Monday, 27 August 2012

Stop it.

Assalamualaikum  

Kalau korang rasa tittle entry aku kali ni was like motipp? aku pun tak tau apa motif aku buat entry kali ni. 
usually, time aku tengah busy gila memang kirim salam babai assalamualaikum lah nak update. tiba tiba entah ngigau apa nak update. eh, aku tak paksa baca pun. sebab entry ni lebih kepada luahan perasaan aku je. kira ni entry dua dalam satu. 



Kecewa, putus cinta, frust; thats all are the same feelings. 
perasaan yang mana aku rasa semua orang pernah experience benda tu. normal lah tu kalau kecewa.
tapi yang aku pelik, sometime diorang update dekat facebook, twitter segala just to express their feelings over and over again. and guess what, that kind of attitude buat orang lain rasa menyampah dengan kita. 

tak salah lah nak luahkan perasaan. no no no. aku tak kata salah. sebab aku pun sama. muehehe. tapi yang jadi masalah dan salahnya bila......

"aQuw mEnciXx sEmuA lElakI. LakI sUmEW sAmeW jeRk" . 

tapi beberapa MINGGU sebelumnya....

"iTEww cAYunK sUaMI iTewW kEWtaRT-KeWtarT gIleW. TaKMo aMexX diEW daRi iTewW. iTeWW gIgEt aWUq nRNty".  

kalau korang boleh baca dengan lancar, korang hebat.

and me was like.... *muntah dalam baldi rumah kak kiah* hahahahahaha. diorang tak fikir ke apa yang orang akan kata kalau diorang taip macam tu. hmm, just wondering.
selalu aku nampak macam tu. i'm kinda weird with those people yang macam tak matang langsung tapi umur tu dah boleh kahwin. bak kata bapak aku, kalau kahwin anak berderet.
that one thing yang aku tak faham dan tak kan pernah faham.

another more. cerita pasal frust bercinta sampai nak terjun flat tingkat 12. eleh, tingkat 12 je kot. up lah lagi. 121 ke. lulz. kidding. awak awak awak, bukan awak je pernah frust bercinta.
atok, nenek, mak cik, pak cik, kakak, abang, adik, jiran, jiran sebelah punya jiran, semua pernah frust.

come on. wake up. *tepuk laptop, konon menghayati apa aku taip*. kalau tak nak wake up juga, meh aku buka mata korang besaq besaq. meh. meh. alolo malu pulak. lol jadah -.-

Allah dah tetapkan jodoh kita sejak kita dalam perut lagi. Kalau dia jodoh kita, sampai hujung dunia dia pergi pun dia tetap jadi milik kita. So, redha je lah. 
Tak salah nak bersedih. Aku pun sedih masa frust bercinta zaman muda muda dulu. Eh? xD
Baik lelaki baik perempuan. Dengan ayat rempit tu lagi. Hadoi..... 
Ketawa sampai menangis aku baca. K tipu.

so,in a nutshell, *praktis essay bi untuk spm next year* korang faham tak apa aku nak sampaikan? tak kan. k tau dah. hahahahahahaha *kau ingat lawak ke sarah* okay serious.
sebenarnya, semua ni ragam manusia. well, aku ni jenis yang suka perhatikan orang.

kadang kadang orang cakap aku ni pandang orang macam nak telan. tapi setakat ni tak pernah pulak aku makan orang. aku makan daging kambing je.  

ragam manusia yang aku dan semua orang tak kan faham. tapi kita semua dah besar kan.
bila tengok orang, tengok diri sendiri balik. 
kalau kau tengok orang buat ayat rempit, kau jangan lah ikut sekali. konon berseni katanya. 
kalau kau tengok orang frust bercinta terjun tingkat 12, jangan lah kau ikut terjun tingkat 12 juga. up lah sikit. tingkat 21 ke. lol karang ada surat ugutan bunuh sampai rumah aku sebab ajar orang bunuh diri. gurau k gurau. tak boleh gurau duduk sabah lah. kena mengena -.-

so, takmo emo emo. chill :)


Friday, 24 August 2012

Raya oh raya !

Assalamualaikum.

finally, lepas sebulan berlalu aku terdetik nak menjenguk blog yang bersarang burung tebuan dan segala spesies natang yang bersarang. so, hows raya? pebenda entah sara ni. orang dah dekat seminggu beraya, baru nak wish hari raya. heh, lantak aku lah. blog aku. like i care. *emo tetibe.  okay okay. aku tak emo. 

sebelum tu, ceq nak habaq mai kta hangpa semua, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dekat seeeemuuuuuuaaaa pembaca blog aku *ayat bajet retis, macam ramai je baca blog hengko*. maybe ada terlanjur kata, termengutuk, termengumpat, terkasar bahasa, terkasar taip, *eh ada ke? mintak maap bebanyak lah ye *buat muka comel*. aku tau lah dekat blog aku ni kadang kadang lasernya mengalahkan azwan ali, opsss kau hado? k sorry abang azwan. termengutuk.

best kan raya? mestilah best. apalah kau ni. soalan tak mencabar minda langsung. kalau budak budak mesti lagi super duper eksaited nak raya. maklumlah, kecik kecik dapat duit raya macam dapat duit emas. cuma budak sekarang ni demand kemain. dapat seringgit pun nak merungut. pastu mulalah kata pak seman tu kedekut. *tetibe pak seman* aku dulu dapat limaposen pun dah rasa bersyukur ya amat. adalah sikit terpasang niat nak cium pipi kiri cium pipi kanan mak cik hujung kampung yang bagi aku limaposen tu. cuma tak kesampaian sebab mak cik tu dah suruh aku balik cepat cepat. sampai hati mak cik. T.T

tu antara yang budak budak suka pasal hari raya. siapa je tak suka kalau dapat duit. bila dah besar ni, baru aku sedar raya tu bukan setakat duit. *buat muka suci* . adalah beberapa benda that I like the most during raya. ecehh, speaking pulak.

1. tart nenas vs almond london. normally lah kan, aku kalau datang beraya rumah orang, dua kuih ni yang aku akan cari dulu. kalau dekat rumah aku tu, memang bersusun balang almond london dengan tart nenas. tak cukup rumah sendiri, rumah orang pun aku balun. eh, aku kan kipas susah mati almond london dengan tart nenas. especially tart nenas. so jangan terkejut kalau tart nenas dengan almond london boleh habis sebalang sejurus aku keluar dari rumah tu. aah. senonoh sangat lah perangai tu. tapi biasanya aku cover sikit. adalah aku tinggalkan dua tiga ketul kuih tu dalam balang. takde lah obvious sangatkan. muahaha. 

2. baju kurung. this time lah aku nak borong baju kurung tu. ohsemm gila lah kalau shopping malam raya. dahlah lawa lawa. pergh meleleh gua tengok. rasa macam nak ambik semua je. kalau lah boleh AMBEK JE. tak payah bayar. kalaulah..... tapi this year aku cuma beli dua pasang je baju kurung sebab last year punya baju elok lagi. tak baik membazir. *tangan dibahu mata keatas* korang korang korang yang beli baju duatigapatlimanamtujuhlapanbelasbelas pasang tu tak payah nak jelly kan aku eh. aku transform kan kau jadi jelly karang.

3. duit raya. eh itu alwajibulghunnah. mana boleh tinggal. tapi takde lah sampai nak minta dekat orang kan. kalau dapat duit raya, tu syukur alhamdulillah. tapi yang bestnya bila dah besar ni, nila duit raya yang aku dapat tu pun makin besar lah kan. muahahaha

tu antara sebab aku eksaited nak raya. sebenarnya takde lah eksaited sangat nak raya. lebih kepada nak menyambut je. jenuh juga aku menyeru mood raya ni datang. tak tau lah kenapa susah sangat. so, berayalah leklok ye. kau jangan pelahap sangat makan kuih raya tu sampai senak perut. sampai baca blog aku pun mulut penuh dengan kuih raya. -.-


have a great Aidilfitri ahead. mudah mudahan syawal kali ini lebih bermakna dan bukan syawal terakhir buat kita semua. amin amin amin :')


p/s: takde banyak gambar sebab aku malas nak snap. plus malas nak upload.

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan ♥

Assalamualaikum.

sedar tak sedar kita dah masuk pun bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ni. rasa macam sekejap je masa berlalu kan. tiba tiba dah 1 Ramadhan. esok lusa dah 1 Syawal. eh? puasa baru satu hari dah ngengada cerita pasal 1 Syawal.

kadang kadang bila duduk sorang sorang, terimbau kenangan puasa masa tak cukup umur dulu. kalau masa kecik kecik puasa, ada istilah 'puasa setengah hari'. sekarang, dah besar panjang kau nak istilah 'puasa setengah hari' jadah. tak malu. booo !

kalau dulu masa kecik kecik, curi curi makan time puasa. sambil mak aku sibuk gunting kain kat depan, aku pun menyibukkan diri dekat dapur. buka peti sejuk sambil sedut air coke samnpai setengah botol. hampeh betul. adik adik sekalian, tolong jangan ikut perangai kakak ni ye -.-' 

sekarang bila dah besar nak curi curi makan time puasa macam tak senonoh sangat lah kan. budak umur 5 tahun boleh puasa, tak kan kau yang dah nambelas tahun tak gheti gheti nak puasa. haaaa?! *tetibe emo* -.-'

moment paling best time puasa mestilah bila dapat sahur dan buka sesama dengan family. lagi best kalau dapat berkumpul ramai dengan sedara mara. time tu lah dapat tengok sepupu  sepupu yang dah lama tak jumpa. makan pun lahai sopan kemain. nak nak kalau anak dara tu jumpa dengan sepupu lelaki. kalau boleh sebutir nasi pun tak nak tumpah. konon perempuan melayu terakhir lettew.

untungkan siapa yang dapat berkumpul reramai dengan sedara mara. lagi untung kalau kampung dia sejengkal je. kalau aku ni, nun dekat Perak sana. jauh kemain -.-
so berkumpul dengan family je la. tu pun dah bersyukur sangat dapat bersahur dan berbuka dengan keluarga. esok lusa kalau dah kahwin belum tentu dapat macam tu selalu. *nak jugak masuk pasal kahwin*

so, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, sama samalah kita perbanyakkan pahala, kurangkan dosa. siapa tahu ni Ramadhan kita yang terakhir. kan? kan? 

thanks sudi baca :')



Friday, 13 July 2012

Oh my katak.

Assalamualaikum.

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! *tiup habuk serta sawang dekat blog* -.-' Alahai lamanya aku tak update blog. Bukan apa. Busy kemain lah katakan. Hmm, tiap kali nak update ada aje aral yang membujur melintang golek golek menegah aku daripada update blog. So, apa boleh buat. Pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas. Tetibe ~

Nampak tak tajuk post ni apa? tak nampak 3 jumaat lettew :3 ni bukan nak update pasal oh my english, bukan juga pasal perkataan tittle post aku yang merepek tu, tapi pasal salah satu benda yang aku belajar as a science stream student. Ehem.

ada kena mengena dengan katak jugak. tapi sebelum anda men-scroll kebawah, sila pastikan anda tiada masalah lemah jantung, jantung berlubang, dan yang sewaktu dengannya sebab takut nanti ada yang kojol depan lappy tengok mende alah ni.



"opocot mak aku terkejut". haa kan dah, aku dah remind awal awal. segala risiko tanggung sendiri.

hari rabu, 11 haribulan bersamaan dengan berapa hijrah tak dapat nak dipastikan, aku serta sahabatku dengan gigih nya telah menjalankan kajian ke atas katak atau nama saintifiknya   Giant Neotropical Toad dengan membedah segala isi nya. haha, kajian lah sangat -.-'

sebenarnya aktiviti bedah katak ni untuk one of the chapter dalam subjek biology yang kitaorang belajar iaitu food digestion. in human and in animal. tapi tak kan lah nak bedah manusia pulak kan, kang tak pasal pasal SMKK dapat nama pulak. "Pelajar 4SN1 SMKK bedah manusia untuk tujuan pembelajaran". Tak pasal pasal keluar Metro muka depan. Curlass kau jemahh ==


gigih membedah katak tu. sambil posing.

masa mula mula nak bius katak tu, my reaction was like, 'katak tu lompat nanti macam mana?! dah lah lembik. alamak' lol. lepas Naz bius, aku dengan gagahnya aku keluarkan katak tu dari bekas dia. lembik lembik je badan dia. dah lah licin. --'


langkah pertama nak bedah katak tu. kena be careful. kalau tak, nanti blood capillaries dia terpotong, habis terpancut darah. menggigil siak masa gua nak belah --'


rakan seperjuangan yang sedang gigih membedah. ahaks xD


para saintis dan doktor yang sedang bertungkus lumus. ehem :')


katak group aku yang dah kojol. mati dalam iman.


with my beloved biology's teacher, Puan Wan Hasifah :)


doctor shafinaz, doctor sarah and doctor nadiah. ehem xD


again. saje nak bagi korang saspen. hakhakhak xD


percaya tak bahawa katak tu sebenarnya masih hidup. katak group aku dah kojol awal awal dah --'


motip? ==


aku memang suka menyelit xD


le photographer. miss harslinda haron. ehem xD


--'

amboi kemain rajin budak budak ni. propa je tu. pffft -.-'


alolo, comel je kawan aku ni :3


my classmate :D


sweet ke sawit? haha k. sweet k dorang !

serious wa cakap lu *muka serious*, pengalaman bedah katak tu memang sampai mati aku tak lupa. best gila ! mungkin orang yang takde pengalaman tu akan cakap, 'euwww tak nak ah, geli je'. well, different people has different way. 

pada aku, aku memang suka buat benda ni. kalau tak suka pun, kena suka jugak. kata doctor-to-be kan. insyaallah. one day. 


4SC1 is forever awesome ! *spot me*

sekian. thanks sudi baca :) 
with love,
Saraa ali  



Saturday, 16 June 2012

Dear crush.

Assalamualaikum.


Hari tu saya nampak awak. tiba tiba hati saya rasa semacam. dan tiba tiba jugak saya senyum sorang sorang. saya perhatikan awak jalan sampai saya tak sedar saya senyum sorang. sampai saya kena sound dengan kawan saya, 'kau gila kape senyum sorang sorang?'. hakhak. malu doe.

sejak hari tu awak jadi crush saya. tiba tiba jugak saya ngada ngada nak layan lagu selow-melow bila teringat kat awak. ni tengah main kan lagu ongbak ghindu lah ni. haha. k tipu. wa tak layan lagu selow-melow lah der. wa rock. and pelase pelase please rasa diri awak tu bertuah. at least bangga jadi crush saya yang kiut ni. eh. sila lempang saya laju laju. saya tau saya masuk bakul angkat sendiri. xP

setiap hari saya bangun pagi, otomatik saya teringat kat awak. haih, jin toncit mana awak hantar kat saya ni yang buat saya ingat awak je manjang. bila datang sekolah, orang pertama yang saya cari ialah, awak. sila terharu lagi sekali wahai crush :3 tiap kali saya ingat awak buat chicken dance masa pergi kem, mesti saya senyum sorang sorang. aah. saya memang suka senyum sorang sorang. nanti short jugak wayar otak ni. lol jk jk. saya sihat lagi lewww :3 cumaaaa chicken dance tu buat awak nampak.............................. comel *tutup muka* 

saya suka skodeng awak senyap senyap. hakhakhak. eh skodeng awak tengah jalan ah. bukan skodeng apa. lu jangan nak pikir bukan bukan. wa tembak lu karang. selagi saya tak nampak awak, selagi tu saya akan cari. well, awak kan sunshine. sunshine kena terangi hari saya. kalau saya tak nampak sunshine, macam mana hari saya nak terang. hikhik. ngada lettew.

awak, ingat tak masa cuti hari tu? confirm lah tak ingat kan. k tau dah. saya nampak awak kat depan rumah saya main sofbol. ekcely, saya tengok awak senyap senyap sebenarnya. haha sengal. and that moment masa awak dengan  kawan kawan awak yang terjal gila babeng tu gelakkan saya masa saya hampir nak jatuh basikal. HAMPIR NAK JATUH. BELUM JATUH LAGI. TAKE NOTE. aah. memang kuang hajo namanya tu gelakkan haku. sumpah malu gila. wa tak perasan lu ada dekat situ T.T

malu tapi mahu. eh. tetibe. malu tapi suka. suka sebab masa cuti saya terisi dengan kehadiran awak. ececeh. gediks nya ayat. tiap hari saya fenfelling lagu hindustan sambil jejoget goyang goyang badan perasan macam aishwarya rai dengan shah rukh khan dalam cerita mohabbatein tu. suwit ke tidok. hmm, ni macam mengada ngada kuasa patratusnampuluhribu dah ni.

"what happens when he's your prince charming, but you're not his cinderella"

sangat menakutkan bila baca statement tu. tapi yang saya tahu, awak takde gf. sebab awak ni pemalu. kata kawan awak lah kan. tapi yang saya nampak awak ni macam tak malu je. hakhak. lol jk. lagi pun, saya crush dekat awak je. crush tu maknanya saya suka dekat awak. tak bermakna saya cintakan awak. no no no. not yet.

sekarang, saya nak mengaku kat awak. saya memang suka dekat awak. dulu, kini, dan tak tau sampai bila. *bukan dulu, kini dan selamanya* teruskan lah buat saya tersenyum dengan kehadiran awak di mata saya walaupun awak tak tau yang awak dah buat someone happy. walaupun kadang kadang saya reject awak diam diam, *especially the way awak jalan* tapi saya peduli hapee. yang penting saya happy. tak gitu cik kiah? tetibeee.

and even saya tau yang awak tak kan baca entry saya esok, lusa dan seterusnya sampai dah punah habeh entry ni, tapi saya nak tetap cakap kat awak yang awak crush kedua saya selepas Johan Asari. Kbai.

*aah. entry ni entry syok sendiri sebenarnya. hadee haku kesahhh xD

enjoy your reading :') 

Sunday, 10 June 2012

Cuti? aah. cuti kot.

Assalamualaikum.

berdasarkan tajuk, korang boleh simpulkan yang aku tak tau nak bagi tajuk apa untuk entry ini. aah. bukan tak tau, tapi malas nak fikir.

cuti masuk minggu kedua barulah aku pergi holiday sakan. sakan tak sakan lah. yang penting aku enjoy. hari khamis pergi Bangi rumah mak ngah. sebab nak jumpa wan (nenek aku). hari sabtu tu kensel balik Perak sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. tsk tsk. lama woo wa tak balik Perak.

tapi balik kejap je. satu malam dekat bangi. jumaat balik JB. eh no, singgah Kluang dulu. Kampung belah bapak aku. *takde lah kampung sebenarnya -.-*  masa nak balik terasa sebak tetibe. salam Wan. cium Wan. bila lah nak jumpa Wan lagi T.T

then on the way balik, kami singgah Melaka. ooo yeahh. first time derr wa sampai melaka. terasa ke-eksaited-an aku melonjak lonjak tahap maksima. destinasi pertama aku, muzium lebah sedunia. nama pun muzium. first first dalam paleotak aku, "huh pergi muzium?! bapak bosan siakk". yee, tulah yang tertanam dalam palehotak aku bila nama MUZIUM disebut sejak azali lagi -.-

eehhh, apa lebah banyak banyak ni -.- lol. dah pergi MUZIUM LEBAH SEDUNIA memang lah banyak lebah. tak kan rimau pulak dalam tu. ~.~


mula mula aku tengok gambar tu dalam phone aku, "eh bila masa aku amek gambar semut?" -,-' bangang boleh tahan.



mengerikan okay tengok sarang dia -.-'



ikan besor cenggitu pun depa boleh makan. inikan aku yang kecik molek ni. eh xD




dekat bumi tu dia tunjukkan tempat lebah lebah yang ada dekat dunia ni. banyak woo :O




masa tu dalam palehotak aku tak lain tak bukan, "kalaulah lebah tu tetibe keluar, mau dia ngap aku". hakhak. padahal lebah tu dah mati keras kat dalam tu -.-


destinasi seterusnya, aku pergi Bandar Hilir, Melaka. tengok bangunan merah merah tu, bapak jakun gila. maklumlah, first time sampai melaka. hikhik. then pergi menara taming sari.

nampak tak betapa tinggginya menari tu? lebih tinggi dari aku. HAHA -.- lawak hambar.

ketinggian menara yang lebih tinggi dari aku tu membantutkan niat aku yang tak berapa nak berani ni untuk naik. tinggi lah woi. sedangkan bangunan sekolah yang setakat tingkat tiga tu pun aku gayat masa first time naik, inikan nak naik menara yang entah berapa tingkat tu.

kang tak pasal pasal ada scene muntah terkejut pulak karang. naya orang yang nak naik tu. terus kensel sebab takut muntah sama. lol

then jalan jalan dekat bandar melaka. jalan je? no lah. shoping tu semestinya lah kan. rambang mata dibuatnya. semua benda nak beli, last last beli t-shirt sehelai. yang ada lep lep melaka tu. aku memang, tak boleh nampak barang banyak banyak. nanti semua aku nak beli. last last tak tau nak beli mana satu. memang penyakit.


panas woo masa dekat sana. menggelapkan kulit aku yang dah sedia gelap ni. --'

at the end of our journey ialah........ jeng jeng jeng . . . .  MAKAN! my feveret part evahhh. lauk dia sedap gila woo. burpp. kekenyangan aku. dah kenyang, dah shopping, dah gelapkan kulit, so kiteorang pun balik. 

balik kluang, bukan balik JB. aku kalau sebut balik kluang, memang segar lah kan. dapat ler lepak lepak dengan cousin kesayangan aku (kesayangan lah sangat) . Ni kalau jia baca, confirm dia gelakkan aku --' 

hari sabtu baru balik JB. penat toksah cakap. lagi penat bila mengenangkan esoknya (ahad) last cuti. bertambah tambah penat bila isnin sekolah. hakhakhak.

sekian :')

Monday, 4 June 2012

Bila stress..

Assalamualaikum.

menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu terbitan Arbak Othman, stress bermaksud tekanan atau kerisauan akibat ketegangan mental atau fizikal, keadaan sukar dan sebagainya. 
amacam pendahuluan aku? dah boleh jadi sasterawan tak? ahaks.

orang kata stress tu sebahagian dari hidup. nak cakap aku ni 24/7 stress tu takde lah. boleh gila gamaknya kalau tiap hari tiap masa tiap saat stress. agak agak kalau aku tanya golongan mana yang paling banyak stress apa jawapan korang? student kah? orang yang bekerja?  ibu mengandung? 

kalau tanya aku memang lah aku jawab student kan. yolaaaaa, sebagai pelajar sepenuh masa *tak payah nak sepenuh masa sgt lah kan --'* hari hari pergi sekolah belajar itu ini. itu kira okay lagi. balik sekolah cikgu tak pernah lupa bagi buah tangan pencuci mulut segala bagi mengisi masa lapang pelajar *tgn kebahu mata ke atas*. aah. masa lapang yang semakin disempitkan. hakhakhak. 

adakah itu yang dinamakan stress? mungkin ya. mungkin tidak.

kalau buka majalah, surat khabar dan yang sewaktu dengannya bersepah artikel cara menangani stress. tapi aku masih tak faham dengan segelintir manusia yang sihat walafiat dan dikurniakan akal yang sempurna tapi tetap ambil jalan singkat dengan terjun jambatan. tak pun bangunan. final destination. dilututkah otak mereka? hmm. mungkin.

bagi aku takde masalah yang tak boleh diselesaikan. betul tak? baik angguk sekarang, kalau tak aku cekik. kalau aku stress, normally aku MAKAN. makan, makan dan makan sampai aku rasa nak keluar kan balik apa yang aku makan. lol jk. mana ada. orang gila je buat macam tu. aku tak gila lagi. aku makan je lah sampai aku rasa tak boleh makan lagi. 

kawan aku pernah cakap, "kau stress kau makan. bila kau makan duit pun keluar. duit keluar lagi stress". haha. jyeahhhh. memang lah duit keluar macam air, tapi tengah stress kan. what to do. orang kata, 'bila kenyang, hati manyak senang woo'.
betul aaa. wa manyak setuju. bagus juga kalau macam tu. dari terjun jambatan, baik aku terjun dalam lautan makanan. hakhakhak.

ekcely, banyak cara nak menangani stress. terpulang pada individu. jalan terbaik dekatkan diri dengan Allah. minta petunjuk dariNya. Insyaallah. hilanglah stress tu. hati pun lebih tenang. kalau tak hilang 100% pun at least mestilah berkurang kan.


stress tu pun sebahagian dari ujian Allah :')

till end. thanks sudi baca :')
with love, 
saraa ali  

Saturday, 2 June 2012

Merajuk dua saat.

Assalamualaikum.

Tittle post nak mengada ngada lagi mintak lempang kuasa kuda. Bila boyfriend merajuk, kawan merajuk, adik merajuk, abang kakak atok nenek mak ayah semua nak merajuk. Rasa lifeless. Tetiba rasa air bertakung di bibir mata bukan air liur. Kenapa semua mengada ngada ni T.T


Keluar bilik mengharap ada sesuatu yang membuat aku tersenyum. kek coklat kak maria yang ayah aku beli semalam tinggal saki baki. Kelas kau maria. Lantak ah. Yang penting aku lapar. Then masuk bilik layan lagu rock. Semua madah nak lagu English. Perasan mat salleh lettew.


Tiba tiba terkeluar lagu, 'ibuk ibuk bapak bapak semua yang ada disini...,'. Bapak kau lah. Macam mana entah ada terselit lagu ni dekat phone aku. Laju jemari ku menekan button delete. Sorry Inul, lu goyang sensorang --'


Konon konon nak masak makan tengah hari untuk hari ni. *sila perhatikan perkataan diawal ayat; konon konon ye. harap maklum* masak sambal ikan feveret dahku. tapi hajat tak kesampaian. penyakit mim alif lam sin menguasai. what to do.


masa nak lunch, si adik buat perangai. berperang bagai anjing dengan kucing sudah menjadi kebiasaan. jalan terakhir si adik ambil bila dah stress kena marah dengan aku, MERAJUK. dengan pantas meja makan ditinggalkan, masuk bilik lalu "gedeganggggggg". bunyi pintu dihempas. MERAJUK. 


aku memandang dengan pandangan kosong. 'lantak kau lah'. lalu ku sambung melantak sambal ikan feveret dahku dengan berselera. si emak hanya diam. malas masuk campur sebab dah tau perangai anak anak nya.


sumpah aku tak tahan dengan perangai dia yang kuat merajuk. bukan perempuan. tapi lelaki. last last nanti mengendeng dekat aku jugak. mintak itu ini. memang macam ni ke perangai anak bongsu? hanya bertanya. maaf kalau terasa. sekian.

p/s: motip entry aku ? hanya ingin menyatakan bahawa gua stress dengan orang kuat merajuk untuk benda kecik. mmg kirim salam aku nak pujuk -.-

Sekian.

Tuesday, 29 May 2012

Girl's talk.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah cuti sekolah. sambil konon konon buat muka sedih nak tinggalkan sekolah. okay propaganda semata. padahal dalam hati rasa macam nak lompat kijang sebab dah takyah nak mengadap buku, takyah iron baju, takyah bangun pagi pagi. rasa ohsem sangat bila tak perlu nak buat semua tu. 

tapi bila dah cuti mulalah rasa, 'buShaNn nyeWww dudoK dEkat uWmahH'. wadefak -.- bila dah bosan, mulalah plan macam macam idea yang boleh menghapuskan virus bosan ni. dengan rakusnya aku meng-sms ira , *nak jimat kredit so mesej je la*

me: minah, dtg rumah aku jom. ajak pyka sekali.


*satu jam kemudian*


berzaman gua tunggu, rupanya takde kredit nak reply. perangai memang serupa cipan -.-' TERPAKSA lah aku call dia. dah plan baik punya, so mereka pun menghadirkan diri ke teratak indah dahku semalam. *tak payah nak teratak sangat lah kan -.-* masuk masuk je rumah aku, si pyka dengan laju nya mara ke bilik aku lalu duduk depan meja laptop and sit there like a boss. 


muka memasing nak bajet cute.

bila perempuan dah berkumpul, apa lagi. GOSSIPING. hakhakhak. sambil buka fb, twitter, blog, sambil stalk orang, sambil gelak gelak macam nak tertonggeng, sambil usha abe hensem sokmo. sambil membajet cute depan kamera sampai nak retak lens kamera phone aku *okay tu tipu* .ohhh, tiada yang lebih indah daripada itu. 

petang petang main basikal. wuuuu. lama siot gua tak main basikal. keluar rumah terus rembat basikal adik aku. tak tengok kiri kanan dah terjengket jengket aku naik basikal *sebab kaki tak sampai. mountain bike kot -.-*


sekali hamek kau, ada budak budak lepak kat situ. mampus bengang tahap gaban tak boleh nak kata dah. selow selow turun basikal sambil tunduk kan muka sebab budak budak tu dah pandang mcm nak telan org. -.-



sebelum naik basikal kita pose dulu yee. adik adik tu sesaje nak enter frame lettew :P

Then main badminton sampai tak ingat dunia. penat pun dah takde makna dah. yang penting enjoy.


nampak kan ke-eksaited-an ira main badminton tu? sampai orang snap pic dia pun dia tak peghasan. hakhakhak. wa memang suka dengki lu.


muka bapak jakun nak amek gambar. last last macam hape je muka aku -.-


tayar basikal adik aku pancit sebab ira naik. nampak tak konklusi dia? ira gemuk. hakhakhak.
okay aku tipu je sebenarnya. hahahahahaha
*gelak sambil bayangkan muka ira merah sebab tahan marah* xD


malu malu konon nak amek gambar *tangan dibahu mata ke atas*

Like seriously, aku happy gila ah semalam. Nasib baik tak gila. Lol. Nanti bila bila buat muka tak malu datang rumah aku lagi ea kawan. Korang kan memang muka tak malu. Dengan aku je la. Dengan orang lain macam perempuan melayu terakhir. Tak gitu cik kiah. kena mengena -.-


masing masing buat muka like 'kami ohsem. kau ada?' lol

Thanks. Korang ohsem. Sayang korang 


nak jugak tepek muka diri sendiri sambil buat peace -.-
with love ,
saraa ali  

Saturday, 26 May 2012

Cita cita vs kerjaya.

Assalamualaikum.

Bila cakap pasal cita cita, semua orang nak berlumba lumba kejar cita cita. Masing masing dengan cita cita yang kemain hebak tu. Masa kecik kecik, bila tanya pasal cita cita, dengan bangganya cakap, 'cita cita kita nak jadi polis macam dalam cerita Gerak Khas tu'. Tu okay lagi. Ada juga yang dengan eksaitednya cakap, 'cita cita kita nak jadi power rangers. Nak tolong orang'.

Alahai budak budak. Aku pun sama jugak. Pensyarah, doktor, polis semua tu pernah masuk dalam list aku. Cuma nak jadi power rangers tu je lah tak masuk list aku --' Tapi tu dulu lah. Sekarang dah tua tua ni, bila orang tanya 'apa cita cita kau sara?' , aku dengan muka seposen nya jawab 'entahlah'. Baru terasa cita cita tu bukan sekadar di bibir semata. hamboi ayat, kemain -.-


Tapi disebabkan aku ni sedar yang aku dah makin besar dan makin matang, maka cita cita tu perlu juga aku fikir. Naik senak aku bila mak cik mak cik aku tanya 'dah besar nak jadi apa kak?'. Nebess nya aku mengalahkan orang nak kawin. Okay. Tipu.


Firsssssssssssssstt sekali dalam list aku, nak jadi engineer. Yee, kerja jantan. Aku tau tu. Tapi aku minat. Nak buat cemana. Habis PMR, aku dah berkira kira dah, kalau tukar sekolah aku nak amek kejuruteraan. Kalau tak dapat teknologi pun, dapat mekanikal okay juga. Yang wire wire tu. Hape entah. Aku pun tak ingat -.-. Namun apakan daya, tiada jodoh antara kami. Bapak aku pulak tak bagi. Katanya, 'akak tu perempuan, engineering tu kan lasak'.
So, cancel engineering. Babai engineer. Tsk. Tsk.


Next, accountant dan account. Maklumlah, aku ni kalau bab bab duit, segar je mata. Lol, kidding. Aku suka math, aku suka nombor. That's why nak jadi accountant. Tapi, tak dapat pulak kelas account --'. Dapat sains tulen. Acane? Last last, aku cancel juga. Lagi pun, dalam family aku madah semua nak jadi accountant. Takde lah semua, tapi ramai. Haih, takde pendirian tetap betul aku ni.


Lepas tu, entah takde angin takde ribut, takde hujan, aku boleh terpasang impian nak jadi cikgu. Woohooo, Cikgu Sarah. Repeat please, Cikgu Sarah. Hihi. Aku dah berangan, masuk kelas lepas tu ketua kelas suruh bangun. "Semua bangun. Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu Sarah". Nak nak kalau ada cikgu hensem kat sekolah. Terpaut hati, lepas tu kahwin dengan cikgu. Hakhakhak. Jauh kemain gua berangan.


Satu hari tu masa aku blogwalking, terjumpa satu blog ni. Pasal Microbiology. Macam interesting je. Aku pun dengan semangatnya baca lah blog akak NI. Tiba tiba rasa macam, 'eh best jugak microbiology ni'. Ngengada betul -.- Tapi dia kata, microbiology ni kena banyak faham dan Hafal. Lahaiiiii, aku lemah betul bab bab menghafal ni. Sedangkan subjek bio pun nak lulus terkial kial -.-


Tapi aku tanam kan dalam hati *muka semangat*, usaha tangga kejayaan. Kalau kita tak usaha, macam mana nak berjaya. So, aku decide *cewahhh* , nak jadi doktor. InsyaAllah. Kalau lah ditadirkan takde rezeki, mungkin cikgu pilihan kedua aku. Mana tau ada jodoh kahwin dengan cikgu. Eh. 


Till end. Thanks sudi baca ♥



One day, I'll be there. With him 

Friday, 18 May 2012

C.I.N.T.A.

Assalamualaikum.

'Alahai apa ni cinta cinta ni. baru namblas tahun lah'
Famous words yang orang selalu cakap bila dengar 'budak' bawah umur bercinta. kan kan? hey, we are humans. ada perasaan. tapi janganlah sampai abaikan pelajaran.
 alahai sara, kenapa cakap pasal cinta ni. -.-

kadang kadang kita tak sedar perasaan 'cinta' tu datang dengan sendiri. kadang kadang dengan siapa siapa entah kita 'ter' jatuh. bagi aku, umur macam aku ni baru nak kenal dunia. Janganlah baru putus cinta, dah pasang niat 'aku nak terjun bangunan tingkat dua blok depan rumah'. ada akal tak? ada kannn. gunalah akal tu sebaiknya.

Jangan sebab seorang lelaki, hancur seluruh hidup kau. be matured. bila kita jatuh cinta, maknanya kita dah ada satu masalah. masalah kita tak boleh elak. kena hadapi dan kena selesaikan. Perempuan tu mahal harganya. Pandai pandailah jaga diri. Ni tak, baru kena usha 'phewit phewit' dah jatuh cinta. Baru kena ayat, 'cintaku padamu seluas tasik dekat bandar tasik selatan' dah cair. Baru sehari dua kenal, dah berani nak pegang pegang, sentuh sentuh. Yang lelaki, 'eh, tersentuh lah. sorry awok'. Yang perempuan, 'eh takpe takpe. tak kisah pun' *sambil buat muka perempuan melayu terakhir*. Hotak kau lah -.-'

Lepas tu bila dah terlajak, tuduh sana tuduh sini. Cari publisiti, masuk Metro. Then keluar lah scene 'you jump, I laugh'. Lol. Yang perempuan merana, yang lelaki ketawa. Kalau cinta tu berlandaskan agama, insyaAllah tak jadi macam tu. Sebab cinta dalam Islam tu indah. I'm wondering, macam mana orang boleh bercinta lepas kahwin. Tu baru betul sweet. Bukan belum kahwin dah act macam orang dah kahwin. Tu sawit namanya -.-'



Cinta ni universal. cinta kepada Sang Pencipta, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada kawan kawan, cinta kepada guru guru, cinta kepada haiwan, cinta kepada alam sekitar, banyak lagi. Nak list kan satu satu memang tak boleh. Apa apa pun dahulukan cinta kepada Sang Pencipta. Ayah aku cakap, kalau kita cintakan Allah terlebih dahulu, yang lain akan cintakan kita dengan sendirinya. Sekian 

p/s: lagu blog aku best kan? *angkat angkat kening* :D

Friday, 11 May 2012

Hati.

Assalamualaikum.

Kadang kadang perasaan kita sukar untuk dikawal. Adakalanya sedih, adakalanya gembira. Bila sedih, hati kita sakit. Bila hati kita sakit, kita menangis. Menangis dan terus menangis. Sedih dikecewakan. Sedih ditinggalkan. Macam macam. Masa tu baru nak ingat Allah. Terus tadah tangan dan berdoa, 'Ya Allah, permudahkanlah segala galanya bagiku untuk mengharungi ujian-Mu ini Ya Allah'.

Alhamdulillah kalau masih ingat Allah. Nampak tak hikmah disebalik ujian tu. Allah nak kita sebagai hambaNya terus mengingatiNya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Bila aku sedih, kawan aku selalu cakap, 'banyakkan bersabar Sara. Allah uji kau sebab Dia rindukan doa dari kau. Rindukan tangisan kau ketika bersujud padaNya. Allah uji kau sebab Dia sayang pada kau.' Terima kasih, kawan.

Nasihat yang mampu membuat air mata aku mengalir tanpa aku sedar. Manusia dengan masalah memang tak dapat dipisahkan. Bila ada masalah, kadang kadang air mata jadi peneman. Ada masalah, berdoalah. Doa tu senjata mukmin. Sekaligus, hati kita akan dekat dengan Allah. Justeru, peliharalah hati kita. Hati antara anugerah yang tak ternilai daripada Sang Pencipta.

 Sincerely,
Sarah