Thursday, 25 October 2012

SPE-UTM Petrodrive. "Breakthrough To The Excellence"

Assalamualaikum.

setelah sekian lama blog aku menyepi, so hari nak update something yang bermanfaat untuk semua. gituuu kann. selalunya aku mengarut je kalau update. walaupun final exam tak habis lagi, tapi aku tetap gigih nak update. almaklumlah, nanti lupa isi isi penting :3

13 October 2012 merupakan tarikh kejadian. ye ye aku tahu. masa tu tengah mengharungi onak dan duri final exam, tapi aku peduli apa. kahkahkah. sebenarnya benda ni aku tahu sebelum exam lagi. tu yang berkobar kobar nak pergi. konon.

so bila Puan Syazana tanya, siapa cita cita dia memang nak jadi jurutera???? *bunyi cengkerik*. muahaha. mula mula takde feel pun nak pergi bila dengar pasal jurutera. *walaupun minat aku pada dasarnya ialah kejuruteraan*. nak buat acane, gua dah tanam dekat lubuk hati yang paling dalam nak jadi doktor. tak nak lah tukar cita cita di saat genting macam tu. tapi bila cikgu cakap talk pasal Petroleum terus aku rasa macam, "nyesal gua tak angkat tangan tadi".

then a week later cikgu tanya lagi, ada siapa siapa tak yang nak pergi. terus sepantas kuda aku angkat tangan. jawapan yang agak menghampakan bila cikgu cakap, "sara dah keluar dengan saya kan hari tu pergi Persada. bagi lah orang lain pulak". T.T tacink beb bila cikgu cakap macam tu. tapi gua peduli apa. bertambah bersyukur ke hadrat Illahi bila tak ramai yang nak pergi. ada 3 orang je kalau tak salah. dan 3 org tu termasuk aku. so cikgu terpaksa pilih aku. muahahahahaha.

so this is us. :D

sekian lama menunggu, aku ingat benda tu cancel sebab cikgu diam je. rupanya postpone. 




so, here we are. at Universiti Teknologi Malaysia. mula mula pengacara majlis dia speak in english. so aku terpaksa fokus dengar apa dia cakap sebab dia international student. so dia cakap agak laju -.-' 
bila dah boring macam ni lah -.-'

one thing yang menarik minat sesiapa je pasal PE ni atau Petroleum Engineering ialah $$$$$. yes, DUIT. dalam banyak banyak cabang kerjaya sebagai jurutera, petroleum engineer offer gaji paling banyak. just imagine, baru start kerja dalam tangan boleh dapat RM5K. wow ! $.$

tapi kena rajin lah kan. sekarang ni untuk masuk Petroleum Engineering kena ada at least 3.3 pointer kalau tak silap. tapi maybe masa depan maybe nak 4 flat baru dapat masuk. kira dah setaraf dengan medic lah ni. 



so masa dekat sana, kami didedahkan dengan kerja kerja dekat offshore. since we know nothing about it. yelah, aku pun tak tahu apa apa. yang aku tahu kerja dekat platform tu lasak. eh, kira tahu lah jugak tu -.-' nak pergi pun, kena kuat semangat. yelah, mana tahu kot kot kau gayat ke masa naik helikopter tu, terus terjun dalam laut. tak ke haru tu -.-' tapi sebelum pergi offshore pun kena jalani macam macam ujian keselamatan.

one of the test, buat kuak lentang dalam kolam. tapi ramai ramai. alah korang buat bulatan, lepas terapungkan diri sambil tangan tu pegang tangan member. eh tu kuak lentang ke? apa apa je lah. janji dia terlentang. first time aku buat ujian tu masa pergi Endau Rompin. sebelum nak berkayak tu kena buat test tu dulu. takut jatuh dlm sungai nanti takde lah cuak sangat sebab tujuan dia nak bagi balance kan diri masa dalam air. tapi bila aku buat macam tu rasa nak hanyut je. rasa nak tenggelam pun ada. entah berapa gelen air sungai aku tertelan. padahal pakai jaket keselamatan tu -.-'

tu one of the test lah sebelum pergi offshore tu. selain tu latihan kalau helikopter terbalik, macam mana nak selamatkan diri. yang tu aku tak pernah buat lagi sebab belum ada orang nak sponsor aku naik helikopter. tunggulah kalau aku ada jodoh dengan anak sultan Johor, nanti aku mintak helikopter sebiji. 

masa dekat sana kami kena bahagikan dengan beberapa group. aku tak sama group dengan ifa dengan wani. so kena pandai lah bawa diri. so far alhamdulliah group aku best. takde lah konflik ke drama ke. semua cooperate. fasi pun best. paling mencabar, bila kitorang kena buat model platform yang dekat tengah laut tu. agak mencabar sebab first, aku tak kreatif. second, gua tak tahu satu apa pun pasal platform tu -.-'


platform group aku yang macam Eiffel Tower tu. yang siap ada bendera duit RM1 tu senior aku punya group. dalam gambar tu diorang tengah test 'kecekalan' platform tu. agak agak kalau tsunami roboh tak. aah. hiperbola betul. 2 botol air mineral yang penuh dan sebiji batu yang gedabak tu letak dekat atas paltform. jahanam drill rig tu. tahu lah pakai straw je -.- masa nak present depan akak akak dengan abang abang tu tak macam menggeletar pulak an. selalunya bab bab present ni aku lah paling eksaited dalam kelas. tapi bila part ni, tiba tiba aku rasa macam ada berlian pulak dalam mulut -__-

even group kitorang tak menang, tapi at least dapat ilmu yang berguna kan. daripada aku tak tahu langsung apa apa pasal petroleum dan kerja kerja dekat offshore tu, bila balik dah boleh dah cerita pasal mende alah tu semua dekat kawan kawan adik kakak abang cikgu ibu ayah. at least sebagai budak sekolah yang tak pernah belajar pasal Petroleum Engineering.

so overall program tu best. kalau next year ada lagi confirm aku orang pertama jumpa cikgu cakap aku nak pergi. hehehe. tapi........................................... tu tak bermakna aku nak beralih arah kepada kerjaya jurutera. aku dah bulat bulatkan hati aku nak bergelar doktor satu hari nanti. ewaahhhh xD



tapi banyak banyak gambar aku yang amek, gambar group aku jugak yang aku lupa. maklumlah, semuanya pemalu. kahkahkah. tettttttttttttttt :p

sekian, terima kasih sudi baca :)

Wednesday, 3 October 2012

Happy birthday to youuuuuu ~

Assalamualaikum.

ehem ehem, pertama tama sekali hakoo nak mintak maap dengan diri sendiri sebab dah 'ter-update' blog even final exam belum habis. eleh, chill ah esok english je kot. jakgi dapat result hambik kau -.-' okay okay. takmo cerita pasal final. nak cerita pasal birthday someone. *ehem ehem* 

Dear Sunshine,
happy birthday to you, you born in the zoo, your face like kangaroo. happy birthday to you ~~ wuuuuuuu *clap clap* *sure aku kena bang kalau nyanyi cenggini depan dia*

anyway, happy birthday lah weh. saya nak wish depan depan tak berani. nampak awak lalu sebelah, rasa macam tersekat dekat anak tekak je. konon ah kan, dah pasang nawaitu awal awal,

"jakgi dia lalu sebelah nak wish ah *muka exited.jpg*"......................................

tapi angan angan hanya sekadar angan angan *insert sad tone*. gua tak seberani yang engkorang sangka ah. bila dia lalu sebelah je, ketaq lutut ceq hang tau dok -.-

okay now ucapan rasmi dari saya, *ehem ehem*.



Selamat hari lahir yang ke-17. mudah mudahan awak makin cerah, eh salah. mudah mudahan masa depan awak cerah, dapat keputusan yang cemerlang dalam espiem, and dapat jodoh sebaik saya. dalam erti kata lain, ada jodoh dengan saya. eh? hmm apa lagi ek nak bebel. alah senang cerita, mudah mudahan hidup awak senang dunia dan akhirat. aminnn :*


gambar first tu konon macam malu malu kucing parsi gitu ah. ni baru true colour. lelws.

yang crush dekat awak,
Saraa Ali 

Sunday, 30 September 2012

She is amazing!!

Assalamualaikum.

such a long long time I haven't update this blog. quite busy laa. okay jawapan yang sangat qlisye (don't know how to spell) first thing first bila buka je dashboard blog, I was like "arghhhh new interface" *meroyan kejap*. confirm kena study balik benda alah blog ni balik. 

back to the post tittle, "She is amazing". Who is she? definitely not me. hahaha, okay tak lawak. she is......... jeng jeng jeng, Dr. Halina Mohd Yunos. Did she amazing? yes she did! suka suka suka sukaaaaaa sangat tengok dia. natural beauty. and carrier dia sebagai pakar anestesia. and I definitely wanna be like her. Seorang pakar anestesia yang berjaya. Dr. Sarah Ali *angkat angkat kening*.  plus aku suka baca blog dia, Dr. Halina


she is so damn pretty :* 

comel je bila dia cerita pasal anak dia. sambil sambil tu boleh lah feeling jadi bakal ibu sekejap. muehehe. gatal much. sebenarnya aku ni bukanlah dikira sebagai kipas susah mati dia, tapi carrier dia sebagai pakar anestesia yang buat aku lebih exited nak tahu pasal background dia. well, I'm a anaesthetist-to-be. Insyaallah.

nak jadi doktor bukan senang woo, ijazah doktor perubatan je dah lima tahun. plus, empat tahun untuk master. tu kalau nak jadi doktor pakar lah. bila ditolak tambah darab bahagi, almost ten years jugaklah study. haih, bila aku nak kahwin kalau macam tu. hahahahahahha. okay serious. nak seribu daya, tak nak seribu dalih. masa tengah study pun boleh kahwin what. lol, again. stop about kahwin please. -.-

anyway, apa pun yang kita nak, kena disertakan dengan doa, usaha, ikhtiar dan akhir sekali tawakal (DUIT). nak jadi doktor, lawyer, even nak jadi cikgu pun kena disertai dengan D.U.I.T.

and for the next two to three weeks is my final exam week. damn great. I know should turn myself into a nerd, but then I keep playing around with facebook-ing, tweet-ing (and bloging also) instead of studying. haih, macam mana lah nak berjaya macam ni. i've tried my best to make sure the laptop stay far far away from me. tapi tak boleh juga. haih, what to do. not my fault okay. *muka tak bersalah*

so from now on, lepas je update post ni, I'll turned myself into a nerd for my future sake. (lol, ayat tak boleh blah). eh, serious ah. tengah bersemangat ni. so anyone yang terbaca post aku yang ni, pray for my best during my final exam. can ah can ah? :D mudah mudahan semuanya berjalan lancar. amin ya rabbal alamin.

lots of love,
Saraa Ali 

Friday, 14 September 2012

Sepanjang hidupku ~

Assalamualaikum.



bermodalkan tittle yang jiwang habis tu, aku nak story sikit ah pasal life aku sepanjang minggu ni. ewaaahh, nampak tak ke-poyo-an statement tu. macamlah engkorang semua nak tahu pasal life aku tu. tapi sebelum tu, setinggi tinggi tinggi tahniah lah kepada adik adik yang dah lepas UPSR tu. tapi, PMR dengan SPM bakal menghantui hidup engkorang semua. muahaha. okay. serious. berbalik kepada tittle sepanjang hidup ku tu, ekcelly takde ah sepanjang hidupku, tapi lebih kepada life aku sepanjang minggu ni. wa cakap lu, busy habis ah. *walaupun sebenarnya tak busy mana pun*

ISNIN.

first day sekolah setelah sehari bercuti sebab hari sabtu tu sekolah ganti. well, saya memang pelajar rajin sebab datang jugak even hanya sekolah ganti. walaupun dalam hati tu meronta ronta tak nak pergi sekolah. tapi ku gagahkan jua diri ini demi subjek bio dan add math. demm -.- hari isnin, nak kata busy, takde ah sangat. otot otak pun baru nak mengembang. sendi sendi pun baru nak kerahkan tenaga even tak sempat rehat. dan terpaksa stay sekolah balik pukul 4 sebab nak siapkan PLBS bm.

SELASA.

quite a relaxing. haih, madah hari hari relax. chill lah derr, baru hari selasa. pun kena balik lewat jugak. sebab nak settlekan PLBS. masa tu memang rasa macam "eh gua balik rumah siapkan homework lagi baik ah" konon lah. padahal jakgi balik rumah memang katil sedia berkhidmat. propa kau jah.

RABU.

haaaa, ni dah start dah. hari busy sedunia. kelas chemistry 3 masa, ada kuiz. sesak otak sebab apa yang gua baca, itu yang tak keluar. how great -.-' lepas tu kelas biology. straight sampai pukul 2.30. fuhhh, kalau lah otak gua ni transparent dah boleh nampak dah perkembangan beliau dari sehari ke sehari. lepas tu sambung discuss PLBS pulak. cikgu kata kena present 20 minit. padahal gua and the geng praktis lima minit je kot. tu pun dah semput nak cari idea. ohsemm gilewwwww -.-' lepas tu kena jaga koperasi. well, saya jurujual koperasi yang berhemah. ok gua perasan. tau dah.

KHAMIS.

PLBS settle. aku lega. tapi tak boleh lega sangat sebab the end of the class ada kuiz add math. T.T tapi......................... open book test beb! pergh, ni kalau tak boleh score ni tak tau nak cakap apa. bebal tahap dewa dah agaknya. hari tu pun aku kena stay jugak. sebab jaga koperasi. pergh, sepanjang minggu balik lambat. bila sampai rumah lepak -.-

JUMAAT.

hoorrreyyyyyy ! jumaat. actually, ada one thing yang aku suka gila pasal jadual hari jumaat. bukan sebab esoknya cuti. no no no. tapi sebab............. jadual hari jumaat boleh buat aku bertembung dengan Sunshine aku dekat makmal. nanti time kelas dia keluar, kelas aku pulak masuk. so nanti bertembung ah kan. aku pandang dia, dia pandang aku. *mata ke mata, ke hati. hati ke hati, termimpi mimpi* muehehe. konon sweet ah. and sebelum balik, koperasi aku ada buat Jamuan Hari Raya. best wooo, makan freeeeeee. siap balik bawak bekal lagi. sungguh tak reti malu.

hari hari, pergi sekolah, balik sekolah, study, buat homework, bla bla bla. do the same things everyday. tak boring sebab aku ada kawan kawan yang sumpah tak reti diam. yang kalau boleh nak gelak sepanjang masa. dannnnnnnnnnnnnnnnn, dapat jumpa dia, sunshine saya. ehemm, blushing tetibe. hoi, tak payah nak gedik sangat ah. *note to self.


nampak tak kegilaan kami. dalam kelas sibuk nak snap bagai.

Saturday, 1 September 2012

Dear crush versi patah hati ~

Assalamualaikum.



kalau baca tittle je mesti dah ada yang cop sarah ni mengada ngada nak pst entry patah hati bahagi. crush je pun. heh, suka hati hakoo lah. kalau tak nak baca, sila clos tab. bukan apa, takut ada yang termenyampah annoying gila ayam bila baca post aku yang ni. tau tau termelayang segala bakul sampah tepi meja tu. menyampah punya pasal. aah. tu over tau namanya.

*ehem ehem* 
Dear crush.
Hari tu saya post entry bunga bunga dekat blog pasal awak sampai saya pun berbunga bunga bila baca. tapi hari ni saya nak post entry yang tak berapa nak berbunga sangat. beranting ranting mungkin.

hari tu saya nampak satu ayat yang buat saya patah sejuta. billion mungkin. kalau dah patah sampai berbillion billion tu siapa pulak nak sambungkan? hah?! hengkoo ke?! *emo tetibe.

tapi jangan risau, walaupun saya tak ready nak frust terlentang dekat awak tapi saya dah ready dalam tigapatlimanam gugus anggur nak dilempar kat awak kalau saya jumpa awak kat memana. so, sila sediakan perisai.

"You tell yourself you dont like him. And yet every time you think of him your heart swells"

aah. memang saya pandai menipu. menipu perasaan sendiri. depan awak saya buat buat tak kenal. bila jumpa awak saya buat pandai je. konon macam aku-tak-kenal-pun-kau-siapa. kononlah kan. 

tapi dalam hati arghhhhhhhh-johan asari-lalu-depan-aku. motip -.- saya tak tau lah pulak muka awak tu macam johan asari.

tapi sebenarnya macam tu lah dalam hati saya. eksaited gila ayam bila jumpa awak. tapi sekarang...... *duckface* sejak saya tahu hati awak tu untuk orang lain. saya frust gila tahu???!! okay bukan salah awak. 

tapi saya nak jugak tahu siapa perempuan bertuah tu. terasa rasa macam nak lempar dia dengan anggur lima bijik. bukan apa. nak lepas geram. muehehe. lol jk. gua tak sekejam tu. kalau gua kejam, gua lempar durian je terus.
tapi takpe. saya boleh cari yang lain. *rolling eyes*.



so, kepada crush yang telah patahkan hati saya *nampak tak betapa gelinya ayat ni* even saya frust terlentang dengan awak. tapi jangan risau. saya tak kan bom rumah awak dengan bom atom. takkan lempar awak dengan buah anggur. *daripada aku lempar kat kau baik aku makan* tapi saya akan sentiasa ingat yang awak pernah buat saya tersenyum sampai telinga suatu masa dulu *sekarang pun. tapi tak mcm dulu* buat saya rasa macam dunia ni saya yang punya kalau jumpa awak. *ewah kau* .

its okay. saya still ada johan asari. okbai.
sincerely,
hati yang patah sejuta

Monday, 27 August 2012

Stop it.

Assalamualaikum  

Kalau korang rasa tittle entry aku kali ni was like motipp? aku pun tak tau apa motif aku buat entry kali ni. 
usually, time aku tengah busy gila memang kirim salam babai assalamualaikum lah nak update. tiba tiba entah ngigau apa nak update. eh, aku tak paksa baca pun. sebab entry ni lebih kepada luahan perasaan aku je. kira ni entry dua dalam satu. 



Kecewa, putus cinta, frust; thats all are the same feelings. 
perasaan yang mana aku rasa semua orang pernah experience benda tu. normal lah tu kalau kecewa.
tapi yang aku pelik, sometime diorang update dekat facebook, twitter segala just to express their feelings over and over again. and guess what, that kind of attitude buat orang lain rasa menyampah dengan kita. 

tak salah lah nak luahkan perasaan. no no no. aku tak kata salah. sebab aku pun sama. muehehe. tapi yang jadi masalah dan salahnya bila......

"aQuw mEnciXx sEmuA lElakI. LakI sUmEW sAmeW jeRk" . 

tapi beberapa MINGGU sebelumnya....

"iTEww cAYunK sUaMI iTewW kEWtaRT-KeWtarT gIleW. TaKMo aMexX diEW daRi iTewW. iTeWW gIgEt aWUq nRNty".  

kalau korang boleh baca dengan lancar, korang hebat.

and me was like.... *muntah dalam baldi rumah kak kiah* hahahahahaha. diorang tak fikir ke apa yang orang akan kata kalau diorang taip macam tu. hmm, just wondering.
selalu aku nampak macam tu. i'm kinda weird with those people yang macam tak matang langsung tapi umur tu dah boleh kahwin. bak kata bapak aku, kalau kahwin anak berderet.
that one thing yang aku tak faham dan tak kan pernah faham.

another more. cerita pasal frust bercinta sampai nak terjun flat tingkat 12. eleh, tingkat 12 je kot. up lah lagi. 121 ke. lulz. kidding. awak awak awak, bukan awak je pernah frust bercinta.
atok, nenek, mak cik, pak cik, kakak, abang, adik, jiran, jiran sebelah punya jiran, semua pernah frust.

come on. wake up. *tepuk laptop, konon menghayati apa aku taip*. kalau tak nak wake up juga, meh aku buka mata korang besaq besaq. meh. meh. alolo malu pulak. lol jadah -.-

Allah dah tetapkan jodoh kita sejak kita dalam perut lagi. Kalau dia jodoh kita, sampai hujung dunia dia pergi pun dia tetap jadi milik kita. So, redha je lah. 
Tak salah nak bersedih. Aku pun sedih masa frust bercinta zaman muda muda dulu. Eh? xD
Baik lelaki baik perempuan. Dengan ayat rempit tu lagi. Hadoi..... 
Ketawa sampai menangis aku baca. K tipu.

so,in a nutshell, *praktis essay bi untuk spm next year* korang faham tak apa aku nak sampaikan? tak kan. k tau dah. hahahahahahaha *kau ingat lawak ke sarah* okay serious.
sebenarnya, semua ni ragam manusia. well, aku ni jenis yang suka perhatikan orang.

kadang kadang orang cakap aku ni pandang orang macam nak telan. tapi setakat ni tak pernah pulak aku makan orang. aku makan daging kambing je.  

ragam manusia yang aku dan semua orang tak kan faham. tapi kita semua dah besar kan.
bila tengok orang, tengok diri sendiri balik. 
kalau kau tengok orang buat ayat rempit, kau jangan lah ikut sekali. konon berseni katanya. 
kalau kau tengok orang frust bercinta terjun tingkat 12, jangan lah kau ikut terjun tingkat 12 juga. up lah sikit. tingkat 21 ke. lol karang ada surat ugutan bunuh sampai rumah aku sebab ajar orang bunuh diri. gurau k gurau. tak boleh gurau duduk sabah lah. kena mengena -.-

so, takmo emo emo. chill :)


Friday, 24 August 2012

Raya oh raya !

Assalamualaikum.

finally, lepas sebulan berlalu aku terdetik nak menjenguk blog yang bersarang burung tebuan dan segala spesies natang yang bersarang. so, hows raya? pebenda entah sara ni. orang dah dekat seminggu beraya, baru nak wish hari raya. heh, lantak aku lah. blog aku. like i care. *emo tetibe.  okay okay. aku tak emo. 

sebelum tu, ceq nak habaq mai kta hangpa semua, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dekat seeeemuuuuuuaaaa pembaca blog aku *ayat bajet retis, macam ramai je baca blog hengko*. maybe ada terlanjur kata, termengutuk, termengumpat, terkasar bahasa, terkasar taip, *eh ada ke? mintak maap bebanyak lah ye *buat muka comel*. aku tau lah dekat blog aku ni kadang kadang lasernya mengalahkan azwan ali, opsss kau hado? k sorry abang azwan. termengutuk.

best kan raya? mestilah best. apalah kau ni. soalan tak mencabar minda langsung. kalau budak budak mesti lagi super duper eksaited nak raya. maklumlah, kecik kecik dapat duit raya macam dapat duit emas. cuma budak sekarang ni demand kemain. dapat seringgit pun nak merungut. pastu mulalah kata pak seman tu kedekut. *tetibe pak seman* aku dulu dapat limaposen pun dah rasa bersyukur ya amat. adalah sikit terpasang niat nak cium pipi kiri cium pipi kanan mak cik hujung kampung yang bagi aku limaposen tu. cuma tak kesampaian sebab mak cik tu dah suruh aku balik cepat cepat. sampai hati mak cik. T.T

tu antara yang budak budak suka pasal hari raya. siapa je tak suka kalau dapat duit. bila dah besar ni, baru aku sedar raya tu bukan setakat duit. *buat muka suci* . adalah beberapa benda that I like the most during raya. ecehh, speaking pulak.

1. tart nenas vs almond london. normally lah kan, aku kalau datang beraya rumah orang, dua kuih ni yang aku akan cari dulu. kalau dekat rumah aku tu, memang bersusun balang almond london dengan tart nenas. tak cukup rumah sendiri, rumah orang pun aku balun. eh, aku kan kipas susah mati almond london dengan tart nenas. especially tart nenas. so jangan terkejut kalau tart nenas dengan almond london boleh habis sebalang sejurus aku keluar dari rumah tu. aah. senonoh sangat lah perangai tu. tapi biasanya aku cover sikit. adalah aku tinggalkan dua tiga ketul kuih tu dalam balang. takde lah obvious sangatkan. muahaha. 

2. baju kurung. this time lah aku nak borong baju kurung tu. ohsemm gila lah kalau shopping malam raya. dahlah lawa lawa. pergh meleleh gua tengok. rasa macam nak ambik semua je. kalau lah boleh AMBEK JE. tak payah bayar. kalaulah..... tapi this year aku cuma beli dua pasang je baju kurung sebab last year punya baju elok lagi. tak baik membazir. *tangan dibahu mata keatas* korang korang korang yang beli baju duatigapatlimanamtujuhlapanbelasbelas pasang tu tak payah nak jelly kan aku eh. aku transform kan kau jadi jelly karang.

3. duit raya. eh itu alwajibulghunnah. mana boleh tinggal. tapi takde lah sampai nak minta dekat orang kan. kalau dapat duit raya, tu syukur alhamdulillah. tapi yang bestnya bila dah besar ni, nila duit raya yang aku dapat tu pun makin besar lah kan. muahahaha

tu antara sebab aku eksaited nak raya. sebenarnya takde lah eksaited sangat nak raya. lebih kepada nak menyambut je. jenuh juga aku menyeru mood raya ni datang. tak tau lah kenapa susah sangat. so, berayalah leklok ye. kau jangan pelahap sangat makan kuih raya tu sampai senak perut. sampai baca blog aku pun mulut penuh dengan kuih raya. -.-


have a great Aidilfitri ahead. mudah mudahan syawal kali ini lebih bermakna dan bukan syawal terakhir buat kita semua. amin amin amin :')


p/s: takde banyak gambar sebab aku malas nak snap. plus malas nak upload.

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan ♥

Assalamualaikum.

sedar tak sedar kita dah masuk pun bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ni. rasa macam sekejap je masa berlalu kan. tiba tiba dah 1 Ramadhan. esok lusa dah 1 Syawal. eh? puasa baru satu hari dah ngengada cerita pasal 1 Syawal.

kadang kadang bila duduk sorang sorang, terimbau kenangan puasa masa tak cukup umur dulu. kalau masa kecik kecik puasa, ada istilah 'puasa setengah hari'. sekarang, dah besar panjang kau nak istilah 'puasa setengah hari' jadah. tak malu. booo !

kalau dulu masa kecik kecik, curi curi makan time puasa. sambil mak aku sibuk gunting kain kat depan, aku pun menyibukkan diri dekat dapur. buka peti sejuk sambil sedut air coke samnpai setengah botol. hampeh betul. adik adik sekalian, tolong jangan ikut perangai kakak ni ye -.-' 

sekarang bila dah besar nak curi curi makan time puasa macam tak senonoh sangat lah kan. budak umur 5 tahun boleh puasa, tak kan kau yang dah nambelas tahun tak gheti gheti nak puasa. haaaa?! *tetibe emo* -.-'

moment paling best time puasa mestilah bila dapat sahur dan buka sesama dengan family. lagi best kalau dapat berkumpul ramai dengan sedara mara. time tu lah dapat tengok sepupu  sepupu yang dah lama tak jumpa. makan pun lahai sopan kemain. nak nak kalau anak dara tu jumpa dengan sepupu lelaki. kalau boleh sebutir nasi pun tak nak tumpah. konon perempuan melayu terakhir lettew.

untungkan siapa yang dapat berkumpul reramai dengan sedara mara. lagi untung kalau kampung dia sejengkal je. kalau aku ni, nun dekat Perak sana. jauh kemain -.-
so berkumpul dengan family je la. tu pun dah bersyukur sangat dapat bersahur dan berbuka dengan keluarga. esok lusa kalau dah kahwin belum tentu dapat macam tu selalu. *nak jugak masuk pasal kahwin*

so, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, sama samalah kita perbanyakkan pahala, kurangkan dosa. siapa tahu ni Ramadhan kita yang terakhir. kan? kan? 

thanks sudi baca :')



Friday, 13 July 2012

Oh my katak.

Assalamualaikum.

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! *tiup habuk serta sawang dekat blog* -.-' Alahai lamanya aku tak update blog. Bukan apa. Busy kemain lah katakan. Hmm, tiap kali nak update ada aje aral yang membujur melintang golek golek menegah aku daripada update blog. So, apa boleh buat. Pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas. Tetibe ~

Nampak tak tajuk post ni apa? tak nampak 3 jumaat lettew :3 ni bukan nak update pasal oh my english, bukan juga pasal perkataan tittle post aku yang merepek tu, tapi pasal salah satu benda yang aku belajar as a science stream student. Ehem.

ada kena mengena dengan katak jugak. tapi sebelum anda men-scroll kebawah, sila pastikan anda tiada masalah lemah jantung, jantung berlubang, dan yang sewaktu dengannya sebab takut nanti ada yang kojol depan lappy tengok mende alah ni.



"opocot mak aku terkejut". haa kan dah, aku dah remind awal awal. segala risiko tanggung sendiri.

hari rabu, 11 haribulan bersamaan dengan berapa hijrah tak dapat nak dipastikan, aku serta sahabatku dengan gigih nya telah menjalankan kajian ke atas katak atau nama saintifiknya   Giant Neotropical Toad dengan membedah segala isi nya. haha, kajian lah sangat -.-'

sebenarnya aktiviti bedah katak ni untuk one of the chapter dalam subjek biology yang kitaorang belajar iaitu food digestion. in human and in animal. tapi tak kan lah nak bedah manusia pulak kan, kang tak pasal pasal SMKK dapat nama pulak. "Pelajar 4SN1 SMKK bedah manusia untuk tujuan pembelajaran". Tak pasal pasal keluar Metro muka depan. Curlass kau jemahh ==


gigih membedah katak tu. sambil posing.

masa mula mula nak bius katak tu, my reaction was like, 'katak tu lompat nanti macam mana?! dah lah lembik. alamak' lol. lepas Naz bius, aku dengan gagahnya aku keluarkan katak tu dari bekas dia. lembik lembik je badan dia. dah lah licin. --'


langkah pertama nak bedah katak tu. kena be careful. kalau tak, nanti blood capillaries dia terpotong, habis terpancut darah. menggigil siak masa gua nak belah --'


rakan seperjuangan yang sedang gigih membedah. ahaks xD


para saintis dan doktor yang sedang bertungkus lumus. ehem :')


katak group aku yang dah kojol. mati dalam iman.


with my beloved biology's teacher, Puan Wan Hasifah :)


doctor shafinaz, doctor sarah and doctor nadiah. ehem xD


again. saje nak bagi korang saspen. hakhakhak xD


percaya tak bahawa katak tu sebenarnya masih hidup. katak group aku dah kojol awal awal dah --'


motip? ==


aku memang suka menyelit xD


le photographer. miss harslinda haron. ehem xD


--'

amboi kemain rajin budak budak ni. propa je tu. pffft -.-'


alolo, comel je kawan aku ni :3


my classmate :D


sweet ke sawit? haha k. sweet k dorang !

serious wa cakap lu *muka serious*, pengalaman bedah katak tu memang sampai mati aku tak lupa. best gila ! mungkin orang yang takde pengalaman tu akan cakap, 'euwww tak nak ah, geli je'. well, different people has different way. 

pada aku, aku memang suka buat benda ni. kalau tak suka pun, kena suka jugak. kata doctor-to-be kan. insyaallah. one day. 


4SC1 is forever awesome ! *spot me*

sekian. thanks sudi baca :) 
with love,
Saraa ali  



Saturday, 16 June 2012

Dear crush.

Assalamualaikum.


Hari tu saya nampak awak. tiba tiba hati saya rasa semacam. dan tiba tiba jugak saya senyum sorang sorang. saya perhatikan awak jalan sampai saya tak sedar saya senyum sorang. sampai saya kena sound dengan kawan saya, 'kau gila kape senyum sorang sorang?'. hakhak. malu doe.

sejak hari tu awak jadi crush saya. tiba tiba jugak saya ngada ngada nak layan lagu selow-melow bila teringat kat awak. ni tengah main kan lagu ongbak ghindu lah ni. haha. k tipu. wa tak layan lagu selow-melow lah der. wa rock. and pelase pelase please rasa diri awak tu bertuah. at least bangga jadi crush saya yang kiut ni. eh. sila lempang saya laju laju. saya tau saya masuk bakul angkat sendiri. xP

setiap hari saya bangun pagi, otomatik saya teringat kat awak. haih, jin toncit mana awak hantar kat saya ni yang buat saya ingat awak je manjang. bila datang sekolah, orang pertama yang saya cari ialah, awak. sila terharu lagi sekali wahai crush :3 tiap kali saya ingat awak buat chicken dance masa pergi kem, mesti saya senyum sorang sorang. aah. saya memang suka senyum sorang sorang. nanti short jugak wayar otak ni. lol jk jk. saya sihat lagi lewww :3 cumaaaa chicken dance tu buat awak nampak.............................. comel *tutup muka* 

saya suka skodeng awak senyap senyap. hakhakhak. eh skodeng awak tengah jalan ah. bukan skodeng apa. lu jangan nak pikir bukan bukan. wa tembak lu karang. selagi saya tak nampak awak, selagi tu saya akan cari. well, awak kan sunshine. sunshine kena terangi hari saya. kalau saya tak nampak sunshine, macam mana hari saya nak terang. hikhik. ngada lettew.

awak, ingat tak masa cuti hari tu? confirm lah tak ingat kan. k tau dah. saya nampak awak kat depan rumah saya main sofbol. ekcely, saya tengok awak senyap senyap sebenarnya. haha sengal. and that moment masa awak dengan  kawan kawan awak yang terjal gila babeng tu gelakkan saya masa saya hampir nak jatuh basikal. HAMPIR NAK JATUH. BELUM JATUH LAGI. TAKE NOTE. aah. memang kuang hajo namanya tu gelakkan haku. sumpah malu gila. wa tak perasan lu ada dekat situ T.T

malu tapi mahu. eh. tetibe. malu tapi suka. suka sebab masa cuti saya terisi dengan kehadiran awak. ececeh. gediks nya ayat. tiap hari saya fenfelling lagu hindustan sambil jejoget goyang goyang badan perasan macam aishwarya rai dengan shah rukh khan dalam cerita mohabbatein tu. suwit ke tidok. hmm, ni macam mengada ngada kuasa patratusnampuluhribu dah ni.

"what happens when he's your prince charming, but you're not his cinderella"

sangat menakutkan bila baca statement tu. tapi yang saya tahu, awak takde gf. sebab awak ni pemalu. kata kawan awak lah kan. tapi yang saya nampak awak ni macam tak malu je. hakhak. lol jk. lagi pun, saya crush dekat awak je. crush tu maknanya saya suka dekat awak. tak bermakna saya cintakan awak. no no no. not yet.

sekarang, saya nak mengaku kat awak. saya memang suka dekat awak. dulu, kini, dan tak tau sampai bila. *bukan dulu, kini dan selamanya* teruskan lah buat saya tersenyum dengan kehadiran awak di mata saya walaupun awak tak tau yang awak dah buat someone happy. walaupun kadang kadang saya reject awak diam diam, *especially the way awak jalan* tapi saya peduli hapee. yang penting saya happy. tak gitu cik kiah? tetibeee.

and even saya tau yang awak tak kan baca entry saya esok, lusa dan seterusnya sampai dah punah habeh entry ni, tapi saya nak tetap cakap kat awak yang awak crush kedua saya selepas Johan Asari. Kbai.

*aah. entry ni entry syok sendiri sebenarnya. hadee haku kesahhh xD

enjoy your reading :') 

Sunday, 10 June 2012

Cuti? aah. cuti kot.

Assalamualaikum.

berdasarkan tajuk, korang boleh simpulkan yang aku tak tau nak bagi tajuk apa untuk entry ini. aah. bukan tak tau, tapi malas nak fikir.

cuti masuk minggu kedua barulah aku pergi holiday sakan. sakan tak sakan lah. yang penting aku enjoy. hari khamis pergi Bangi rumah mak ngah. sebab nak jumpa wan (nenek aku). hari sabtu tu kensel balik Perak sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. tsk tsk. lama woo wa tak balik Perak.

tapi balik kejap je. satu malam dekat bangi. jumaat balik JB. eh no, singgah Kluang dulu. Kampung belah bapak aku. *takde lah kampung sebenarnya -.-*  masa nak balik terasa sebak tetibe. salam Wan. cium Wan. bila lah nak jumpa Wan lagi T.T

then on the way balik, kami singgah Melaka. ooo yeahh. first time derr wa sampai melaka. terasa ke-eksaited-an aku melonjak lonjak tahap maksima. destinasi pertama aku, muzium lebah sedunia. nama pun muzium. first first dalam paleotak aku, "huh pergi muzium?! bapak bosan siakk". yee, tulah yang tertanam dalam palehotak aku bila nama MUZIUM disebut sejak azali lagi -.-

eehhh, apa lebah banyak banyak ni -.- lol. dah pergi MUZIUM LEBAH SEDUNIA memang lah banyak lebah. tak kan rimau pulak dalam tu. ~.~


mula mula aku tengok gambar tu dalam phone aku, "eh bila masa aku amek gambar semut?" -,-' bangang boleh tahan.



mengerikan okay tengok sarang dia -.-'



ikan besor cenggitu pun depa boleh makan. inikan aku yang kecik molek ni. eh xD




dekat bumi tu dia tunjukkan tempat lebah lebah yang ada dekat dunia ni. banyak woo :O




masa tu dalam palehotak aku tak lain tak bukan, "kalaulah lebah tu tetibe keluar, mau dia ngap aku". hakhak. padahal lebah tu dah mati keras kat dalam tu -.-


destinasi seterusnya, aku pergi Bandar Hilir, Melaka. tengok bangunan merah merah tu, bapak jakun gila. maklumlah, first time sampai melaka. hikhik. then pergi menara taming sari.

nampak tak betapa tinggginya menari tu? lebih tinggi dari aku. HAHA -.- lawak hambar.

ketinggian menara yang lebih tinggi dari aku tu membantutkan niat aku yang tak berapa nak berani ni untuk naik. tinggi lah woi. sedangkan bangunan sekolah yang setakat tingkat tiga tu pun aku gayat masa first time naik, inikan nak naik menara yang entah berapa tingkat tu.

kang tak pasal pasal ada scene muntah terkejut pulak karang. naya orang yang nak naik tu. terus kensel sebab takut muntah sama. lol

then jalan jalan dekat bandar melaka. jalan je? no lah. shoping tu semestinya lah kan. rambang mata dibuatnya. semua benda nak beli, last last beli t-shirt sehelai. yang ada lep lep melaka tu. aku memang, tak boleh nampak barang banyak banyak. nanti semua aku nak beli. last last tak tau nak beli mana satu. memang penyakit.


panas woo masa dekat sana. menggelapkan kulit aku yang dah sedia gelap ni. --'

at the end of our journey ialah........ jeng jeng jeng . . . .  MAKAN! my feveret part evahhh. lauk dia sedap gila woo. burpp. kekenyangan aku. dah kenyang, dah shopping, dah gelapkan kulit, so kiteorang pun balik. 

balik kluang, bukan balik JB. aku kalau sebut balik kluang, memang segar lah kan. dapat ler lepak lepak dengan cousin kesayangan aku (kesayangan lah sangat) . Ni kalau jia baca, confirm dia gelakkan aku --' 

hari sabtu baru balik JB. penat toksah cakap. lagi penat bila mengenangkan esoknya (ahad) last cuti. bertambah tambah penat bila isnin sekolah. hakhakhak.

sekian :')