Satu ketika dulu, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Begitu juga dengan langit yang mempunyai warna yang sama dengan warna laut (so sweet).
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata2 'aku cinta padamu' ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa2, hanya tersipu malu. Suatu hari, datang awan...
Sebaik melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh cinta pandang pertama terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih tapi tidak berputus asa dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah antara langit dan laut.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang menggangu pandangannya. Tapi, tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui tentang hubungan laut dan langit.
Dengan tiupan angin yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana terseksa dengan rasa cintanya terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara laut dan langit tidak terpisah. Kita juga dapat melihat dimana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situ lah mereka berkasih.
TAMAT. :)
*Waa, so sweet kan. Kalaulah cinta kita mcm cinta langit dan laut...... (mengharap)
Tapi one thing yang aku dan korang semua kena elakkan ialah menjadi awan.
Tak elok kacau hubungan orang. Kalau dah ditakdirkan dia untuk orang lain, terima je lah dengan redha. InsyaAllah, Allah da sediakan jodoh yang lebih baik untuk kita.
Enjoy your reading,
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan :)
No comments:
Post a Comment