kejayaan lah kan bila dapat tidurkan budak, dapat jadi babysitter sehari. adalah feeling sikit sikit macam baru lepas menang trofi emas olimpik. aah, hiperbola sangat.

seharian jaga budak comel ni, rasa penat tambah puas sama dengan happy. yelah, aku jenis yang suka budak budak that's why aku suka layan budak budak. tiap kali balik kampung jumpa anak anak sedara aku, memang aku boleh jadi geng bas sekolah diorang lah. sampai mak cik aku siap tanya lagi.. "nak adik lagi ke kak?". aku sengih je lah. yang mak aku buat muka bosan. tapi seriously, aku tak nak adik lagi. yang dua orang ni pun booleh sakit jiwa. ni nak tambah satu lagi. hospital permai lah aku jawabnya.

tapi suka macam mana pun aku dengan budak budak, aku tak nak lah anak sampai boleh buat team bola ~~~~~~

ALLAH, KENAPA COMEL SANGAT NI!!!!!!!

With love, Sarah Ali 

Saturday, 1 December 2012

The moment.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk bulan 12. It's 2nd December already!! cepatnya masa berlalu. terasa baru semalam dahku menjejakkan kaki ke alam tingkatan 4. gituu. so maknanya next year hakoo espiem leww. tak nak spm boleh? nak upsr balik. kalau boleh.

so this year memang tiring years ever lah. engkorang yang nak masuk tingkatan 4 next year jangan anggap form 4 ni honeymoon year. sila nyah kan tanggapan tersebut dari minda ye adik adik. tapi overall this year tetap awesome sebab banyak moment suwitt mweett dengan yang tersayang. hewhew.

antaranya.......................


ni masa buat persembahan sempena......... sempena apa enttah. tak ingat -.- kita orang kena nyanyi lagu you are the music in me. gitaris dijemput khas dari kerajaan 4SN1, nadiana. wuuuu~




this is the most unforgettable moment ever!! trip to Taman Negeri Endau Rompin. pengalaman pertama kena gigit dengan pacat. rasa sendiri cemana feeling dok dalam hutan. kiri kanan pokok sebesar alam. chalet kita orang blackout, cuma bertemankan cahaya lilin. homaii, sumpah tak boleh lupa. rasa macam nak pergi lagi je. lepas ni dah tak takut dah kena gigit pacat. tengok pacat pun wat ilekk je. mende ada hal. aah,riak sangat -.-'

masa holiday dengan family dekat Melaka. Asam pedas Melaka best woo!! haha, makan je aku tau :3




yang ni pulak masa holiday dengan sedara mara pergi Kelantan. family aku tak pergi, aku pergi dengan sepupu belah ayah je. sebenarnya pergi sana hantar rombongan pengantin lelaki. so alang alang dah dekat sana holiday lah sekali. sambil menyelam minum air. gewe kelate hok molek molek semua. lepas ni nak cari orang Kelantan lah. wakaka. tapi yang tak tahan 12 jam dalam keretapi, mau patah pinggang aku -.-"




yang ni masa anugerah cemerlang. jumpa balik kawan kawan yang dah pindah. miss them so much !


kem kepimpinan jawatan tertinggi kokurikulum. kem yang macam !@#$%%^&**(). first ingat, 'alah setakat kem kepimpinan je, bukan lasak pun'. sekali amek kau. aktiviti menguji mental aku. fizikal pun -.- tu kali terakhir aku pergi kem tu. tapi paling penting dekat kem tu jugak aku kenal dia. eh tak tak, aku start suka dekat dia. hehehehehehe. tiap kali dengar lagu chicken dance, confirm ingat dekat dia. teringat masa dia buat chicken dance masa riadah. hahahahaha comel!



masa raya tahun ni. menapak dari satu rumah ke satu rumah. rumah semua jauh jauh. penat tak penat. tengok lah nanti aku dah pandai drive, aku drift pergi rumah sorang sorang. tak payah susah susah menapak lagi.


masa jamuan akhir tahun kelas 4SN1. buat dekat JB Catering. gambar ramai ramai aku takde. tapi rasa macam dah save dalam laptop, tapi kenapa takde. haish -.-





so this is penutup for this year. yeahh, keluar dengan budak budak MK's. sumpah rindu gila dekat diorang. dah lama tak kecoh kecoh gelak gelak dengan diorang. even tak semua dapat join, tapi tetap best. keluar dengan diorang, tak pasal pasal terkeluar suara taylor swift aku. tak pernah seumur hidup aku karaoke. siot tol -.-"


so this apart of the sweet moment. kalau nak listkan, memang banyak. gambar pun tak payah nak cakap lah. beriban dalam laptop ni. kalau masukkan juga kang sampai besok tak habis loading.

next year, kita akan sama sama study hard for SPM. mak oi, meremang bulu roma bila cerita pasal SPM. sama sama kita buktikan dekat SMK Kempas bahawa kelas 4SN1 2012 boleh menggenggam 9A+! Yeah! Insya Allah. Fuhh, semangat. So goodluck kepada semua kawan kawan aku yang jauh dimata dekat dihati. gituu kan. setahun je lagi, after that dah boleh kahwin dah. eh? lol jkjk.


semalam diorang bertiga datang masuk meminang. tapi aku tak tahu nak pilih siapa. hahahahahahahahahahahaha stop dreaming wahai siti sarah! *motip tetibe masuk gambar ni ._.

Wednesday, 7 November 2012

Kenangan.

Assalamualaikum.

rasanya baru semalam saya kenal awak. eh kejap sebenarnya dah lama saya kenal awak. tapi saya baru perasan kewujudan awak. dalam hati saya. baru semalam saya nampak awak flip rambut awak yang macam Jong Kook tu. rambut je lah. lepas ni saya mesti rindu semua tu. rindu nak tengok awak senyum. rindu nak tengok awak flip rambut awak tu. rindu nak tengok awak jalan. ahhh, semuanya rindu lah -.-'



first time saya rasa yang saya dah jatuh hati dekat awak (ayat nak bm sangat) masa pergi kem dekat Savannah Hill awal bulan 3 tu. masa tu baru saya perasan, "eh hensem jugak mamat ni". even kalau dengan kawan kawan awak memang awak lah paling pendiam, kena kacau pun awak gelak je. comel lah awak ni. haha okbai.

eh tak tak. tak nak okbai dulu. tak habis lagi. lepas tu kan kan, saya nampak awak buat chicken dance masa tengah riadah. okay sumpah tu lawak sebenarnya. dari jauh saya dengan kawan saya dah sakit perut gelakkan awak. hahaha. tapi tu luaran je. dalam hati, chicken dance tu yang buat saya tak boleh lupa dekat awak. 

sejak dari hari tu, almost everyday saya cari awak dekat sekolah. bila jumpa awak, saya rasa jantung saya macam tengah race. seriously -.-' sampai saya pernah terkantoi pandang awak senyap senyap dengan member saya. selalu sebenarnya. one thing yang best pasal awak, awak suka senyum. okay itu comel. hihi.

the most unforgettable moment masa cuti semester bulan 6. masa tu awak selalu lepak depan rumah saya yang lama. masa tu saya belum pindah lagi. dan saya selalu tengok awak. eh, skodeng sebenarnya. lol. engkorang jangan fikir lain ea. aku baling dengan lesung batu karang -.- paling tak boleh blah masa saya hampir nak jatuh basikal, awak dengan geng awak gelakkan saya. memang hantu betul. nasib baik aku tak jatuh betul betul :3

since hari tu, awak selalu datang main rounders dekat depan rumah saya. hari hari saya tunggu awak tau. cuti saya rasa terisi bila awak ada. hehehe. tup tup dah naik sekolah. cepat betul masa berlalu.

awak nak tau, bila saya rindu awak, saya dengar lagu chicken dance. lawak kot sebenarnya -.- tak pernah dibuat orang kalau rindu crush dengar lagu tu. well, gua bukan kategori jiwang-ers. eh, ada ke jiwang-ers ? .___.

saya tak boleh lupa masa kita jalan seiring turun tangga masa nak balik. kalau linda tak bagi tahu, maybe saya tak tau awak ada dekat situ. so saya dengan pantasnya lari pergi dekat tangga. dapat tengok awak dari jauh pun dah kira cukup. sekali, jalan seiring beb. rezeki. muehehe.



semua tu kenangan.
 "The longer you hide your feelings for someone, the more you fall for them"
Damn it's so true. Kadang kadang rasa nak menyorok bawah katil lepas tu jerit nama awak. Motip -.-' ye ah. tak kan nak bagitau kat awak yang saya suka crush dekat awak. malu lah bro. gua perempuan -.-' tu juga menjadi salah satu faktor utama saya post entry ni.

dan sekarang, awak tengah berjuang dekat dalam dewan peperiksaan untuk SPM. terkilan sebab tak dapat wish dekat awak. at least kalau dapat wish secretly pun dah bersyukur sangat. tapi nak buat cemana. entah mana awak sembunyikan beg awak pun saya tak tahu. tak dapat lah saya nak bagi 'wish note' tu. tak pe lah. saya doakan awak je lah ye :')

last day sekolah, saya tengok awak dari jauh, dan saya cuma boleh cakap dalam hati......


"Good luck Faizal hope to see you soon. Kalau ada jodoh. Thanks for everything. Even awak tak tahu awak dah buat saya happy, tapi saya tetap appreciate kehadiran awak. Thanks for this 9 month. :')"
love,
saraa  

Thursday, 25 October 2012

SPE-UTM Petrodrive. "Breakthrough To The Excellence"

Assalamualaikum.

setelah sekian lama blog aku menyepi, so hari nak update something yang bermanfaat untuk semua. gituuu kann. selalunya aku mengarut je kalau update. walaupun final exam tak habis lagi, tapi aku tetap gigih nak update. almaklumlah, nanti lupa isi isi penting :3

13 October 2012 merupakan tarikh kejadian. ye ye aku tahu. masa tu tengah mengharungi onak dan duri final exam, tapi aku peduli apa. kahkahkah. sebenarnya benda ni aku tahu sebelum exam lagi. tu yang berkobar kobar nak pergi. konon.

so bila Puan Syazana tanya, siapa cita cita dia memang nak jadi jurutera???? *bunyi cengkerik*. muahaha. mula mula takde feel pun nak pergi bila dengar pasal jurutera. *walaupun minat aku pada dasarnya ialah kejuruteraan*. nak buat acane, gua dah tanam dekat lubuk hati yang paling dalam nak jadi doktor. tak nak lah tukar cita cita di saat genting macam tu. tapi bila cikgu cakap talk pasal Petroleum terus aku rasa macam, "nyesal gua tak angkat tangan tadi".

then a week later cikgu tanya lagi, ada siapa siapa tak yang nak pergi. terus sepantas kuda aku angkat tangan. jawapan yang agak menghampakan bila cikgu cakap, "sara dah keluar dengan saya kan hari tu pergi Persada. bagi lah orang lain pulak". T.T tacink beb bila cikgu cakap macam tu. tapi gua peduli apa. bertambah bersyukur ke hadrat Illahi bila tak ramai yang nak pergi. ada 3 orang je kalau tak salah. dan 3 org tu termasuk aku. so cikgu terpaksa pilih aku. muahahahahaha.

so this is us. :D

sekian lama menunggu, aku ingat benda tu cancel sebab cikgu diam je. rupanya postpone. 




so, here we are. at Universiti Teknologi Malaysia. mula mula pengacara majlis dia speak in english. so aku terpaksa fokus dengar apa dia cakap sebab dia international student. so dia cakap agak laju -.-' 
bila dah boring macam ni lah -.-'

one thing yang menarik minat sesiapa je pasal PE ni atau Petroleum Engineering ialah $$$$$. yes, DUIT. dalam banyak banyak cabang kerjaya sebagai jurutera, petroleum engineer offer gaji paling banyak. just imagine, baru start kerja dalam tangan boleh dapat RM5K. wow ! $.$

tapi kena rajin lah kan. sekarang ni untuk masuk Petroleum Engineering kena ada at least 3.3 pointer kalau tak silap. tapi maybe masa depan maybe nak 4 flat baru dapat masuk. kira dah setaraf dengan medic lah ni. 



so masa dekat sana, kami didedahkan dengan kerja kerja dekat offshore. since we know nothing about it. yelah, aku pun tak tahu apa apa. yang aku tahu kerja dekat platform tu lasak. eh, kira tahu lah jugak tu -.-' nak pergi pun, kena kuat semangat. yelah, mana tahu kot kot kau gayat ke masa naik helikopter tu, terus terjun dalam laut. tak ke haru tu -.-' tapi sebelum pergi offshore pun kena jalani macam macam ujian keselamatan.

one of the test, buat kuak lentang dalam kolam. tapi ramai ramai. alah korang buat bulatan, lepas terapungkan diri sambil tangan tu pegang tangan member. eh tu kuak lentang ke? apa apa je lah. janji dia terlentang. first time aku buat ujian tu masa pergi Endau Rompin. sebelum nak berkayak tu kena buat test tu dulu. takut jatuh dlm sungai nanti takde lah cuak sangat sebab tujuan dia nak bagi balance kan diri masa dalam air. tapi bila aku buat macam tu rasa nak hanyut je. rasa nak tenggelam pun ada. entah berapa gelen air sungai aku tertelan. padahal pakai jaket keselamatan tu -.-'

tu one of the test lah sebelum pergi offshore tu. selain tu latihan kalau helikopter terbalik, macam mana nak selamatkan diri. yang tu aku tak pernah buat lagi sebab belum ada orang nak sponsor aku naik helikopter. tunggulah kalau aku ada jodoh dengan anak sultan Johor, nanti aku mintak helikopter sebiji. 

masa dekat sana kami kena bahagikan dengan beberapa group. aku tak sama group dengan ifa dengan wani. so kena pandai lah bawa diri. so far alhamdulliah group aku best. takde lah konflik ke drama ke. semua cooperate. fasi pun best. paling mencabar, bila kitorang kena buat model platform yang dekat tengah laut tu. agak mencabar sebab first, aku tak kreatif. second, gua tak tahu satu apa pun pasal platform tu -.-'


platform group aku yang macam Eiffel Tower tu. yang siap ada bendera duit RM1 tu senior aku punya group. dalam gambar tu diorang tengah test 'kecekalan' platform tu. agak agak kalau tsunami roboh tak. aah. hiperbola betul. 2 botol air mineral yang penuh dan sebiji batu yang gedabak tu letak dekat atas paltform. jahanam drill rig tu. tahu lah pakai straw je -.- masa nak present depan akak akak dengan abang abang tu tak macam menggeletar pulak an. selalunya bab bab present ni aku lah paling eksaited dalam kelas. tapi bila part ni, tiba tiba aku rasa macam ada berlian pulak dalam mulut -__-

even group kitorang tak menang, tapi at least dapat ilmu yang berguna kan. daripada aku tak tahu langsung apa apa pasal petroleum dan kerja kerja dekat offshore tu, bila balik dah boleh dah cerita pasal mende alah tu semua dekat kawan kawan adik kakak abang cikgu ibu ayah. at least sebagai budak sekolah yang tak pernah belajar pasal Petroleum Engineering.

so overall program tu best. kalau next year ada lagi confirm aku orang pertama jumpa cikgu cakap aku nak pergi. hehehe. tapi........................................... tu tak bermakna aku nak beralih arah kepada kerjaya jurutera. aku dah bulat bulatkan hati aku nak bergelar doktor satu hari nanti. ewaahhhh xD



tapi banyak banyak gambar aku yang amek, gambar group aku jugak yang aku lupa. maklumlah, semuanya pemalu. kahkahkah. tettttttttttttttt :p

sekian, terima kasih sudi baca :)

Wednesday, 3 October 2012

Happy birthday to youuuuuu ~

Assalamualaikum.

ehem ehem, pertama tama sekali hakoo nak mintak maap dengan diri sendiri sebab dah 'ter-update' blog even final exam belum habis. eleh, chill ah esok english je kot. jakgi dapat result hambik kau -.-' okay okay. takmo cerita pasal final. nak cerita pasal birthday someone. *ehem ehem* 

Dear Sunshine,
happy birthday to you, you born in the zoo, your face like kangaroo. happy birthday to you ~~ wuuuuuuu *clap clap* *sure aku kena bang kalau nyanyi cenggini depan dia*

anyway, happy birthday lah weh. saya nak wish depan depan tak berani. nampak awak lalu sebelah, rasa macam tersekat dekat anak tekak je. konon ah kan, dah pasang nawaitu awal awal,

"jakgi dia lalu sebelah nak wish ah *muka exited.jpg*"......................................

tapi angan angan hanya sekadar angan angan *insert sad tone*. gua tak seberani yang engkorang sangka ah. bila dia lalu sebelah je, ketaq lutut ceq hang tau dok -.-

okay now ucapan rasmi dari saya, *ehem ehem*.



Selamat hari lahir yang ke-17. mudah mudahan awak makin cerah, eh salah. mudah mudahan masa depan awak cerah, dapat keputusan yang cemerlang dalam espiem, and dapat jodoh sebaik saya. dalam erti kata lain, ada jodoh dengan saya. eh? hmm apa lagi ek nak bebel. alah senang cerita, mudah mudahan hidup awak senang dunia dan akhirat. aminnn :*


gambar first tu konon macam malu malu kucing parsi gitu ah. ni baru true colour. lelws.

yang crush dekat awak,
Saraa Ali 

Sunday, 30 September 2012

She is amazing!!

Assalamualaikum.

such a long long time I haven't update this blog. quite busy laa. okay jawapan yang sangat qlisye (don't know how to spell) first thing first bila buka je dashboard blog, I was like "arghhhh new interface" *meroyan kejap*. confirm kena study balik benda alah blog ni balik. 

back to the post tittle, "She is amazing". Who is she? definitely not me. hahaha, okay tak lawak. she is......... jeng jeng jeng, Dr. Halina Mohd Yunos. Did she amazing? yes she did! suka suka suka sukaaaaaa sangat tengok dia. natural beauty. and carrier dia sebagai pakar anestesia. and I definitely wanna be like her. Seorang pakar anestesia yang berjaya. Dr. Sarah Ali *angkat angkat kening*.  plus aku suka baca blog dia, Dr. Halina


she is so damn pretty :* 

comel je bila dia cerita pasal anak dia. sambil sambil tu boleh lah feeling jadi bakal ibu sekejap. muehehe. gatal much. sebenarnya aku ni bukanlah dikira sebagai kipas susah mati dia, tapi carrier dia sebagai pakar anestesia yang buat aku lebih exited nak tahu pasal background dia. well, I'm a anaesthetist-to-be. Insyaallah.

nak jadi doktor bukan senang woo, ijazah doktor perubatan je dah lima tahun. plus, empat tahun untuk master. tu kalau nak jadi doktor pakar lah. bila ditolak tambah darab bahagi, almost ten years jugaklah study. haih, bila aku nak kahwin kalau macam tu. hahahahahahha. okay serious. nak seribu daya, tak nak seribu dalih. masa tengah study pun boleh kahwin what. lol, again. stop about kahwin please. -.-

anyway, apa pun yang kita nak, kena disertakan dengan doa, usaha, ikhtiar dan akhir sekali tawakal (DUIT). nak jadi doktor, lawyer, even nak jadi cikgu pun kena disertai dengan D.U.I.T.

and for the next two to three weeks is my final exam week. damn great. I know should turn myself into a nerd, but then I keep playing around with facebook-ing, tweet-ing (and bloging also) instead of studying. haih, macam mana lah nak berjaya macam ni. i've tried my best to make sure the laptop stay far far away from me. tapi tak boleh juga. haih, what to do. not my fault okay. *muka tak bersalah*

so from now on, lepas je update post ni, I'll turned myself into a nerd for my future sake. (lol, ayat tak boleh blah). eh, serious ah. tengah bersemangat ni. so anyone yang terbaca post aku yang ni, pray for my best during my final exam. can ah can ah? :D mudah mudahan semuanya berjalan lancar. amin ya rabbal alamin.

lots of love,
Saraa Ali 

Friday, 14 September 2012

Sepanjang hidupku ~

Assalamualaikum.



bermodalkan tittle yang jiwang habis tu, aku nak story sikit ah pasal life aku sepanjang minggu ni. ewaaahh, nampak tak ke-poyo-an statement tu. macamlah engkorang semua nak tahu pasal life aku tu. tapi sebelum tu, setinggi tinggi tinggi tahniah lah kepada adik adik yang dah lepas UPSR tu. tapi, PMR dengan SPM bakal menghantui hidup engkorang semua. muahaha. okay. serious. berbalik kepada tittle sepanjang hidup ku tu, ekcelly takde ah sepanjang hidupku, tapi lebih kepada life aku sepanjang minggu ni. wa cakap lu, busy habis ah. *walaupun sebenarnya tak busy mana pun*

ISNIN.

first day sekolah setelah sehari bercuti sebab hari sabtu tu sekolah ganti. well, saya memang pelajar rajin sebab datang jugak even hanya sekolah ganti. walaupun dalam hati tu meronta ronta tak nak pergi sekolah. tapi ku gagahkan jua diri ini demi subjek bio dan add math. demm -.- hari isnin, nak kata busy, takde ah sangat. otot otak pun baru nak mengembang. sendi sendi pun baru nak kerahkan tenaga even tak sempat rehat. dan terpaksa stay sekolah balik pukul 4 sebab nak siapkan PLBS bm.

SELASA.

quite a relaxing. haih, madah hari hari relax. chill lah derr, baru hari selasa. pun kena balik lewat jugak. sebab nak settlekan PLBS. masa tu memang rasa macam "eh gua balik rumah siapkan homework lagi baik ah" konon lah. padahal jakgi balik rumah memang katil sedia berkhidmat. propa kau jah.

RABU.

haaaa, ni dah start dah. hari busy sedunia. kelas chemistry 3 masa, ada kuiz. sesak otak sebab apa yang gua baca, itu yang tak keluar. how great -.-' lepas tu kelas biology. straight sampai pukul 2.30. fuhhh, kalau lah otak gua ni transparent dah boleh nampak dah perkembangan beliau dari sehari ke sehari. lepas tu sambung discuss PLBS pulak. cikgu kata kena present 20 minit. padahal gua and the geng praktis lima minit je kot. tu pun dah semput nak cari idea. ohsemm gilewwwww -.-' lepas tu kena jaga koperasi. well, saya jurujual koperasi yang berhemah. ok gua perasan. tau dah.

KHAMIS.

PLBS settle. aku lega. tapi tak boleh lega sangat sebab the end of the class ada kuiz add math. T.T tapi......................... open book test beb! pergh, ni kalau tak boleh score ni tak tau nak cakap apa. bebal tahap dewa dah agaknya. hari tu pun aku kena stay jugak. sebab jaga koperasi. pergh, sepanjang minggu balik lambat. bila sampai rumah lepak -.-

JUMAAT.

hoorrreyyyyyy ! jumaat. actually, ada one thing yang aku suka gila pasal jadual hari jumaat. bukan sebab esoknya cuti. no no no. tapi sebab............. jadual hari jumaat boleh buat aku bertembung dengan Sunshine aku dekat makmal. nanti time kelas dia keluar, kelas aku pulak masuk. so nanti bertembung ah kan. aku pandang dia, dia pandang aku. *mata ke mata, ke hati. hati ke hati, termimpi mimpi* muehehe. konon sweet ah. and sebelum balik, koperasi aku ada buat Jamuan Hari Raya. best wooo, makan freeeeeee. siap balik bawak bekal lagi. sungguh tak reti malu.

hari hari, pergi sekolah, balik sekolah, study, buat homework, bla bla bla. do the same things everyday. tak boring sebab aku ada kawan kawan yang sumpah tak reti diam. yang kalau boleh nak gelak sepanjang masa. dannnnnnnnnnnnnnnnn, dapat jumpa dia, sunshine saya. ehemm, blushing tetibe. hoi, tak payah nak gedik sangat ah. *note to self.


nampak tak kegilaan kami. dalam kelas sibuk nak snap bagai.

Saturday, 1 September 2012

Dear crush versi patah hati ~

Assalamualaikum.



kalau baca tittle je mesti dah ada yang cop sarah ni mengada ngada nak pst entry patah hati bahagi. crush je pun. heh, suka hati hakoo lah. kalau tak nak baca, sila clos tab. bukan apa, takut ada yang termenyampah annoying gila ayam bila baca post aku yang ni. tau tau termelayang segala bakul sampah tepi meja tu. menyampah punya pasal. aah. tu over tau namanya.

*ehem ehem* 
Dear crush.
Hari tu saya post entry bunga bunga dekat blog pasal awak sampai saya pun berbunga bunga bila baca. tapi hari ni saya nak post entry yang tak berapa nak berbunga sangat. beranting ranting mungkin.

hari tu saya nampak satu ayat yang buat saya patah sejuta. billion mungkin. kalau dah patah sampai berbillion billion tu siapa pulak nak sambungkan? hah?! hengkoo ke?! *emo tetibe.

tapi jangan risau, walaupun saya tak ready nak frust terlentang dekat awak tapi saya dah ready dalam tigapatlimanam gugus anggur nak dilempar kat awak kalau saya jumpa awak kat memana. so, sila sediakan perisai.

"You tell yourself you dont like him. And yet every time you think of him your heart swells"

aah. memang saya pandai menipu. menipu perasaan sendiri. depan awak saya buat buat tak kenal. bila jumpa awak saya buat pandai je. konon macam aku-tak-kenal-pun-kau-siapa. kononlah kan. 

tapi dalam hati arghhhhhhhh-johan asari-lalu-depan-aku. motip -.- saya tak tau lah pulak muka awak tu macam johan asari.

tapi sebenarnya macam tu lah dalam hati saya. eksaited gila ayam bila jumpa awak. tapi sekarang...... *duckface* sejak saya tahu hati awak tu untuk orang lain. saya frust gila tahu???!! okay bukan salah awak. 

tapi saya nak jugak tahu siapa perempuan bertuah tu. terasa rasa macam nak lempar dia dengan anggur lima bijik. bukan apa. nak lepas geram. muehehe. lol jk. gua tak sekejam tu. kalau gua kejam, gua lempar durian je terus.
tapi takpe. saya boleh cari yang lain. *rolling eyes*.



so, kepada crush yang telah patahkan hati saya *nampak tak betapa gelinya ayat ni* even saya frust terlentang dengan awak. tapi jangan risau. saya tak kan bom rumah awak dengan bom atom. takkan lempar awak dengan buah anggur. *daripada aku lempar kat kau baik aku makan* tapi saya akan sentiasa ingat yang awak pernah buat saya tersenyum sampai telinga suatu masa dulu *sekarang pun. tapi tak mcm dulu* buat saya rasa macam dunia ni saya yang punya kalau jumpa awak. *ewah kau* .

its okay. saya still ada johan asari. okbai.
sincerely,
hati yang patah sejuta