Saturday, 19 November 2011

demam korea aku melanda --'

Assalamualaikum.

waa kali ni idea nak menaip datang sendiri meh. tak yah sesusah aku nak perah.
so kali ni aku nak story pasal drama Korea. 
dulu aku pun tak berapa nak minat sangat la drama/muzik Korea ni. Cuma layan gitu-gitu je.
Penyanyi Korea pertama yang aku minat ialah Super Junior.
Aku rasa kebanyakan awek kat luar sana memang minat abis kat Super Junior ni kan.
Tapi aku just minat dia punya lagu je. Percaya tak, penyanyi-2 Super Junior ni pun aku tak tau nama. huh? tak percaya? tak percaya lantak kau laa --'

haaa, kan aku da kata aku tak berapa nak minat muzik/drama Korea ni sangat.
Sampai la satu hari, aku TERtengok satu drama Korea ni *ter okay, tak sengaja*, tajuk dia
Boys Over Flower. Aku rasa Boys Over Flower ni memang da lama famous kan?
aku je yang lambat. yang aku tengok tu pon siaran ulangan.
start dari tu la aku start tengok citer Korea.

and now aku tengah layan habis citer Korea yang baru start,
Cinderella Stepsister.


tengok cover dia pun aku da teruja semacam. ha? nak tengok?
korang tengok kat TV2, pukul 5 petang hari Isnin-Khamis.


ni pulak hero dia. sape nama tu aku tak tau lah. muehehe :P
tapi one thing yang aku bengang kalau tengok drama Korea ni, aku susah nak ingat nama diorang. muahaha :) teruk kan.

lagi satu yang aku suka pasal Korea ni, outfit dia.
ohsemm giler. aku ni maybe bukan jenis yang giler berfashion, tapi aku suka tengok baju lawa-2.



cantik kan? kalau girls yang bertudung , boleh mix and match blouse-2 ni jadi yang menutup aurat. lagi pun most of the dress labuh-2. 

eh, okay aku da membebel ke laut pasal fashion.
*tujuan asal nak membebel pasal drama tu je*

so, adakah kalian peminat tegar Korea (muzik/fashion/drama atau apa saja)

okay, enjoy your reading (:

prince charming (:

Assalamualaikum.

aku percaya semua girls kat luar sana mesti nak cari boy yang ala-ala prince charming, kan kan.
alaaa, tak payah nak kalis meh, sebab ku pun macam tu. muahaha :P

so, pada petang hari Sabtu yang mulia ni,
aku nak tanya la, siapa yang suka lelaki yang romantik, angkat kaki...
*nampak beno tak matang --'*
huishhh, ramai nya yang angkat, haha LOL.
siapa yang tak nak lelaki romantik ni, hah? cuba habaq sikit kat cek..

korang nak tau tak ciri-ciri lelaki romantik ni macam mana?
nahhhh, ni diaaa,
bacalaa :)

*pandai memujuk pasangan*
kalau tu semua perempuan suka. aku pun :)
cuba kalau dapat bf yang tak pandai pujuk, huh memang hangin satu baddan --'

*sedikit emosi dalam menjalinkan hubungan percintaan*
emosi macam mana? *bagi aku la*, 
sikit-sikit nak touching, *nyampah aku --'*

*suka lagu-lagu yang slow*
huh, ingat lagi masa aku ada bf, dia punya jiwang mak oii,
sampai naik geli aku dibuat nya. sikit-sikit layang lagu jiwang.
sampai aku pun terpengaruh. tapi, since aku da break ni, aku da buang jauh-jauh lagu yang berentak slow neh. lagu-lagu dalam henset aku sume lagu yang happening.

haaa, mcm mana? huh? sikit sangat? ala aku rembat tips ni dari magazine je, da magazine ni bagi sikit, sikit je la aku tulis *ooppss, terkantoi* 



waaa, sape tu?? haha, thats my prince charming laa. 
*tak abes-abes perasan. muahaha :P*
hensem tak? hehe. *ketawa gatal*

okay, enjoy your reading :)

Wednesday, 16 November 2011

gaduh???

Assalamualaikum.

korang pernah dengar tak pasal perempuan bergaduh??
mestilah pernah dengar kan. terutamannya yang gaduh pasal boyfriend.
telinga aku dah jemu dah dengar benda benda macam tu.
jangan kata kat luar, kat sekolah aku pun pernah.




kadang kadang aku tak faham langsung mind set diaorang ni.
gaduh sebab lelaki. apa je yang diorang dapat.
last last end up kat bilik disiplin jugak (kalau kat sekolah)
sape yang dapat malu, sendiri laa.
buat malu kaum je --'
yang jantan tu pulak mesti gelak kan diorang abes abes.
'apa punya bodoh la pompuan ni gaduh pasal aku'

haaa, tengok tu. pompuan pulak yang dikata bodoh.
baru baru ni kan ada kes pompuan gaduh kat kedai kasut.
siap masuk youtube lagi. famous tak famous.
sume tu pasal apa? pasal jantan laa, apa lagi.

so, pada kesempatan ini,,
saya ingin menyeru kepada semua perempuan/girl/gadis/wanita di luar sana, jangan la buang masa korang gaduh pasal lelaki ni.
there is no point at all.
nanti bukan diri sendiri je yang malu, mak bapak, atuk nenek, mak cik pak cik, senang citer seluruh kerabat kita menanggung malu.
kalaulah lelaki tu dah ditakdirkan untuk kita, insyaAllah. jodoh tak kemana *cehh, mcm pakar cinta pulak*.

enjoy your reading.

Tuesday, 15 November 2011

it's a gadget!!

Assalamualaikum.

wah wah, sekarang ni semua da gila gadget kan.
maklumlah, zaman dah berubah dunia dah maju *ayat skema*
aku ni kalau nak dikatakan gile gadget tu, takde laa.
cuma agak update je pasal benda alah tu.
mana tak nya, kengkawan aku dok sibuk pasal sume tu.
lama kelamaan, aku apa lagi. terpengaruh jugak la dengan budak budak neh --'
*korang ni memang tau*

first first kuar iPad2. *aku hembus je, ntah first ntah tidak*

 cantikkan. tapi aku tak minat sangat iPad ni. disebabkan saiz dia yang gedabak tu.
macam mana la masukkan kat dalam handbag aku. da la handbag kalau boleh nak sekecik kecik mungkin. haha --'

then kuar pulak Galaxy Tab ni.


Galaxy Tab ni kecik sikit dari iPad. tapi still besar bagi aku. Muahaha :P

then iPhone pulak meletup. eh ye ke, macam iPhone kuar dulu kot.
huh, apa apa je la.


 yang ni memang aku suka.
siap suruh bapak aku belikan lagi. tapi bersyarat pulokk --'
syaratnya kene dapat 8a pmr.
emm, tu yg aku lemah tu. haha. takpe2 kita tunggu je nanti.

tapi yang pastinya aku still pakai and sayang henset sony aku ni.


huh? apa korang cakap? kuno? tak cantik?
so what? haha. aku sayang giler woo henset ni.
da dekat 4taon aku pakai. bukan nya tak pernah tukar, last last pakai fon ni jugak :)

so adakah korang tergolong dalam golongan orang yang giler gadget??
lu fikirlah sendiri.. muahaha :P

okay, enjoy your reading.

Sunday, 13 November 2011

7 langkah si dia usha anda :)

Assalamualaikum.

hari ni aku nak kongsi sikit tips yang aku rembat dari satu magazine ni dengan korang.
yeaa, hot tips. auchh! haha :P

korang (girls) mesti ada yang selalu kene usha kan, tak pun tak perasan korang kene usha, so sekarang aku nak perasankan korang. hehe.

# si dia selalu belanja korang makan atau minum.
senang citer asal nampak muka korang je, mesti nak ajak makan or minum.
sampai kadang kadang naik rimas dibuatnya.
haaa, tu lah sign pertama.

#selalu pinjam sesuatu atau minta tolong dekat korang.
kalau korang nak tau, cara ni akan buat diorang rasa dekat ngn korang.
nak tegur biasa biasa mcm segan pulak kan, so diorang buat la taktik ni.
dengan harapan dapat bercakap dengan korang selalu.
padahal takde bende penting pun. --'

#selalu ajak korang teman dia shopping.
konon konon nak suruh korang bagi idea bernas la, nak bagi hadiah apa sempena birthday adik dia *padahal birthday adik dia da lepas*
mana tau, dengan cara ni korang boleh accept dia :)

#si dia start tanya pasal family korang.
so that, diorang akan rasa lebih dekat lagi ngn korang sebab dah saling mengenali diri masing masing.

#selalu tanya khabar.
ni biasa la kan. tanya khabar orang tersayang :) 
so, korang akan rasa lebih disayangi. auwww.

#si dia selalu bagi hadiah.
haa, ni antara tanda tanda besar. ye lah, kalau setakat kawan biasa, tak kan la selalu bagi hadiah ann.. ini menandakan yang korang antara yang teristimewa bagi dia.

#dia mula layan korang mcm korang gf dia.
tiap kata kata yang kuar dari mulut dia, mesti ada kaitan dengan cinta.
adess, ni dah sah la ni.
dia nak buat korang jadi gf dia.

haa, macam mana. da terasa macam di usha belum.
itu sekadar tips je. tak de la memanjang korang nak perasan kan.
nanti tak pasal pasal korang salahkan aku pulak, bagi tips yang entah hape hape --'

sekali lagi aku tekankan,
segala yang diatas hanya sekadar tips sahaja.
pandai pandai lah korang menilai okay.

enjoy your reading.

farewell party (seribu satu kenangan)

Assalamualaikum.

waa tajuk kemainn :)
haha. tapi memang betul pun, farewell party 3MK's Crew mengandungi seribu satu kenangan.
kali ni kitaorang buat dekat Kenny Rogers Roasters. tapi sebelum tu kita orang kumpul dulu, lepak lepak dekat Angsana Bowl. nak tengok gambar tak???
ni dia :)


tapi, maaf la yea, aku terpaksa cantum cantum gambar ni, sebab kalau tak memang tak ter'upload' la gambar gambar ni. :)


  
*ni masa dekat Angsana Bowl*




*ni pulak masa dekat Kenny Rogers*


haa, da tengok? tapi gambar dekat KR tak banyak sangat, sebab masing masing tengah fokus kat makanan. haha. so, lensa kamera aku berehat sebentar. :)
masa tengah menikmati kelazatan KR tu, hati aku tiba tiba macam kena renjatan elektrik. 
aduusss, aku ada nampak seorang jejaka yang ala ala Henry Golding gituu.
tak kenal Henry Golding, nah ni gambar dia...




amacam, cair tak. hehe. *gatal betul si sara nih --'*
membe aku yang tengok pun terkedu, ni kan pulak aku --'
then membe aku cakap la, 'kalau kau jumpa dia lagi, means ada jodoh la tu'
and guess what, masa nak balik aku jumpa dia lagi.. 
ooo yeaaa, that ohsem babeh!! *gediks ya amat*


tu part yang best, yang tak best nya bila gift yang teacher aku bagi pecah. T_T
mak oi, gua rasa macam nak menangis siaa time tuh! da la tu, jatuh depan orang ramai pulak tu. tak ke haru aku menahan malu =='
adesss, pedih jiwa aku.


sorry umi zaza, tak sengaja :(




by the way, the whole day was great!!
seriously, kalau boleh aku rasa macam tak nak balik.
lepas ni mesti aku rindu giler ngn diorang sume.
tiga tahun tu rasa macam kejap sangat.
MK's Crew '11 TERBAIK!!


and antara orang yang aku akan rindu separuh mati ialah..



*yea, that keding's girl named eyra, my sweetheart ever after*



*that comel girl is nad, my hunny bunny sugar everlast*
*erkk, betul ke word everlast tu --'*


*they were sweetest friends ever*
*dari kiri, aten, zai, pyka, umi zaza, and jiea*


comel comel, cantik cantik kan kawan kawan aku, macam aku jugak laa. *perasan, kbai*
apa apa pun aku enjoy sesangat hari ni.
thanks girls/boys.
all of you were very very very the best laaa.


last but not least,
nak jerit kuat kuat....
aku sayang korang giler ketat la weh!!!!






till then, enjoy your reading.

Saturday, 12 November 2011

masak, memasak dan masak-masak..

Assalamualikum.

saya nak tanya sape kat sini pandai memasak. waa, ramainya yang pandai!
untunglaa pandai. aku bab bab memasak ni la yang paling tak gemar *nama je pompuan, hehe*
kalau citer bab bab memasak ni, aku rasa nak lari jauh jauh je. muahaha!

nanti bila jumpa kawan kawan mak aku, tak pun bila balik kampung, mesti jumpa makcik2 yang suka sangat 'ambil berat' pasal aku *nak kata busybody sebenarnya, tapi tak sampai hati*
mula la terbit adegan puji memuji, seperti...
'eh da besar da kakak ek, dulu mak cik jumpa kecik lagi.....'
tu ok lagi, bila sampai part ni,
'mesti kakak da pandai masak kan...'
erk, tercekik kejap. okay masa tu memang aku rasa macam nak lari jauh jauh. 
muahaha :P nak nak bila makcik2 ni tanya,
'kakak da pandai masak apa je..', nak je aku jawab, 'masak air.'
tapi tak de la jawab mcm tu. kan dikata kuang ajor pulak. so jawab dalam hati jelah.. hee~
aku sengih je la bila makcik2 tu tanya mcm tu :) *buat muka secomel mungkin*

tapi tak bermakna aku ni jahil bebenor bab bab memasak.
ada la sekali tu aku try masak sebab membe aku cabar. aku apa lagi, pantang dicabar.
terus pegi dapur, cakap kat mak 'mak, akak nak masak hari ni'.
huisshh, terusss.

nak tengok tak hasil masakan aku *sambil buat muka yang mintak penampor*


amacam, terliur tak. haha.
mesti ada suara suara sumbang mengatakan, 'ala setakat udang sambal ngn goreng sayur, adik aku pun tau buat' =='

so what, ada aku kisah.. at least aku try.. :)
sekarang aku tengah memahirkan diri buat kek pulak.
nanti bila bila aku rajin, aku share ngn korang ea my cake story :)

okay, enjoy your reading:)

Friday, 11 November 2011

bila perempuan menangis..

Assalamualaikum.

waa, blogger blogger ni sibuk je buat entri pada tarikh 11.11.11
aku nak sibuk sibuk jugak la ^_^

penat tau nak fikir tajuk apa nak tulis..
tapi akhirnya, pada saat aku dah nak give up memikirkan tajuk yang sesuai, dapat satu tajuk yang bagi aku menarik *bagi aku la*

'No women no cry'
korang mesti pernah dengar kan pepatah orang putih ni.
maksudnya, perempuan dengan menangis memang tak dapat nak dipisahkan.
biasalah, perempuankan hati dia lembut, hati tisu :)

macam aku. aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang teramat mudah menangis.
*cengeng betul*. kena marah sikit menangis, terasa nak marah orang pun aku nangis dulu, kawan tak nak layan pun rasa macam nak nangis, kena marah ngn bf lagi laa, hujan air mata dibuatnya. haha, terukkan aku ni.

tapi, aku control la. takde la main redah je. nak nangis tu kalis2 laa. hehe.
aku ada jugak sorang kawan yang macam aku. memang hati tisu jugak dia tu. padan la kita orang jadi kawan. dua dua cengeng gile! muahaha.
bila dia nangis, konon konon la aku pujuk, 'kau jangan la nangis, kau kene kuat'
cehh, konon pujuk orang. kena kat batang hidung sendiri, siap boleh buat siram pokok lagi air mata tu.



yeah, that is me. bukan aku je macam tu, mesti ada perempuan perempuan diluar sana yang macam aku jugak kan. tak payah malu malu nak ngaku. kita kan perempuan :)
lain la kalau lelaki yang hati tisu. tu memang haru gila. haha.


terima kasih sudi baca ^^


Thursday, 10 November 2011

nobody perfect :)

Assalamualaikum.

sebagai manusia, kita tak lari dari melakukan kesilapan kan. sebab dalam dunia ni tak de siapa yang dijadikan sempurna. masing masing ada kelebihan dan kekurangan masing masing.
so, jangan la cepat sangat nak menilai orang berdasarkan rupa.
betul tak kawan kawan.

tak payah la nak jadi orang lain semata mata sebab nak orang lain sukakan kita.
tapi sentiasa la cuba yang terbaik untuk berada dalam kalangan yang terbaik :)

tapi, kadang kadang aku give up jugak :'(
aku sentiasa cuba nak berikan yang terbaik, tapi ada je yang tak betul.
sedih tu memang la. kadang kadang terasa macam usaha kita sia sia je.

kadang kadang aku terfikir,
macam mana la nak puaskan hati semua orang, mana nak jaga hati orang lagi..
penat kan nak buat semua tu.. tapi tu lah yang aku dan korang semua kena lalui tiap tiap hari. bila salah sikit kena marah, salah sikit kene kondem, salah sikit merajuk, salah sikit bla bla bla.

hadoiii. tu lah yang dinamakan cabaran hidup.
kalau nak diikutkan, aku sememangnya tak layak langsung cakap pasal life, sebab aku ni pun baru je nak kenal dunia (baru la sangat)

aku mengaku, aku ni ego, degil, keras kepala... (kutuk diri sendiri)
tapi sekurang kurangnya aku da cuba untuk berikan yang terbaik.
segala galanya yang terbaik,
kawan yang baik, anak yang baik..
aku ingat aku da berjaya, tapi rupanya aku gagal..
sebab????
entahlah. ada je yang salah pada mata orang. kenapa ye?
teruk ke aku ni. apa apa pun, aku akan sentiasa cuba untuk jadikan semua tu sebagai cabaran. *sara boleh buat, sara tak boleh putus asa*

boleh ke aku buat semua ni sorang sorang :'(


i am what i am. hate me? who cares. plus, don't judge a book by it


sincerely by,
saraa ali.

Wednesday, 9 November 2011

cinta muka buku.

Assalamualaikum.

kita berkenalan hanya dalam mukabuku, kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu o oo wo.

hamboi hamboi, nyanyi pulak si saraa ni..
haha.
mesti korang da dapat agak kan bila baca tajuk ni.
biasalah terend budak budak sekarang. siapa yang tak de  facebook tu dianggap pelik. (err, ye ke). ye lah kowt. adik aku yang darjah dua tu pon ada facebook.

bila dah berfacebook tu mestila ada adegan usha-mengusha kan kan.
haha. tak payah nak kalis la. mesti ada punya.
nak nak bila nampak awek cuns-melecun kat fb tu.
tak kelip mata memandang.
dari mata turun ke hati.
waa, gitu kann ^_^
bila dah turun ke hati, tu yang.. 'awak saya suka awak laa, jom kapel' 
'jom' kata si awek. *huh! terusss*

tapi aku nak tanye korang la kan,
berapa ramai yang berkenalan kat facebook, then kapel dan kekal lama?
haaa, cuba jawab.* jawab laa, yang dok terkebil-kebil kenapa.* haha.
okay. takpela. tak boleh jawab. aku faham :)
tak ramai kan yang kekal.
dan...
berapa ramai yang boleh dipercayai tahap kejujurannya tu?
tu lagi la tak boleh jawab. haha.

berdasarkan kajian yang aku buat-buat la kan, *baca betul-betul*
hanya 2 daripada 100 lelaki/perempuan yang boleh dipercayai di akaun facebook tahap kejujuran mereka. betu ke tidak, tu hanya pemerhatian aku je la.
 tapi ada ape, yang kenal dekat facebook, then kapel and happy ever after :)
cuma tak banyak la kan.

bergantung pada individu la, kalau bijak memilih, dapat la yang terbaik.
kalau sebaliknya, anda fikir2 kan lah ye.

so, enjoy your reading :)


*ni la jadinya muka aku bila di edit yang entah hape hape*

Sunday, 6 November 2011

my extraordinary family ;)

Assalamualaikum.

First of all, Salam Aidiladha.

Semua orang ada family kan (LOL ignore that statement)
same as me jugak la.
but i have an extraordinary family (tapi bukan mcm cerita no ordinary family tu).
especially my two awesome brother's :)
frankly speaking, kalau tak de diorang memang life aku kosong laa.

even though, orang selalu cakap aku ni garang mcm singa, tak pandai nak layan adik, suka marah marah, bla bla bla, etc etc.
but acctually i love my brothers (tetttttt).

we all are extraordinary because....... (jeng jeng jeng)
Selalu gaduh.
haha. pelik kan. that's why laa i did mention just now i have an extraordinary family. aku rasa family aku je yang macam tu (aku agak je)
every time jumpa, mesti gaduh. kalau nak citer kene marah jangan cakap la. memang selalu pun. (that show how naughty i am, haha LOL).
tapi tapi... kalau tak gaduh sunyi la pulak rasanya hari aku. serious tak tipu :)
ada satu hari tu kan, adik aku demam.
dekat seminggu jugak la. lama kan. tak pernah kowt dia demam sampai macam tu punya lama. as a kind hearted sister la kan (ayat nak pergi mana), risau jugak aku.
plus boring yang teramat amat sangat.

tapi bila dia da sihat, hambek kauuu. meletup rumah. haha :P
time tuuu, yeaaaaaaa..
my heros is  back :)
boleh gaduh lagi lepas ni.
haha terukkan aku ni. itu la cara yang unik kami mengeratkan hubungan silaturahim.
but, not all the time laa kita orang fighting :)
huhu.

parents aku pulak :)
honestly, my mom and dad tak garang pun. cuma tegas sahaja.
tegas dan garang is two different things.
(siap bold kan lagi, kalau tak faham jugak tak tau la)
especially, my beloved dad.
adussss, kenapa kawan kawan aku dok cakap ayah aku garang. 
aiyoo, don't judge the book by its cover.
ayah aku tak garang pun la >_<.
suka hati kalian la nak cakap apa pun.
but, one thing for sure i know my parents very well.


those are my awesome brothers. muka seposen kan :0
tapi muka seposen tu la yang aku suka. suka buli. muahaha :)
(gelak jahat)

okay, enjoy your reading :)

Friday, 4 November 2011

Cinta Sejati Antara Langit Dan Laut.

Satu ketika dulu, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Begitu juga dengan langit yang mempunyai warna yang sama dengan warna laut (so sweet).

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata2 'aku cinta padamu' ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa2, hanya tersipu malu. Suatu hari, datang awan...

Sebaik melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh cinta pandang pertama terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih tapi tidak berputus asa dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah antara langit dan laut.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang menggangu pandangannya. Tapi, tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui tentang hubungan laut dan langit.

Dengan tiupan angin yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana terseksa dengan rasa cintanya terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara laut dan langit tidak terpisah. Kita juga dapat melihat dimana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situ lah mereka berkasih.
TAMAT. :)



*Waa, so sweet kan. Kalaulah cinta kita mcm cinta langit dan laut...... (mengharap)
Tapi one thing yang aku dan korang semua kena elakkan ialah menjadi awan.
Tak elok kacau hubungan orang. Kalau dah ditakdirkan dia untuk orang lain, terima je lah dengan redha. InsyaAllah, Allah da sediakan jodoh yang lebih baik untuk kita.

Enjoy your reading,
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan :)

Wednesday, 2 November 2011

Mencarut : Lelaki vs Perempuan.

Assalamualaikum..

Akhir-akhir ni tabiat mencarut da semakin menjadi-jadi.
Pelik aku. Kalau da mencarut tu, memang tak ingat dunia. Asal sembur je. 
Dekat mana-mana puun kita boleh dengar orang mencarut.
Dekat bilik air, dalam kelas, jalan raya, semua boleh.
Senang kata, walau dimana sahaja anda berada :)


Lagi satu, bab2 mencarut ni memang tak kira lelaki atau perempuan. Dua-dua sama naik.
Agak nya apa la perasaan seorang perempuan tu bila mencarut tak kira tempat dan masa.
Tak malu ke orang tengok. Nak kata kau ni baik sangat tu takde la.
Tapi agak-agak la, tak kan la depan orang tua or dengan adik2 sendiri pun nak mencarut kan.

Kadang2 tu, "eh, sial mana kau"
 sukati laki mak tiri kau je nak panggil orang macam tu.
Mak bapak dia orang bagi nama sedap2, kau tukar jadi macam tu.

Ermm,
Renung2 kan lah.
Mak aku selalu cakap...
Jaga mulut tu, jangan ikut sedap mulut je nak cakap :)

Bak kata peribahasa Melayu,
kerana mulut, badan binasa :)

So, enjoy your reading ^_^