Friday, 13 April 2012

Diari seorang aku.

Assalamualaikum :)


lama rasanya tak post entry baru dekat blog ni. semuanya disebabkan ke-busy-an tahap kritikal yang tak mampu dibendung. pergi sekolah, belajar, pergi kelas tambahan, stay sampai petang, balik sekolah, buat homework, tweet 'sekejap' -.-'

rutin harian yang membosankan. *kecuali part tweet* sampai kesudah, lupa tentang kewujudan blog comel aku ni.
________________________________
*gedebuk* Kereta ku dilanggar dari belakang. Aku terkejut. Panik seketika. Habis bumper kereta Totota Harier yang aku baru beli remuk. Lampu belakang tu pula pecah.

'Ni tak boleh jadi'. Pemandu yang melanggar kereta aku dari belakang keluar dengan keadaan panik.

"Cik, saya minta maaf. Saya betul betul minta maaf. Rosak teruk ke kereta cik ni?".
"Awak ni tak reti bawa ke......... reta ke?!" Aku terkesima. Eh dia lah.

"Err, awak rasa kalau bumper belakang ni remuk, lampu ni pulak pecah, cukup teruk tak?" Aku loyar buruk. Salah satu cara untuk aku menghilangkan perasaan gugupku.

"Saya minta maaf cik. Saya betul betul tak sengaja. Macam ni lah, apa kata cik hantar kereta cik ni pergi bengkel. Kos baiki kereta ni saya yang bayar."

"Banyak lah awak! Habis macam mana saya nak pergi kerja. Awak nak hantarkan ke?!" Aku membentak. Dia semakin rasa bersalah. Aku tersenyum di dalam hati. Comelnya muka dia bila serba salah. Aku mengambil kesempatan mengamati wajahnya dalam diam. Tiada yang berubah. Masih sama seperti dulu saat dia meninggalkanku. 

"Macam ni lah, cik bawa kereta cik ni pergi bengkel sekarang. Saya ikut dari belakang. Rasanya masih sempat lagi kalau nak tukar lampu belakang kereta cik ni. Kita pergi bengkel hujung jalan sana tu."

"Habis bumper tu macam mana pulak?" Suaraku tidak lagi membentak seperti tadi.

"Hal bumper tu kita selesaikan esok. Yang penting lampu kereta cik tu. Bahaya bawa kereta takde lampu belakang waktu malam. Nak nak cik ni perempuan. Lagilah bahaya." Keprihatinan dia membuat hatiku semakin berbunga. Masa sekolah dulu, jangan kata senyum, suara dia pun payah nak dengar. Bercakap dengan perempuan lagilah payah. Itulah yang membuat aku terjatuh padanya.

Aku memandu keretaku ke bengkel di hujung jalan. Dia ikut dari belakang. Senyuman tak lekang dari bibirku. Membayangkan dia. Penuh kesantunan. Sangat menjaga batas antara lelaki dan perempuan. Dia yang pernah singgah di hatiku suatu ketika dahulu......

Aku membiarkan dia berurusan dengan pekerja bengkel. Kebetulan pemilik bengkel tersebut merupakan kawannya. Jadi, senanglah sedikit urusan kami.

"Semua urusan saya dah selesaikan. Pekerja tu kata dalam masa satu jam selesailah. Lampu dia pasang, bumper kereta tu pun dia betulkan. Cik boleh tunggu sejam?"

Aku terdiam. Satu jam lama tu. Aku bermonolog. Melihatkan kesungguhan dia membantuku, aku berusaha mengukirkan senyuman seikhlas yang mungkin.

"Bolehlah. Senang sikit kalau semua dah selesai malam ni."

"Sementara menunggu tu, boleh saya belanja cik makan? Dekat restoren depan tu? Sebagai tanda maaf saya." Dia bertanya. Aku terdiam.

Melihat keadaan ku yang 'seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa' dia bersuara. "Kalau cik tak nak takpe lah. Saya tak paksa."

"Errr boleh lah. saya pun belum makan lagi." Aku terpaksa berbohong. Walaupun aku sudah kekenyangan, namun aku tetap berusaha untuk menjaga hatinya. Kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Kami jalan beriringan ke restoren berdekatan. Setelah memesan makanan, kami membisu. Masing masing terkelu lidah untuk memulakan bicara.

Beberapa minit kemudian, dia memulakan perbualan...

"Oh ye, kita ni berbual dari tadi. tapi tak tau nama pun. Saya Farouk. Awak?"
"Saya Sarah." Jawabku sambil tersenyum.

Lalu 'bermulalah perkenalan' kami. Ye mungkin bagi dia, aku merupakan kenalan barunya. Tapi tidak bagiku. Dia merupakan kenalan yang pernah mengisi hatiku suatu masa dahulu. 'Kenalan' yang tak pernah luput dari ingatanku walaupun dia telah pergi jauh tanpa aku tahu keberadaannya....
_____________________________________
Andai semua itu berlaku, aku akan menjadi insan paling bahagia.
Sayangnya, itu semua hanyalah khayalan semata.

Saturday, 31 March 2012

lovely day ~

Assalamualaikum. *ehem ehem* Hari ni kat SMK Kempas ada mesyuarat PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang. akhirnya berakhir jua penantian dahku yang penat menanti -.- eksaited gila nak pergi. kalau orang lain dengar je mesyuarat PIBG mesti awal awal dah set kat palehotak tu, 'hek eleh, baik aku ukur bantal kat rumah lagi bessssh.' alang alang tu pakat dengan mak bapak tak yah pergi. buang masa katanya. 

motif sebenar aku pergi mesyuarat PIBG tu sebab ada Majlis Anugerah Cemerlang. *wuuuuuuuu* and and and dapat jumpa dengan kawan kawan iteww yang dah merantau kemain jauh. hakhak. jumaat malam sabtu je dah rasa masa kemain lambat berlalu. adoi, cepatlah masa berlalu -.-'

dan, hari yang ditunggu tunggu telah menjelma jua. mula mula pepagi tu daftar, lepas tu jumpa kakak pemes aeinaa zuhry yang sudah pun melanjutkan pelajaran ke MRSM Pasir Gudang. eksaited je dengar dia ceghita pasal itu ini begitu begini dekat mrsm tu.

*peaceeee* *sambil buat muka tercomel abad ini*

sekian lama ternanti nanti, akhirnya muncul jua minah gendut yang semakin gendut ni. ahaks.

muka ira ni macam mintak tangan kuasa patribunamratustujuhpuluh je. tapi masih kiut. -.-

dan akhirnya, setelah kemain lama menunggu ketibaan mereka semua yang ohsem ohsem belaka. yee, saya memang suka menunggu. tetibe ~.~

dari kiri, liana, zaimah, hazira, shafinaz *baju hijau*, dleen, dan aeinaa.

aktiviti seterusnya, sementara menunggu mesyuarat PIBG yang entah bila nak habis tu, lensa kamera sudah menanti untuk menangkap gambar kami yang serba gojes lagi ohsem *cough* *cough*.

alahai sopannya kawan kawan aku. *tangan didada, mata keatas*

muahaha. kak yong marah beb. lol xD

wa yang sayang lu la minah. :D

with mrs. shy. *loya tekak aku* hakhak.

yang ni pulak dengan diva dleen ohsem *saje bodek* yang tak pernah berhenti mengarut. kalau cakap dengan dia mesti ketawa tak ketahuan punca. saya akan rindu saat detik minit kita bersama. *wipe tears* tetibe ~.~

antara mereka bertiga, aku yang ter-rendah dan ter-comel. hakhak. k diam.

muka zai macam baby doll ah. hikhik.

muka bangga lepas dapat hadiah. wuuuuuu ~

mummy rogayah yang serba sempoi, serba sporting, serba apa lagi? serba serbi lah :D

Kami bangga jadi pelajar SMK Kempas :')

aku gila kuasa. duduk depan sekali. so? xD

want some? xD

dah terbeliak dah biji mata korang kan tengok kawan kawan dahku yang serba gojes tu. cukup cukuplah tu. anyway, I'm gonna missssssss all of you bebeyh. rasa cepat sangat masa berlalu, tau tau mak aku dah ajak balik :'( ye, masa sangat mencemburui kita.

setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. namun, tak semua orang mampu untuk menghadapi perpisahan tersebut. redha dengan ketentuan Allah, kerana Dia Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Nya :')
Wassalam.

Monday, 26 March 2012

Today Without You #2


Assalamualaikum and hyeeeee *wave hand*. hari ni nak menaip dengan penuh semangat wajanya. sebelum tu, korang mesti pelik baca tajuk tu an an. so, nak mematikan kemusykilan korang tu, kena baca dekat SINI dulu. baru korang faham. pergi baca cepat !

dah baca? motif aku suruh korang baca? -.- sebab..... aku dapat mandat daripada Puan Sri Nurharslinda Haron untuk sambung story tu. *linda, chill okay* xD
___________________________
hari ni hari kedua Aeinaa takde dengan kitorang. seriously, miss you like a miss song bebeyh -.- aku rasa an an an, linda pun dah berjangkit sawan babi naz tu lah --' nadia lagi lah.  mesti antibodi si linda tu tak kuat ni. lain kali makan antibiotik banyak banyak eh linda. takdelah aku rasa terancam. k mengarut -.- diorang bertiga ni an dah boleh hantar pi hospital permai dah. bila bila je aku boleh tolong hantar kan. muahaha. aku dengan nadd sihat walafiat lagi. takde tanda tanda jangkitan dan virus kegilaan tu lagi. hakhak.

waaaaaaaaaaaa :'( kenapa semua benda yang kitorang buat mesti ingat dekat kau. tadi an masa kelas biology, cikgu hasifah pun cakap, 'rindu aeinaa ea?' soalan yang mencengkam lubuk hati kami yang paling dalam. *over* sentimental betul kalau sebut nama kau. lepas tu, cikgu duduk dengan kitorang, cerita cerita pasal kau. cikgu cakap, masa kau nak pergi tu kau nangis.

eh, biology dah nak masuk chapter yang bedah bedah katak tu laa. chapter yang kau tunggu tunggu selama ni. masa cikgu cakap dah nak masuk chapter yang tu, kitorang terus teringat kat kau. 'kalau aeinaa ada......' k those three words selalu kitorang cakap bila gosip.

masa rehat, nadia, nadd, naz dengan linda jumpa mama kau. aku tak ikut sebab pergi amek buku laporan pengawas. mama kau cakap, dia nak kau berdikari. so, kau kena buktikan pada mama kau dan kitorang yang kau boleh berdikari macam yang mama kau harapkan k sayang :') don't worry, kitorang sentiasa support kau dari belakang.
that's all for today. take good care of yourself sweetheart 

Friday, 23 March 2012

If I let you go.

Assalamualaikum. Title kalau boleh nak jiwang lagi an. -.-
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tapi tak semua orang boleh terima perpisahan tu. Tak sama sekali. Same goes to me. *wipe tears* k tetibe wipe tears --'
Tak sangka sangat kawan aku yang paling kecoh paling happening sampai selalu buat aku pening nak pindah. Serious, tak sangka.


Memula dapat tau dia nak pindah, 'eh betul ke' 'propaganda kah semua ini?!' k yang ni over.
Masa kat sekolah, segala galanya bukan propaganda semata. serious ah, takmo gelak. aku sedih ni. :'(


Aeinaa Shida Zuhry. First time kenal dia masa dekat orientasi tingakatan 1. Masa tu, suara dia pun keluar segan segan silu je. Bila masuk kelas, keluar segala galanya. Siapa siapa yang tak kenal dia mesti cakap dia annoying, gedik, kecoh and so on. Tapi bila rapat dengan dia semua persepsi negatif tu akan bertukar dengan sendirinya. Dia memang awesome.


Almost four years kawan dengan kau, kenal dengan kau, kau bukan macam yang orang lain sangka. Kau selalu jadi diri kau sendiri. Biar apa orang kata, kau tak kisah. Nanti kalau kau takde, mesti meja kita tu senyap je. Aku, nad, nadiana, linda dan naz terutamanya akan jadi pelajar yang pendiam lagi senyap bila kau takde. Dan semua cikgu akan terkejut melihat perubahan drastik kami. O.o *ayat TBB* Dah lah kau selalu buat aku ketawa masa tengah buat kerja.


Aku mintak maaf banyak banyak banyak kat kau kalau aku buat salah kat kau, buat kau sentap bagai, buat kau marah, sakit hati. Aku tak pernah ada niat nak buat kau marah. Serious, aku sayanggggggggg kau sangat sangat 


Kau jaga diri elok elok eh. Kat sana kau jangan cari kawan baru. JANGAN. hahah kejam kan aku. Lol. Belajar pun kena fokus. Tunjukkan identiti seorang pelajar MRSM. Hikhik :p Tapi besar harapan kitorang kalau kau balik SMK Kempas balik. Kau nampak tak tu. aku BOLD lagi. BESAR. --'


Take good care of yourself aeinaa :')

Lots of love, your BFF
Saraa Ali❤  

Thursday, 15 March 2012

endau rompin.. wuuuu!

Assalamualaikum. *cough* *cough*
Wuuu wuuu dah cuti ah. K over. Dah hari khamis kot saraaaaaa! 
Pembukaan cuti aku ialah Taman Negeri Endau Rompin. Masuk hutan tuu! Eksaited gegila.


Trip ni untuk student yang amek subjek biology. Kelas aku dalam 10 orang yang pergi. Yang lain tu senior form 5. Kami kena buat group untuk selesaikan tugas yang akan diberikan masa dekat sana. Group aku ada 4 org. Nama group aku ialah *drumroll* FAFAYIDIB. Wuuuuuu *clap clap*
Lolol. Mesti korang cakap 'jadah menda Fafayidib' tu. Hek eleh, suka ar nak letak nama apa pun. group aku an. hahaha :p

Muka membajet cute sebentar. Lol

Sabtu, 10 Mac.
Sebelum bertolak cikgu bagi taklimat sikit. SIKIT OKAY. Biasalah, nak masuk hutan kan. Taklimat tu penting. So, semua kawan kawan mem-bajet fokus. ahahaha!. 

Sebelum naik bas. Muka linda dan aeinaa nampak sikit. Kamera tu kecik sangat. Lol

"eh alamak , paparazzi nak amek gambar aku", agaknya tu kot yang nad nak cakap. hahaha!

Me lahhvvv this photo much ♥

*woot woot* motif? -.-

Berapa jam dekat dalam bas tu tak sure pulak. Yang pasti aku dah macam apa lah kan. Pening pening, loya lagi. Nampak sangat tak pernah naik bas. K tipu~~ 

Kawan kawan saya gojess. lalala ~

gambar ini hanya rekaan semata dan tiada kaitan antara yang hidup dengan yang mati. kena mengena -.-

masa ni berhenti makan dekat bandar mersing. berposing itu harus bagi kami ye.

Paling awkward, bila dah sampai Endau, *tapi belum sampai chalet dia* kita orang kena menapak mendaki dua ke tiga bukit. Motif? Bas semput. -.-
Sangat kewl kan. Agak agak makin langsing lerr iteww. Lol 

dalam penat mendaki, sempat lagi snap snap. haha, apa ada hal.

hikhok. xD dah sampai chalet :D

Hari yang sama kitaorang kena jungle tracking. Notice that ! JUNGLE TRACKING DI DALAM HUTAN. K sara, tak payah nak capslock sangat lah kan -.- Dekat dalam hutan ada penemuan baru yang tak berapa nak baru sangat iaitu...... PACAT !!

my lovely pacat. pandai pandai lah korang zoom yee :D

Mula mula masuk hutan tu, mata ke bawah jee. kenkonon nak make sure tak kena gigit pacat laa. KONON KONON !! Bila dah sampai tengah hutan, hambek kau !! Pacat keliling kaki weh !! Dia tengah beronok ronok nyanyi, " inginku gigit gigit kaki kaki mu" . lol
Bila dah kena gigit, semua nya madah nak mengilai macam hape lah *aku lah tu*

Mana tak nya, first time weh jumpa natang tuu. Dekat kampung aku walaupun banyak, tapi setakat ni tak pernah pulak dia menjelma depan aku. Habis je jungle tracking, jumpa air terjun. And me was like, 'wooo air terjun. wuuuu', k jakun gilaa. Tapi tak boleh mandi sebab air deras. baru lepas hujan. Tak mandi air terjun, air longkang pun boleyyy. Nak kata longkang pun tak sangat laa, sebab punca air dia dari sungai.

So da siap bersihkan badan, berjalan jalanlah kami balik ke chalet. masa tu dah maghrib. Seram woo ~ Kiri kanan pokok madah nak lebih tinggi dari aku. Lololol. Sampai chalet, takde eletrik !!!! Bergelap laaa T.T nsib baik abe abe tu bg lilin. Malam ada night walk. Tapi aku tak pergi. Tak larat la woi.  Mengada kan. K................

Ahad, 11 Mac.

Hari yang ditunggu tunggu!!! Ada aktiviti water confident dan berakit!! Wuuuu~~~
Masa berakit tu an an an an, kitaorang punya rakit bocor. Tapi, takpe. Kami gagahkan juga kudrat kami untuk mendayung. Lol, ayat tak boleh pergi. Habis berakit, kitaorang mandi air terjun. *yang tak berapa nak terjun* Walawehhhh, manyak syiokk ah. xD

Main terjun terjun. Entah berapa gelen air yang aku telan, masuk daripada pelbagai sumber. -.-. Habis mandi air terjun, balik bilik. Mandi kat bilik air pulak. Kemas kemas baju. Bersiap sedia nak balik. Oooo yeah ~~

Dalam bas, aku pengsan. Masa ni, nikmat nya kalau dapat tidur atas katil. Sampai rumah, dekat pukul 9. Totally, memang besttt ah trip ni. Dan pacat pacat kat endau tu dah bagi kenangan manis kat kami. Thanks for the love bite wahai pacat's. *ada 's' sebab banyak. Lololol.* 

kamera ni hanya pleasing semata. linda, cool k. xD

That all. Enjoy your holiday :)

Wednesday, 7 March 2012

That moment..

Assalamualaikum. Hari sabtu lepas aku pergi kem kepimpinan kokurikulum bertempat di savannah hill. ekcelly, aku ni takde lah pegang jawatan dalam apa apa persatuan pun.
sesaje gegedik nak pergi.

hari sabtu berkumpul dekat sekolah dulu. ada ceramah *sesi kegemaran* dan LDK (latihan dalam kumpulan* kitaorang kena buat kertas kerja untunk persatuan. group aku buat kertas kerja pasal lawatan sambil bergotong-royong di rumah orang orang tua. niat suci lagi murni gituu. lol

bila sampai masa presentation, group kitaorang paling kecoh. berdekak weh. nak nak bila cikgu cakap "saya rasa kertas kerja awak ni sesuai untuk pergi rumah anak yatim lah. kau nak pergi rumah orang tua, tapi siap buat aktiviti karaoke, sukaneka bagai. nama pun orang tua macam manalah diorang nak buat aktiviti macam tu."

masa tu satu library dah gelakkan kitaorang. nasib baik bukan aku yang present. bhahaha.
masa aku tengok tentatif program tu, aku tak terfikir pulak semua tu. sengal -.-
tak pasal pasal group aku dilabel group warga warga emas karaoke. sangat kewl kan ~


*cantik kan ? wuuuu wuuuu ~ *

pukul dua petang bertolak pergi savannah hill. sampai sampai je, ya Allah ! cantik gila weh. terasa macam di Paris gituu. k tetibe ~
hari tu banyak ceramah je. sumpah bosan. tapi bila malam, ada penceramah jemputan tu, yang best. ceramah dia awesome beb ! bayangkan aku yang duduk belakang sekali boleh fokus betul betul. cool gila kan. penceramah dia pun comel. lol

second day.
hari yang ditunggu tunggu. ada aktiviti rentas halangan. sebelum start, warm up dulu. 
masa checkpoint satu dengan dua, okay lagi. sampai cp tiga, mak oi. masuk paya pulak -.-
okay lah sangat ~.~ dah masuk paya, bau dia mestilah semerbak harum kan.


*semangat gila an cikgu aku. Malaysia Boleh !!*


*masa ni budak lelaki buat warm-up. sila jangan gelak -.-*

tu okay lagi, cp yang entah keberapa entah *serious tak ingat* kitaorang kena denda golek golek atas padang selama seminit. mula mula tu adalah fenfeling citer hindustan kejap -.-
tapi hambek kau nak feeling sangat kan, dah macam orang mabuk aku dibuatnya.


*eh, sape tu? -,-*

dan cp yang selepas lepas lepas nya, aku dah macam sayur terlebih layu. ditambah dengan feeling ala ala nak muntah tapi jadi. -.-
setelah bertungkus lumus merentasi halangan demi halangan, cubaan demi cubaan *amboi ayat* sampai jugak dekat cp terakhir. masa tu aku cuma fikir bilik air bathroom bilik air bathroom.

semua peserta kem yang kena golek golek tu kena gatal gatal satu badan. semua. masa tu aku tak kena lagi. masa makan semua bantai garu sana sini. bila orang tanya, 'eh sara kau rilek je, tak gatal ke badan kau' . dan aku menjawab dengan penuh yakin, 'tak pun.' 
paling teruk, ada yang kena sampai muka sekali. 

kitaorang bertolak balik dalam pukul dua lebih. sampai je sekolah, aku dah rasa macam nak menari pun ada. eksaited lerr kenkonon. bila ayah aku sampai, masuk je kereta, 'eh apa ni gatal gatal' demmit. depa mai dah. aku pun tak terkecuali mendapat penangan gatal gatal tu. bintik bintik kecil comel tu semakin bermaharajalela dikulit mulus ku ini. lol

mula mula sikit sikit je tau. esoknya nak pergi sekolah, hambek penuh satu kaki. tsk tsk tak pergi sekolah aku jawabnya. T.T

totally, kem ni memang superb lah wa cakap lu. *k over* pengalaman baru berendam dalam paya, golek golek ala ala hindustan dan diserang bintik bintik sampai aku dah macam beruk tergaru sana sini memang aku tak kan lupa. mana boleh lupa. 




*cari perbezaan gambar gambar tersebut. lol*

dan dan dan....... aku dah tau buat kertas kerja. lol. kbai :p

p/s: gambar gambar tu aku rembat je dari fb peserta kem tu. hewhew. 

Monday, 5 March 2012

tutorial dan tutorial dan tutorial.

Hai dan assalamualaikum. *berfikir sejenak nak taip apa* Nampaknya otak dan jari jemari aku  dah tak sehati sejiwa lagi. Semuanya punca daripada tahap kesibukan kuasa patratusnampuluhlima yang tiada henti seperti bullet train dekat Jepun tu ~

K gua rasa macam agak lifeless sebab ke-bizi-an yang dah melampaui batas. Motif aku bebel semua ni pada perenggan pendahuluan yang tak berapa nak dulu? errr sememangnya isi tiada kaitan dengan pendahuluan. straight to the point sara.

Nowadays memang dah berlambak gila tutorial pakai shawl kan. Kau search je dekat memana mesti jumpa punya lah.Tak jumpa pergi nyorok bawah kerusi sana. Haha. Baguslah buat tutorial, share ilmu dengan orang ramai. Siapa kata salahkan. 

Cuma kau buat tutorial untuk pakai shawl, dengan kata lain bertudung. So, kalau bertudung tu mestilah tutup aurat kan. Abes yang dok tayang leher ala-ala leher zirafah yang kenkonon jinjang *jinjang ke jenjang* tu, cek nak tanya sat kat hang. leher tu bukan aurat ke? habaq mai..

haa kan dah berpeluh, fuhh fuhh pergi cari kipas. aku baru tanya soalan yang cepu tak berapa nak cemas. dah menggelabah. lek luuu. what? what? aku salah jugak. k fine ah. aku tak tujukan dekat siapa siapa pun. hanya kepada yang terasa je. ooppsss ~

kalau bab bab tutorial ni kan, aku suka tengok tutorial Syeera Radzi. Dia punya tutorial senang faham. tapi masalah aku, kalau try kat rumah, senang je jadi. tapi kalau nak pakai kat luar, selalu tak jadi. demmit.


so, kepada siapa siapa yang berhasrat nak buat tuto tu teruskanlah hasrat suci lagi murni tu. tak salah pun. cuma, kau dah besar kan, dah tau mana baik mana buruk. so, pandai pandai lah kau buat.


nota kecik: saya cuma nasihat je. kalau tak puas hati sorry. tak de niat nak tujukan dekat siapa siapa. peace. n_n

Saturday, 25 February 2012

Dari mata turun ke hati ~

Ehem ehem ~ Assalamualaikum dan haiiii readers. Rindu tak nak baca update terbaru dari aku. Hikhik *perasan lettew* . Eh kejap ada ke yang baca blog aku ni. -.-

Okay okay nak share something ni. nak tau tak? *angguk angguk kepala*


Haa, nampak buku kat atas tu. Yeaa, buku tu aku baru habis baca. Takde lah baru sangat. Dalam minggu lepas macam tu la. Err, nak exam tapi baca buku cerita. Sangat kewl kan ~.~
Ekcelly, novel tu dah lama dah bertapak dalam rumah aku, tapi tak tergerak hati nak baca. Entah apa yang buat aku tiba tiba nak baca pun tak tau.

Maybe, sebab buku ni pasal kisah hidup writer tu so aku dah judge awal awal, tak best. Okay sangat tak patut.
Buku pertama, Travelog Cinta Abadi, pasal life writer tu sendiri Roza Roslan masa dia kecik kecik. Masa mula mula baca rasa macam...... okay baca je la. Tapi bila sampai tengah tengah, eh best lah ! Serious, best ! Aku pun sambung lah baca. Sedangkan hati menjerit "woi ! nak exam lah woi !"


Habis baca, i was like tersentuh sangat sangat. Sedikit sebanyak terkena dengan life aku sendiri. Eh betul lah ! Tak tipu. Bayangkan macam mana seorang budak umur 12 tahun dah pandai masak, err aku pun tak pandai masak masa umur cantuh. 


Then sambung pulak dengan Travelog Impian Abadi. Novel yang ni pasal masa remaja dia. Masa baca novel kedua, like seriously sangat sangat terkesan dengan life aku. Tak tau lah aku nak describe macam mana, tapi memang best lah !
Thanks kak ngah for the novel :') Love it much !


Dan...... exam pulak cemana? okay tak nak cerita pasal exam. -.-
Sebenarnyakan, bagi aku novel ni bukan sekadar best ke tak, tapi lebih kepada apa yang kita dapat masa baca. :)
Okay tu je kot, yang aku boleh share. :)
 

Friday, 17 February 2012

Life ~

Masalah akan datang bila bila masa je. Kadang kadang tanpa kita duga. Tu lah namanya hidup. Hidup kalau hari hari sama je, bosan juga kan. That's what we call colours of life. Bersyukurlah sebab kita masih ada peluang bernafas dekat muka bumi ni. Esok lusa tak tau lah macam mana.

Takde masalah yang takde jalan penyelesaian. Berusahalah cari jalan penyelesaian tu. Bukan berusaha untuk putus asa. Remember that, never give in your life. Kalau tak nak stress, share lah masalah tu dengan orang lain, tak rugi pun. Sekurang-kurangnya dapat ringan kan beban yang kita tanggung :)

Tapi kalau orang tak nak share dengan kita, tak perlu lah kita paksa. Bukan meringankan beban orang tu lagi, tapi menambahkan beban ada la.

And masalah aku pulak, sekolah homework sekolah homework sekolah homework sekolah homework. Besar kan masalah aku. -.-
Pergi sekolah belajar, balik sekolah buat homework sampai malam, selitkan time untuk online, then study study bla bla bla. Hari hari sama je. -.-

Pengorbanan seorang pelajar. Yeahhh ~ that's my life --'
Cukup bulan exam. Eh kejap, next week aku ada test laa. K...... lupa. Teruk an aku. So, kena study. *beriye lah kau* 


*practise this*

♥ Saraa ali.

Tuesday, 14 February 2012

Hijab plus purdah.

Assalamualaikum dan hey peeps !




Woi woi, gua rindu lah siaa nak update blog. Okay macam setiap kali aku update blog kan aku cakap cam tuh. Nak buat acano, bizi bizi bizzzzzzz ~



Eh korang korang korang, haa korang perasan tak sekarang dah ramai yang pakai purdah. Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. 


Dalam Islam, hukum memakai purdah ni takde lah wajib. Tapi lebih kepada menghindarkan fitnah. Kalau dulu kan, nak tengok orang pakai purdah ni susah sangat. Then bila nampak orang pakai purdah macam 'waa cantiknya dia'.


Pernah sekali tu kan aku keluar dengan mak aku, terserempak dengan sorang budak kecik ni, dia pakai purdah. And me was like *melting to the max*. Rasa sejuk mata memandang.
Kecik lagi dah pakai purdah, bertudung labuh. Tapi kita yang dah tak berapa nak kecik ni bila pulak. *peringatan utk diri sendiri jugak*


Tapi kan sekarang purdah dah jadi macam trend. Tau tak TREND !!
Orang sekarang kalau bersanding nak pakai purdah. Then bukak balik. What the ... -.-


Suka hati kau lah nak cakap aku ni buta fesyen ke apa ke, tapi aku rasa macam tak patutlah.
Well itu pendapat aku je. Bagi aku orang yang berpurdah ni melambangkan darjat seorang wanita yang tinggi. So boleh bayangkan betapa respect nya aku dengan orang yang berpurdah, especially bila tengok budak kecik yang umur lingkungan 7-8 tahun gitu berpurdah.


# ULANG KENYATAAN, TU HANYA PENDAPAT AKU JE. TAKDE NIAT NAK SINDIR SIAPA SIAPA.


So, sama-samalah kita muhasabah diri ye. :)


Friday, 3 February 2012

Tak seksi pun la ~

Assalamualaikum ~
Setelah sekian lama tak meng-hapedate blog ni, dah berhabuk dah gamaknya, maka dengan sukacita nya dimaklumkan bahawa aku akan update blog ni.. Wuuuuuu *clapclap*
K dah mula mengarut, kembali ke topik asal.


Woo woo topik je dah macam kontroversi kan, k tak yah nak kontroversi sangat.
Ekcelly kan, dari hari pertama sekolah lagi aku selalu perhatikan budak-budak perempuan ni, apa yang aku perhati ? yeaaa baju diorang.


Almaklumlah kan, sebagai seorang pengawas yang berdedikasi , setiap kali student nak naik kelas, pengawas kena buat spotcheck. So, nasib kau lah kan kalau kena tahan ~
Dan yang selalu jadi perhatian bila student perempuan pakai baju ketat. Yes, baju sekolah tu dia jahit dekat tepi, then bila jalan ikut bentuk badan.


OMG , tak seksi okay ! Sakit mata lagi adalah. Aku tak tau lah kalau baju yang mak dia belikan besar gabak, nak kecik kan tu suka hati lah. Tapi kecik kan, ikut GILA bentuk badan tu dah kenapa.
Kamonnn, awak nak pergi sekolah, bukan nak pergi shoping.


Mungkin kalau kita tanya dia akan jawab, 'eh suka hati aku la. baju aku'.
K.......... Suka hati kau ~


Oh, okay kau marah ea dengan entry aku ni ? Tak, aku sindir kau pun, tak sindir siapa siapa pun. Sekadar menyatakan pendapat je. Sumpah tak tipu !


So, stay cool stay chill okay. Enjoy your holiday. n_n
Harap-harap aku pun boleh enjoy walaupun mengenangkan homework yang berduyun ~

Thursday, 26 January 2012

Trip to Kelantan, Ooo yeah !

Assalamualaikum dan haiiii..
Lama gila aku tak jenguk  blog aku ni kann.. Kesian dia terbiar macam tu. Bukan tak nak jenguk tapi..... tak sempat laa.


Ingat masa mula cuti nak update, tapi an ada kejutan yang mengejutkan iaitu.... jeng jeng jeng,
Aku pergi Kelantan lah wei, cuti cuti Malaysia wooo !. Mesti korang cakap 'eleh Kelantan je, mcm laa aku tak pernah pergi'. Hey ! Suka hati aku la, sibuk apsal. Haha :p


Ekcely, nawaitu pergi Kelantan tu nak hantar abang sedara aku, dio nok nikoh denge gewe kelate hok comey comey belako. *salah ea, lantak lah* LOL.
Tapi alang-alang dah kat Kelantan tu, tak sah lah lak kan kalau tak melencong a.k.a melancong kan kan ? hikhik. 


*jangan silau sebab kemerahan yang memerahkan mata anda. LOL.*
*gambar kabur, k aku tau.*


Merahnya mak ngah. LOL


Makan berdamai dia lain daripada yang lain.


Memang pening layan budak kecik ni, Ahmad Adi Iskandar :p

Malamnya jalan-jalan shoping-shoping dekat Wakaf Che Yeh, nak tau kat mana korang google je. Nak snap-snap tak menyempat, almaklumlah dah malam. Dekat pukul 3 pagi kot baru balik ! Esoknya, sebelum balik Johor kitaorang suka suki kejap dekat Pantai Irama, Bachok. 



Sebelum balik, singgah kejap dekat rumah wife abang sedara aku, ada sawah wooo. k jakun gila kan aku. Haha, rosak betul. Maklumlah, first time pergi sawah. Dekat JB takde sawah.


See?! Cantik kan..


Me n cousin, Azira a.k.a Jia.

Itu je kot gambarnya. Nak upload gambar banyak banyak tak dapat, sebab............
kamera aku masuk air, jatuh dalam laut. Cam haremm T.T

Sampai rumah, kelam kabut cari homework. Tengok kalendar, *K, dua hari lagi naik sekolah* demm great. -.-
Tapi secara total, *cehh, da mcm buat karangan pulak* cuti kali ni, memang cuti sakan lah wei. Best holiday ever lah !

Friday, 13 January 2012

Biology plus add math.

Assalamualaikum.

Nak tau fakta tak? Kepenatan menyiapkan kerja sekolah terutamanya add math dan biology akan membuatkan seorang gadis bernama Siti Sarah kehilangan idea bernas lagi tuntas untuk meng-hapedate blog.

Itu fakta dan bukan auta ye kawan-kawan. Lulzs.
Fakta tu bakul sampahkan boleh lah. Haha. Kreatif kan aku buat fakta sendiri.

Tapi series ah aku cakap an, bio memang kadang-kadang buat aku biol. Kadang-kadang je lah. Cuba bayangkan sekecil-kecil cell dalam badan, rupa-rupanya ada cell yang lebih kecil lagi. Macam cell dalam cell. Demmm -.- 

"Biology is drawing"- Puan Wan Hasifah.
Nampaknya aku kenalah melentik-lentikkan jari jemari aku melukis. 


See? how kreatipp is me. -.-

Melukis memang aku totally out lah kan. Rosak kertas lukisan dibuatnya. Masa form berapa tah, seni gua dapat E derr. Tu menunjukkan betapa aku buta seni. hahah X)

Tu baru bio, belum add math lagi. Haihh~ boleh botak aku. Tapi takpe, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Tak gituu cik senah oi :p

Main point dia, bila cikgu tengah mengajar, F-O-K-U-S !!! Bukan buat kuih kat belakang tuu.
Sok sek sok sek. *peringatan untuk diri sendiri*
Bila tak fokus, mulalah menganga tercungap-cungap nak cari jawapan kalau cikgu kagi latihan.

Tapi kadang-kadang aku ni tak boleh jugak nak mem-bajet fokus sangat. Sebab nanti ada je halangan yang membujur melintang bergolek-golek depan aku. Almaklumlah kan, kawan-kawan aku ni jenis yang aktif. Mana boleh senyap-senyap ni. B-O-S-A-N.
Nak-nak duduk semeja dengan Nadia, Nadiana, Lynda, Aein, and Fynaz.
Ketawa dan gelak merupakan rutin harian kami. LOL.

Harap-harap lah aku boleh bawak subjek ni. Tu baru bio, belum chemistry, fizik lagi.
Bio, chemistry, add math and fizik please laa, be nice to me. -.-